Showing posts with label hanalovenest. Show all posts
Showing posts with label hanalovenest. Show all posts

January 17, 2011

Dr. Rozmey pun Hantar Team untuk The Maxis Om Nom Nom Race?


Khabar-khabar angin dari si Gosip Sensasi mengatakan inilah Team yang telah dihantar oleh Dr. Rozmey untuk Maxis Om Nom Nom Race. Budget telah diberikan sebanyak RM5 ribu bagi team ini bagi membolehkan team ini beraksi dan membawa pulang Tiket Perlancongan bertaraf 5 bintang ke Hong Kong namun sayang ianya telah digunakan untuk belanja rakan-rakan bloggers untuk berkaraoke.

To cut the story short, mereka tewas juga hanya dengan ketinggalan 1 mata dari tempat kedua. Memperkenalkan, The New Dr. Rozmey Apprentice @ Che Armster dan Phreak-ID yang kini sedang giat berlatif karaoke bagi melayakkan ke AF 9 pula. Kita saksikan kemunculan mereka nanti, yang pasti undi SMS sudah pasti menjadi milik mereka dengan tajaan Dr. Rozmey bagi memastikan at least satu namanya muncul dengan gemilang di persada hiburan tanah air.

Hik3, gurau je, semua diatas adalah rekaan semata-mata. Saje mahu menyakat Team "Yang Gempak " ini. Anyway, more pictures on Maxis Om Nom Nom Race bolehla terjah SINI

*** Ehem-ehem, agak-agak kalaula diorang menang tempat pertama dan keempat-empat pergi ke Hong Kong, apa yang bakal jadi ya? 

December 27, 2010

Bloggers Gathering | Berjaya Times Square


Bloggers Gathering di Berjaya Times Square anjuran Melromeo @ Sifuku

Lebih dari 50 bloggers yang hadir yang acara bermula pukul 10 pagi, saya join lewat dlm pukul 2 jadi ada yang sudah pulang etc..Kalau Melz buat gathering, sambutan mesti menkagumkan.

Bersama Melromeo, Sifu dan Mentor bertemu
Bersama Rina Salleh Juara Gadis Melayu 3, teman tapi mesra Melromeo (hik3,gurauje bro) 

Selepas saya buat entry hangit, Rina Salleh Juara Gadis Melayu 3 terima Pinanganku, sempat lagi Si Rina berseloroh " Ambil gambar dengan blogger popular ni" . Hik3, I wish,I wish...Moga-moga masin mulutmu Rina.

Oh ya, jangan lupa saksikan SAFFIYA, satu rancangan yang akan diacarakan oleh Rina Salleh yang akan ke udara setiap Hari Ahad, jam 7-8 malam, TV9 (thanks RedlindA) bermula 2 Januari 2011. Aduhai, timing tu time orang tengah sembahyang maghrib/dinner bersama keluarga.

Berjumpa juga Cik Epal face to face akhirnya...

Special appearance, Cik Epal, aduhaii,orang dah nak abis baru sampai? tak sempat nak mengayam ketupat ngan Cik Epal..Tengok Cik epal, teringat kat Luna Maya..Opss, Silap, Yuna...

Bersama HanaLovenest, blogger yang semakin meningkat naik

Salah seorang blogger yang saya nampak ada potensi untuk terus maju ke hadapan, cuma masih banyak yang perlu diperbaiki rasanya, Anyhow u r on the right direction Hana.
Geng-Geng Ceria, Pojiepooh, EykaMeow dan Hana
Bowling Session, Siapa yang menang tadi ya?
6 Jejaka Kacak Bergaya yang bakal berlakon dalam filem "Bloggers Terlampau" (hik3)
Makan Session,aksi suap menyuap Redlinda dan AnakPerak(ahakz2,gurau lagi)
Ice Breaking Session
Special Talk dari Rina Salleh dengan tajuk " Ciri-Ciri Jejaka Idaman" (ehem2,asyik nama Melz je kuar, hak3, tipu/gurauje)
CheArmster, the New Apprentice 4 Dr. Rozmey Herba Prima / Bakal Pemenang Rm1 Juta Jangan Lupa Lirik"
P/s :Siapa mahu berkaraoke free, boleh contact dia...Hik3..

