Showing posts with label Anuar Zain. Show all posts
Showing posts with label Anuar Zain. Show all posts

September 21, 2010

Kenapa Perempuan Suka Anuar Zain


Kenapa Perempuan Suka Anuar Zain?

Soalan Mudah, meh Eyriqazz tolong jawabkan, Inilah Sebab-sebabnya  Kenapa Wanita/Perempuan Sukakan Anuar Zain :

1) Paras rupa,paras rupa, paras rupa...Kacak dan hensem, surelah orang suka
2) For sure minat berlainan jantina
3)Single dan Available (siapa yang tak suka?)
4) Peramah , Mesra dan Mudah Melayan Kerenah
5) Pernah jumpa dia sekali [refer entry Anuar Zain] memang dia mudah melayan peminat dan cara dia cakap dengan sesiapa macam dah lama kenal. 
6) Nyanyian yang menusuk kalbu . Suke gila lagu Keabadian Cinta
7) Korang tambahla pula..

Sayapun Suka Anuar Zain (Peduli la apa orang nak kata, Ada aku kisah??)

Walaupun masa Annual Dinner baru-baru ni ramai yang meluat dengan dia, saya tetap ok dengan nyanyiannya. Lagipun dia mudah melayan kerenah orang, apapun lain padang lain belalang. Dah nama pun artis, mesti ada orang suka dan tak suka kan?

P/s :Oh, wanita-wanita di luar sana, Apa pula pandangan anda? Kenapa Perempuan Suka Anuar Zain?

P/s/s :Selamat Hari Lahir Buat My First Love. Betul kata orang, Cinta Pertama sukar dilupakan, kan?

August 7, 2010

I Won IPAD 32GB Wifi | Annual Dinner 2010

Minggu lepas, Companyku ada menganjurkan Annual Dinner. Saya dan Isteri tidak melepaskan peluang untuk ke majlis ini.

Saya dan Isteri | Ada Gaya YB tak saya berbaju batik? Bukan Yang berhormat, Yang Berblog...Hik3...
Kumpulan Panca Sitara mana la ni .
Isteri dan rakan-rakan Ofisku
Kami memilih Chinese Food. Sedap juga Udang ni.
Persembahan Anuar Zain tidak mengecewakan

Dipendekkan cerita, tibalah ke acara yang dinanti-nanti, iaitu lucky draw. Ada 100 Hadiah Lucky draw dan 5 hadiah utama. Akhirnya tiba di top 2, hadiah tempat kedua menarik juga iaitu Iphone 3gS 16GB. Berdebar-debar time tu,please,please be mine. namun hampa :

Iphone bukan milikku.

Rasa kecewa, dah mahu pulang. Ahh, hadiah No. 1 tentu bukan menjadi milikku tapi menanti dengan sabar. Dup,dap,dup dap..berdegup kencang jantung ini. Adakah tuah dan Luck Lucky Draw Memenangi LG Fresh Cookie Phone Touch Screen akan berterusan? .Akhirnya selepas dikocak-kocak nombor itu, dia mengumumkan, pemenangnya jatuh kepada Staff Bernombor XXX dan nama............Ehh, cam kenal no. itu, Yess...itu nombor dan nama Eyriqazz yang dipanggil danmenang cabutan bertuah no. 1. Yuhhuu,terlompat-lompat kegembiraan macam tidak percaya saja :

IPAD 32 GB Menjadi Milikku

Oh, tak dapat dibayangkan perasaan gembira ketika itu. Kemenangan berganda rasanya.Sebelum ini Annual dinner, tak pernah menang apa-apa walaupun sebatang pen. Ohh, suka hati ku. Bolehla beronggeng bersama IPAD pula. Keterujaan sampaikan disimpankan dulu rahsia ini dan entry ini untuk berkongsi kegembiraan itu. Yippie, Come to Papa , IPAD ku.

Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Anda pun bertuah juga kerana :

INI ADALAH ENTRY HANGIT!!!!!!

