Showing posts with label blog best. Show all posts
Showing posts with label blog best. Show all posts

May 3, 2010

Ada Apa Dengan Kennysia

Kennysia nama diberi
Blogger Popular sudah semesti
Entry menarik , lucu dan terhibur hati
Mesti singgah hari-hari

Monday Blues, jadi kali ini eyriqazz ingin menerjah Kennysia . Sudah lama mahu menerjahnya, baru sekarang berkesempatan + modal sudah mencukupi. Inilah terjahan Eyriqazz dan pandangan peribadi Eyriqazz berkenaan blog Kennysia yang cukup popular ini :

1) Kennysia selesa dengan PhotoBlogging Style

Saya extractkan sedikit kata-kata Kennysia " My style of blogging is best described as photo-blogging. Usually, I emphasize on using pictures to get my point across rather than using words" . Sekeping gambar can represent a lot of things and can attract a lot of attention compare to 100 words. Fikir-fikirkanlah.

2) Penulisan yang kreatif, Kelakar, dan Thinking Outside of The Box

Jika diperhatikan cara penulisan Kennysia, ayat-ayat yang digunakan adalah Simple English yang mudah difahami oleh semua golongan dengan banyak diselitkan gambar-gambar yang menarik. Tengok gambar dan ayat-ayatnya tidak merasa boring walaupun membacanya berkali-kali.

3) Berinteraksi dengan Semua dan Be Outstanding

Pernah terbaca yang Kennysia setiap kali menghadiri event Nuffnang, dirinya begitu terserlah dan lain dari yang lain di samping sikapnya yang mudah mesra dan melayan semua orang. Jika diperhatikan, itulah juga sifat yang ada pada Featured Bloggers especially Season 1 yang begitu mudah berinteraksi dengan semua orang dan melayan kerenah mereka.

4) Template Blog Yang Simple dan Menarik Hati

Template blog Kennysia antara yang paling kugemari, simple dan mesra reader. Sejuk mata memandang dan mudah untuk melayari dari satu page ke page yang lain. Warna putih yang menyerlahkan lagi gambar-gambar yang menarik. Sebelum aktif berblog, inilah blog yang aku singgahi hari-hari. Sekarangni pun still singgah hari-hari juga. Akan ku perbaiki template blogku nanti, ianya cukup penting bagi bloggers yang betul-betul serius untuk ke depan.

5) Kontroversi dan Kelainan Tersendiri

Kennysia tidak takut dan gentar mencipta entry yang berbentuk kontroversi walaupun berkenaan Politik. Teringat lagi entrynya pasal Chua Soi Lek, Pas Youth Learn to Talk , dan kehadirannya di Majlis Jamuan Raya Perdana Menteri.
6) Entry Berkualiti dan Do Your Homework

Terbaca di Kenwooi , Kennysia pernah mengambil masa sepuluh jam untuk buat satu entry. Memang betul, entry yang berkualiti biasanya mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan .Tapi, at least, diri sendiri berpuas hati. Mana yang anda suka, entry berkualiti dan dibuat dengan sepenuh hati daripada entry Copy Paste  dan melepaskan batuk di tangga.

7) Update Selalu

Dulu, Kennysia agak kerap juga update blog. Lebih kurang satu sehari, heyy, bloggers popular pun kena update blog juga, barulah readers tak lari. Sekarang ni mungkin Kennysia agak sibuk dengan bisnes Gymnya dan banyak tugas gentir yang menanti. Namun, entry-entry yang ditulisnya kini tetap berkualiti dan menghiburkan.

Dan akhirnya, Usaha + Semangat + Popular + Tidak Mudah Putus Asa + Kelainan Tersendiri+ Lain-lain lagi, inilah hasilnya :

Mengancam Kan?

Kennysia, antara Blogger yang buat Income paling mengancam di Malaysia ini. Selebihnya, anda sendiri yang boleh menambahkan pandangan anda di sini.

