Showing posts with label Sirman. Show all posts
Showing posts with label Sirman. Show all posts

March 5, 2012

Bodyguard Redmummy

Memperkenalkan, Bodyguard2 Redmummy :
1. Sirman merangkap Suami, Manager, Photographer, etc Redmummy
2. Eyriqazz - Ex Ah Long with A License One 
3. Kid - Hero terbaru Filem KL Gengster 3 (menggantikan Aaron Aziz)

Kak Red, kalau belum cukup, saya rekomenkan member2 saya ini juga :


October 19, 2010

Happy Birthday Sirman/RedDaddy

Entry ini saya dedicatekan khas buat Sirman/RedDaddy dengan Ucapan  :


Happy Birthday Sirman/RedDaddy/Suami RedMummy ( Yang ke berapa ye? No worries, Men Life Start at 40...Hik3)
First Time 3 Bujang Lapok Terlajak ditemukan ketika Mister Potato Fiesta 2009. Now Semakin Kamceng....Hik3..Ehh, Bro Je Jai dulu lagi berisi ya? Apa rahsia bro makin kurus skang ni?  
This Song is For You Bro Sirman/RedDaddy


Dan Juga Lagu Justin Bieber ini Buat RedDaddy


Inilah apa yang saya tulis almost 7 bulan yang lepas :

"Memang ku kagumi Sirman ini.Dia begitu memberikan sokongan yang padu kepada Redmummy dalam menjayakan misi Redmummy dan menjadi penulis blog yang popular dan berjaya.

Dialah seorang suami, ayah ,kadang-kadang baby sitter (hik3,gurau je) dan Cameraman buat Redmummy.First time jumpa Sirman masa Mister Potato Fiesta 2009 memang aku sudah tertarik untuk mengenali Sirman ini.Dia mesra dengan semua orang,senyumannya selalu menguntum (JAI kata dia ni ada iras Salleh Yaakob) dan mudah diajak berbual.Syabas Sirman, memang susah mencari seorang suami seperti anda di luar sana.Teruskan menyokong dan 
p/s: Bila Sirman nak update blog ni? Hik3, after 7 bulan, blog Sirman masih bersawang....) "

Tak lengkap tak berpantun :

Sirman/RedDaddy nama diberi
Orangnya hensem senyum sampai ke Pipi
Happy Birthday dari saya sudah semesti
Bila pula mahu tambah koleksi Peribadi?

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama Si Sirman Sorang
Happy Birthday Sirman semoga Success, Ceria dan Sentiasa Heppi
Bersama Redmummy, dan keluarga tersayang

P/s : Cuba teka, Ini Birthday Sirman yang ke berapa? Umm, firasat saya lah...Yang ke 36 kot...Salah...bak kata kaK Red ,yang ke 37 tahun....

April 9, 2010

Project Alpha Season 2 Bloggers Launch | Part 1

Projek Alpha Season 2 Bloggers LauNch Acara yang dinanti-nanti
Aku teruja aku ternanti-nanti
Acara meriah Best Sekali
Di masa hadapan sudah pasti aku pergi lagi

Majlis pelancaran ini telah diadakan di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara pada 7 April 2010. Lepas pulang kerja, saya dan Isteri terus bergegas ke sini. Inilah gambar-gambar dan serba sedikit komen saya di malam tersebut :


Jojo Struys yang Jelita dan Menawan

Jojo Struys memang cool orangnya. Cantik, happy go Lucky, mesra dengan semua orang, periang, dan banyak la lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Jojo Struys, bolehla baca entry ini :


Azwan Ali, Indah Rupa dari Khabar


Artis paling kontroversi di Malaysia. Mula berblog semenjak 2008. Mula-mula bila Nuffnang pilih dia sebagai salah seorang Featured Blogger Project Alpha Season 2, aku tertanya-tanya, 'Tiada Orang Lain ke?' .Namun, bila berjumpa secara dekat dan bercakap face to face dengannya, dia sememangnya layak. Indah Rupa dari Khabar,Itulah Azwan Ali dan sekarang saya sudah mula menyukainya (pengakuan ikhlas, before this perception agak negatif pasal Azwan Ali)

Xiaxue, Salah Seorang Top Bloggers Di Singapore@ Asia Tenggara

Siapa yang tak kenal Xia Xue? Salah seorang bloggers paling popular di Asia Tenggara dengan pelbagai award dalam genggamannyanya seperti Most Influential Blog, Best Original Blog Design, Region's Best Blog dan banyak lagi.  .Suka dengan taglinenya iaitu 'Everyone's Reading It'. Mula-mula tu agak tidak berani untuk bergambar dengannya, namun digagahi jua.Memang mesra cuma tak pasti dia boleh berbahasa Melayu tak ya? Mujurlah eyriqazz ni boleh juga skeaping skit2...Hik3..Respek giler dengan dia, hanya dengan blogspot, dia cemerlang dan Google Pagerank nya dah 5. Gempakk..Nuffnang pun baru 4 rasanya.
Bersama Redmummy dan Abang JAI yang sentiasa JAMBU

