Semalam teringin nak makan nasi dagang selepas pekena first time Nasi Dagang beberapa minggu yang lepas. Refer entry INI . Jadi, lepas isteri balik dari mesyuarat PIBG sekolah , saya pun ajaklah Isteri pekena nasi dagang. Fuhh, gembira hati ini dapat pekena :
Nasi Dagang di Restoran Ulik Mayang ni memang terbaik. Sebagai anak jati Terengganu, apa yang boleh aku katakan , Nasi Dagang di Restoran ini adalah yang terbaik di Kuala Lumpur ini. Tempat-tempat lain memang tak boleh mengatasi Nasi Dagang ini. Kalau ikut ranking, Nasi Dagang ini adalah top 5 sepanjang aku pernah makan selain Nasi Dagang nenekku masak, Nasi Dagang di Kuala Terengganu, dan di tempat-tempat lain juga.
Lagi satu, sudahla sedap, Murah pulak tu. RM4.50 sahaja nasi dagang dengan Ikan Tongkol. Fuhh, memang meleleh air liur eden cakap. Semalam datang pukul 2 petang nasib baik tak habis lagi. Sambil tu lagi terangkat bila dimakan bersama :
Keropok Keping
Fuhh, terangkat dan menyelerakan. Cuba sekali, memang nak cuba berkali-kali. Aiseh, memang inilah destinasiku kini kalau nak cari Nasi Dagang. Selain Nasi Dagang, Restoran ini turut menyediakan otak-otak, nasi kerabu, nasi putih berlauk (pun sedap ), kuih-muih dan banyak lagi. Memang terbaik la.Alang-alang Brunch kan ditambah pula dengan :
Pengat Pisang dia memang best. Ratingku untuk Restoran ini adalah 8.5/10. Makanan sedap, harga berpatutan, layanan menawan, dan tempatnya selesa. Cuma satu je la.Kalau time weekend susah skit nak cari parking, memang ramai orang makan di kawasan ini.
Oh ya, nak tahu di mana Alamat Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang ini? Mudah saja. Ianya terletak di Taman Melati bersebelahan dengan MRR2, Platinum Victory Condominum, Petronas dan juga Esso. Kalau tak tahu juga, bolehla hello-hello eyriqazz bila nak pi sana. Manatau boleh eyriqazz tumpang sekaki. Orang nak belanja, saya laju je.Hik3..
P/s : Oh ya, Restoran ini telah di ratingkan 5 bintang oleh pakar masakan di dunia blog iaitu Kak Ina KL .Hik3, tumpang glamour Kak Ina satt.
P/s/s : Amcam, tak teringin nak pekena Nasi Dagang ke? Sedapp....Dussh, teringin nak Makan Nasi Tumpang. Tak pernah makan lagi, tapi isteri cakap sedap. Kat KL ni mana boleh cari ye?

