Showing posts with label blogger gathering. Show all posts
Showing posts with label blogger gathering. Show all posts

April 15, 2011

150 Juta Kali Versi Blogger

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Gathering blogger memang aku suka
Biarpun ianya tinggal kenangan saja
Pengalaman ini sukar di cari di mana-mana

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Eh, bukan aku itu Bean Moreno yang tarik tangan kamu
Kenapa kamu Bean Moreno  tarik tangan Rina Salleh itu
Kau tak takut Melromeo marah kamu?
Pandai-pandailah jawab,aku taknak ambil tahu

Dia mungkin bengis seperti singa
Namun CikLillyPutih lembut sahaja
Ada gathering adalah dia
Tapi tak boleh lawan Je Jai, asyik-asyik dia

"Eh di Mana pula Kak Ina ?..."

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Melromeo bila lagi mau buat gathering sebegini
Pojiepooh dan bertanya berkali-kali

Blogger mudah emosi tidak semena
Bila semua tidak ikut apa yang dikehendakinya
Dan mulalah buat entry mengumpat dan mengata
Kita ini sama saja, Baru or Lama, sama-sama ada kelebihan dan kekurangannya

December 27, 2010

Bloggers Gathering | Berjaya Times Square


Bloggers Gathering di Berjaya Times Square anjuran Melromeo @ Sifuku

Lebih dari 50 bloggers yang hadir yang acara bermula pukul 10 pagi, saya join lewat dlm pukul 2 jadi ada yang sudah pulang etc..Kalau Melz buat gathering, sambutan mesti menkagumkan.

Bersama Melromeo, Sifu dan Mentor bertemu
Bersama Rina Salleh Juara Gadis Melayu 3, teman tapi mesra Melromeo (hik3,gurauje bro) 

Selepas saya buat entry hangit, Rina Salleh Juara Gadis Melayu 3 terima Pinanganku, sempat lagi Si Rina berseloroh " Ambil gambar dengan blogger popular ni" . Hik3, I wish,I wish...Moga-moga masin mulutmu Rina.

Oh ya, jangan lupa saksikan SAFFIYA, satu rancangan yang akan diacarakan oleh Rina Salleh yang akan ke udara setiap Hari Ahad, jam 7-8 malam, TV9 (thanks RedlindA) bermula 2 Januari 2011. Aduhai, timing tu time orang tengah sembahyang maghrib/dinner bersama keluarga.

Berjumpa juga Cik Epal face to face akhirnya...

Special appearance, Cik Epal, aduhaii,orang dah nak abis baru sampai? tak sempat nak mengayam ketupat ngan Cik Epal..Tengok Cik epal, teringat kat Luna Maya..Opss, Silap, Yuna...

Bersama HanaLovenest, blogger yang semakin meningkat naik

Salah seorang blogger yang saya nampak ada potensi untuk terus maju ke hadapan, cuma masih banyak yang perlu diperbaiki rasanya, Anyhow u r on the right direction Hana.
Geng-Geng Ceria, Pojiepooh, EykaMeow dan Hana
Bowling Session, Siapa yang menang tadi ya?
6 Jejaka Kacak Bergaya yang bakal berlakon dalam filem "Bloggers Terlampau" (hik3)
Makan Session,aksi suap menyuap Redlinda dan AnakPerak(ahakz2,gurau lagi)
Ice Breaking Session
Special Talk dari Rina Salleh dengan tajuk " Ciri-Ciri Jejaka Idaman" (ehem2,asyik nama Melz je kuar, hak3, tipu/gurauje)
CheArmster, the New Apprentice 4 Dr. Rozmey Herba Prima / Bakal Pemenang Rm1 Juta Jangan Lupa Lirik"
P/s :Siapa mahu berkaraoke free, boleh contact dia...Hik3..

Anyhow, gathering ni memang meriah. Bukan mudah nak kumpulkan more than 40 bloggers di satu masa, aura Melromeo memang terserlah. Kalau eyriqazz la buat gathering camni, rasanya nak kumpulkan 10 orang pun susah. Hik3...

Nantikan Gathering yang tengah dirancang Melz tahun depan dengan tema "Budak Kampung". Jom Joini bersama, sure lebih meriah. Melz, rasanya dah ble start cari sponsor hadiah, sure ramai yang sudi menaja ni. Hik3...

Bloggers Gathering di berjaya Time Square meriah sekali
Ramai yang hadir , mengeratkan hubungan sesama bloggers ini
Di lain kali ,adakan lagi
Kecil tapak tangan, Satu family saya bawa nanti

P/s :Sorry for those yang saya tak sempat mentionkan di entry ini. Seronokkan bergather-gather camni?

