Showing posts with label terjah. Show all posts
Showing posts with label terjah. Show all posts

August 9, 2012

BloggerSentral.Com - Perkongsian Tips Blogging

Mood menerjah/review blog kembali. Kali ini , Eyriqazz ingin terjah :


BloggerSentral.Com - Perkongsian Tips Blogging

Inilah terjahan/review blog dari saya :

1) First Impression
- Nama blog yang agak unik. Nama blog yang senang disebut. First impression, blog ini mesti perkongsian tentang tips blogging. Yup, I'm right. At first, ingatkan penulisnya adalah dari luar negara, rupanya dalam Malaysia saja. Kagum..

2) Design/Template Blog
- Love it. Agak kemas dan mudah nak scroll down cari informasi. Loading pun pantas. Iklan pun tak begitu banyak.  Senang nak surf.Santai.

3) Alexa Ranking

Quite berpengaruh, below 20K di dunia dan below 5K di India? Umm, why India? Tak silap last time terjah ada rankin in Malaysia. Kes tukar hosting ke ya?

4) Intisari blog
- Banyak tips menarik tentang tips blogging. Banyak technical jargon on blogging dan juga guest writer yang turut kongsikan informasi. Memang banyakla informasi tentang blogging boleh diperolehi di sini. Cuma, gambar agak kurang. Rasa cam mengantuk skit la kalau baca banyak entri.

5) Target Audiance
- Actually, saya merasakan target audiance for blog ini adalah mostly untuk International coz medium yang digunakan berbahasa Inggeris. Most malay rasanya kurang skit nak membaca blog berbahasa Inggeris. Just pandangan peribadi. Kalau boleh buat dual language, rasanya tentu ramai pembaca akan menerjah blog ini.

6) Kekuatan Network
- Serius saya kagum dengan Greenlava @ pemilik blog ini. Kekuatan networknya yang mampu menjemput pelbagai guest writer untuk turut berkongsi tips/informasi.

7) Kekuatan Blog
- Of Course, banyak tips blogging yang boleh dijadikan rujukan oleh bloggers bagi memperbaiki prestasi blog termasukla Eyriqazz sendiri. Banyak tips berguna dapat diambil dari blog BloggerSentral.Com ini

8) Kekurangan blog
- Too wordy tanpa penggunaaan gambar yang lebih banyak dan menonjol. For me, I like both combination. Barula mata lebih segar untuk membaca. Juga, tentang author dan pemilik blog ini. Bak kata Bang Nara, people akan lebih rasa berkomunikasi apabila mengenali siapa di sebalik blog tersebut. 
- Kurang interaksi pembaca/pemilik blog jika melihat jumlah komen di sesetiap entri.

Tuh je kot..Segala pandangan adalah pendapat peribadi. Salah silap harap maafi..

P.s : Apa pula pandangan anda tentang BloggerSentral.Com ini?. Komen terbaik/most constructive will win RM10 cash/top up.

May 28, 2012

Code is Love : Geek Is Chic


Dari Brunei Blogger Ini
Code Is Love nama blog Diberi
Geek Is Chic tagline comel sekali
Inilah terjahan saya, salah silap harap maafi

- Nama blog yang Unik. Senang dieja dan senang diingat. First impression is very important.

#Header Blog 
- Agak kosong ruangannya. Mungkin boleh dicantikkan lagi supaya mata lebih selesa memandang.

#Template Blog 
- Susunan template blog yang agak kemas dan selesa untuk surfing.

#Susunan Entri Blog
- Satu entri di satu page? Lebih selesa andainya dalam 3-5 page satu entri. Senang nak scroll down entri lama.

#Gaya Penulisan
- Secara peribadi saya tidak nampak "Woww factor'' di blog ini. Entri kadang-kadang yang agak panjang. Cadangan mungkin boleh diselitkan gambar-gambar yang menarik supaya lebih mempesona untuk membaca.

# Widget Blog
- Ruangan chat rasanya kurang sesuai berada di atas sekali entri. 

#Promosi Blog
- In term of promosi rasanya belum cukup promosi yang dijalankan bagi mempromosikan blog ini. Trafik blog UV1,000+ sebulan boleh ditambah lagi dengan promosi yang lebih berkesan . Juga, kurang interaksi dengan pembaca blog , tak banyak komen yang diterima.

