Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

March 3, 2010

First Time Menang Hadiah Utama Bersama Astro B.yond

Salam. Entry ini adalah sambungan entry Astro B.yond dan 32" LG HDTV .Semalam tak sempat nak updatekan detailnya kerana terlalu penat dan kegembiraan yang mengujakan membuatkan aku tertidur awal.

Pejabat Astro

Punyalah teruja, sepatutnya jumpa dengan wakil Astro pukul 2 petang.Namun, kerana tak pernah pergi Bukit Jalil, aku gerak awal dalam pukul 1230 tengah hari.Pukul 115 dah sampai sana.Mula-mula guard tu taknak kasi masuk, nasib baikla bila dia telefon balik Azaria Lo, kami dibenarkan masuk.

Lebih kurang pukul 2 petang, Azaria Lo pun sampai.Saya bersama Robb Chew serta pemenang seorang lagi dibawa "Tour Pejabat Astro'.Inilah lebih kurang tempat yang kami lawati:

1) Bilik kebal Astro @ bilik di mana siaran Astro dikawal.Mengujakan bila tengok banyak-banyak tv besar berada di sana.Ingin ambil gambar tetapi tidak dibenarkan.

2)Set studio e.g. Raja Lawak. Memang besar dan menarik.Namun sayang,datang silap hari,kalau tidak mungkin boleh jumpa artis.Hik3.

3) Bilik Persalinan
4)Satelit Astro
5)Stesen Radio

Mengujakan.Antara stesen Radio yang berada di pejabat Astro adalah Thr Gegar, Radio Era, Lite.fm dan banyak lagi. Selebihnya, korang boleh tanya daydeck kerana dia salah seorang Manager Besar disana.

Selepas pusing-pusing dan ronda-ronda :

Singgah di Cafe Ceria

Memang ceria Cafe ini. Minum dulu sambil menunggu hadiah diambil.Inilah rahsia yang ingin ku kongsikan semasa berada di sana dan berborak-borak dengan Robb Chew.

Robb Chew berkongsi cerita peribadi.Teruja aku mendengarnya.Dia sanggup melepaskan biasiswa Petronas selepas 2 tahun berada di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh (ambil course Chemical Engineering) semata-mata mengejar bidang yang lebih dia minati iaitu Mass Communication.Namun, sekarang Robb Chew sudah boleh berbangga,menjadi salah seorang orang kuat Nuffnang.Sebut Robb Chew, mesti semua Nuffnangers kenal kan?Syabas buat Robb Chew.

Surat penerimaan daripada Astro, Inilah lebih kurang surat tersebut(copy dan paste ayatnya):

ASTRO B.yond
Astro B.yond Bloggers Night - Post Coverage Blog Entry Winner

Dear Eyriqazz (bukan nama sebenar),

The future entertainment awaits you!

Thank you for being with us at the Astro B.yond Bloggers Night! We read that you have blast during that night so CONGRATULATIONS!You're the winner of the Astro B.yond Bloggers Night - Post Coverage Blog Entry Contest! Your blogpost on http://eyriqazz.blogspot.com/2010/01/astro-byond-bloggers-night.html has certainly helped build interest among the blogging community and Astro B.yond to life!

Your prize consists of the following :


  • Astro B.yond box

  • Astro B. yond outdoor unit (dish)

  • New smart card

  • New remote control

  • HDMI cable

  • Standard installation (surface wiring)

  • Access to the best HD channels corresponding to your current package subscription, until end of December 2010

  • 32" LG High-Definition TV
Teruja, akhirnya hadiah yang kunanti-nantikan tiba :

Bersama Isteri dan LG HDTV yang bernilai RM1,700+

Punyalah teruja sampaikan sekarangpun belum test tv ini lagi. Mungkin besok kot,lagipun almari tv ku muat-muat je nak letakkan tv ni dan risau kot-kot anakku tertarik TV tu.Sayang tu. Lepas ni bolehlah aku menyaksikan pengalaman Astro B.yond yang mengujakan.Setakat ni subscribe ke Sport saja namun mungkin akan ditambah lepas ni.Jadi, ada masa bolehlah ajak rakan-rakan bloggers sekali menyaksikannya.Hik3, perkara yang baik elok-elokla dikongsi kan?

Akhir kata, terimakasih buat Astro dan juga Nuffnang. Inilah yang buat aku lebih setia dan sayang dengan Nuffnang walaupun Buffered Earningku makin kurang je bulan ni.Takpelah, duit bukan faktor utama.Susah senang kenalah harungi bersama-samakan?Barulah setia namanya. Lagipun, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Gambar Gathering Bloggers ini telahpun kuberikan kepada Robb Chew untuk diletakkan di Nuffnang Footprint

P/s :Ingin juga rasanya berkongsi Tips untuk memenangi Blogging Contest cuma rasanya aku belum layak je lagi untuk berkongsikannya.Yerlah,nanti ada pula 'otai-otai' yang kata aku berlagak pandai etc.Cam takut la pula nak bercerita pasal tips bila baca entry INI . Kadang-kadang apa yang ingin dikongsikan disalah ertikan.Walaupun aku belum pernah menerima komen seperti yang dikatakan oleh saudara Bean Moreno, namun terasa la juga kerana saya pun Newbie juga.

