Showing posts with label blogger best. Show all posts
Showing posts with label blogger best. Show all posts

July 15, 2010

Terimakasih YanmieOnline | TerimaKasih SharingInfoz

Salam dari Eyriqazz,


Special entry ini saya dedicatedkan khas buat Saudari YanmieOnline @ Kak Yan dan juga saudara SharingInfoz @ Bro Nik.

Terimakasih YanmieOnline | TerimaKasih SharingInfoz

Firstly, ucapan terima kasih buat Kak Yan atas entry Terima kasih eyriqazz.com . Begitu tersentuh hati saya bila Kak Yan yang begitu saya kagumi dan saya singgahi hari-hari blognya dedicatedkan special entry buat saya. Yup, jangan pandang rendah pada kuasa backlink ini. Inilah salah satu promosi blog yang berkesan/cara untuk meningkat trafik ke blog anda. Bolehla refer entry saya sebelum ini : Tips Blogging | Jangan Kedekut Nak Kasi Backlink . Myself, saya cuba sedaya upaya untuk membalas backlink sedaya upaya . Walaupun sekadar, thanks for Mr. X for this entry etc besar maknanya. Apapun, maaf jika sesiapa yang ada kasi backlink saya tidak kembalikan semula. Inform-informla ya? InsyaAllah, saya akan cuba return balik, cepat mahupun lambat.  

Keduanya, ucapan terimakasih buat saudara SharingInfoz atas entry Segmen Kenali Blogger : Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka . maaf, baru minggu lepas perasan entry ini atas masalah yang dialami dari pertengahan bulan May until Minggu lepas. Memang cukup berkesan entrynya dan boleh buat resume entry dia itu kasi kat __________ .Hik3, thanks bro.

Cukup teruja juga dengan some of the comment dari pembaca, antaranya :

Naz - rezeki dia mencurah curah bila dia berusaha:)

JMR - bro GTO mmg sempoi..mana2 event dia ada..gmbr aku ngn blogger, kebykannya dia ada..byk menang contest..pelik tp benar...

JAI - Memang bro eriyqazz mantop..beliaulah pencetus semangat gua untuk berblogging..wahh cantik sehh rumah baru nie bro..

Kenwooi  - i regard him as one of the famous bloggers =)

Fitrihadi.com - keunikan Eyriqazz adalah pantun dan lenggok bahasa dalam blog dia..ada style sendri..sebab tu dia boleh jadi blogger contoh.. dapat rasa dari ayat dia tu dia seorang bapa dan kawan yang baik hehe :)

Terima Kasih ya semua.

 Saudara Sharinginfoz ini memang saya sukai entrynya yang penuh berinformasi. Cuma, selalu menyinggah secara senyap. Terimakasih juga kerana rajin mengomen di entry saya. Teruskan usaha bro, dengan niche blog bro, ianya mampu pergi lebih jauh.

Terimakasih Yanmieonline dan Sharinginfoz dari saya
Anda memberi saya menerima
Saya cuba untuk membalas pula
Sharing is Caring, Win-win situation patut diamalkan sesama kita

P/s : Teruja tak bila ada bloggers/somebody dedicatedkan entry pasal kita?

P/s/s : Entah kenapa, semakin hari aku semakin jatuh cinta dengan entry-entry seorang Cikgu. Walaupun saya hanyalah Great Teacher Onizuka di alam maya, si dia ini , semakin lama semakin menyerlah di dunia blogging ini walaupun kelibatnya sukar kelihatan di alam nyata. Cikgu yang saya maksudkan itu adalah - DahliaJournal - Thanks Dahlia, banyak informasi dan tips saya pelajari dari anda. Teruskan berblog, anda mampu pergi lebih jauh.

May 9, 2010

BeautifulNara for the Adidas Ole KO Challenge!

Tengah-tengah surf Internet dan buka website ProjectAlpha , terjumpa satu info yang agak menarik di sini iaitu Pertandingan Futsal Featured Bloggers Project Alpha Season 1 & 2 Satu Lawan Satu  Adidas Ole KO road show di Centre Court, Mid Valley Megamall  pada hari Jumaat, 21 May 2010 jam 7.30 malam.

Siapa yang menjadi pilihanku untuk memenangi pertandingan ini ya? Tidak lain dan tidak bukan, blogger kegemaranku yang memang cool dan happy selalu iaitu :


Kenapa saya katakan BeautifulNara yang akan menang. Inilah hujah-hujah saya. Dengar ya wahai pihak pembangkang . Hak3...

