Showing posts with label ben ashaari. Show all posts
Showing posts with label ben ashaari. Show all posts

April 4, 2012

Main Ping Pong dengan Ultrabook

Cool, first time tengok orang main ping pong dengan Ultrabook...
Congratz Ben Ashaari, ketinggalan 4-1 masih sempat meraih kemenangan

Bro Denaihati, jom buat tournament Ping Pong/Badminton sesama bloggers...

April 11, 2011

Mimpi Berjumpa dengan Ben Ashaari


Hari yang begitu memenatkan semalam. Bawa Mak/Adik dari kampung Jalan-jalan/Shopping di Nilai 3. Balik dari Nilai, terjahi I-City Shah Alam pula. Pukul 1030 malam lebih baru pulang, sampai rumah dah nak pukul 1130 malam. Kepenatan, lepas mandi etc, terus tertidur.

Nak dijadikan cerita, entah camne, boleh mimpi berjumpa dengan Ben Ashaari semalam. Umm, agak pelik coz i never met him in real life. Antara blogger melayu yang agak popular . Apapun, jasanya membuat entry untuk Mak Ngah saya, tidak akan saya lupakan. Thanks again bro. Yup, first impression is not always rite.

Ok, nak dgr kisah mimpi ni tak? Hik3, ok , jom terjah :

Situasi : Bloggers Gathering
Lokasi : Unknown..

Tengah-tengah lepak dengan member blogger di satu gathering, ternampakla kelibat Ben Ashaari dengan kamera DSLRnya.

Je Jai : Bro, bro..Ben Ashaari...Datang jugak dia ya...
Eyriqazz :Oh, mana-mana? Haahla dia. Badan tough...

Tiba-tiba, Ben Ashaari datang ke arah saya :

Ben Ashaari : As Salam Bro Eyriqazz (sambil menghulurkan tangan)
Eyriqazz : Waalaikumus'salam Ben (sambil kaget, ehh, kenal juga dia dengan aku? )

Ketika bersalaman, terasa seperti ada aura yang lain macam. Terasa begitu tenang dan sixth sense mengatakan Ben ini seorang yang sangat baik.

Ben Ashaari : Umm, tak sangka bro join gathering ni..
Eyriqazz : Hik3, saya lagi tak sangka bro join

Ben Ashaari : Apa pandangan bro pasal Gathering ni?
Eyriqazz : (Ehh2, masuk dalam 1tube.my ke ni?, Perasan kejap) . Bagus bro...Dapat kita jumpa gather/gather sesama bloggersni. Patut adakan selalu, the more, the merrier kan?

Ben Ashaari : Apa....

Tup....terjaga dari lamunan mimpi...Mimpi, mainan tidur..

Ohh, baru perasan camne boleh terjaga, dapat Sms dari Sumijelly , juga kisahnya bermimpi " dikejar Je Jai" . Hak3,apalah sumi mimpi camtu..Dahla yang mengejar je jai..Hik3, just kidding,dia mimpikan hal lain,pasal blogging juga.

Hik3, kuat pengaruh blogging ya? Sampaikan terbawa2 ke mimpi? Enough said, dulu saya sendiri mempunyai persepsi negatif ke atas Saudara Ben Ashaari. Minta maaf bro, nobody perfect kan? Namun, selepas entrynya ke atas Mak Ngah  saya, banyak persepsi saya sudah berubah. Well, nobody perfectkan? Ambil yang jernih, buang yang keruh..

P/s : Ada seorang Mamat tu, siap termimpi-mimpi kahwin dengan Fasha Sandha. Yerla, bakal menjadi penganti BeautifulNara. Hik3..just kidding...

March 15, 2011

Ben Ashaari Abang Awal Ashaari?

Ben Ashaari Abang Awal Ashaari? Biar Betikk....
Terjah SINI

Umm, macam-macam. I don't think mereka adik beradik...Anyhow, walaupun mungkin agak terlambat, special thanks to Ben Ashaari [ Terima Kasih dari Mak Ngah]. Entry di blognya dan di blog yang lain sedikit sebanyak telah menambahkan bantuan/memberikan kegembiraan buat Mak Ngah ku tahun lepas....

P/s : Sebelum kita menerima, kita patut memberi.Sharing is Caring..Renung-renungkan...Fuhhh...

May 8, 2010

Saya ingin berada di dalam blog list kategori MERAH kerana ...

Salam weekend dari Eyriqazz,

Jalan-jalan berblogwalking secara silent weekend ini sebelum lunch hari ini (entry ini auto publish) ,  terjumpa satu entry dari salah seorang blogger yang Aku kagumi iaitu :


Oleh kerana hari ini weekend dan mungkin ramai tidak suka saya menulis dengan panjang lebar, saya berpantunlah kenapa saya mahu berada di blog List kategori MERAH Ben Ashaari :

Ben Ashaari nama diberi
Background merah versi lelaki Redmummy
Aku respek dan aku kagumi
Idea memanjang setiap hari update entry

Warna merah kurang ku gemari
Namun tetap memberikan Inspirasi
Hadiah blogging Contest pertama ku menangi
Entry berbaju merah Alhamdulillah rezeki

Blog Ben Ashaari sudah di listku kini
Dalam sehari mesti ku kunjungi
Mungkin bertambah rezeki ku nanti
Bila berada di List Kategori Merah Ben Ashaari

Sekian saja dari saya kali ini
Kalau sudi katakan sudi
Tidak saya ternanti-nanti
Kalau tidak sudi saya terima saya cekalkan hati
Saya sedar siapa diri
Blogger Picisan masih merangkak di dunia blog ini

P/s : Jika anda mahu berada di blog list Ben Ashaari, lebih lanjut singgahlah di ENTRY ini. Inisiatif dan idea yang menarik dari Ben Ashaari, jadi apa tunggu lagi?
Related Posts with Thumbnails