Jangan marah ya,sekadar bergurau di hari minggu. Minggu depan dah Masuk ramadhan kan? Hik3, eyriqazz tak menang IPAD, hanya membawa pulang doorgift :

Digital MP3 buatan China/Thailand  kot...

Hik3, takde chop sirim lagi. Eyriqazz tak pakai mana MP3 ni. Wifepun dah ada mp3. terasa macam mahu buat contest je kasi hadiah ni, oktak?

P/s : Selitkan hidup ini dengan senyuman . Life Ain't dat Serious rite? 

P/s/s : Terimakasih buat Semua di atas Link untuk entry-entry ini :

Ini Blog Shahir, Bukan Shahir AF8 (Rajin retweet entry saya)

My Favourite For Today : Ehem,ehem, kalau bawah 18 tahun jangan cuba KLIK YA

P/s/s/s : Anyone yang ada buat entry dah linkkan blog saya, jangan malu-malu informla ya? Kadang-kadang saya tak perasan, mungkin saya akan cuba membalas backlink itu, sooner or later . 

P/s 4 : Doa2kan saya menang Digital Camera Sony TX5 'Sony Water Moments' di Sunway Lagoon hari ini anjuran Nuffnang dan Sony. InsyaAllah, kalau menang, ada hadiah yang menanti untuk pembaca blog ini juga.

August 2, 2010

Isteriku Digoda Anuar Zain

Saya memang betul-betul tak puas hati kat Anuar Zain. Ada hati dia nak menggoda Isteriku. Saya tak kisah siapa dia, mentang-mentangla dia artis Popular, Hensem dan masih single, takkan la sampaikan Isteriku pun mahu digodanya? Memang geram betul aku dibuatnya. Ehh, ini bukan omong-omong kosong, ada bukti dan gambar lagi. Bolehla tengok sendiri :

Issh, Ini Boleh Menimbulkan Marahni

Tengoklah, bukan setakat isteriku, Isteri-isteri orang lain pun cuba digodanya? Dushh, nak kena luku Abang Anuar Zain ni. Hik3, sorry Abang Anuar Zain, gurauje, gambar ini diambil ketika Majlis Annual Dinner Ofisku. Beriya-iya benar Isteri nak bergambar dengan Anuar Zain. Hak3, dah nama pun pompuan, kalau saya diberi peluang untuk bergambar dengan Lisa Surihani ataupun Fauziah Latiff sayapun tak tolak.Ahakz lagi.

Yerlah, nasib tahun ni kurang baik skit. Dapat meja antara paling last dan tengok di skrin je lah jawabnya. Pentas utama agak jauh. Mula-mula tu Isteri dapat bergambar :

Begini pun Jadilah... (Nasib baik tertunai juga di hatinya bergambar dengan Anuar Zain)

Eden pula? Tak sempat nak bergambar dengan Anuar Zain, ramai sangat mak-mak budak dan wanita di tempat saya bekerja yang mahu bergambar dengannya. Takperlah, gambar adik beradik eden dah ada dengannya :

Cam Adik Beradik Kan? Hik3...

Overall, persembahan Anuar Zain malam tu memang not bad lah. Yang kaum wanita nya apa lagi, asyik bersorakla, dapat artis hensem sebagai artis jemputan. Rakan sepejabat lelaki ku pula , entah dia tak suka ke apa, "Huh, Kontrol Macho la dia, pompuan suka la dia nyanyi." Hak3, tergelak aku. Aku rasa ok aje Anuar Zain menyanyi malam tu cuma Interaction dengan Audience Kurang skit tak seperti tahun-tahun lepas Artis Jemputan iaitu Sarimah, Sheila Majid, dan Dayang Nurfaizah.

P/s : Tahun depan teringin dan mahu wish Ofisku menjemput Fauziah Latiff dan Aizat pula . Kegemaran eden dan Isteri.

May 12, 2010

Aku Rindu Zaman Universiti!!