1) BeautifulNara glamour dan berbakat sukan juga
Digi Internet Pimp My Day Final Challenge aku sempat melihat sendiri keupayaannya
Orang lain dah habis dia masih terkial-kial berlari di sana
Menyembunyikan kekuatan sebenar untuk menanti Contest sebenar yang bakal tiba

2) Inilah Contest yang aku maksudkan. Dia mahu Project Alpha blogger yang lain memandang rendah pada keupayaannya. Namun, di hari sebenar, bakat sebenarnya akan terserlah. Lincah berlari ke sana sini dan menjaringkan gol jarak jauh adalah salah satu kehebatannya yang disembunyikannya. Camne aku tahu? Sayalah salah seorang yang kini tengah giat melatihnya .

3) Don't judge a book by it cover. Semasa dia mula berblog mungkin ramai yang tertanya-tanya mampukah Beautifulnara pergi lebih jauh? Kini, dia telah membuktikannya. Jika dia mampu membuktikan di dunia blog , di gelanggang futsal pun dia mampu melakukan jua.Chaiyok-chaiyok.

4) Salah satu sebab lagi, saya lah yang melatihnya. Bukti kehebatan latihan saya ?

Action  Is Better Than Word (Adidas Action 3 pun bestt!!). Salah satu kejohanan yang pernah saya menangi

Last but not least, BeautifulNara ada Secret Weapon tersendiri iaitu :


Penggunaan Produk Adidas yang terbaik di Pasaran

Produk yang digunakan ini menyegarkan, menyihatkan, dan membuatkan Beautifulnara selalu happy dan tersenyum selalu dan membuatkannya selalu berfikiran positif. Minda yang positif ditambah badan yang sihat akan membuatkan BeautifulNara lebih bersemangat untuk mencapai impiannya memenangi Pertandingan ini.

Menuju puncak gemilang cahaya
Beautifulnara dengan Produk Adidas pembakar semangat dan tenaga
Gigih berjuang dan berusaha
Kejohanan ini aku yakin akan menjadi miliknya


Anda bosan? Saya pun agak bosan malam ni. Jom sama-sama kita layan ProjectAlpha Season 2 nak ? Jom, saya letakkan sedikit Episod di sini :

Episod 18

Episod 19

Episod 20

Episod 21

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Catch the Project Alpha bloggers at the Adidas Ole KO road show at Centre Court, Mid Valley Megamall, Friday 21 May at 7.30pm!

May 8, 2010

Saya ingin berada di dalam blog list kategori MERAH kerana ...

Salam weekend dari Eyriqazz,

Jalan-jalan berblogwalking secara silent weekend ini sebelum lunch hari ini (entry ini auto publish) ,  terjumpa satu entry dari salah seorang blogger yang Aku kagumi iaitu :


Oleh kerana hari ini weekend dan mungkin ramai tidak suka saya menulis dengan panjang lebar, saya berpantunlah kenapa saya mahu berada di blog List kategori MERAH Ben Ashaari :

Ben Ashaari nama diberi
Background merah versi lelaki Redmummy
Aku respek dan aku kagumi
Idea memanjang setiap hari update entry

Warna merah kurang ku gemari
Namun tetap memberikan Inspirasi
Hadiah blogging Contest pertama ku menangi
Entry berbaju merah Alhamdulillah rezeki

Blog Ben Ashaari sudah di listku kini
Dalam sehari mesti ku kunjungi
Mungkin bertambah rezeki ku nanti
Bila berada di List Kategori Merah Ben Ashaari

Sekian saja dari saya kali ini
Kalau sudi katakan sudi
Tidak saya ternanti-nanti
Kalau tidak sudi saya terima saya cekalkan hati
Saya sedar siapa diri
Blogger Picisan masih merangkak di dunia blog ini

P/s : Jika anda mahu berada di blog list Ben Ashaari, lebih lanjut singgahlah di ENTRY ini. Inisiatif dan idea yang menarik dari Ben Ashaari, jadi apa tunggu lagi?