Oh ya, terimakasih kepada Sumber Rujukan untuk Entry Ini :

Kennysia Sumber Inspirasi
Blogger hebat dan Sensasi
Entrynya selalu ku nanti-nanti
Menjadi panduan untuk memperbaiki mutu penulisanku ini
Hai gembiranya dalam hati
Jika Kennysia sudi menerjah entryku ini

P/s : Apa pula pandangan anda? Teringin tak mahu jadi hebat dan buat Income yang mengancam seperti Kennysia?

April 28, 2010

Ada Apa Dengan InfoKami

InfoKami Nama Diberi
Share'lah' Something tagline cantik sekali
Sekali singgah nak singgah lagi
Blog yang menarik untuk disinggahi

Ada Apa dengan InfoKami? Inilah Terjahan Eyriqazz :

1)Blog yang menarik dan berinformasi dari penulis blog yang berbakat dan tersohor sekali. Siapa penulis dan pemilik blog ini? Singgahla di sana dan anda pasti berpuas dan tergoda hati.

2)Walaupun baru menapak, entry-entry yang cukup menarik dikongsikan antaranya Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Google Part 1, Petua Daun Mempelas Mencantikkan Kuku dan Platform Berbeza Dan Bila perlu Guna DoFollow Dan NoFollow

3) Lebih banyak informasi dan tips berguna yang merangkumi banyak bidang akan dikongsi disini apabila penulis-penulis jemputan yang hensem dan cantik berkongsi tips dan informasi mereka. Kata orang 10 Brains is better than 1 brain rite? Inilah yang cuba diserlahkan di InfoKami .

4) Template blog yang begitu cantik dan sejuk mata memandang. Tergoda hati dan terpukau diri ini.

Last but not least, serangkap pantun buat InfoKami :

InfoKami berkongsi Informasi
Informasi Menarik dan Tertarik Hati
Jadi Apa Yang Anda Tunggu Lagi
Terjahlah Ke Sana saya gerenti puas hati

P/s : Apa pandangan anda tentang InfoKami ? 

March 3, 2010

Contest Mengenali KancilBiru

Kalini, eyriqazz ingin join contest yang dianjurkan oleh saudari KancilBiru yang diberi nama :

Mengenali KancilBiru

Inilah soalan-soalan yang perlu dijawab dan inilah jawapanku :

1)Bagaimana dan sejauhmana korang mengenali Kancilbiru

Aku mengenali Kancilbiru ni semasa aku keluar memburu satu ketika dulu.Terjumpalah sang kancil yang sangat comel, bewarna biru.Aku kejar punya kejar, akhirnya aku tak berdaya.Cukup laju dia melarikan diri.Aku sedih bila aku tidak dapat menangkap kancil biru itu.Aku balik rumah aku search internet dan aku jumpa kancilbiru yang lain yang begitu comel juga.Hatiku terubat.

First time aku kenal KancilBiru rasanya semasa Project Alpha Season 1 sedang dijalankan/bersama Blogging Contestnya dan Kancilbiru ini selalu masuk blog aku dan mengomen.Nicknamenya cantik, jadi aku tertanya-tanya.Siapakah gerangan kancilbiru ini?Bila kusinggahi, ohh,Nizaa ini rupanya.Sekarang ini aku sudah menjadi pengunjung setia di KancilBiru.Tak silap aku, Kancilbiru ini salah seorang follower terawalku.Terimakasih KancilBiru. Serba sedikit yang kutahu pasal KancilBiru.

1)Kancilbiru dipilih sempena masa kecil-kecil dulu dia minat sangat tengok cerita Sang Kancil. Masatu jiwa remaja, otak agak blue-blue skit.Hahaha,sah Nizaa marah aku ni.Gurauje,sempena kereta kancilnya berwarna biru..

2)Nama sebenarnya adalah Norhasniza Sabarudin ,sudah berkahwin.Sorry terlepas korang.Tagline nya memang menggoda " Ini Belog Saya| The Only Kancil That Blogs!" Hik3,jangan tertukar dengan blog Hanis Zalikha tau.

3)Rajin join Contest dan menang banyak Contest online.Jadi,kalau korang nak buat contest, hello2 dia ,dia akan join,tapi korang kenalah join contest ini dulu.Give and take la kan?

