Showing posts with label kancilbiru. Show all posts
Showing posts with label kancilbiru. Show all posts

April 22, 2010

Apa Yang Aku Belajar Dari Bloggers di Luar Sana

Salam dari Eyriqazz,


Siapa bilang berblog itu buang masa? Siapa bilang berblog itu merugikan dan tiada faedah ? Siapa bilang berblog itu  tiada ilmu yang bagus untuk dikongsi? Kali ini, eyriqazz ingin berkongsi pengalaman pasal :


Apa Yang Aku Belajar Dari Bloggers di Luar SAna

Gambar bayi ini adalah lebih kurang gambaran eyriqazz yang masih bayi dengan dunia blog ini ( 8 bulan aktif berblog). Inilah yang Eyriqazz pelajari dari bloggers di luar sana yang ingin dikongsikan bersama :


Redmummy - Berblog mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan dan cara penulisannya terutamanya Advertorial Job telah membantu eyriqazz dalam memperbaiki mutu menulis Contest dan Alhamdulillah, setakat ini, lebih dari RM7K hadiah telah dimenangi melalui Blogging Contest.


Melromeo - Inilah Sifuku. Hasil tunjuk ajarnya banyak tips-tips berblog yang menarik yang boleh diperolehi. Jika dulu nak cecah 300 uniques pun susah, berkat tunjuk ajar Melz, masalah itu berjaya diselesaikan walaupun tanpa berblogwalking. Tak lupa juga, dia byk mengajarku cara untuk lebih mesra dengan pembaca.Namun, aku sedih juga kerana dia sudah tidak lagi berada di KL. Rasa cam tak best tanpa kehadirannya nanti di bloggers gathering terutamanya.

Sharinginfoz - Informasi berguna terutamanya info berkenaan kewangan dan informasi semasa. Seakan membaca naskah surat khabar yang telah dikemaskinikan dengan informasi berguna.


Sepet - Mengimbau kembali zaman remaja dan zaman muda-muda yang begitu mengujakan.


AbangNara - Honestly, saya sukakan blog ini. Banyak informasi dan tips berguna dari Abangnara yang juga pemilik BeautifulNara yang popular dan sensasi ini. Personal tips dan cara penulisan yang lebih serius dan personal touch dari AbangNara. Bila nak update blog ni Bro? Hari-hari aku singgah, bersawang je lagi. Kan aku report kat SKMM baru tahu. Hak3...

Bean Moreno - Hidup ini indah dan penuh keceriaan. Suka tengok keletahnya dan gaya penulisannya yang lain dari yang lain. Don't worry bro, mungkin suatu hari nanti blogmu akan popular mengalahkan Mr Bean sendiri. Teruja bila baca Undang-Undang Penulis darinya. Rupanya dalam menulis ni banyak undang-undang yang kena dipatuhi. Bro, plz jgn saman aku ya?

Kak Ina KL - Resepi dan gambar masakan yang begitu menggiurkan hati walaupun belum pernah dicuba lagi. Honestly, aku mula tertarik untuk selalu join Event Nuffnang apabila membaca entrynya memenangi Blackberry. Sampai sekarang, boleh dikatakan semua event Nuffnang aku joini dan aku gembira sangat-sangat dengan semua event yang Nuffnang anjurkan.

Darkbatman - Banyak tips berblog yang best dikongsi disini. Teruja dengan dia ni. Full time blogger, hensem dan bergaya. Mampu pergi jauh dan mungkin akan jadi salah seorang Featured Blogger Project Alpha Season X . Strategi berblog yang disusun olehnya memang menarik dan terus terang aku katakan berbaloi baginya menjadi full time bloggers. Penuh berdedikasi dalam menulis, strategi yang mantap, dan mesra dengan pembaca.

JARD - Setia kepada Sang Viva. Gaya penulisannya yang lain dari yang lain buatkan hati terhibur untuk membaca. In person, ada gaya Ustazah skit ditambah dengan cermin matanya. Hik3..jangan marah ya.Profile yang ditulis memang kreatif iaitu Just Another Regular Dudette. Ku hanya insan biasa yg berjantinakan perempuan . Jangan pandang rendah pada perkara yang dianggap kecil, mungkin itulah yang menjadi penariknya.

KancilBiru - Semangat kental dalam berblog dan sikap tidak mudah putus asa. Teringat lagi tahun lepas dia asyik wish aku Congratz menang 2 minggu berturut-turut Project Alpha Blogging Contest. Tup2, di episod ke 6 kalau tak silap, Hadiah Pertama menjadi miliknya. Di situ aku belajar,teruskan usaha dan teruskan mencuba. Menang atau kalah, dua-dua akan ada hasilnya (kalahpun akan ada orang yang akan baca entrykan?)

