Showing posts with label makanan sedap. Show all posts
Showing posts with label makanan sedap. Show all posts

June 19, 2010

Tertunailah Hasrat Di Hati

Salam dari Eyriqazz,

Akhirnya Tertunailah Hasrat di Hati. Sebelum itu bolehla refer entry Terjah | Hasrat di Hatiku Belum Tertunai . Semalam Kak INA KL datang ke rumahku untuk mengambil coklat yang dikirimnya dan inilah Ole-Ole buat kami sekeluarga :



Moist Roast Chicken or Ayam Masak Madu Ya?
Nyam,nyam, Menyelerakan

Brownie Cake
Nangka Favouriteku yang dibeli oleh Isteri
Dinner kami semalam

Memang sedap ayam yang dimasak oleh Kak Ina KL. Brownie kek pun sedap dan Isteri cakap tak cukup .Hik3,nanti kena terjah rumah Kak Ina KL pula pasni. Barula puas hati. Ataupun jom kita buat gathering kat Rumah Kak Ina KL nak? Kita kongsi-kongsi dan suruh kak ina masak. Saya gerenti best dan puas hati. Hik3..

Masakan Kak Ina KL sedap dan menyelerakan
Tertunailah kini hasrat di hati
Terima Kasih Kak Ina kerana sudi masak dan hantarkan
Lagi kali boleh la kasi lagi


June 9, 2010

Mali's Corner Char Koay Teow Danau Kota | Terbaik Punya

Salam dari Eyriqazz,


Berkongsi pengalaman menikmati hidangan yang begitu menyelerakan iaitu :

Char Koay Teow Mali Corner
Char Koay Teow Mali's Corner Danau Kota
Umm, sedapnya
Sedapnya
Alisya nak jugak
Alisya Nak Jugak, Sedap Nampak Mama Makan
Umm, Sedapnya
Nyam,nyam Sedapnya
harga Makanan Mali's Corner
Senarai Harga Makanan Di Sini
habis licin
Habis Licin
Mali's Corner Char Koay Teow
Inilah Alamatnya :

Mali's Corner Char Koay Teow
Jalan Langkawi, Setapak (Dekat Danau Kota/Platinum Walk)
53300 Setapak
Kuala Lumpur
 
Pandangan peribadi, Char Koay Teow Mali's Corner Danau Kota adalah yang terbaik/paling sedap di KL ni. harganya pun berpatutan, kalau special baruje RM6.50, besar RM5.00 dan kecil RM3.40. First time singgah wajib order special, berbaloi-baloi dan puas hati. Tiap-tiap bulan mesti pergi. Lagipun dekat, jalan kaki pun boleh dari rumah.
 
Sesiapa yang belum cuba, kenalah cuba. Selalu je penuh malam-malam. Nasi lemaknya pun best,tapi yang tu later saya updatekan.
 
Mali's Corner Char Koay Teow Danau Kota enak sekali
Sekali cuba rasa nak lagi
Siapa yang mahu singgah di sini
Jangan lupa jemputlah saya sekali
 
P/s :Sesiapa yang mahu ke Mali's Corner ni sound-soundla. Dekat je dengan rumah. Kalau mahu belanja, rezeki jangan ditolak kan?
 
P/s/s :Sesiapa yang pernah mencuba? Apa pandangan anda pula?

June 7, 2010

Teringin Hati Ini

Oh, Terasa Teringin Mahu Makan Makanan Ini...

Nak kena bodek KakInaKL untuk masakkan ni. Boleh ke Akak?

P/s : Internet lembab di rumah. Boleh update entry pendek-pendek saja. Banyak entry terbantut gara-gara Internet ni (Refer entry Aku Bengang Dengan Celcom Broadband) .

May 11, 2010

Si Dia Yang Menggiurkan

Tidur tak lena, mandi tak basah. Itulah gambaranku semenjak aku berjumpanya beberapa hari yang lepas. Ohh, penangannya begitu mengujakan hati dan buat aku tergoda. Susah untuk aku melupakan Si Dia Yang Begitu Menggiurkan. Teringat-ingat penangannya siang dan malam.

Adussh, kenapa ianya menimpa diriku ? Apa salahku sehingga kau menggodaku sebegitu rupa? Aku tidak hensem, aku tidak kacak, aku tidak kaya, aku bukannya Si Romeo, aku tidak pandai memikat hati , namun aku tetap tergoda denganmu. Cukup menggiurkan melihatmu dan buatku tak keruan.