# Cadangan Buat Blog
- Perlu serlahkan lagi dan cari Woww Factor. Tambahkan gambar yang menarik. Gaya penulisan mungkin boleh dikemaskan lagi. Mungkin disebabkan penulis mempunyai banyak blog, jadi mungkin banyak masa perlu dibahagi-bahagikan. Kualiti dan kuantiti must go hand in hand. Opps, saya tak maksudkan blog ini kurang kualiti, cuma masih banyak yang boleh diperbaiki lagi. 

February 8, 2011

Little Mama's Diary| Mama Blogger yang Berjaya

Yiezaa, Segmen terjah kembali lagi. Kali ini eyriqazz ingin menerjah salah seorang penaja "My Raya Moments Contest".  Jom terjah :


Inilah terjahan saya :

1) Seorang Mama Blogger Yang berjaya
Selain dari menjadi pemilik blog Little Mama's Diary, Kak Ros @pemilik blog ini turut memiliki blog MombloggersPlanet ( khas buat golongan ibu/bapa pun bolehla nak menyelit sekali) dan juga LittleKidsPhotography ( perhidmatan mengambil gambar untuk kanak-kanak). Memang saya cukup kagum dengan Kak Ros, full time Akauntan dan buat side income dengan blogging, photographi, dan juga menjual produk . Hik3, income blogging dari Adsense saja sudah mencecah 4 angka sebulan, tak gitu kak ros?

2) Intisari Blog
Title sudah cukup untuk menerangkan " Buat Duit Dengan Google Adsense, Premium Beautiful, Herba Maharani" . Artikel berkenaan produk seperti Premium Beautiful, Herba Maharani, personal, event yang dihadiri dan pelbagai lagi. Kagum, siap buat delivery oversea untuk produk premium beautifulnya. Kak ros, taknak kasi wife saya mencuba ke produk ni? Boleh saya review sekali, hik3...


3) In Person, Kak Ros peramah orangnya
- First time jumpa dia masa Nuffnang Friso Gold Family Day Out  yang timetu dia memenangi hadiah utama pelancongan ke Hong Kong Disneyland. Memang peramah bersama anaknya yang comel. Kecil molek memang sesuai dengan Little Mama. Selepas itu, sempat berjumpa di beberapa event yang dianjurkan Nuffnang dan juga bloggers .

4) Gaya Penulisan yang Santai dan Mudah diterima
- Penulisannya yang santai menjadi daya penarik. Memang saya cukup kagumi, bukan mudah jadi akauntan n at the same time, ibu/isteri dan menjadi blogger. Pandai Kak ros bahagikan masa. Any tips to share tentang "Pembahagian Masa" ini?

5) Constructive Feedback (Pandangan Peribadi)
- Header mungkin perlu ditukar. Kasi cantik-cantik skit. First impression is important.
- Widget2 di sidebar mungkin boleh dikemaskan lagi. Saya hanya lebih teruja tengok entry, bila tgk banyak sangat di sidebar, rasa kurang teruja untuk klik.

Overall, memang saya syorkan buat golongan wanita/ibu-ibu blog ini kerana banyak yang anda boleh pelajari terutamanya buat "Side Income Money" . Banyak ilmu yang menarik yang boleh anda pelajari dari salah seorang Mama Blogger yang agak berjaya di Malaysia ini..

P/s : Apa pula pandangan anda pasal blog Little Mama's Diary?  Leave a comment here/this entry , dan 4 pengomen terbaik/Constructive feedback bakal memenangi 5 GTO Pointz dari saya. Pemenang akan dipilih oleh Kak Ros@ Little Mama's Diary sendiri .

January 6, 2011

Viruspadu The Pink Lover

Yiezaa, Segmen Terjah kembali. 2011, more terjahan to come. Hik3..So, mangsa kali ini adalah :


Inilah terjahan Saya :

1) Viruspadu @ Jemah Penggemar Pink
- Yiezaa, pink dan viruspadu memang tidak dapat dipisahkan. Suka benar dengan warna pink. Samalah juga dengan wifey yang juga " The Pink Lover" . Most men don't like pink but love woman yang suka Pink. Nampak sweet, cantik, dan sejuk mata memandang. No wonder a lot of bloggers wanita popular berbackgroundkan template pink seperti IrineNadiaMarcello, The Pink Stilettos dan Cik Nadia Bayu to name a few. Aura kewanitaan lebih terserlah dengan warna Pink.