April 14, 2010

Terima Kasih Cik Epal

Cik Epal namanya semakin disebut di mana-mana
Aura Hebat, Follower beribu-ribu ,entry menyengat , aku teruja
Entry ini khas buat Si dia
Buat Cik Epal, Terima kasih kerana entry yang penuh bermakna

First of All, nak minta maaf dengan Cik Epal kerana ambil gambaR tanpa kebenaran dan kasitau awal-awal akan ku copy sedikit ayat dia di entry ku ini nanti. Namun, entry terbaru Cik Epal telah memberikan aku inspirasi, kesedaran, dan motivasi untuk terus menulis blog. Betul-betul tersentuh dan teruja dengan entry itu. Entry yang ku maksudkan itu adalah :



Antara ayat yang telah menyentuh perasaan dan begitu mengujakan ku adalah ( dushh, kena taip satu-satu balik, tidak dibenarkan copy, hak3, aku tetap degil,tetap copy. Sila kutuk saya hebat-hebat jika tidak suka.Hik3...)

1) I am Newbie. Banyak lagi nak belajar..... (fuh,masih down to earth walaupun sudah mantap sekarang)

2) Follow the flow. Jangan terus berlari. Nanti akan jatuh tersungkur. Teruskan usaha. Don't give up . Biar merangkak dan bertatih tatih macam baby itu. ( Aku rasa apa yang cuba disampaikan, biarlah lambat,asalkan selamat,jangan jadi pantas tapi terkandas di tengah jalan)

3)Sekarang ini blog tumbuh macam cendawan. Macam-macam jenis cendawan ada.... ( Umm,betul juga,hari-hari blog baru muncul)

Dan yang tak dapat dilupakan, ayat ini .Begitu tersentuh dan memberi kesan yang mendalam membacanya :

"Tapi bila cakap pasal blog, itu terpulang pada citarasa dan niat. Kalau niat nak glamour itulah yang kau dapat. Kalau niat nak dapat duit, itulah yang kau dapat. Blogger yang berjaya bukan blogger yang nak duit atau or trafik semata, sebaliknya lebih kepada berkongsi maklumat dan info."

Betul juga katanya, jika dilihatkan bloggers-bloggers popular dan berjaya seperti:

Kennysia - Berkongsi kehidupan dengan cara yang begitu memikat hati. Lawak-lawak dan ayat yang disusun begitu hebat sekali. Aku jatuh hati dan sebelum aktif berblog, blog Kennysia memang ku singgah hari-hari.
Redmummy - Berkongsi info kekeluargaan, blogging, produk terkini daripada Advertorial dan lain-lain lagi.
BeautifulNara - Berkongsi informasi gosip artis terkini.
Melromeo - Berkongsi tips berblogging, gaya penulisan yang menarik dan pengalaman berblogging yang mengujakan

Tepuk dada tanya selera. Tidak hairanlah, CikEpal walaupun kurang dari 2 tahun berblogging sudah mampu mendapatkan Advertorial Job daripada Nuffnang yang masih menjadi impian ramai bloggers termasuklah saya sendiri. 

Informasi CikEpal ini saya cuba praktikkan untuk entry hari ini, ketika entry ini ditulis ( Selasa, 13 April 2010) dengan entry ini :


Dan inilah Hasilnya :

Hits Tertinggi Minggu Ini

Terima Kasih Cik Epal di atas inspirasi dan entry yang memberikan motivasi dan pembakar semangat. Aura Cik Epal memang mengancam, bolehla rujuk di entry ini juga :


Akan ku cuba mencari rentak ku tersendiri,entry Cik Epal ini benar-benar memberikan nafas baru dan informasi yang dikongsi di sana, betul-betul memberikan kesan mendalam ke atasku.

Last but not least, terimakasih Cik Epal sekali lagi. Dua pantun buatmu :

Cik Epal , usia muda banyak ilmunya
Rajin berusaha kelainan dalam penulisan senjata utama
Teruskan usaha potensi yang besar ada padanya
Mungkin suatu hari nanti 'Redmummy Junior' bakal tercipta

Walau apa yang orang kata
Tetap utuh meneruskan perjuangan dan berkongsi untuk semua
Terima Kasih tidak terhingga
Kesedaran dan informasi yang diterima besar maknanya

P/s : Apa pula pandangan anda berkenaan entry yang saya maksudkan itu? Jom kita berkongsi-kongsi pendapat pula untuk kebaikan bersama.