Tidak perlu la diperkenalkan redmummy. Sudah cukup popular. Inilah salah seorang inspirasiku. Mesra dengan pembaca, tidak lokek dengan senyuman dan aura yang mengancam. Bro JAI ni pula, part time photographer tak berbayar ku. Skang ni dia makin menyengat dengan SEO (Search Engine Optimization). Jgn risau, dia akan kuterjah nanti. More info pasal Redmummy :


Bloggers In Action ( Bean Moreno, Kak INa KL, Cik Lily Putih, Kak Tash, PojiePooh, Cik Hel, Bob , Daydeck, AienSepet, dan lain-lain ,kasi link skali ble? )

Semua bloggers-bloggers yang ku jumpa cool dan mesra belaka. Memang tak rugi dan tindakan yang tepat kerana memilih Nuffnang, hubungan sesama bloggers dapat dirapatkan. Kalau join yang lain ,agak-agak ada chance ke ya event camni?
Ninie Ahmad dan KlubKidd In Action

Ninie Ahmad 'Celebrity Yoga Instructor' dan juga Official Yoga Ambassador for Adidas Malaysia . Memang friendly dan happy go lucky diani. Klubkidd @ Joe Lee wartawan dan Co-Owner J Squared . Memang bersemangat bila dengar dia bercakap. Pandangan yang ikhlas, bersahaja dan melontarkan apa yang terbuku di hati. Terkesima bila dia bercerita pasal 'Etika Seorang Bloggers' especially bila part-part curi gambar tanpa memberikan kredit. Kena belajar lagi ni dengan KlubbKidd pasal etika bloggers terutamanya cam aku , orang baru di dunia blog.
Inilah Dia Model Terbaru Colgate (Sirman @ RedDaddy dan Eyriqazz)

Amcam, ada bakat jadi Model tak ? Sirman ni la tulang belakang dan sentiasa menyokong Redmummy. Memang respek habis la. Sokongannya ke atas redmummy, sampaikan blog sendiri pun asyik bersawang.Hak3, Sirman, bila mahu update blog? Kasi la tips-tips photography , pandangan peribadi, dan lain-lain. Ingin juga dengar Sirman berceloteh.

Darkbatman Siap dengan Baju Seragam sementara namun terlupa nak bawa topeng sekali

Darkbatman, antara blogger baru yang tengah meningkat naik. Dengar cerita dia ni full time blogger dan part time fitness Instructor. Bro, bila nak kasi tips untuk kuruskan badan?


Bloggers In Action Lagi
Fuhh, berpeluh-peluh dan Sepet mataku bila dipeluk Jojo Struys

Fuhh, nasib baik masa ni Wife ada kat dalam . Hik3, Ada member satu ofis cakap both gambar aku dengan Jojo Struys 'Super Impose' kerana gambar ni nampak Jojo Cam lelaki dan gambar satu lagi kepala aku lagi besar dari badan. Adushh, jealouss la tu.
With Klubkidd, Azwan Ali, dan JAI lagi (Inilah part time Cameraman ku,hik3)
Deodorant Adidas Action 3 cukup mengujakan sekali

Inilah salah satu penaja Utama Projek Alpha Season 2. Produk-produknya memang berkualiti dan aku sukai. Adussh, deodorant Adidas dah habis, free gift dua-dua dapat yang wanita, bertuah isteri aku. Terima Kasih Adidas, produk-produk yang ku dapat tahun lepas sempena Blogging Contest Project Alpha Season 1 semuanya aku suka. Tak sabar menanti contest Season ni, dengar cerita peluang untuk menang lagi tinggi as berbentuk kuiz dan peneka ke X yang betul akan memenanginya. Adakah 'luck' akan terus bersamaku tahun ini?

P/s : Part 2, bakal menyusul. Seronok kan ada event-event camni ? Dapat makan free, tengok wayang percuma, berjumpa bloggers popular, bloggers-bloggers dan pengalaman baru yang mengujakan.