4)Punya layout dan template blog yang cantik dan menarik yang membuatkan aku mencemburuinya tahap Gaban ataupun Ultraman Taro.Memang cemburu woo.

5)Ada hubungan sulit dengan Akak "Sumijelly" dan Elissmie .Hik3,memang akrab dia dengan akak-akak hot ni.Rakan baik dia di dunia blog.

6)Gaya bahasa dan komennya amat membina.Bila Kancilbiru datang mengomen, rasa terharu dan nak nangis saja.Komennya ikhlas dan aku memang suka sangat bila dia datang mengomen.

7)Selebihnya, boleh la terjah di sini : Marilah Berkenalan dengan Kancilbiru

Dua rangkap pantun buat Kancilbiru :

Kancilbiru namamu unik sekali
Blogmu menarik untuk disinggahi
Sekali singgah ingin singgah lagi
Singgah-singgahlah akan dibalas kembali

Kancilbiru orangnya comel sekali
Muka cam artis sayang sudah dimiiliki
Buat si Aus teruskan la mencari
Eny di sana sedia menanti (hik3)

2) Berapakah jumlah post yang ada dalam blog Kancilbiru ini setakat hari ini, sebelum entri contest ini dibuat? Tekaanku adalah 341 (tiru jawapan Sumijelly,takde clause takble meniru kan?,hik3..). Nak kira boleh aja,kan ada archive nya (Malas nak kira actually).

Jadi, apa tunggu lagi.Marilah sertai Contest Kancilbiru ini. Lebih lanjut bolehla refer entry ini : Contest Aku dan Kancilbiru . Hadiah menarik iaitu :

Limited edition Austin Cooper laptop casing warna biru sedia Menanti

Pssst,psst,Nizaa,kasilah aku menang.Aku memang teruja la ngan Casing tu.Dah la warna biru.Tak menang pun, takde extra ke?Aku nak beli. Hik3....

P/s :Jadi apa tunggu lagi?Jomla join Contest ini. Join Contest dapat meningkat visitors ke blog anda,belum cuba belum tahu.

P/s/s :Terjah dan Apa pendapat anda pasal Kancilbiru?

February 19, 2010

Terjah | Sepet oh Sepet

Mari kita tengok siapa yang kena?Seperti dijanjikan, kali ini aku ingin menerjah :


Blog Sepet adalah one of my favourite blog. Saya sukakan gaya dia menulis. A must visit blog everyday. Oh ya, kenapa Sepet ye? Setahu aku blognya dinamakan Sepet sempena matanya yang agak sepet tu.Sepet ke?H ik3,adalah la kot,ada gaya2 Chinese look juga, namun tetap comel.

Apa yang menariknya pasal blog Sepet ni ye?Marilah sama-sama kita menerjah dan inilah komen peribadi eyriqazz :


1)Happy Go Lucky, Comel dan Senyum Selalu

Ini antara daya tarikan utama. Wajah yang cantik , comel , dan selalu sahaja tersenyum membuatkan orang mudah tertarik untuk terjah ke blognya. Siapa yang tidak sukakan kecantikan?Dalam entry-entry Sepet di blog nya ,tidak kujumpa lagi gambar dia tengah marah or tengah menangis.Memang sesuai dengan jiwa remaja.

2)Entry yang santai dan mudah diterima

Sekali pandang, blog Sepet ni cam ada gaya blog Jojo Struys kan? So colourful entrynya, berwarna-warni dan ada merah, oren, hijau, biru dan macam-macam lagi. Orang yang ceria mestilah colourful kan?

 Entry nya pun bersahaja, gaya penulisannya mengikut apa yang terpendam di hati, main lepas dan luahkan aje. Takde nak hide-hide ni, ditambah pula dengan kisah percintaan di dan Qery skang ni, memang sesuai dan menjadi terjahan golongan-golongan remaja di luar sana.Eh, golongan dah kahwin pun suka juga, cam saya,teringat zaman muda-muda dan bercintan-cintun dulu.Lagipun ,Si Sepet dan Qery ni sama cantik dan sama padan, bagai pinang dibelah dua.Semoga ke jinjang pelamin dan berbahagia hendaknya.