2) Entry yang Santai dan Mudah diterima
- Entry berkisarkan peribadi, keluarga, anak-anak dan mostly "Parenting". Gaya bahasa yang mudah diterima, jiwa keibuan yang menarik ramai pembaca untuk terus setia membaca kisahnya.

3) Jaringan Network Yang Mantap
- Salah satu kelebihannya adalah jaringan network yang mantap. The "3 Adik Beradik Hot dan Popular" iaitu Ceeramoon, Jemah@Viruspadu dan juga Sepet [ Terjah|Sepet oh Sepet] .Hits ketiga-tiga adik beradik ini riban-riban. Di samping itu, jaringan follower serta pembaca setia pun ramai. Why? Of course kerana sikapnya yang mesra readers yang mudah melayan kerenah especially kalau di twitter. Keep it up Jemah.

4) In Person Jemah memang Friendly

Met her once during Sesi Berbuka Puasa Digi Angels di The Apartment, KLCC tahun lepas. Walaupun tak sempat berborak , apabila saya minta bergambar, dia tidak banyak kerenah dan tersenyum sahaja. Dia salah seorang antara yang terawal sudi jadi Sponsor My Raya Moments Contest. Terharu time tu ,ramai bloggers popular sudi jadi sponsor. Well, feedback dari yang lain pun menggemari gayanya. Plz attend more event in the future ya, dan jangan lupa heret Sepet sekali, ramai pembacanya mahu berjumpanya face to face.

5) Template Blog
- Honestly said, i think sepanjang mengikuti blog Jemah hampir 2 tahun , i think template terbaru ini antara yang paling saya tidak suka. Agak kurang user friendly jika dibandingkan dengan template2 sebelum ini.Apapun, lain padang lain belalang kan?

Ini Hits tahun lepas rasanya, skangni Sure lagi mencanak-canak (sorry jemah, tak mintak permission dulu)


6) Advertorial Tips
Yiezaa, who said blog personal tak boleh buat Income yang masyuk ? Jemah, one of the Malay Blogger yang saya perhatikan sejak dulu selalu mendapat Advertorial dari Nuffnang. My personal observation, of course keunikan blognya, niche blognya, dan juga gaya bahasanya jadi mudah produk berbentuk kekeluargaan seperti susu untuk ibu dan anak, produk kekeluargaan,dan sebagainya dipromosikan di blog ini. anything to add Jemah , ramai yang nak tahu rahsia ni...
7) Teguran | Komen Oh Komen
Oh teguran ini ditujukan buat diri sendiri juga. Saya perhatikan banyak komen di entry Jemah tidak berbalas. Bila komen berbalas, pembaca akan terasa lebih dihargai, termasuklah diri sendiri. Teguran buat diri sendiri juga, lambat balas komen dan banyak komen tidak berbalas, namun saya sendiri akan cuba perbaiki along the way. Yup, give and take adalah sebaiknya kan?

8) Hari hari Mau....Baca
Tagline memang cool. Salah satu blog yang saya selalu singgah senyap-senyap juga. Ada banyak lagi yang menarik rasanya, but i leave it to u readers untuk menilainya.

Waitt, blom habis lagi. Apa pandangan anda tentang Blog Viruspadu? Kenapa anda Suka baca blog dia dan apa yang ada rasa boleh diperbaiki or anda mahu tahu darinya? Yiezaa..Of course ada hadiah....4 pengomen terbaik/constructive feedback akan memenangi 5 GTO Pointz . Pemenang akan dipilih oleh Jemah sendiri.

October 29, 2010

CoretanMayaku | Fantasi & Realiti, Duniaku


CoretanMayaku. Cantik Sekali Taglinenya iaitu "Fantasi &Realiti, Duniaku". Minta maaf kerana janji agak lambat ditunaikan seperti di entry " Kenapa Anda Mahu Diterjah Eyriqazz " . Tanpa membuang masa Inilah terjahan saya (psst,as usual ,salah silap harap maafi)...

1) tagline yang menarik

2) Entry berkisar blogging, personal dan terlintas di hati.

3) Widget di sidebar terlalu banyak .Mungkin memeningkan kepala juga. Placement of Nuffnang Ads yang agak ke bawah menyukarkan untuk mendapat Buffered Earning di Sidebar. Cadangan, letak atas sikit dan widget2 disusun kembali supaya nampak lebih kemas especially bagi blog yg 3 column.