P/s : Apa pula pandangan anda? Namun, saya tidak akan berputus asa.Saya akan buat apa yang saya rasakan betul namun teguran/kritikan saya tetap terima . Suka atau tidak , pilihan di tangan pembaca untuk menilainya. Pandai atau tidak, bukan kita yang menentukannya.Newbie atau Otai, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan nya kan?Apa salahnya kalau saling bantu-membantu?

March 2, 2010

Astro B.yond dan 32" LG HDTV

Gambar dulu. Akan updatekan detailsnya later bila berkesempatan.Very tiredd today...But I am  so happy today. Kepenatan berbaloi.

32'' LG HDTV untuk di bawa pulang
Pejabat Astro, Bukit Jalil
Bersama Robb Chew, dan seorang lagi pemenang

Pemenang bersama Wakil Astro ( Azaria Loh )
Satelit oh Satelit
Bilik Persalinan
Tahniah Buatku

P/s :Mungkin besok saya updatekan detail pasal pengalaman mengujakan ini.So tired sampai komen di entry pun tak sempat nak balas.Apatah lagi nak menulis entry (Ada entry lain yang dah disiapkan beberapa hari lepas namun lebih teruja nak publish yg ni dulu ). Apapun, terimakasih buat semua.Andalah Inspirasi saya untuk saya lebih berjaya.I Love All of you, Pembaca.

P/s/s : Ada rahsia yang ingin dikongsi sama.Siapa yang nak tahu rahsia itu?

February 24, 2010

Tuah Ayam Nampak di Kaki

Tuah Ayam Nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu.Tentu korang selalu dengar pasal pepatah ni kan?Namun, tidak semua tuah ayam itu nampak di kaki, ada juga tuah ayam nampak di :


Kecantikannya seperti Ayam Serama Ini

Teruja betul aku, sebenarnya aku nak kongsi pengalaman yang berlaku ke atasku pada petang 23/2/10, lebih kurang pukul 330 petang. Aku menerima panggilan yang tidak disangka.Beginilah lebih kurang perbualannya :

X :Encik, hutang kredit kad sudah 10 bulan due , bila mahu bayar?
Saya : Hutang kredit kad?Ehh,saya selalu bayar laa.
X : Aiyoo, macam mana ble cakap dah bayar, saya check ini system sudah lama tak bayar.Encik mahu saya panggil itu Samseng datang rumah Encik collect duit ke?
Saya : Ussh,Samseng, ni dah lebih ni?Anyway,ni siapa ni?
X :Sayalah Fafau....
Saya :Fafau?
X : Fafau @ Farah Fauzana dari Hot fm. Anda telah terkena panggilan Hangit...
Saya :Grrr...siapa punya kije la ni!!

Hik3,adushh siapa yang kasi hangitkan aku ni?Hik3,jawapannya, Aku yang hangitkan korang.Perbualan sebenar camni la  :

X :Hello, boleh bercakap dengan Encik X?
Saya :Saya bercakap.
X :Tahniah.anda baruje memenangi hadiah.....Jangan lupa collect hadiah di xx...ya?
Saya :Betulke ni?
X :Betul la,nanti kitorang e-mailkan detailnya.
Saya :Ok,thanks ya (teruja dan hampir menitiskan air mata)

Fuhh,teruja betul.Nanti punya nanti, akhirnya e-mail yang kutunggu itu tiba.Malas nak edit, aku pastekan saje di sini :

Dear Nuffnanger,

Congratulations! You're one of the winners of the Astro B.yond Bloggers Night post-event blogging contest! You'll be walking away with a Astro B.yond Box set, a subscription to Astro B.yond HD channels for 2010 and a 32” LG HD TV.

As per our phone conversation earlier, please be at the Astro office at the date, time and venue below to collect your prize, and also take a tour of the Astro office:

Date: 1 March 2010
Time: 10.30 a.m.
Venue:
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong - Sg. Besi, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur

Once again, congratulations and see you on Monday! :)

Cheers,

Teoh Xinxian
Blogger Relations Executive

Yey,macam tak percaya je.Aku menang?Aku menang??Tak sangka entry ku ini : Astro B.yond Bloggers Night telah melayakkan aku memenangi hadiah utama berupa Astro B.yond Box set, a subscription to Astro B.yond HD channels for 2010 and a 32” LG HD TV. Fuhh, mahu-mahu lebih RM2 ribu hadiah ni dan selamat tak payah bayar bil Astro tahun ni.Rezeki-rezeki.

Oh LG HD TV, tidak sabar untuk ku memiliki mu

Fuhh, kesetiaanku berbalas juga. Tak sangka aku memenangi hadiah ini. Selepas Samsung Corby wife ku hilang dan dicilok di Isetan, rezeki ini pula yang datang. Di sebalik dugaan, ada hikmah di sebaliknya. Terimakasih Nuffnang dan Astro, dan apa yang ingin ku katakan, I Love Nuffnang 

P/s : Gembiranya dalam hati. InsyaAllah, bulan depan aku buat Contest lagi. As i told earlier , the more u give, the more u will get. Apa pula pandangan anda?

P/s/s : Kena ambil cuti half day la Isnin ni, daydeck, boleh tunjukkan jalan ke sana tak? Betul kata pepatah itu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.Jadi, teruskan usaha dan jangan mudah putus asa. Rezeki ada dimana-mana saja.Usaha tangga kejayaan.
Related Posts with Thumbnails