Part 2 bakal menyusul. Ini part pertama. Lebih banyak pendedahan  akan bloggers di luar sana akan diumumkan nanti. Teaching (berkongsi informasi) and Learning, itulah yang saya amalkan dalam berblog ini.Anda pula bagaimana?

P/s : Apa pula yang anda pelajari dari bloggers di luar sana?Kongsi-kongsila, mungkin ada informasi menarik yang boleh saya belajar sama.

March 3, 2010

Contest Mengenali KancilBiru

Kalini, eyriqazz ingin join contest yang dianjurkan oleh saudari KancilBiru yang diberi nama :

Mengenali KancilBiru

Inilah soalan-soalan yang perlu dijawab dan inilah jawapanku :

1)Bagaimana dan sejauhmana korang mengenali Kancilbiru

Aku mengenali Kancilbiru ni semasa aku keluar memburu satu ketika dulu.Terjumpalah sang kancil yang sangat comel, bewarna biru.Aku kejar punya kejar, akhirnya aku tak berdaya.Cukup laju dia melarikan diri.Aku sedih bila aku tidak dapat menangkap kancil biru itu.Aku balik rumah aku search internet dan aku jumpa kancilbiru yang lain yang begitu comel juga.Hatiku terubat.

First time aku kenal KancilBiru rasanya semasa Project Alpha Season 1 sedang dijalankan/bersama Blogging Contestnya dan Kancilbiru ini selalu masuk blog aku dan mengomen.Nicknamenya cantik, jadi aku tertanya-tanya.Siapakah gerangan kancilbiru ini?Bila kusinggahi, ohh,Nizaa ini rupanya.Sekarang ini aku sudah menjadi pengunjung setia di KancilBiru.Tak silap aku, Kancilbiru ini salah seorang follower terawalku.Terimakasih KancilBiru. Serba sedikit yang kutahu pasal KancilBiru.

1)Kancilbiru dipilih sempena masa kecil-kecil dulu dia minat sangat tengok cerita Sang Kancil. Masatu jiwa remaja, otak agak blue-blue skit.Hahaha,sah Nizaa marah aku ni.Gurauje,sempena kereta kancilnya berwarna biru..

2)Nama sebenarnya adalah Norhasniza Sabarudin ,sudah berkahwin.Sorry terlepas korang.Tagline nya memang menggoda " Ini Belog Saya| The Only Kancil That Blogs!" Hik3,jangan tertukar dengan blog Hanis Zalikha tau.

3)Rajin join Contest dan menang banyak Contest online.Jadi,kalau korang nak buat contest, hello2 dia ,dia akan join,tapi korang kenalah join contest ini dulu.Give and take la kan?

4)Punya layout dan template blog yang cantik dan menarik yang membuatkan aku mencemburuinya tahap Gaban ataupun Ultraman Taro.Memang cemburu woo.

5)Ada hubungan sulit dengan Akak "Sumijelly" dan Elissmie .Hik3,memang akrab dia dengan akak-akak hot ni.Rakan baik dia di dunia blog.

6)Gaya bahasa dan komennya amat membina.Bila Kancilbiru datang mengomen, rasa terharu dan nak nangis saja.Komennya ikhlas dan aku memang suka sangat bila dia datang mengomen.

7)Selebihnya, boleh la terjah di sini : Marilah Berkenalan dengan Kancilbiru

Dua rangkap pantun buat Kancilbiru :

Kancilbiru namamu unik sekali
Blogmu menarik untuk disinggahi
Sekali singgah ingin singgah lagi
Singgah-singgahlah akan dibalas kembali

Kancilbiru orangnya comel sekali
Muka cam artis sayang sudah dimiiliki
Buat si Aus teruskan la mencari
Eny di sana sedia menanti (hik3)

2) Berapakah jumlah post yang ada dalam blog Kancilbiru ini setakat hari ini, sebelum entri contest ini dibuat? Tekaanku adalah 341 (tiru jawapan Sumijelly,takde clause takble meniru kan?,hik3..). Nak kira boleh aja,kan ada archive nya (Malas nak kira actually).

Jadi, apa tunggu lagi.Marilah sertai Contest Kancilbiru ini. Lebih lanjut bolehla refer entry ini : Contest Aku dan Kancilbiru . Hadiah menarik iaitu :

Limited edition Austin Cooper laptop casing warna biru sedia Menanti

Pssst,psst,Nizaa,kasilah aku menang.Aku memang teruja la ngan Casing tu.Dah la warna biru.Tak menang pun, takde extra ke?Aku nak beli. Hik3....

P/s :Jadi apa tunggu lagi?Jomla join Contest ini. Join Contest dapat meningkat visitors ke blog anda,belum cuba belum tahu.

P/s/s :Terjah dan Apa pendapat anda pasal Kancilbiru?
Related Posts with Thumbnails