4) Wow Faktor dan keunikan tersendiri tidak saya begitu nampak di sini. Maaf ya....Lain padang, lain belalang. Mungkin boleh pelbagaikan entry dan menulis entry yang lebih diminati...

Umm, itu saja ...Apapun ini cadangan dari saya bagi memperbaiki mutu blog:

1) Revamp the template /header. Mungkin boleh gunakan khidmat bloggers yang terror bakni.

2) Perbanyak gambar-gambar yang menarik di dalam entry

3) Selidiki dan cari "Wow Faktor" yang boleh menarik lebih ramai pengunjung ke blog .

Itu saja terjahan saya kali ini.Salah silap, sekali lagi harap maafi.

October 18, 2010

MySuperkids | Blog To The Next Level

Salam dari Eyriqazz,

Seperti dijanjikan , kali ini eyriqazz ingin menerjah salah seorang Sponsor My Raya Moments Contest. So, terjahan Sponsor pertama adalah MySuperkids | Blog To The Next Level . First of all ,thanks for Sponsoring RM100 for My Raya Moments Contest. Tak lupa juga, thanks for Inviting us (a few month ago) for :

1 SuperKids FAMILY DAY! (Dapat juga Isteri bergambar dengan Maizawati)

Inilah terjahan/review saya (salah silap harap maafi ) :

1) Seorang yang gigih berblogging/menjana pasif Income
- Walaupun bekerja fulltime, Lyna@ pemilik blog MySuperkids begitu gigih berblogging dan buat Income Part time dengan business yang lain iaitu menjual produk online, paid Ads, butik dan sebagainya. Memang saya cukup kagum. Oh, Lyna ni adalah ex-schoolmate wife saya. Berkacamata orangnya peramah dan mudah diajak berbincang.

2) Entry berkisarkan keluarga, isu semasa, pandangan , perbincangan, tips,kewangan,  dan banyak lagi. Isu dikupas dengan menarik, dengan entry dalam bahasa melayu dan juga English.

3) First Impression - Template agak kurang mesra reader -
Umm, saya pernah masuk beberapa kali. Dengan tiga column, nampaknya template blog mysuperkids agak tidak mesra reader, agak peningla juga dengan layoutnya, iklan di sebelah kanan, too many categories , search button yang agak ke bawah, dan banner yang kurang tersusun. Mungkin boleh kemaskan lagi template, jadi reader selesa especially untuk first time reader.

4) Susunan entry agak kelam kabut
- Bagi seorang pembaca blog, susunan entry agak kurang teratur, main entry dan a few of other entry dalam satu page. Jadi bila membaca agak kurang selesa.

5) Berpengalaman di Dunia Blogging
Pernah diberitahunya, hits blognya sekitar 1,500+ sehari dan pernah menerima Advertorial dari Nuffnang. Satu pencapaian yang agak bagus. Pernah berjumpa di Nuffnang Friso Gold dan 1Superkids Family Day. Bagi bloggers baru, maybe u can learn a few tips and tricks from her blog.

6) Target Audiance
- Rasanya dari nama blog dan entry yang ditulis, nampak lebih kepada golongan ibu. Mungkin target audiance dan cara penulisan boleh diubah supaya target audiance boleh diluaskan.

7) Tagline yang menarik : Blog to The Next Level...

8) More Pictures Plz , so lebih selesa dan sejuk mata memandang

Itu saya dari saya, salah dan silap especially negatif komen harap maafi. Hanya pandangan peribadi, lain padang,lain belalang kan?

P/s : Apa pula pandangan anda pasal blog MySuperkids?  Leave a comment here/this entry , dan 2 pengomen terbaik/Constructive feedback bakal memenangi RM10 Cash/top up dari saya. Pemenang akan dipilih oleh Lyna @ MySuperkids sendiri .

September 22, 2010

Bella The Hot Girl

Bella The Hot Girl Tajuk Diberi
Bella The Mysterious Girl Tajuk sebelum Ini
Wajah ditutup, penuh misteri tertanya-tanya siapakah empunya diri
Jom, Eyriqazz mahu terjah lagi sempena Contest INI
Cantik dan Penuh Misteri. Adakah Misteri Siapa Bella akan terjawab ketika MySelangorStory Journey?
Adakah tekaan saya betul? Anda teka yang mana?
Comel ketika kecil, ketika dewasa, "Korang Fikirkanlah Sendiri"

Ada apa di Blog Bella yang membuatkan saya jatuh hati? Walaupun 100% in English dan ayatnya yang bombastik, Saya suka terjahi blog bella dan inilah sambungan terjahan Bella The Enveeus/ Bella The Hot Girl :
Ada kartun-kartun yang comel
Kerja Siapa la Ni ya?
Ada gambar makanan yang menggiurkan hati
Ada Binatang Peliharaan/ Kucing yan cukup bermisteri juga
Ada gambar Belon yang Comel dan cantik

Other that that, apa yang best di Blog Bella ? 

