Showing posts with label sensasi. Show all posts
Showing posts with label sensasi. Show all posts

September 23, 2010

Betulke Azwan Ali Bakal Bersara Tulis Blog?

Betulke Azwan Ali Bakal Bersara Tulis Blog?

Terkejut bila baca cerita di Murai yang Azwan Ali Tekad Bersara Tulis Blog dan antara petikan di entry itu :

"KUALA LUMPUR, 22 SEPT 2010: Barangkali berita ini mungkin akan mengejutkan segelintir peminat Azwan Ali. Begitu juga di kalangan mereka yang tidak begitu menggemari pengacara yang cukup sensasi serta laser ini. Namun, hakikatnya Azwan sudah tekad untuk berhenti daripada meneruskan tulisannya di dalam blognya:http://silaserazwanali.blogspot.com/.



Apakah sebabnya? Mengapa Azwan tiba-tiba mengambil keputusan yang boleh disifatkan sebagai cukup drastik itu? Lebih-lebih lagi bila keputusan itu dibuat pada saat dia masih lagi mengerjakan umrah selama 15 hari di bumi Mekah sejak dia menjejakkan kaki di Tanah Suci Allah itu pada 30 September 2010 yang lalu."



Setahu Saya Azwan Ali salah seorang Featured Bloggers For Project Alpha Season 2 anjuran bersama Oleh Nuffnang. Takkan dia nak bersara kot? Atau mensensasikan keadaan? Entahla, kena tanya BeautifulNara NI. 



Honestly, pernah jumpa Azwan Ali sekali dan apa yang boleh saya katakan, first impression is not always rite. Very nice borak-borak ngan dia dan dia mudah melayan kerenah dan saya pun agak terkejut. Persepsi negatif saya sebelum itu banyak berubah bila jumpa dan sempat berbual face to face dengannya. Thanks Je Jai, memang macam adik beradik bila dia berborak dengan Je Jai, eden tumpang menyampuk dan angguk-angguk, geleng-geleng, iye iye.



Semakin kurang sensasi la dunia blogging di Malaysia  kalau Azwan Ali bersara camni. Walaupun agak jarang singgah blog dia, but he speak his mind dan "Cakap Straight to the Point" dan "Ada AKu Kisah". Psst, baruje plan nak terjah blognya, kalau bersara tak jadila camni.



P/s : Apa pula pandangan anda? Betulke Azwan Ali Bakal Bersara Menulis Blog?



P/s/s : Tulis blog best ape...Boleh hilangkan tekanan dari dok Melilau tak tentu hala kan?Menulis menajamkan pemikiran, tak gitu?

July 28, 2010

Sensasi | Sumijelly Dipilih Menjadi Model Susu Cap Junjung

Fuhh, memang Sensasi!!!. Perkhabaran gembira yang baru ku terima. Khabarnya, rakan bloggerku iaitu Sumijelly telah terpilih untuk menjadi :



Model Susu Cap Junjung ( Kredit Picture to
Sumijelly )

Fuhh, memang baguslah Sumi. Bolehla korang refer Entry INI untuk lebih lanjut. 

Ianya bertitik tolak selepas Sumijelly :


Berjaya Menangkap
Anak IKan Si Diva Popular ( Refer Entry :  ANAK IKAN YG SEDANG HANGAT DI PERKATAKAN! )

Itulah, kata Orang , Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu . Dussh, kenapa la Bro Bean Moreno baru skang nak perkenalkan si kembar Diva ni ya? Ohh, simpan sorang ya. 

Itulah, bila dah kenal orang yang popular, mudahlah rezeki melekat kat dia pulak. Congratz ya Sumi.  Tak lupa juga, tahniah buat Sumi :

Resepi Chicken Chop Sumijelly telah tersenarai dalam Malaysia Book Of Records kerana kesedapannya sehingga menjilat peha sendiri. Hik3...

Wah2, makin murah rezeki ko Sumijelly. Lepas ni, Advertorial Nuffnang pula maybe? Siapa yang tahu kan?
Sumijelly nama diberi
Model terbaru Susu Cap Junjung sudah semesti
Orangnya ceria bercermin mata semakin dikenali
Susah dan penat berbaloikan Sumi?
P/s : Hik3, bergurau je sebenarnya . Saje nak menyakat si Sumijellyni. Oh ya, semua gambar di atas kredit buat Sumijelly , sorry ekks, ambil gambar tak minta permission dulu. 
P/s/s : Korang terjahla blog Sumijelly, entry-entrynya memang santai dan merilekskan diri. Memang sesuai kalau nak cari idea untuk menulis entry.

April 16, 2010

SENSASI | Bilikku di Universiti Dulu

Salam. Tetiba rindukan Zaman Universiti. Kenangan yang sukar dilupakan sampai bila-bila. Jom nak berkongsi gambar bilik bujang semasa di Zaman Universiti ku. Best, duduk flat studio di tahun akhir. Tapi, mahalnya mengalahkan sewa Condo di KL . Kalau Convert lebih kurang dalam RM500+ seminggu. Mujurlah Ada Sponsor yang sudi membayar . Jom Singgah :


AKu RIndu Zaman Universitiku

Hak-hak bersepah kan bilikku. Bila tengok gambar-gambar ni antara memori yang buatkan aku rindu,syahdu dan tergelak sorang-sorang :

1) Teddy Bear . Hik3, ramai lelaki yang ada teddy bear semasa zaman universiti tapi bukannya jambu. Contohnya aku, macho selalu.Hak3.

2)Kicap Kipas Udang. Walaupun dah di negara orang, memang tak dapat melupakan kicap dan nasi. Tak makan nasi satu hari , rasa lain je hidup ini.

3) Zaman Universiti tu pun aku dah start berblog cuma hangat-hangat tahi ayam dan privatekan. Dulu pakai blogdrive tapi update sebulan sekali pun susah. Saje untuk lepaskan tension dengan menulis.

4)Keychain. Dari dulu aku suka kumpul keychain. Skang minat juga cuma tak de tempat nak gantung. Almaklumlah rumah sewa lagi.

5)Masak sendiri. Dah lama tak memasak. Dulu kat Uni, bukan setakat tomyam,paprik, kari, sup ayam, nasi ayam pun pernah saya masak.Boleh kata, Kak Ina KL pun kalah. Sekarang, masak maggi pun suruh Isteri masak. Hik3 lagi.

6)Buku Novel Lagenda Budak Setan. Minat punya pasal, berkali-kali aku habis khatamkan buku ini. Dengar cerita filemnya bakal keluar tak lama lagi, bila ya?

7)Johnson Baby. Umm, sampai sekarang aku masih terfikir, camna benda tu boleh ada kat situ? BIla masa aku guna ni? Musykil-musykil.

Adussh, aku rindu zaman Universiti. Betul la orang kata, zaman belajar adalah zaman paling best sepanjang hidup, kan? Haah, betul, zaman kahwin pun best, cuma tanggungjawab&peningnya pun boleh tahan. Kalau zaman belajar, apa yang dirisaukan hanyalah belajar dan duit belanja tak cukup.

Jadi, buat rakan-rakan  di luar sana yang masih belajar, hargailah ia sebelum anda merindui yang tidak terhingga seperti saya.

P/s :Korang rindukan tak zaman universiti dulu?

P/s/s :Rasa teringin nak belajar kembali. Seronokkan zaman Universiti?
Related Posts with Thumbnails