Showing posts with label azwan ali. Show all posts
Showing posts with label azwan ali. Show all posts

September 23, 2010

Betulke Azwan Ali Bakal Bersara Tulis Blog?

Betulke Azwan Ali Bakal Bersara Tulis Blog?

Terkejut bila baca cerita di Murai yang Azwan Ali Tekad Bersara Tulis Blog dan antara petikan di entry itu :

"KUALA LUMPUR, 22 SEPT 2010: Barangkali berita ini mungkin akan mengejutkan segelintir peminat Azwan Ali. Begitu juga di kalangan mereka yang tidak begitu menggemari pengacara yang cukup sensasi serta laser ini. Namun, hakikatnya Azwan sudah tekad untuk berhenti daripada meneruskan tulisannya di dalam blognya:http://silaserazwanali.blogspot.com/.



Apakah sebabnya? Mengapa Azwan tiba-tiba mengambil keputusan yang boleh disifatkan sebagai cukup drastik itu? Lebih-lebih lagi bila keputusan itu dibuat pada saat dia masih lagi mengerjakan umrah selama 15 hari di bumi Mekah sejak dia menjejakkan kaki di Tanah Suci Allah itu pada 30 September 2010 yang lalu."



Setahu Saya Azwan Ali salah seorang Featured Bloggers For Project Alpha Season 2 anjuran bersama Oleh Nuffnang. Takkan dia nak bersara kot? Atau mensensasikan keadaan? Entahla, kena tanya BeautifulNara NI. 



Honestly, pernah jumpa Azwan Ali sekali dan apa yang boleh saya katakan, first impression is not always rite. Very nice borak-borak ngan dia dan dia mudah melayan kerenah dan saya pun agak terkejut. Persepsi negatif saya sebelum itu banyak berubah bila jumpa dan sempat berbual face to face dengannya. Thanks Je Jai, memang macam adik beradik bila dia berborak dengan Je Jai, eden tumpang menyampuk dan angguk-angguk, geleng-geleng, iye iye.



Semakin kurang sensasi la dunia blogging di Malaysia  kalau Azwan Ali bersara camni. Walaupun agak jarang singgah blog dia, but he speak his mind dan "Cakap Straight to the Point" dan "Ada AKu Kisah". Psst, baruje plan nak terjah blognya, kalau bersara tak jadila camni.



P/s : Apa pula pandangan anda? Betulke Azwan Ali Bakal Bersara Menulis Blog?



P/s/s : Tulis blog best ape...Boleh hilangkan tekanan dari dok Melilau tak tentu hala kan?Menulis menajamkan pemikiran, tak gitu?

April 9, 2010

Project Alpha Season 2 Bloggers Launch | Part 1

Projek Alpha Season 2 Bloggers LauNch Acara yang dinanti-nanti
Aku teruja aku ternanti-nanti
Acara meriah Best Sekali
Di masa hadapan sudah pasti aku pergi lagi

Majlis pelancaran ini telah diadakan di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara pada 7 April 2010. Lepas pulang kerja, saya dan Isteri terus bergegas ke sini. Inilah gambar-gambar dan serba sedikit komen saya di malam tersebut :


Jojo Struys yang Jelita dan Menawan

Jojo Struys memang cool orangnya. Cantik, happy go Lucky, mesra dengan semua orang, periang, dan banyak la lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Jojo Struys, bolehla baca entry ini :


Azwan Ali, Indah Rupa dari Khabar


Artis paling kontroversi di Malaysia. Mula berblog semenjak 2008. Mula-mula bila Nuffnang pilih dia sebagai salah seorang Featured Blogger Project Alpha Season 2, aku tertanya-tanya, 'Tiada Orang Lain ke?' .Namun, bila berjumpa secara dekat dan bercakap face to face dengannya, dia sememangnya layak. Indah Rupa dari Khabar,Itulah Azwan Ali dan sekarang saya sudah mula menyukainya (pengakuan ikhlas, before this perception agak negatif pasal Azwan Ali)