1) Semakin bermisteri, semakin rasa mahu diterjahi
2) She's Hott....Nasib baik saya dah kahwin, kalau tak ,sah jatuh Cinta..Hak3..gurau je..
3) Dia pandai mengarang puisi /novel
4) Pandai main Piano...Biasanya orang yg terror main piano berseni jiwanya dan pandai..Umm,can't deny about it.
5) Saya hampir memalukan diri sendiri terjah dan kata kat salah seorang yg pergi Digi Berbuka Puasa dan saya cakap U r Bella rite? Hik3,punyalah teruja nak tahu siapa bella.
6) Dia peramah. Mudah borak-borak dia dengan twitter dan pernah invite me untuk salah satu event Pembukaan butik nya
7) Banyak laa lagi, Korang terjah la sendiri di SINI : http://www.enveeus.com

Tak lupa juga, sekarang ini Bella tengah mengadakan Contest yang menarik dengan hadiah bernilai RM400+ , lebih lanjut bolehla terjah sini http://www.enveeus.com/2010/08/enveeuscom-first-contest-is-here.html . Mudah aja, cam terjah blog ajer.

Last but not least, her secret identity will be revealed as she also joining MYSelangorStory Contest. No worries, ur secret are safe with me..hik3...

Bella the Hot Girl, hot, hotter, hottest silalah terjah sendiri
Sekali singgah mungkin blur blur lagi
Dua kali singgah pening pening nak fahami
Tiga, 4, 5 kali singgah, aduhai, jatuh hati

Terjah tetap terjah, Terjah dan joini Contest sekali di Sini [ http://www.enveeus.com ]

P/s : Apa pula pandangan anda pasal "Bella The Hot Girl" dan Contest yang dia anjurkan ini?

August 5, 2010

Tiada Siapa Pun Boleh Menjadi Orang Lain Selain Diri Sendiri

Salam dari Eyriqazz,

Seperti dijanjikan di entry INI So kali ini , eyriqazz ingin menerjah Maslina Mansor di http://maslinamansor-life.blogspot.com/

OK, straight to the point , inilah terjahan/review saya pasal blog Maslina Mansor (salah silap dan tersilap cakap harap maafi ya, ini hanyalah pandangan peribadi).
 1)Tagline yang menarik iaitu “Tiada siapa pun boleh menjadi orang lain selain diri sendiri...” Tapi sayapun kurang jelas dengan maksud ini,hik3,maslina boleh tolong jelaskan lebih lanjut?

Fikiran mempengaruhi tindakan yang akan dilakukan - Life is Beautiful -
2) Entry berkisarkan kehidupan harian, giveaway dan pengalaman peribadi. Umm, Mas, rasanya perlu diperbanyakkan gambar dalam entry supaya reader lebih teruja.

3) Layout/Template blog belum cukup menarik – Pandangan peribadi, layout/template blog perlu ditukar. Banyak gadget yang boleh dibuang rasanya. Plus,3 column nampak seakan kurang kemas (psst, template blog saya pun kena perbaiki juga)

4) Maslina rajin mengomen entry – Bagus tu mas, selalu nampak mas mengomen di entry eyriqazz. Sorryla kalau selalu tak sempat membalas, tapi memang appreaciate a lot komen2 yang diberikan. So, pembaca di luar sana, bolehla singgah di maslina mansor, nanti bila dia membalas, komen2 yang diberikan memang bernas dan berkesan.

5)Wah, Maslina tengah buat Contest Anniversary Contest . Hadiah yang menarik iaitu Sony MP3 B Series (mp3 kan?)” .Cepat-cepat, Tuah ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu.

Ini pula pandangan saya untuk perbaiki mutu blog Maslina :

1)Tukar template kepada yang lebih mesra reader (1st Impression is very important for a new visitors)

2)Nama blog pun mungkin perlu  ditukar juga. Lebih mudah menaip maslinamansor dari ada –life. Ataupun boleh cari nama yang lebih catchy.