Anyhow, gathering ni memang meriah. Bukan mudah nak kumpulkan more than 40 bloggers di satu masa, aura Melromeo memang terserlah. Kalau eyriqazz la buat gathering camni, rasanya nak kumpulkan 10 orang pun susah. Hik3...

Nantikan Gathering yang tengah dirancang Melz tahun depan dengan tema "Budak Kampung". Jom Joini bersama, sure lebih meriah. Melz, rasanya dah ble start cari sponsor hadiah, sure ramai yang sudi menaja ni. Hik3...

Bloggers Gathering di berjaya Time Square meriah sekali
Ramai yang hadir , mengeratkan hubungan sesama bloggers ini
Di lain kali ,adakan lagi
Kecil tapak tangan, Satu family saya bawa nanti

P/s :Sorry for those yang saya tak sempat mentionkan di entry ini. Seronokkan bergather-gather camni?

July 22, 2010

I Love You HanaLoveNest

I Love You HanaLovenest

Oh, sejak aku mengenalimu ketika Nuffnang Sharing Session, aku sudah jatuh cinta. Dengupan jantungku berdegup kencang bila mendengar namamu. Oh, Kesetiaanku Diuji Lagi. Kenapa ini yang terjadi padaku?Ohh, Sukarnya untukku meluahkan kata-kata. 

Hak3, bunyi kontroversi je. Tahu dek Isteri sah pinggan mangkuk dibalingnya. Sebelum ianya terjadi, baiklah eden berterus terang. Actually, I Love Your Entry HanaLovenest @ Anne Boleyn. Entry Anne yang bertajuk : Nuffnang Sharing Session : Tips Dari Assistant Kepada Eyriqazz (Exclusive Video!!!)  dirujuk.

I really love that entry especially Part Video yang telah di uploadkan di Youtube. Jom Layan both of the Video :

Part 1
Part 2

Dussh, siap dia ingat lagi apa yang eden cakapkan. Malu juga teringat apa yang dia ulangkan balik  :

" Terutama Sekali saya nak mengucapkan Terima Kasih la Pada Nuffnang Sebab Sudi jemput saya sebagai Guest Blogger pada event kali ini. Sebenarnya sayapun takdelah terkenal sangat , saya biasa-biasaje . Sayapun masih belajar lagi. Belajar dengan blogger-blogger lain, kongsi-kongsi ilmu . Saya tak anggap pun diri saya sebagai blogger hebat".

Ewah, ajuk sepatah-sepatah lagi. Plus dengan suara selsema dan sengau-sengaunya menambahkan lagi keunikan video itu. Korang layanlah, memang tak rugi pun. 

Terima Kasih Anne, tak sangka berbakat juga Anne dalam buat Video ni. CaRa cakap pun konfiden, memang boleh pergi lebih jauh lagi ni. Teruskan usaha. Pasal blog Anne, jangan risau, later onnn, eyriqazz akan terjah and komen sampai menangis. Hik3, takdelah, komen pasal blog Anne dan apa yang boleh diperbaiki lagi.

I vote Ur Entry 4 " The Best Entry For Nuffnang Sharing Session at Pak Li Kopitiam ". 

Terima Kasih Hana @ Anne Boleyn dari saya
Entry anda saya suka dan buat saya gembira
Pencetus semangat dan Inspirasi untuk terus berusaha
Ke arah yang positif, semoga lebih kejayaan dicipta

P/s : Apa pula komen anda? Bagus tak Sharing Session seperti yang Nuffnang anjurkan ini? That's one of the main reason I stick and setia bersama Nuffnang, Nuffnang really appreaciate dan cuba mengeratkan hubungan 'Komuniti Sesama Bloggers/Nuffnangers'

P/s/s :Stay tune for the next Sharing Session with ....Jeng,Jeng, Jeng...Kak INA KL  . Gurau aje, tapi kalau betul , OK tak? Tentu ramai yang mahu mendengar rahsia dari Kak Ina KL kan?
Related Posts with Thumbnails