April 9, 2010

Project Alpha Season 2 Bloggers Launch | Part 1

Projek Alpha Season 2 Bloggers LauNch Acara yang dinanti-nanti
Aku teruja aku ternanti-nanti
Acara meriah Best Sekali
Di masa hadapan sudah pasti aku pergi lagi

Majlis pelancaran ini telah diadakan di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara pada 7 April 2010. Lepas pulang kerja, saya dan Isteri terus bergegas ke sini. Inilah gambar-gambar dan serba sedikit komen saya di malam tersebut :


Jojo Struys yang Jelita dan Menawan

Jojo Struys memang cool orangnya. Cantik, happy go Lucky, mesra dengan semua orang, periang, dan banyak la lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Jojo Struys, bolehla baca entry ini :


Azwan Ali, Indah Rupa dari Khabar


Artis paling kontroversi di Malaysia. Mula berblog semenjak 2008. Mula-mula bila Nuffnang pilih dia sebagai salah seorang Featured Blogger Project Alpha Season 2, aku tertanya-tanya, 'Tiada Orang Lain ke?' .Namun, bila berjumpa secara dekat dan bercakap face to face dengannya, dia sememangnya layak. Indah Rupa dari Khabar,Itulah Azwan Ali dan sekarang saya sudah mula menyukainya (pengakuan ikhlas, before this perception agak negatif pasal Azwan Ali)

Xiaxue, Salah Seorang Top Bloggers Di Singapore@ Asia Tenggara

Siapa yang tak kenal Xia Xue? Salah seorang bloggers paling popular di Asia Tenggara dengan pelbagai award dalam genggamannyanya seperti Most Influential Blog, Best Original Blog Design, Region's Best Blog dan banyak lagi.  .Suka dengan taglinenya iaitu 'Everyone's Reading It'. Mula-mula tu agak tidak berani untuk bergambar dengannya, namun digagahi jua.Memang mesra cuma tak pasti dia boleh berbahasa Melayu tak ya? Mujurlah eyriqazz ni boleh juga skeaping skit2...Hik3..Respek giler dengan dia, hanya dengan blogspot, dia cemerlang dan Google Pagerank nya dah 5. Gempakk..Nuffnang pun baru 4 rasanya.
Bersama Redmummy dan Abang JAI yang sentiasa JAMBU

Tidak perlu la diperkenalkan redmummy. Sudah cukup popular. Inilah salah seorang inspirasiku. Mesra dengan pembaca, tidak lokek dengan senyuman dan aura yang mengancam. Bro JAI ni pula, part time photographer tak berbayar ku. Skang ni dia makin menyengat dengan SEO (Search Engine Optimization). Jgn risau, dia akan kuterjah nanti. More info pasal Redmummy :


Bloggers In Action ( Bean Moreno, Kak INa KL, Cik Lily Putih, Kak Tash, PojiePooh, Cik Hel, Bob , Daydeck, AienSepet, dan lain-lain ,kasi link skali ble? )

Semua bloggers-bloggers yang ku jumpa cool dan mesra belaka. Memang tak rugi dan tindakan yang tepat kerana memilih Nuffnang, hubungan sesama bloggers dapat dirapatkan. Kalau join yang lain ,agak-agak ada chance ke ya event camni?
Ninie Ahmad dan KlubKidd In Action

Ninie Ahmad 'Celebrity Yoga Instructor' dan juga Official Yoga Ambassador for Adidas Malaysia . Memang friendly dan happy go lucky diani. Klubkidd @ Joe Lee wartawan dan Co-Owner J Squared . Memang bersemangat bila dengar dia bercakap. Pandangan yang ikhlas, bersahaja dan melontarkan apa yang terbuku di hati. Terkesima bila dia bercerita pasal 'Etika Seorang Bloggers' especially bila part-part curi gambar tanpa memberikan kredit. Kena belajar lagi ni dengan KlubbKidd pasal etika bloggers terutamanya cam aku , orang baru di dunia blog.
Inilah Dia Model Terbaru Colgate (Sirman @ RedDaddy dan Eyriqazz)

Amcam, ada bakat jadi Model tak ? Sirman ni la tulang belakang dan sentiasa menyokong Redmummy. Memang respek habis la. Sokongannya ke atas redmummy, sampaikan blog sendiri pun asyik bersawang.Hak3, Sirman, bila mahu update blog? Kasi la tips-tips photography , pandangan peribadi, dan lain-lain. Ingin juga dengar Sirman berceloteh.

Darkbatman Siap dengan Baju Seragam sementara namun terlupa nak bawa topeng sekali

Darkbatman, antara blogger baru yang tengah meningkat naik. Dengar cerita dia ni full time blogger dan part time fitness Instructor. Bro, bila nak kasi tips untuk kuruskan badan?