3)Entry dipelbagaikan. Nampak mas pandai dalam memberikan pendapat.Mungkin entry berbentuk perbincangan boleh diutarakan.


Ok, cukupla dulu. Salah silap harap maafi ya?

July 21, 2010

Bella the Enveeus

Bella Swan @ Bella Cullen Heroin Filem The Twillight

Minattak cerita The Twillight ? Lakonan Bella Swan camne pula? Hik3, saya bukan nak bercerita kisah filem ini tapi ingin menerjah/review blog Bella the Enveeus seperti dijanjikan di entry Kenapa Anda Mahu Diterjah Eyriqazz? .

Oklah, straight to the point :

Inilah Template/Muka Depan Blog Bella The Enveeus

Sebelum saya meneruskan, terlebih dahulu saya mahu memohon maaf. Pandangan yang dilontarkan nanti hanyalah pandangan peribadi. Salah silap harap maafi ya?

1) Template Blog Kemas dan Menarik

2) Gambar-gambar yang diambil juga cantik dan menarik hati

3) Penggunaan dan Penguasaan Bahasa Inggeris yang "Marvellous". Memang saya tabik Spring bak dia menulis dalam bahasa Inggeris, ayatnya pun menarik.

4) Antara entry menarik kegemaran saya adalah :

Terjah Eyriqazz alias Great Teacher Onizuka (dia memenangi tempat ketiga)

Selingan sekejap :

Yang Mana Satu Bella?

Pandangan saya, kalau berdasarkan pada gaya penulisannya saya rasa yang paling kanan berbaju hitam kerana penulisannya agak berseni dan baju yang dipakai tu pun nampak berseni-seni dan lain dari yang lain. Hik3, main teka je, Betulke Bella?

Ok, sambungan lagi, kali ni nak komen pada sudut yang lain pula :

1) Nama blog susah diingat dan dieja ( hik3, saya pun sama kan? )

2) Target Audiance - Rasanya kalau Bella serius mahu buat extra Income from blogging, rasanya kena campur-campur tulis in BM juga, more target audiance boleh dicapai.Itulah juga yang saya komen pada saudara Bean Moreno sebelum ini.

3) Sistem Komen JS-KIT yang dipakai agak kurang user friendly. Lebih sukar untuk mengomen dan saya sendiripun kadang-kadang tidak mengomen kerana banyak step kena buat. Maaf ya Bella.

Ini pandangan saya pula camne Bella boleh perbaiki blog dia :

1) Tulis dalam BM juga. Bella pernah juga mengomen in Bahasa Melayu di entry saya dan ayat yang digunakannya memang menarik dan berpotensi untuk menarik lebih visitor ke blognya.

2) Pelbagaikan lagi entry. Baca blog Bella, masih banyak persoalan dan teka-teki bermain di fikiran. Siapakah Bella, kerja apa, apa hobi dan macam-macam lagi?Ewahh, berteka-teki macam Bella Swan juga ke?

3) More Updatess Plzzz...Sebulan tgk average, tak sampai 20 entry. U have the potential to go further and I love how u write an entry. . Give me Inspiration to write better.Just, your english is too good for normal people like me.

Cukuplah dulu kot...Selebihnya, anda bolehlah terjah sendiri. Bolehla terjah [ KLIK SINI ] .

Bella the Enveeus nama diberi
Envious and Envy us itulah kata empunya diri
Blue Birdie comel sekali
Secomel dan secantik penulis blog sudah semesti

P/s : Maslina Mansor, u r next. Cepat-cepat sediakan payung sebelum hujan, hik3...

July 8, 2010

Shakira | Sakura | Sakiralicious

Salam dari Eyriqazz,


Entry Kenapa Anda Mahu Diterjah Eyriqazz dirujuk. Firstly :

Cantik tak Shakira?
Comeltak Sakura? ( Heroin Anime Naruto)

HIk3, selingan sekejap. Actually, seperti yang telah lama dijanjikan, kali ini , eyriqazz akan menerjah blog Sakiralicious . Oklah, straight to the point. Inilah komen peribadi eyriqazz pasal blog Sakiralicious :

1) Template yang Menarik - Sejuk Mata memandang dan terasa teruja untuk singgah lagi.