December 23, 2010

Bloggers Big Gathering Times Square 2010 | Special Appearance Melromeo

Bloggers Big Gathering Times Square 2010

Jom bersama memeriahkan Bloggers Big Gathering di Times Square @10 pagi, Ahad, 26 Disember 2010. Special appearance sudah semestinya, My Sifu Melromeo akan turun dari Johor memeriahkan gathering ini. So, personal touch and nasihat bolehla ditanyakan kepadanya face to face nanti. Pandangan dan cadangan dari Melz semestinya terbaik . Myself for e.g. dulu, nak cecah 100 visitors pun susah, sekarang ,riban-riban pun sudah menjadi kenyataan.

Kalau tiada aral melintang dan tiada halangan, InsyaAllah, eyriqazz akan turun n join sekali bersama Wifey dan Alisya tersayang.

Jom meriahkan, kenali lebih ramai bloggers dan tambah kenalan. "Networking is Good untuk kesihatan Blog Anda " More details Check it out HERE

February 28, 2010

Bloggers Gathering | Pengalaman Paintball Yang Mengujakan

Sebelum aku terlupa mengupdatekannya, kali ini aku ingin updatekan pasal gathering yang yang dianjurkan oleh Melz yang diberi nama Big Gathering War Pain(t) Ball | 27 February 2010  .Gathering yang dianjurkan oleh Melz pasti aku akan sertai jika berkesempatan.

Rerakan bloggers yang hadir
Meriah kan?

Gathering ini acara utamanya adalah Paintball.Walaupun tidak semua bermain paintball ini, aku tetap nak main kerana aku tak pernah main paintball. Jadi, peluang sebegini aku tidak lepaskan begitu saja.

Bersama Melromeo, Jogger, Sweetaina @ tunang + rakan-rakan bloggers
Kombat Zone Paintball di KKlub Taman Melawati, KL
Bullet,cantik dilihat, indah dipegang, sakitnya mengancam

Aksi berpaintball diteruskan :

Paintball In Action

Pengalaman berpaintball mengujakan
Namun tidak puas hati bukan kepalang
Suami Kak Tash terror bermain mengalahkan terrorist jalanan
Aku ditembak, peluru belum habis aku sudah kena keluar gelanggang

Paintball in Action seronoknya
Melromeo mangsa tembakan utama
Tak kurang juga Bean Moreno dan Aus kita
Datang lambat tetap berjuang sama

Pengalaman paintball sangat menawan
3 games tak cukup rasanya
Belum cukup puaskan hati dan badan
Lain kali ajak la lagi ya

Memang best, rugi korang tak datang dan tak main tau. Seronok sakan, lepas ni aku nak main lagi bila berkesempatan.

Paintball Mengujakan

Memang terbaik!!
Souvenir/gift untuk dibawa pulang

Oh ya, sedikit gosip sepanjang gathering hari ini :

1)Cik Epal tidak dapat datang kerana Melz tidak sempat membelikan sejambak bunga Ros buatnya.Adushh Melz, kenapa hang tak belikan bunga ros untuk CikEpal?Kalau tak ,boleh rakan-rakan bloggers jumpa Cik Epal.

Adakah Cinta Akan Berputik?

2)Sambungan entry Kalau Sudi Katakan Sudi,  Aus Pergi Membawa Diri sila lah baca sendiri, dan inilah komenku buat Aus :

Eny eny Aus sudah jatuh hati
Buat si Eny gemerlapan di hati
Aus suka bukan sekali
Suka banyak berkali-kali

Aus angau terkenangkan Eny yang jelita hari ini
bukan hari ini tiap-tiap hari
Eny oh Eny terimalah si aus kalini
Merajuk hatinya susah diubati


Aus kini masih mencari
Jika ditolak membawa diri
Terima saja kasih aus ini
Hensemnya mengalahkan Sharifah Aini(hik3)

Sebelum pulang, kami singgah makan di :

Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang, Taman Melati
Pekena Nasi Dagang

Perhh,Nasi Dagang Restoran ni memang terbaik punya. Antara nasi dagang tersedap pernah ku makan di KL. Memang sedap sangat siap aku bungkus dua lagi untuk ku makan dengan Isteri malam ni.Memang sedap, nanti minggu depan aku akan singgah lagi. Memang puas hati , kalau tak percaya, cubalah, memang terbaik.

Terima Kasih tidak terhingga buat Melz kerana menganjurkan event ni. Bukan senang nak buat gathering camni. Last but not least, di sini aku updatekan senarai bloggers yang datang gathering tadi :

3)Eyriqazz (myself)
4)JAI
13)Han
14)Fhad

P/s :Kalau ada sesiapa yang tertinggal ,inform eyriqazz ye?Nanti eyriqazz updatekan list tu balik.

last but not least, serangkap pantun buat semua :

Bloggers gathering, Pengalaman Paintball yang mengujakan
Seronok hati ,gembira sakan
Terimakasih Melz dan rakan-rakan
Ada rezeki berjumpa kembali di masa depan

P/s/s :Apa pula pandangan anda?Suka tak gathering-gathering sebegini?
Related Posts with Thumbnails