Bloggers In Action Lagi
Fuhh, berpeluh-peluh dan Sepet mataku bila dipeluk Jojo Struys

Fuhh, nasib baik masa ni Wife ada kat dalam . Hik3, Ada member satu ofis cakap both gambar aku dengan Jojo Struys 'Super Impose' kerana gambar ni nampak Jojo Cam lelaki dan gambar satu lagi kepala aku lagi besar dari badan. Adushh, jealouss la tu.
With Klubkidd, Azwan Ali, dan JAI lagi (Inilah part time Cameraman ku,hik3)
Deodorant Adidas Action 3 cukup mengujakan sekali

Inilah salah satu penaja Utama Projek Alpha Season 2. Produk-produknya memang berkualiti dan aku sukai. Adussh, deodorant Adidas dah habis, free gift dua-dua dapat yang wanita, bertuah isteri aku. Terima Kasih Adidas, produk-produk yang ku dapat tahun lepas sempena Blogging Contest Project Alpha Season 1 semuanya aku suka. Tak sabar menanti contest Season ni, dengar cerita peluang untuk menang lagi tinggi as berbentuk kuiz dan peneka ke X yang betul akan memenanginya. Adakah 'luck' akan terus bersamaku tahun ini?

P/s : Part 2, bakal menyusul. Seronok kan ada event-event camni ? Dapat makan free, tengok wayang percuma, berjumpa bloggers popular, bloggers-bloggers dan pengalaman baru yang mengujakan.

March 28, 2010

Happy Birthday Melromeo

Salam dari eyriqazz. Walaupun agak terlambat rasanya, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan :

Happy Birthday Melromeo

Siapa Melromeo ni ?Rasanya tak perlulah saya bercerita pasal dia lagi. Namun, bagi sesiapa yang rasanya kurang kenal dengan bloggers yang cukup popular ini terutamanya di kalangan bloggers baru dan tengah meningkat naik, bolehla refer kepada entry ini :

Ataupun, bolehla singgah di blognya : Melromeo

Selamat Hari Lahir Melz yang ke 20-an. Agak-agak berapa ya?Aku rasa, mungkin 23-25 kot. Hak3, main teka jer Melz. Jadi di kesempatan ini, eyriqazz wishkan Melz :

1) Semoga panjang umur, murah rezeki, senyum dan ceria selalu.

2)Semoga Melz terus success di dunia blog dan terus menjadi inspirasi buat bloggers-bloggers yang lain termasukla saya.

3)Semoga Melz berjaya memikat gadis pilihan Melz itu. Siapa ye? Adakah Cik Epal, Miss Lolly, Rina Salleh, Ajwin Ajeera, ataupun Lisa Surihani? Yangtu ,korang kenalah tanya Melz sendiri.Dah nama pun Romeo, mestilah ramai peminat. Nak kahwin nanti jangan lupa jemput saya ye?

Adakah Cik Epal yang akan menjadi Pilihan Melz?

Tak lupa juga, di kesempatan ini Eyriqazz ingin mengucapkan terima kasih buat Melz :

1)Membantu memperbaiki mutu blog ini. Sebelum mengenali Melz, nak cecah 200 sehari pun payah. Sekarangni, terus-terang walaupun takdelah banyak, at least 300 sehari memang tiada masalah. Terima Kasih Melz, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?

2)Buat header blog saya dan menolong dalam pembikinan blog hosting dan domain baru saya . Hak3, lambat lagi kot , sekarang masih belajar ngan Melz. Saya tidak mahu tergesa-gesa, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Biarlah saya dengan rentak sendiri.

3)Menjemput saya menjadi penulis jemputan di InfoKami . Terima Kasih. Cuma, masih tercari-cari apa yang boleh dikongsi disana kerana saya ni menulis pun rojak punya entry.Ikutkan apa yang terasa di hati.

4)Dan banyak lagi yang tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata dan perkataan.

Tidak lengkap kalau tidak berpantun buat Melz :

Selamat Hari Lahir buat Melromeo pujaan ramai
Orangnya hensem tinggi lampai
Perangai cool dan santai
Banyak ilmu dikongsi sungguhlah pandai

Melromeo , penulisanmu menjadi inspirasi bloggers di luar sana
Tidak lokek ilmu dan mudah mesra
Sekali singgah terus tergoda
Ilmu apa yang Melz pakai ajarlah saya juga.

Last but not least, terimakasih buat Melz.Teruskan usaha dan saya akan terus menyokongmu. Andalah blogger yang telah banyak mengubah dan membantu blogger-blogger lain di luar sana.

P/s : Anda sudah wishkan buat Melz?