2) Nickname dan Nama Blog yang Catchy - Wow factor, dulu dia pakai nickname lain. Tidak teruja mana, namun dengan nickname baru ini, lebih mengujakan dan menarik hati untuk singgah selalu.

3) Gaya penulisan yang santai, mudah difahami dan selesa membaca.

4) In Person, dia memang cool dan peramah orangnya. Met her personally during Gatsby Deodorant Street Fair.

5) Header perlu diperbaiki. First Impression, Honestly header yg first dulu memang cantik sangat.

6) More Updates Plzz - Mungkin dah semakin sibuk belajar. Apapun, I can see potential in you. Keep on writing.

Jom Terjah Sekali. Bolehla terjah di SINI

Shakira,Sakura, Sakiralicious
Nickname oh Nickname penting dalam berblog ini
Feel Good, Readers feel Delicious
Untuk singgah selalu dan hari hari.

P/s : Apa pula pandangan anda pasal Sakiralicious? Cantik kan nickname nya?

P/s/s : Bella, U are my next target. RAWRRRR!

May 5, 2010

Baby & Me | A 1st Time Mom Struggling To Have A Balance In Her Life...

Baby & Me Tagline diberi
UnlistedOne nama unik dan kreatif sekali
Kenapa diberi nama sebegini
Bolehla terjah Entry INI

Entry Pemenang Contest Terjah Eyriqazz dirujuk. Jadi, tanpa membuang masa, inilah terjahan saya buat UnlistedOne @ Munira @ Nia @ MBP Ambassador

1) Entry berkisar keluarga, anak dan peribadi
- Nia selesa bercerita kisah keluarga, anak ( Diha) dan hal-hal peribadi. Boleh saya katakan personal blog. Agak terperanjat bila membaca yang dulu dia pernah menulis berkenaan politik, ku cuba terjah entry-entry lamanya namun tidak berjumpa. Antara entry Nia yang menarik hatiku adalah :


Selebihnya bolehla terjah sendiri.

2) In Person, Nia memang friendly orangnya 
- Pernah jumpa Nia ketika Gatsby Deodorant Street Fair . Tak sangka Nia datang menegur, mula-mula agak tidak kenal juga kerana rupanya lain dari di blog. Ehh, jangan salah faham, rupa di alam nyata lebih cantik dari di dalam blognya. 

3)  Gaya Penulisan yang santai dengan Gambar yang agak menarik
- Agak terkejut juga bila Nia kata, blognya tak cecah 200 sehari. Betulke ni? Macam tak percaya saja, yerlah, entry-entry di Nia boleh tahan dan menarik juga.

4) Template dan Widget-Widget
Honestly Nia, ini pandangan peribadi. Template perlu ditukar. Belum cukup menarik hati. Satu lagi, widget di sidebar terlalu banyak dan agak kurang selesa bila membaca entry/ melambatkan loading. Mungkin sesetengahnya boleh dibuang agar pembaca selesa untuk membaca.

5) Pelbagaikan Lagi Entry
- Tentu banyak pengalaman peribadi yang menarik yang seronok untuk dikongsi. Teringin juga ingin tahu pengalaman Nia menempuhi alam perkahwinan, suka-duka bergelar seorang Isteri/ibu , dan Ranjau Seorang Ibu yang bekerja. Entry yang sedih dan menyentuh hati pun boleh menarik pembaca.

6) Nama Blog
- Honestly, rasanya nama Unlistedone agak susah diingati dan dieja walaupun agak unik dan kreatif sekali . Adakah Unlisted + One atau Unlisted + Done? kadang-kadang bila saya tidak klik dari link di blog saya dan menaip terus, boleh tersilap juga. Apapun, lain padang lain belalang.

7) Tagline : A 1st Time Mom Struggling To Have A Balance In Her Life...
- Agak menarik dan catchy tagline itu. Bolehla bercerita tentang pengalaman seperti di tagline itu. Tentu menarik, saya sebagai seorang suami/bapa pun berminat untuk mendengar pengalaman ini.

Cukupla dulu,last but not least, oleh kerana Nia suka saya berpantun, satu pantun buat Nia :

Siti Munira orangnya comel sekali
Personaliti menarik terhibur hati
Teruskan usaha untuk memperbaiki diri
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang di kemudian hari

Jomlah join terjah sekali di SINI .