Kesetiaanku Diuji Lagi kali ini. Apakah yang patut aku buat ? Si Dia yang menggiurkan begitu mengugat Imanku. Aku serba salah, aku keliru dan aku tidak pasti apakah yang patut ku buat. Apa pandangan anda semua ? Ujian ini begitu hebat buatku, tidak tertahan aku menanggung rindu terkenang si Dia yang menggiurkan. Adussh, patutkah aku luahkan di sini ? Patutkah? Aku keliru, maafkan aku sayang, Si Dia betul-betul menggiurkan dan membuatkan aku tidak keruan.

Siapakah yang aku maksudkan? Demi pembaca aku dedahkan ini (Rahsia terlampauku) namun jangan dedahkan pada Isteriku ya? Access Internet nya telah ku sekat @ ku pinjam broadband Celcomnya bila Broadband Streamyx ku buat perangai lagi. Dah lama tak buat perangai, ikut layan perasaan kot. Straight to the point .

Adakah Si Dia?

Umm, bukan ini, ini bukan citarasa ku. Tidak cukup menggiurkan dan  menepati citarasaku .

Adakah Si Dia?

Umm, pun bukan Si Dia. Si Dia lebih menggiurkan dan menawan hati, Inilah si dia yang dimaksudkan:

Si Pulut Mangga Yang Menggiurkan Hati dan Sedap Sekali
Nyam-Nyam, Menawan Hati

Hik3, ada sesiapa yang terkena ke? Entry Hangit Eyriqazz muncul kembali. Monday Blues dan habis, Tuesday Coolz muncul pula.

Pulut Mangga menggiurkan hati
Isteri beli aku mencuba sekali
Sedapnya rasa ingin nak lagi
Di lain masa akan kusinggah lagi

P/s : Pulut Mangga yang sedap ini boleh didapati di LG Floor, dekat area Carrefour, Mid Valley Megamall. Boleh tahan kesedapannya. Isteriku memang gemarkan sangat-sangat. Pulut Mangga ni asalnya dari Kelantan kan? Kat mana lagi boleh dapati Pulut Mangga ni di KL ya?

March 28, 2010

Masakan Kelantan | Kedai Makanan MZ Darulnaim

Salam hujung minggu dari eyriqazz.Huk3, hari ini kena pergi kerja. Oh ya, eyriqazz nak perkenalkan satu gerai makan yang saya singgah lagi semalam. Tempat ni tiap-tiap bulan confirm eyriqazz singgah. Tanpa berlengah lagi , inilah nama tempatnya :

Kedai Makanan MZ DarulNaim

Gerai ni memang popular untuk masakan kelantan. Saya first time diperkenalkan kedai ni masa adikku berkursus dulu. Dia cakap rakan dia , orang kelantan yang rekomen. Malu juga, dah duduk KL bertahun-tahun tak dengar pula nama kedai ni kalau tak kerana adik aku.

Sampai-sampaije :

Aiseh, lauk dah banyak habis

Mana taknya, sampai sana dalam pukul 1.45 petang. Memang salah timingla. Kalau korang nak singgah, saya cadangkan dalam pukul 1200-100 petang.Memang elok sangatla, kalau datang awal sangat, takut lauk tak banyak masak lagi cam pernah kitorang sampai kol 1130 pagi (teruja punya pasal)

Usha-usha lauk dulu :

Ketam Masak Lemak

Nampak sedap, tapi aku ni alahan skit ketam. Tak jadi nak order.Tapi adik aku memang suka benar. Jadi, kami buat pilihan  :
Ikan Keli Percik
Kerutuk Ayam
Sayur dan Labu Masak Lemak (susah nak cari di KL ni)
Gulai Udang
Sambal Belacan

Memang menyelerakan. Sedap . Menggiurkan. Kalau mak mertua dan bapa mertua aku datang KL (orang kelantan), dia mesti ajak kami singgah sini. Memang famous Amous la di kalangan orang-orang kelantan.

Cuba teka berapa semua itu? RM50? Issh,taklah termasuk nasi 2 pinggan dan Air Sirap semuanya RM25.00. Berbaloi-baloi. Ala, kalau makan di Mcd dua orang pun, mungkin lebih dari tu kan?Itupun tak kenyang mana.

Dan hasilnya, lihatlah sendiri :

Habis Licin di makan olehku dan Isteri (hak3)

Memang ramai orang di kedai ni, berpusu-pusu orang datang. Yang bestnya, kalau makan sini, ada tempat parking khas dan ianya percuma (cam pakej pulak kan?). Jadi, tidak hairanlah :

Begitu Ramai Pelanggan berkunjung

Rasa cam berada di kampung bila makan di sini. Susunan di dalam kedai tak terasa berada di tengah bandar KL.