Psst, bila masa diorang kahwin ni?

Nak tahu pasal tu, korang kenalah terjah blog dia .

3) Peminat blog yang ramai

Fuhh, lebih seribu followers Sepet ni. Meriah.Mesti la blog nya bestkan, kalau tak, bukan senang nak dapat follower beribu-ribu lemon camni.Sayapun salah seorang follower blog Sepet ni.

Sekali imbas, ramai kan golongan wanita dan remaja yang follow blog nya?Rasanya sudah pasti entry Sepet ini begitu sesuai dengan jiwa remaja dan anak-anak muda. Cam zaman saya-saya dulu, kalau sebut filem apa yang best, mesti ingat filem ''Gila-Gila Remaja'' lakonan Faizal Hussein dan Rosyam Nor kan?Kalau sebut pasal blog remaja yang menarik, I think blog Sepet salah satu daripadanya.

4)Jaringan kekeluargaan yang erat dan akrab

Kalau dilihatkan, banyak ahli keluarga Sepet yang turut mempunyai blog. Yang paling ku kenali adalah Ceeramon dan juga Viruspadu .Dua-dua mereka ini memang hebat, pembaca blog mereka lebih daripada 2 ribu sehari, jadi tidak hairanlah sudah banyak Advertorial Nuffnang disambar oleh kakak-kakak Sepet ini. Kepopularan kakak-kakak Sepet turut menjadi pembakar semangat unutk Sepet berblog.Dengar cerita, Sepet antara orang terakhir keluarganya yang membuka blog jika dibandingkan dengan kakak-kakaknya yang lain. Takper,biar lambat, namun kepopularanmu tetap terserlah.
 
Lumayan juga kan Income Sepet dengan Nuffnang kan?

5)Sepet tidak lokek Ilmu , berkongsi dan bertukar-tukar link

Sepet tidak lokek ilmu.Sesetengah entry nya ada menyentuh pasal tips berblog dan tengoklah jaringan linknya. Exchange link pun boleh meningkatkan trafik ke blog anda dan lihatlah buktinya. Aku pun turut menerima tempias daripada Sepet ini. Hasil exchange link dengan Sepet berjaya membolehkan visitors yang melawat dari blog Sepet antara yang tertinggi setiap bulan mengikut Analytic Nuffnang. Thanks Sepet, jasamu aku hargai.

6)Layout yang simple dan tulisan mudah dibaca

Agak santai bila berada di blog sepet.Tulisan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.Just nice dan senang membacanya dan tiada widget-widget yang mengacau pemandangan. Memang selesa melayari blog sepet dari satu page ke satu page.

7)Fuhh,follower berada di atas sekali sebelum entry. Terasa diri begitu dihargai.

Ok, lepas dah puji masa untuk memberi feedback pula :

1)Elok rasanya kalau di blog Sepet ada Google Search untuk entrynya.Jadi mudah la pembaca nak mencari entry yang diminati. E.g. nak search pasal Qery, Sepet, Nuffnang, dan lain-lain lagi.

2)More entry on tips berblog.Yerlah, Sepet lebih dulu makan garam dan ada kakak-kakak yang sudah mendapat Advertorial Jobs.Ingin juga mendengar rahsia Sepet dan kakak-kakaknya juga.Manatau boleh membantu meningkat prestasi.

3)Sepet tak teringin nak join Nuffnang Event ke? Hik3, one of my favourite blogger,tentu ramai peminat Sepet yang ingin berjumpa dengan Sepet termasuklah saya.Ehh,jangan salah sangka, saya sudah beristeri dan I Love my wife. Boleh kami bertanya dan berkongsi rahsia kepopularan blog Sepet.

itu saja.Jadi apa tunggu lagi. Marilah terjah blog Sepet.

P/s :Maafkan saya Sepet, ambil gambar-gambar di blog anda tanpa kebenaran. Kalau Sepet tak suka, kasitau ye?Nanti saya removekan kembali.

P/s/s : Anda pula bagaimana? Apa pandangan anda pasal blog Sepet ?
Related Posts with Thumbnails