Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

March 28, 2010

Masakan Kelantan | Kedai Makanan MZ Darulnaim

Salam hujung minggu dari eyriqazz.Huk3, hari ini kena pergi kerja. Oh ya, eyriqazz nak perkenalkan satu gerai makan yang saya singgah lagi semalam. Tempat ni tiap-tiap bulan confirm eyriqazz singgah. Tanpa berlengah lagi , inilah nama tempatnya :

Kedai Makanan MZ DarulNaim

Gerai ni memang popular untuk masakan kelantan. Saya first time diperkenalkan kedai ni masa adikku berkursus dulu. Dia cakap rakan dia , orang kelantan yang rekomen. Malu juga, dah duduk KL bertahun-tahun tak dengar pula nama kedai ni kalau tak kerana adik aku.

Sampai-sampaije :

Aiseh, lauk dah banyak habis

Mana taknya, sampai sana dalam pukul 1.45 petang. Memang salah timingla. Kalau korang nak singgah, saya cadangkan dalam pukul 1200-100 petang.Memang elok sangatla, kalau datang awal sangat, takut lauk tak banyak masak lagi cam pernah kitorang sampai kol 1130 pagi (teruja punya pasal)

Usha-usha lauk dulu :

Ketam Masak Lemak

Nampak sedap, tapi aku ni alahan skit ketam. Tak jadi nak order.Tapi adik aku memang suka benar. Jadi, kami buat pilihan  :
Ikan Keli Percik
Kerutuk Ayam
Sayur dan Labu Masak Lemak (susah nak cari di KL ni)
Gulai Udang
Sambal Belacan

Memang menyelerakan. Sedap . Menggiurkan. Kalau mak mertua dan bapa mertua aku datang KL (orang kelantan), dia mesti ajak kami singgah sini. Memang famous Amous la di kalangan orang-orang kelantan.

Cuba teka berapa semua itu? RM50? Issh,taklah termasuk nasi 2 pinggan dan Air Sirap semuanya RM25.00. Berbaloi-baloi. Ala, kalau makan di Mcd dua orang pun, mungkin lebih dari tu kan?Itupun tak kenyang mana.

Dan hasilnya, lihatlah sendiri :

Habis Licin di makan olehku dan Isteri (hak3)

Memang ramai orang di kedai ni, berpusu-pusu orang datang. Yang bestnya, kalau makan sini, ada tempat parking khas dan ianya percuma (cam pakej pulak kan?). Jadi, tidak hairanlah :

Begitu Ramai Pelanggan berkunjung

Rasa cam berada di kampung bila makan di sini. Susunan di dalam kedai tak terasa berada di tengah bandar KL.

Oh ya, ada seorang tu tak puas hati, kerana kami makan tak ajak sekali. Siapa lagi kalau bukan:


Alisya, anak kesayanganku

Oh ya, sebelum terlupa. Inilah lokasi/alamat gerai makan tersebut :

Lorong Haji Hussien 2, Kampung Baru, Kuala Lumpur (hadapan pusat zakat KL,dekat je dengan Chow Kit)

Berbaloi-baloi. Issh, buat entry ni pun buat aku lapar je. Jadi, kalau korang masih tercari-cari nak pergi makan mana lunch nanti, ini salah satu destinasi yang berbaloi dan sesuai untuk disinggahi.

Untuk lebih lanjut pasal Gerai ini, bolehlah singgah di entry ini juga ( Terimakasih Pakcik Google )


Selebihnya, boleh mengoogle lagi. Hik3.

P/s : Amcam, pernah singgah sini tak ? Apa pandangan anda pula?Sedap tak?

P/s/s : Kuih Akok dia pun sedap. Lembut dan panas lagi. Alisya memang suka sangat, wajib kami beli kalau singgah di sini.

P/s/s : Nak Lunch Mana hari ini ya? Kalau Kak Ina KL call ajak makan rumah dia , best jugak ni. Hak3,tak tau malu.