February 3, 2010

Ada Apa Dengan Redmummy

Segmen terjah blogger popular diteruskan lagi.Kali ini,eyriqazz ingin menerjah one of my favourite blogger.Tak lain dan tak bukan,ianya adalah :


Inilah komen peribadiku kepada Redmummy begitu popular di dunia blog :

1)The Power of Word Red and Mummy

Jangan pandang enteng pada perkataan ini,perkataan merah dan mummy ini begitu mendalam dan memberi kesan yang begitu hebat.Nak tahu lebih lanjut kesan Red dan mummy ini bolehla rujuk entry ini : The Reddish Redmummy (Auranya turut dirasaiku,entry ini adalah entry/contest pertama yang dimenangiku bersama Nuffnang iaitu Project Alpha Blogging Contest Week 3. Tempat ke 3 pula tu, memang teruja sangat -sangat).Hampir-hampir aura itu membuatkanku menjadi :

The Red Daddy!! (Sorry Sirman,aku tahu title itu milikmu)

2)Redmummy sudah lama bertapak dan mempunyai loyal readers yang begitu ramai

Redmummy sudah lama bertapak di dunia blog ini.2005 kalau tidak silap.Dia antara orang yang pertama mendapat cek daripada Nuffnang.Menjadi seorang blogger yang popular bukannya mudah, bermula dari bawah dan banyak liku-liku yang perlu ditempuhi.Tengoklah sekarang,loyal reader redmummy semakin bertambah dan akulah salah seorang daripadanya.Redmummy pun ada segmen ''Geng Bas Sekolah'' juga tau.Opps,silap,...''Geng Bas Merah''.

Antara rahsia Redmummy menjadi popular seperti di entrynya : Rahsia Redmummy To Be On Top  (Ada gosip-gosip mengatakan Income Latest Redmummy almost RM100K sebulan,betulke Kak Red?)

i)Minat! minat dulu kena ada…kalo kamu tak minat ngan blog, camne kamu nak be part of the blogging line?
ii) Apabila kamu ada minat, kamu bertambah berusaha untuk menambah pendapatan. Permulaan pendapatan saya dari Nuffnang was like RM90 or seratus lebih ajer.(Samalah saya Redmummy,hik2)
iii)You must have the hits, the more hits you get, lagi tinggi lah income kamu.

Selebihnya,bolehla terjah sendiri...

3)Di sebalik kejayaan seorang wanita@Redmummy ,ada seorang lelaki hensem dan macho yang sentiasa memberikan sokongan padu .Tidak lain dan tidak bukan,dia adalah :

Sirman (Credit Picture to Tianchad.com )

Memang ku kagumi Sirman ini.Dia begitu memberikan sokongan yang padu kepada Redmummy dalam menjayakan misi Redmummy dan menjadi penulis blog yang popular dan berjaya.

Dialah seorang suami, ayah ,kadang-kadang baby sitter (hik3,gurau je) dan Cameraman buat Redmummy.First time jumpa Sirman masa Mister Potato Fiesta 2009 memang aku sudah tertarik untuk mengenali Sirman ini.Dia mesra dengan semua orang,senyumannya selalu menguntum (JAI kata dia ni ada iras Salleh Yaakob) dan mudah diajak berbual.Syabas Sirman, memang susah mencari seorang suami seperti anda di luar sana.Teruskan menyokong dan p/s: Bila Sirman nak update blog ni?Hik3)

4)Mendapat promosi dan pendedahan meluas di Media Masa,Elektronik dan sebagainya

Keluarga Bahagia Redmummy (Gambar kredit to shaolinphoto.com )

Kepopularan Redmummy menjadi sambaran dan terjahan media.Bila dan semakin popular,unik, dan mempunyai personaliti yang menarik,tentulah menjadi terjahan media untuk mencungkil rahsia dan melariskan rancangan mereka.Sebut apa saja,hampir semua sudah menerjah Redmummy seperti TV3, NTV7,Berita Harian, The Sun,NST,Kosmo dan sebagainya.

Jadi, tidak hairanlah kepopularan redmummy semakin meningkat sesama naiknya Mawi,Saiful Apek, dan juga Nabil di alam nyata.Tidak hairanlah juga Redmummy menjadi salah seorang blogger jemputan untuk Project Alpha Season 1.Auramu masih terasa sehingga kini,Kak Red.Sekarang sudah menjadi host bersama Jojo Struys pula untuk Season 2.Syabas Kak Red.

P/s :Bila agaknya Redmummy akan diterjah Nas Ahmad ye(My Sifu tu!!) ?

5.Entry yang santai,mudah diterima, dan menarik

Kalau dah popular tulis entry pasal ''Saya Suka Makan Nasi'' dan tulis:

" Hari Ini saya makan nasi.Saya makan nasi ayam.Nasi ayam itu sedap.Sedap sehingga buat saya tertidur selepas lunch.Saya tertidur sehingga bos saya marah saya.Muka saya kemerah-merahan dimarahi boss saya. stop", pun pasti ramai akan terjah jua kan?Hehehe,just kidding.