P/s/s : Apa pula pandangan anda pasal Melromeo? Bagi saya, kalau tak singgah sehari blognya walaupun tidak mengomen, rasanya macam lain macam saja hari itu. Ilmu guna-guna blog apa yang Melz pakai ye? Hik3,gurau je Melz....

P/s/s/s :Agak-agak, siapa gadis pilihan Melromeo ya?

February 28, 2010

Bloggers Gathering | Pengalaman Paintball Yang Mengujakan

Sebelum aku terlupa mengupdatekannya, kali ini aku ingin updatekan pasal gathering yang yang dianjurkan oleh Melz yang diberi nama Big Gathering War Pain(t) Ball | 27 February 2010  .Gathering yang dianjurkan oleh Melz pasti aku akan sertai jika berkesempatan.

Rerakan bloggers yang hadir
Meriah kan?

Gathering ini acara utamanya adalah Paintball.Walaupun tidak semua bermain paintball ini, aku tetap nak main kerana aku tak pernah main paintball. Jadi, peluang sebegini aku tidak lepaskan begitu saja.

Bersama Melromeo, Jogger, Sweetaina @ tunang + rakan-rakan bloggers
Kombat Zone Paintball di KKlub Taman Melawati, KL
Bullet,cantik dilihat, indah dipegang, sakitnya mengancam

Aksi berpaintball diteruskan :

Paintball In Action

Pengalaman berpaintball mengujakan
Namun tidak puas hati bukan kepalang
Suami Kak Tash terror bermain mengalahkan terrorist jalanan
Aku ditembak, peluru belum habis aku sudah kena keluar gelanggang

Paintball in Action seronoknya
Melromeo mangsa tembakan utama
Tak kurang juga Bean Moreno dan Aus kita
Datang lambat tetap berjuang sama

Pengalaman paintball sangat menawan
3 games tak cukup rasanya
Belum cukup puaskan hati dan badan
Lain kali ajak la lagi ya

Memang best, rugi korang tak datang dan tak main tau. Seronok sakan, lepas ni aku nak main lagi bila berkesempatan.

Paintball Mengujakan

Memang terbaik!!
Souvenir/gift untuk dibawa pulang

Oh ya, sedikit gosip sepanjang gathering hari ini :

1)Cik Epal tidak dapat datang kerana Melz tidak sempat membelikan sejambak bunga Ros buatnya.Adushh Melz, kenapa hang tak belikan bunga ros untuk CikEpal?Kalau tak ,boleh rakan-rakan bloggers jumpa Cik Epal.

Adakah Cinta Akan Berputik?

2)Sambungan entry Kalau Sudi Katakan Sudi,  Aus Pergi Membawa Diri sila lah baca sendiri, dan inilah komenku buat Aus :

Eny eny Aus sudah jatuh hati
Buat si Eny gemerlapan di hati
Aus suka bukan sekali
Suka banyak berkali-kali

Aus angau terkenangkan Eny yang jelita hari ini
bukan hari ini tiap-tiap hari
Eny oh Eny terimalah si aus kalini
Merajuk hatinya susah diubati


Aus kini masih mencari
Jika ditolak membawa diri
Terima saja kasih aus ini
Hensemnya mengalahkan Sharifah Aini(hik3)

Sebelum pulang, kami singgah makan di :

Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang, Taman Melati
Pekena Nasi Dagang

Perhh,Nasi Dagang Restoran ni memang terbaik punya. Antara nasi dagang tersedap pernah ku makan di KL. Memang sedap sangat siap aku bungkus dua lagi untuk ku makan dengan Isteri malam ni.Memang sedap, nanti minggu depan aku akan singgah lagi. Memang puas hati , kalau tak percaya, cubalah, memang terbaik.

Terima Kasih tidak terhingga buat Melz kerana menganjurkan event ni. Bukan senang nak buat gathering camni. Last but not least, di sini aku updatekan senarai bloggers yang datang gathering tadi :

3)Eyriqazz (myself)
4)JAI
13)Han
14)Fhad

P/s :Kalau ada sesiapa yang tertinggal ,inform eyriqazz ye?Nanti eyriqazz updatekan list tu balik.

last but not least, serangkap pantun buat semua :

Bloggers gathering, Pengalaman Paintball yang mengujakan
Seronok hati ,gembira sakan
Terimakasih Melz dan rakan-rakan
Ada rezeki berjumpa kembali di masa depan

P/s/s :Apa pula pandangan anda?Suka tak gathering-gathering sebegini?
Related Posts with Thumbnails