March 24, 2010

Terjah | Hasrat Di Hatiku Belum Tertunai Lagi

Salam dari eyriqazz. Seperti yang telah lama dijanjikan di entry ini , ini adalah sambungan edisi terjah :



Tanpa membuang masa, Inilah terjahanku :

1)Rajin Memasak dan masakannya memang menggiurkan dan menyelerakan

Fuhh, kalau ingat pasal makanan mesti teringat blog Kak Ina KL . Tengoklah Ikan Keli Salai dan Pisang Muda ini. Memang mencabar Iman dan halwa tekak ku.Adussh Kak Ina, makanan di blognya memang menyelerakan.Ok, kasi tambah skit kasi korang minta sama-sama gathering bloggers diadakan di rumah Kak Ina :
Mee Udang yang menyelerakan

Rasanya Kak Ina layak digelar 'Chef Terkenal Sentul' ataupun 'Pakar Masakan Blogger' , kan? Dengan ciri Istimewa ini, blognya menjadi singgahanku apabila perut berkeroncong dan mencari terapi untuk halwa seleraku .Hik3.Terima kasih Kak Ina atas gambar masakan yang memang menggiurkan dan menyelerakan.


2) Pengunjung yang Ramai

Jangan pandang enteng/rendah pada blog Kak Ina KL ini. Pemerhatianku blognya paling kurang mencecah 300 pengunjung sehari. Ini diambil pada pukul 930 malam pada awal bulan March 2010. Sekarang ni mesti lagi mengancamkan?


3) Duta Nuffnang

Hik3, Kak Ina ni bolehla dikatakan Duta Nuffnang. Dimana ada event Nuffnang mesti ada Kak Ina.Di mana ada Contest Nuffnang, Kak Ina akan join juga. Kak Ina juga pandai menulis, kalau tak masakan dia memenangi Blackberry. Hadiah utama pulak tu.  Adushh,jealousnya aku. Semangat dan ketekunan Kak Ina inilah salah satu pembakar semangat untukku untuk join event Nuffnang dan hasilnya, aku pun mendapat tempiasnya juga. Beberapa Contest Nuffnang berjaya ku menangi.

Nuffnang dan Kak Ina tidak dapat dipisahkan
Walaupun pernah rasa rajuk hatinya
Rajuk sekejap, pujukan Bang Nara berkesan
Aku gembira bolehla kita bertarung Sumo di Gatsby Event nanti ya?

Psst,psst, bila pula giliran saya nak dapat Blackberry? Harap-harap tempiasnya tumpahla kat saya pula. Hik3.


4) Kak Ina Cool orangnya

In person Kak Ina memang cool dan peramah orang nya. Macam cakap-cakap dengan nenek-nenek. Hik3, gurauje .Kak Ina ni muda lagi, tahun ni baru nak masuk 35 tahun kan? Anak-anak Kak Ina pun cun-cun, jadi apa tunggu lagi, cepatlah masuk meminang  terutamanya kat Si Aus tu. 

5) Tagline memang kebaboom "Tertunailah Hasrat di Hati. I Like It"

Cukup dulu, puji banyak-banyak kan hari ini Kak Ina tak jadi masak pula . Kesian kat aku dan peminat meleleh air liur nak tengok masakan apa Kak Ina masak arini.

Apapun, boleh terjah lagi di SINI.

Sudah memuji, masa untuk mengutuk Kak Ina pulak. Hak3, bukan mengutuk, hanya pandangan peribadi apa yang boleh diperbaiki melalui pandangan peribadi. Salah dan silap minta maaf ye Kak Ina. Saya ni bloggers baru. Inilah dia komen saya :

1) Template dan header perlu ditukar (kasi lagi cun skit ). Hak3,kata kat orang, saya nya template pun bukannya cunpun. Ehh, ni edisi terjah Kak Ina laa..

2)Susunan ayat di justifykan .Nampak lebih kemas dan selesa untuk membaca. Lebih sejuk mata memandang. Bertambah daya penarik di situ.

3)Font ku rasakan agak besar skit especially bagiku yang menggunakan skrin laptop ini. Apapun, lain padang lain belalangkan?

4)More Tips dari akak. Seronok baca tips-tips akak. Apa lagi, kongsi-kongsila lagi. Saya pun mahu belajar dengan orang berpengalaman cam akak. Sharing is Caring kan? Akak tak Care kat saya ke?