P/s : Terjah Nia dan apa pandangan anda pula? Komen terbaik dan menarik hati, dia pula yang akan saya terjahi/review blog nanti (selepas semua terjahan pemenang dibuat)

May 3, 2010

Ada Apa Dengan Kennysia

Kennysia nama diberi
Blogger Popular sudah semesti
Entry menarik , lucu dan terhibur hati
Mesti singgah hari-hari

Monday Blues, jadi kali ini eyriqazz ingin menerjah Kennysia . Sudah lama mahu menerjahnya, baru sekarang berkesempatan + modal sudah mencukupi. Inilah terjahan Eyriqazz dan pandangan peribadi Eyriqazz berkenaan blog Kennysia yang cukup popular ini :

1) Kennysia selesa dengan PhotoBlogging Style

Saya extractkan sedikit kata-kata Kennysia " My style of blogging is best described as photo-blogging. Usually, I emphasize on using pictures to get my point across rather than using words" . Sekeping gambar can represent a lot of things and can attract a lot of attention compare to 100 words. Fikir-fikirkanlah.

2) Penulisan yang kreatif, Kelakar, dan Thinking Outside of The Box

Jika diperhatikan cara penulisan Kennysia, ayat-ayat yang digunakan adalah Simple English yang mudah difahami oleh semua golongan dengan banyak diselitkan gambar-gambar yang menarik. Tengok gambar dan ayat-ayatnya tidak merasa boring walaupun membacanya berkali-kali.

3) Berinteraksi dengan Semua dan Be Outstanding

Pernah terbaca yang Kennysia setiap kali menghadiri event Nuffnang, dirinya begitu terserlah dan lain dari yang lain di samping sikapnya yang mudah mesra dan melayan semua orang. Jika diperhatikan, itulah juga sifat yang ada pada Featured Bloggers especially Season 1 yang begitu mudah berinteraksi dengan semua orang dan melayan kerenah mereka.

4) Template Blog Yang Simple dan Menarik Hati

Template blog Kennysia antara yang paling kugemari, simple dan mesra reader. Sejuk mata memandang dan mudah untuk melayari dari satu page ke page yang lain. Warna putih yang menyerlahkan lagi gambar-gambar yang menarik. Sebelum aktif berblog, inilah blog yang aku singgahi hari-hari. Sekarangni pun still singgah hari-hari juga. Akan ku perbaiki template blogku nanti, ianya cukup penting bagi bloggers yang betul-betul serius untuk ke depan.

5) Kontroversi dan Kelainan Tersendiri

Kennysia tidak takut dan gentar mencipta entry yang berbentuk kontroversi walaupun berkenaan Politik. Teringat lagi entrynya pasal Chua Soi Lek, Pas Youth Learn to Talk , dan kehadirannya di Majlis Jamuan Raya Perdana Menteri.
6) Entry Berkualiti dan Do Your Homework

Terbaca di Kenwooi , Kennysia pernah mengambil masa sepuluh jam untuk buat satu entry. Memang betul, entry yang berkualiti biasanya mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan .Tapi, at least, diri sendiri berpuas hati. Mana yang anda suka, entry berkualiti dan dibuat dengan sepenuh hati daripada entry Copy Paste  dan melepaskan batuk di tangga.

7) Update Selalu

Dulu, Kennysia agak kerap juga update blog. Lebih kurang satu sehari, heyy, bloggers popular pun kena update blog juga, barulah readers tak lari. Sekarang ni mungkin Kennysia agak sibuk dengan bisnes Gymnya dan banyak tugas gentir yang menanti. Namun, entry-entry yang ditulisnya kini tetap berkualiti dan menghiburkan.

Dan akhirnya, Usaha + Semangat + Popular + Tidak Mudah Putus Asa + Kelainan Tersendiri+ Lain-lain lagi, inilah hasilnya :

Mengancam Kan?

Kennysia, antara Blogger yang buat Income paling mengancam di Malaysia ini. Selebihnya, anda sendiri yang boleh menambahkan pandangan anda di sini.

Oh ya, terimakasih kepada Sumber Rujukan untuk Entry Ini :

Kennysia Sumber Inspirasi
Blogger hebat dan Sensasi
Entrynya selalu ku nanti-nanti
Menjadi panduan untuk memperbaiki mutu penulisanku ini
Hai gembiranya dalam hati
Jika Kennysia sudi menerjah entryku ini

P/s : Apa pula pandangan anda? Teringin tak mahu jadi hebat dan buat Income yang mengancam seperti Kennysia?
Related Posts with Thumbnails