Kak Red bukan begitu,entry2 yang ditulisnya dipelbagaikan dan gaya bahasa dan penulisannya mudah diterima ramai.Jadi semakin ramai yang berminat dan terus setia bersamanya.Contohnya sayalah,anak murid yang ke 7,777 Kak Red.Ahaks gitu.Sebagai niche blog kekeluargaan,tentunya entry Kak Red byk menyentuh pasal kekeluargaan.Aku sebagai bapa muda(muda lagike? , mmg mencari-cari blog sebegini )

6.Redmummy mesra bloggers dan peminat

Pertama Kali bergambar dengan Redmummy

First time jumpa Redmummy masa event Mister Potato 2009. Agak segan dan malu-malu ayam kampung juga masatu.Terus kusambar dan kutegur Redmummy.Sempat redmummy tanya ,'nama apa?.Aku pun jawablah,nama glamour Eyriqazz.Hik2,walaupun follower dan pembaca setia beribu-ribu ,event selepas tu terus dia ingat namaku.Begitulah juga layanan dia ke atas bloggers2 yang lain.Selalu tersenyum,mudah bergaul dan membalas persoalan pembaca sedaya mungkin.Bagus Redmummy, memang ada aura yang lain daripada yang lain, dan redmummy menjadi inspirasiku untuk terus berjaya.

7)Redmummy Ratu Advertorial

Kalau tengok-tengok blog redmummy,almost semua Advertorial Job Nuffnang Redmummy sambar.Memang Advertising Company sukakan Redmummy,entry nya pasal Advertorial dan mesej yang disampaikannya juga sampai kepada pembaca.What we want to hear?For sure personal experience and not just "This product is good,It is good because bla,bla,bla.....This Product is not expensive,this product is very good in quality''.Redmummy pandai bermain dengan emosi dan mata pembaca dan tak hairanlah Advertising Company begitu menggemari mengiklankan dan memberikan "Advertorial Job'' kepada Redmummy.

Anyway:

What I Want from Redmummy (Blue Daddy,hik3) ?

Yang ni tiada kaitan dengan rahsia kejayaan redmummy.Ini adalah terjahan dan pandangan peribadi.Jadi maafkan saya redmummy kalau tersalah kata dan bahasa :

i)More Tips on Blogging.
Huhuhu,tips redmummy yg ni pun dah protected
http://redmummy.com/category/blogging-tips-personal-touch-by-redmummy-com/ .Rasanya dulu pernah baca,tapi dah lupa.Kak Red,nak juga password,bayar pun saya sanggup.(Kih2,gaya pujuk tahap gaban)

ii)More Tips On Parenting
I know,I know ,there are a lot of tips out there tapi sekali sekala mahu juga dengar tips-tips berguna dari Kak Red.Saya ni baru menjadi bapa,jadi alang-alang singgah blog redmummy,ingin juga lihat tips-tips ''Personal Touch From Redmummy on Parenting Advice''.

iii)Loading page
Masa Samsung Corby,ramai bloggers yg cakap blog Redmummy lambat loading.Laa,ingatkan saya sorang je?Hehehe,mungkin kerana saya pakai line Streamyx yang paling murah,jadi slow la kot.Namun,demi setia,aku sanggup menunggu.Namun,kalau loading lagi cepat,lagi aku teruja.Hehehe...blog aku pun dah berat skang...Kih2,paku sepih betul,kata orang dia yang lebih.

Last but not least,dengarkanlah satu seloka dariku.Agak-agak kalau minah ni yang kadang-kadang begitu open di dunia maya@ semakin popular sejak akhir-akhir ini bergabung dengan Redmummy,agak-agak apa nama blog mereka ye?Siapa?Umm,tengok sendiri lah :


Redmummy + Cik EpalRed Epal (Hik2,hanya bergurau,jangan ambil hati ya)

Itu saja kali ini.Lepas ni ,who's Next ya?Any suggestion?

P/s : Redmummy la juga menjadi sumber inspirasi dan membuatkanku terus setia dengan Nuffnang.Kalau Kak Red mampu berjaya dengan Nuffnang,kenapa tidak aku?

P/s/s : Bukan mudah untuk berjaya.Biar lambat asalkan selamat.Jangan pula tergopoh-gopoh mengejar kepopularan,namun tersekat di tengah jalan dan hangat-hangat tahi ayam saja jadinya.Di mana ada kemahuan,di situ ada jalankan?

Apa pula pandangan anda?
Related Posts with Thumbnails