5) Last but not least, nanti saya masuk meminang anak akak boleh?Untuk adik bongsu saya.Muahahaha..gurau aje...

Dua pantun untuk Kak Ina :


Kak Ina KL nama diberi
Tagline menarik hebat sekali
Hasrat dihatiku belum tertunai lagi
Bila Kak Ina nak jemput saya makan hidangan Kak Ina yang menggiurkan hati?

Blogmu menarik untuk disinggahi
Aku singgahi hari-hari
Kadang-kadang aku menyepi
Terkelu lidah untuk berkata-kata tengok hidangan yang sedap sekali

Jadi, apa tunggu lagi. Marilah terjah Kak Ina KL @ Chef di dunia blog ini di SINI.

P/s : Amcam, mengujakan tak tengok hidangan makanan di blog Kak Ina KL ?

P/s/s : Apa pandangan anda kepada Kak Ina? For me, blognya memang menarik untuk disinggahi terutamanya apabila perut berkeroncong dan mencari idea mahu makan apa Malam dan Weekend nanti.

March 7, 2010

Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang @ Taman Melati

Semalam teringin nak makan nasi dagang selepas pekena first time Nasi Dagang beberapa minggu yang lepas. Refer entry INI  . Jadi, lepas isteri balik dari mesyuarat PIBG sekolah , saya pun ajaklah Isteri pekena nasi dagang. Fuhh, gembira hati ini dapat pekena :


Nasi Dagang di Restoran Ulik Mayang, Taman Melati

Nasi Dagang di Restoran Ulik Mayang ni memang terbaik. Sebagai anak jati Terengganu, apa yang boleh aku katakan , Nasi Dagang di Restoran ini adalah yang terbaik di Kuala Lumpur ini. Tempat-tempat lain memang tak boleh mengatasi Nasi Dagang ini. Kalau ikut ranking, Nasi Dagang ini adalah top 5 sepanjang aku pernah makan selain Nasi Dagang nenekku masak, Nasi Dagang di Kuala Terengganu, dan di tempat-tempat lain juga.

Lagi satu, sudahla sedap, Murah pulak tu. RM4.50 sahaja nasi dagang dengan Ikan Tongkol. Fuhh, memang meleleh air liur eden cakap. Semalam datang pukul 2 petang nasib baik tak habis lagi. Sambil tu lagi terangkat bila dimakan bersama :

Keropok Keping

Fuhh, terangkat dan menyelerakan. Cuba sekali, memang nak cuba berkali-kali. Aiseh, memang inilah destinasiku kini kalau nak cari Nasi Dagang. Selain Nasi Dagang, Restoran ini turut menyediakan otak-otak, nasi kerabu, nasi putih berlauk (pun sedap ), kuih-muih dan banyak lagi. Memang terbaik la.Alang-alang Brunch kan ditambah pula dengan :


Pengat Pisang

Pengat Pisang dia memang best. Ratingku untuk Restoran ini adalah 8.5/10. Makanan sedap, harga berpatutan, layanan menawan, dan tempatnya selesa. Cuma satu je la.Kalau time weekend susah skit nak cari parking, memang ramai orang makan di kawasan ini.


Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang @ Taman Melati

Oh ya, nak tahu di mana Alamat Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang ini? Mudah saja. Ianya terletak di Taman Melati bersebelahan dengan MRR2, Platinum Victory Condominum, Petronas dan juga Esso. Kalau tak tahu juga, bolehla hello-hello eyriqazz bila nak pi sana. Manatau boleh eyriqazz tumpang sekaki. Orang nak belanja, saya laju je.Hik3..

P/s : Oh ya, Restoran ini telah di ratingkan 5 bintang oleh pakar masakan di dunia blog iaitu Kak Ina KL .Hik3, tumpang glamour Kak Ina satt.

P/s/s : Amcam, tak teringin nak pekena Nasi Dagang ke? Sedapp....Dussh, teringin nak Makan Nasi Tumpang. Tak pernah makan lagi, tapi isteri cakap sedap. Kat KL ni mana boleh cari ye?
Related Posts with Thumbnails