Semalam belek-belek gambar lama, syahdu dan teringat kembali zaman Universitiku. Terus aku Scan gambar-gambar lama itu. Kali ini entry yang agak personal sedikit, pukul 123pagi aku masih menulis entry ini.

Zaman Universiti Aku Rindui
Indahnya ketika ini
Pengalaman manis yang sukar dilupai
Andai ada jarum masa ingin ku putar untuk kembali

Bergambar Bersama Anuar Zain di London Airport
Inilah Universiti ku, Lancaster University
Kediamanku di Universiti, Pendle College (Ohh, aku rindu Porter Kolejku)
Lepak-lepak di Restoran Popeye bersama rakan-rakan
Main Futsal Padang ( Kelincahan bermain futsal Idlan Zakaria dan Nurfarhana Abdul Sani tidak dapat disangkal lagi)
Dengan 20 Pound (lebih kurang RM120, boleh penuh satu troli)
Shopping di Carboot (Macam-macam Ada)

P/s : Rindu tak Zaman Universiti? Zaman Sekolah ? Ummm,bestnya kalau dapat kembali ke zaman itu.

September 10, 2009

Anuar Zain

Kalini,aku nak cerita kisah aku terserempak dengan Anuar Zain.Kisah ni dah lama,dah hampir 6 tahun pun.Tgk gambar pun korang dah ble agakkan?

Begini ceritanya.Petangtu aku temankan rakanku untuk menghantar saudaranya yang nak pulang ke Malaysia.Kebetulan pula aku time tu tengah bercuti di London sempena cuti penggal universiti.Nak dipendekkan cerita,sampailah kami ke Heathrow Airport.Ramai jugak org yang tengah beratur nak check in.Tup-tup,aku nampak lah sorang mamat ni,rambut panjang,macam ku kenal,tapi di mana ye?Aku pun ckp laa kat member aku tu,mamat kat depan tu cam artis kan?Punyalah nak tergelak member aku tu sambil bercakap,ko tak kenal ke siapa dia tu?Tuh Anuar Zain laa.

Laa,yeker?Patutla cam kenal,nampak lain laa dia kan (nak cover malu...).Aku pun mengekorilah Anuar Zain tu bak seorang paparazi dan sampai je dekat ngan kaunter Mas aku cpt-cpt tegur dia.Bang Anuar Zain,nak amik gambar ble?Anuar Zain pun dengan tersenyum pun menjawab, "Apa Salahnya,mehlaa".Awak ni student kat sini ke?Buat course apa...."Haah,mmg saya student kat UK ni,buat course Accounting and Finance.Akupun cepat-cepat suruh member aku tu amik gambar aku ngan Anuar Zain.Aku ajak dia ambil sekali,dia seganlah pula...Hehehe....Lepastu ,sempatla aku berborak-borak kecil dengan Anuar Zain.Dia pun dalam dah nak balik Malaysia.Datang UK pun saje jalan-jalan bercuti.Mmg peramah orangnya dan tak sombong.Itulah gaya artis yang kita mahukan.Tidak lokek dengan senyuman dan mudah melayan kerenah peminat.

Aku cukup suka dengan lagu Keabadian Cinta nyanyian,cukup merdu dan penuh bermakna:

Keabadian Cinta

Selembut bicara
Sehalus sentuhanmu
Layangan pesonamu

Tak mungkin ku lupa
Jelingan pertama
Nan indah penuh makna

Akan kusahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia

( korus )
Takkan lagiku sendiri
Kasih yang berlabuh kini
Terasa keabadian cinta kau beri
Mungkinkah daku bermimpiSebahagia begini
Ini bukan (nya) ilusi
Oh kasih

Seindah irama
Gemersik suaramu
Mengalun sepiku yang merindu

Tuhan merestui
Bahagia begini
Kasihmu nan suci

P/s :Skangni aku tgk Anuar Zain tak byk berubah,aku pula?Hehehe,kena start diet dan bersenam semula lepas raya ni.....
Related Posts with Thumbnails