Showing posts with label ada apa dengan belajar. Show all posts
Showing posts with label ada apa dengan belajar. Show all posts

May 12, 2010

Aku Rindu Zaman Universiti!!

Semalam belek-belek gambar lama, syahdu dan teringat kembali zaman Universitiku. Terus aku Scan gambar-gambar lama itu. Kali ini entry yang agak personal sedikit, pukul 123pagi aku masih menulis entry ini.

Zaman Universiti Aku Rindui
Indahnya ketika ini
Pengalaman manis yang sukar dilupai
Andai ada jarum masa ingin ku putar untuk kembali

Bergambar Bersama Anuar Zain di London Airport
Inilah Universiti ku, Lancaster University
Kediamanku di Universiti, Pendle College (Ohh, aku rindu Porter Kolejku)
Lepak-lepak di Restoran Popeye bersama rakan-rakan
Main Futsal Padang ( Kelincahan bermain futsal Idlan Zakaria dan Nurfarhana Abdul Sani tidak dapat disangkal lagi)
Dengan 20 Pound (lebih kurang RM120, boleh penuh satu troli)
Shopping di Carboot (Macam-macam Ada)

P/s : Rindu tak Zaman Universiti? Zaman Sekolah ? Ummm,bestnya kalau dapat kembali ke zaman itu.

April 16, 2010

SENSASI | Bilikku di Universiti Dulu

Salam. Tetiba rindukan Zaman Universiti. Kenangan yang sukar dilupakan sampai bila-bila. Jom nak berkongsi gambar bilik bujang semasa di Zaman Universiti ku. Best, duduk flat studio di tahun akhir. Tapi, mahalnya mengalahkan sewa Condo di KL . Kalau Convert lebih kurang dalam RM500+ seminggu. Mujurlah Ada Sponsor yang sudi membayar . Jom Singgah :


AKu RIndu Zaman Universitiku

Hak-hak bersepah kan bilikku. Bila tengok gambar-gambar ni antara memori yang buatkan aku rindu,syahdu dan tergelak sorang-sorang :

1) Teddy Bear . Hik3, ramai lelaki yang ada teddy bear semasa zaman universiti tapi bukannya jambu. Contohnya aku, macho selalu.Hak3.

2)Kicap Kipas Udang. Walaupun dah di negara orang, memang tak dapat melupakan kicap dan nasi. Tak makan nasi satu hari , rasa lain je hidup ini.

3) Zaman Universiti tu pun aku dah start berblog cuma hangat-hangat tahi ayam dan privatekan. Dulu pakai blogdrive tapi update sebulan sekali pun susah. Saje untuk lepaskan tension dengan menulis.

4)Keychain. Dari dulu aku suka kumpul keychain. Skang minat juga cuma tak de tempat nak gantung. Almaklumlah rumah sewa lagi.

5)Masak sendiri. Dah lama tak memasak. Dulu kat Uni, bukan setakat tomyam,paprik, kari, sup ayam, nasi ayam pun pernah saya masak.Boleh kata, Kak Ina KL pun kalah. Sekarang, masak maggi pun suruh Isteri masak. Hik3 lagi.

6)Buku Novel Lagenda Budak Setan. Minat punya pasal, berkali-kali aku habis khatamkan buku ini. Dengar cerita filemnya bakal keluar tak lama lagi, bila ya?

7)Johnson Baby. Umm, sampai sekarang aku masih terfikir, camna benda tu boleh ada kat situ? BIla masa aku guna ni? Musykil-musykil.

Adussh, aku rindu zaman Universiti. Betul la orang kata, zaman belajar adalah zaman paling best sepanjang hidup, kan? Haah, betul, zaman kahwin pun best, cuma tanggungjawab&peningnya pun boleh tahan. Kalau zaman belajar, apa yang dirisaukan hanyalah belajar dan duit belanja tak cukup.

Jadi, buat rakan-rakan  di luar sana yang masih belajar, hargailah ia sebelum anda merindui yang tidak terhingga seperti saya.

P/s :Korang rindukan tak zaman universiti dulu?

P/s/s :Rasa teringin nak belajar kembali. Seronokkan zaman Universiti?
Related Posts with Thumbnails