Oh ya, ada seorang tu tak puas hati, kerana kami makan tak ajak sekali. Siapa lagi kalau bukan:


Alisya, anak kesayanganku

Oh ya, sebelum terlupa. Inilah lokasi/alamat gerai makan tersebut :

Lorong Haji Hussien 2, Kampung Baru, Kuala Lumpur (hadapan pusat zakat KL,dekat je dengan Chow Kit)

Berbaloi-baloi. Issh, buat entry ni pun buat aku lapar je. Jadi, kalau korang masih tercari-cari nak pergi makan mana lunch nanti, ini salah satu destinasi yang berbaloi dan sesuai untuk disinggahi.

Untuk lebih lanjut pasal Gerai ini, bolehlah singgah di entry ini juga ( Terimakasih Pakcik Google )


Selebihnya, boleh mengoogle lagi. Hik3.

P/s : Amcam, pernah singgah sini tak ? Apa pandangan anda pula?Sedap tak?

P/s/s : Kuih Akok dia pun sedap. Lembut dan panas lagi. Alisya memang suka sangat, wajib kami beli kalau singgah di sini.

P/s/s : Nak Lunch Mana hari ini ya? Kalau Kak Ina KL call ajak makan rumah dia , best jugak ni. Hak3,tak tau malu.

March 9, 2010

Restoran Air Buah Gelas Besar @ Datuk Keramat,KL

Jalan-Jalan Cari Makan. Sebut pasal makanan mesti ramai yang teruja kan? Kalini saya ingin berkongsi satu tempat makan yang agak seronok dan best juga untuk disinggahi. Harganya murah, tempatnya santai, dan selesa. Rasa cam berada di kampung pula. Tempat yang dimaksudkan adalah :

Restoran Air Buah Gelas Besar, Datuk Keramat, KL

Itulah Air Buah Gelas besar di sana.  Yang saya dan isteri order ni, Air Buah Naga dan Air Tembikai. Memang menyegarkan .Murah pula tu, RM2 sahaja. Kali pertama kenal restoran ni masa buat A Level, ada seorang rakan ni selalu sebut pasal gerai air buah ni.

Bila dah start kerja, ada member bawakan ke kedai ni. Fuhh, sekali cuba terus aku jatuh cinta. Memang memuaskan ,sedap dan ada Ummpph. Terbaik punya. Isteri pun dah kemaruk asyik weekend je ajak pi Restoran ni, dia suka sangat dengan :

Char Kuey Teow

Char Kuey Teow ni kali ke berapa puluh aku datang baru aku first time cuba. Sekali mencuba, aku pun turut jatuh cinta. Cewah, makanan sedap mestilah jatuh cinta kan? Lagipun, kat KL ni tak banyak tempat makan yang murah, sedap, dan memuaskan. Satu lagi tempat yang aku suka lepak di KL ni adalah Kampung Baru, tapi mungkinkah Kampung Baru akan terus kekal?Ewahh,melencung pula.

Selain tu, aku rekomenkan :

Keropok Lekor

Keropok Lekor Restoran Air Buah Gelas Besar ni memang sedap. Sebagai anak jati Terengganu, rasa keropok sebegini memang susah dicari di KL. Di Terengganu berlambak-lambak la. Segar, rasanya tak sampai seminggu keropok yang diorang sediakan ni sampai. Takpun, diorang buat sendiri. Hik3. Dengan ladanya yang menyengat, tak pedas sangat, tapi menyelerakan.Yang lagi mengujakan, keropok ini akan digoreng sebaik kita order. Jadi, memang makan panas-panas lagi.

Jadi, apa tunggu lagi . Jom terjah Restoran Ini. Ianya berdekatan dengan LRT Datuk Keramat dan Masjid Datuk Keramat, kalau singgah sana ,tanya orang mesti semua kenalnya. Famous Amous gitu.Satu pantun buat Restoran Air Buah Gelas Besar Datuk Keramat :

Restoran Air Buah Gelas Besar nama diberi
Harga berpatutan ,makanan dan airnya sedap sekali
Sekali singgah terus jatuh hati
Rasa nak singgah hari-hari

P/s : Kat mana lagi ye tempat best pekena Air Buah ?Ingin juga aku terjah.

P/s/s : Ada restoran menarik untuk disinggahi?Kongsi-kongsila.
Related Posts with Thumbnails