Xiaxue, Salah Seorang Top Bloggers Di Singapore@ Asia Tenggara

Siapa yang tak kenal Xia Xue? Salah seorang bloggers paling popular di Asia Tenggara dengan pelbagai award dalam genggamannyanya seperti Most Influential Blog, Best Original Blog Design, Region's Best Blog dan banyak lagi.  .Suka dengan taglinenya iaitu 'Everyone's Reading It'. Mula-mula tu agak tidak berani untuk bergambar dengannya, namun digagahi jua.Memang mesra cuma tak pasti dia boleh berbahasa Melayu tak ya? Mujurlah eyriqazz ni boleh juga skeaping skit2...Hik3..Respek giler dengan dia, hanya dengan blogspot, dia cemerlang dan Google Pagerank nya dah 5. Gempakk..Nuffnang pun baru 4 rasanya.
Bersama Redmummy dan Abang JAI yang sentiasa JAMBU

Tidak perlu la diperkenalkan redmummy. Sudah cukup popular. Inilah salah seorang inspirasiku. Mesra dengan pembaca, tidak lokek dengan senyuman dan aura yang mengancam. Bro JAI ni pula, part time photographer tak berbayar ku. Skang ni dia makin menyengat dengan SEO (Search Engine Optimization). Jgn risau, dia akan kuterjah nanti. More info pasal Redmummy :


Bloggers In Action ( Bean Moreno, Kak INa KL, Cik Lily Putih, Kak Tash, PojiePooh, Cik Hel, Bob , Daydeck, AienSepet, dan lain-lain ,kasi link skali ble? )

Semua bloggers-bloggers yang ku jumpa cool dan mesra belaka. Memang tak rugi dan tindakan yang tepat kerana memilih Nuffnang, hubungan sesama bloggers dapat dirapatkan. Kalau join yang lain ,agak-agak ada chance ke ya event camni?
Ninie Ahmad dan KlubKidd In Action

Ninie Ahmad 'Celebrity Yoga Instructor' dan juga Official Yoga Ambassador for Adidas Malaysia . Memang friendly dan happy go lucky diani. Klubkidd @ Joe Lee wartawan dan Co-Owner J Squared . Memang bersemangat bila dengar dia bercakap. Pandangan yang ikhlas, bersahaja dan melontarkan apa yang terbuku di hati. Terkesima bila dia bercerita pasal 'Etika Seorang Bloggers' especially bila part-part curi gambar tanpa memberikan kredit. Kena belajar lagi ni dengan KlubbKidd pasal etika bloggers terutamanya cam aku , orang baru di dunia blog.
Inilah Dia Model Terbaru Colgate (Sirman @ RedDaddy dan Eyriqazz)

Amcam, ada bakat jadi Model tak ? Sirman ni la tulang belakang dan sentiasa menyokong Redmummy. Memang respek habis la. Sokongannya ke atas redmummy, sampaikan blog sendiri pun asyik bersawang.Hak3, Sirman, bila mahu update blog? Kasi la tips-tips photography , pandangan peribadi, dan lain-lain. Ingin juga dengar Sirman berceloteh.

Darkbatman Siap dengan Baju Seragam sementara namun terlupa nak bawa topeng sekali

Darkbatman, antara blogger baru yang tengah meningkat naik. Dengar cerita dia ni full time blogger dan part time fitness Instructor. Bro, bila nak kasi tips untuk kuruskan badan?


Bloggers In Action Lagi
Fuhh, berpeluh-peluh dan Sepet mataku bila dipeluk Jojo Struys

Fuhh, nasib baik masa ni Wife ada kat dalam . Hik3, Ada member satu ofis cakap both gambar aku dengan Jojo Struys 'Super Impose' kerana gambar ni nampak Jojo Cam lelaki dan gambar satu lagi kepala aku lagi besar dari badan. Adushh, jealouss la tu.
With Klubkidd, Azwan Ali, dan JAI lagi (Inilah part time Cameraman ku,hik3)
Deodorant Adidas Action 3 cukup mengujakan sekali

Inilah salah satu penaja Utama Projek Alpha Season 2. Produk-produknya memang berkualiti dan aku sukai. Adussh, deodorant Adidas dah habis, free gift dua-dua dapat yang wanita, bertuah isteri aku. Terima Kasih Adidas, produk-produk yang ku dapat tahun lepas sempena Blogging Contest Project Alpha Season 1 semuanya aku suka. Tak sabar menanti contest Season ni, dengar cerita peluang untuk menang lagi tinggi as berbentuk kuiz dan peneka ke X yang betul akan memenanginya. Adakah 'luck' akan terus bersamaku tahun ini?

P/s : Part 2, bakal menyusul. Seronok kan ada event-event camni ? Dapat makan free, tengok wayang percuma, berjumpa bloggers popular, bloggers-bloggers dan pengalaman baru yang mengujakan.
Related Posts with Thumbnails