March 9, 2010

Restoran Air Buah Gelas Besar @ Datuk Keramat,KL

Jalan-Jalan Cari Makan. Sebut pasal makanan mesti ramai yang teruja kan? Kalini saya ingin berkongsi satu tempat makan yang agak seronok dan best juga untuk disinggahi. Harganya murah, tempatnya santai, dan selesa. Rasa cam berada di kampung pula. Tempat yang dimaksudkan adalah :

Restoran Air Buah Gelas Besar, Datuk Keramat, KL

Itulah Air Buah Gelas besar di sana.  Yang saya dan isteri order ni, Air Buah Naga dan Air Tembikai. Memang menyegarkan .Murah pula tu, RM2 sahaja. Kali pertama kenal restoran ni masa buat A Level, ada seorang rakan ni selalu sebut pasal gerai air buah ni.

Bila dah start kerja, ada member bawakan ke kedai ni. Fuhh, sekali cuba terus aku jatuh cinta. Memang memuaskan ,sedap dan ada Ummpph. Terbaik punya. Isteri pun dah kemaruk asyik weekend je ajak pi Restoran ni, dia suka sangat dengan :

Char Kuey Teow

Char Kuey Teow ni kali ke berapa puluh aku datang baru aku first time cuba. Sekali mencuba, aku pun turut jatuh cinta. Cewah, makanan sedap mestilah jatuh cinta kan? Lagipun, kat KL ni tak banyak tempat makan yang murah, sedap, dan memuaskan. Satu lagi tempat yang aku suka lepak di KL ni adalah Kampung Baru, tapi mungkinkah Kampung Baru akan terus kekal?Ewahh,melencung pula.

Selain tu, aku rekomenkan :

Keropok Lekor

Keropok Lekor Restoran Air Buah Gelas Besar ni memang sedap. Sebagai anak jati Terengganu, rasa keropok sebegini memang susah dicari di KL. Di Terengganu berlambak-lambak la. Segar, rasanya tak sampai seminggu keropok yang diorang sediakan ni sampai. Takpun, diorang buat sendiri. Hik3. Dengan ladanya yang menyengat, tak pedas sangat, tapi menyelerakan.Yang lagi mengujakan, keropok ini akan digoreng sebaik kita order. Jadi, memang makan panas-panas lagi.

Jadi, apa tunggu lagi . Jom terjah Restoran Ini. Ianya berdekatan dengan LRT Datuk Keramat dan Masjid Datuk Keramat, kalau singgah sana ,tanya orang mesti semua kenalnya. Famous Amous gitu.Satu pantun buat Restoran Air Buah Gelas Besar Datuk Keramat :

Restoran Air Buah Gelas Besar nama diberi
Harga berpatutan ,makanan dan airnya sedap sekali
Sekali singgah terus jatuh hati
Rasa nak singgah hari-hari

P/s : Kat mana lagi ye tempat best pekena Air Buah ?Ingin juga aku terjah.

P/s/s : Ada restoran menarik untuk disinggahi?Kongsi-kongsila.

30 comments:

  1. en. eyriqazz..leh bagi peta x? saya nak g ( kuasa 3..hik2 ) tp x familiar area keramat..huhu..

    ReplyDelete
  2. restoran ni banyak cawangan kan??

    pernah pegi kat area selayang da 1..

    =)

    ReplyDelete
  3. wah... sedapnya...
    Dekat jer nagn opis n rumah, boleh pegi nie....

    ReplyDelete
  4. sedapnye air buah tu...terliur tgk..
    ade lg satu kat kg baru..gelas die besa2 gak..bkn setakat air buah..klu mintak air selain air buh pon gelas die besa gak..ape name kedai tu x ingat lak..

    ReplyDelete
  5. wokey2..dengar pown sodap
    nanti aku g test..
    x sedap siap hang

    ReplyDelete
  6. memang betol2 membuka selera..woaaa..

    bagi direction tepat sket..buleh aina terjah ..hehe

    ReplyDelete
  7. fuh memang sedap dan terliur ni...memang kepok ganu paling best...

    ReplyDelete
  8. jadik lapor plak bace entry ni...adehhhhh on diet... huhuhu

    ReplyDelete
  9. jelesnye org tu boleh makan char koey teow

    ReplyDelete
  10. onizuka : char kueh teow peberet akak. dapatlah ngan cili jeruk tu. meleleh air liur.

    ReplyDelete
  11. kat big mug dpn plaza alam sentral ahahaha..penah try epal asam boi ajek..air naga tu sedap ke ?

    ReplyDelete
  12. panas-panas ni pekena air sejuk ni sedap.....

    ReplyDelete
  13. rasanya tau kat mana nie...
    kena gi terai lah, tgk char keow teow dia tu menggiurkan :)
    sedap ek kropok lekor dia...me kropok lekor kl nie, tak layan sgt coz bak kata u, "hati i jatuh cinta kat kropok lekor ganu" je :)

    ReplyDelete
  14. char koey teow dier nmpk menarik..
    lapor plak...

    ReplyDelete
  15. fikaryna:peta?umm..tak pandai buat peta..tapi boleh guna google map..saya slalu guna,...mmg berkesan..senang nak pi kemana-mana...

    Gadis Kampung :oh ye ke?Tak tau la pula..biasa pi keramatje

    maslinamansor :ble pi n blanje saya sekali...hik3

    eynda :lapar la pula dkt nak lunch ni

    arezura:apa nama kedai tu?ingin kuterjah juga

    ReplyDelete
  16. aina :direction tepat..hik3..kalau dari setiawangsa,lepas je keramat lrt masuk kanan pastu masuk kiri..dlm 10 meter itula dia

    syaf :cun,kalau sedap kena blanje saya makan...hik3

    Billet :mmg terbaik punya

    etomyam :betoitu.bangga jadi anak terengganu.

    adya :hik3.saya pun lapo ni..

    ReplyDelete
  17. Hazzy :eh,siapa2 pun ble makan.

    ina mail :memang best

    tricksrex :tak pernah try.bagi org suka sedap.bagi yg tak suka,tak la..hik3

    Sharinginfoz :memang sedapnya..

    rasp:jom terjah...

    ReplyDelete
  18. air buah!!!
    dulu masa study kat terengganu..
    slalu juga minum air buah gelas besor kat seberang takir...
    mcm2 saiz ada...
    heheheee

    ReplyDelete
  19. woohh sedap sedap..terliur kejap haha.

    Ada kedai air buah gelas besar jugak yang best.
    Dekat selayang. Die belakang Stadium MPS. Woohh situ pon best! dia punya sizzling chicken chop pon mengancam haha. Sebelah kedai "Tuu...dia Pak Tam"

    ReplyDelete
  20. bro, memang best lah! ni semua la balik ni keje makan je.. round. makan... balik MALAYA setahun sekali. pastu badan naik tak hengat!

    anyway, thanks for the review, share lagi ye restoran yang best2 kat Malaysia ye.

    ReplyDelete
  21. mak aii..
    segelas 2 ringgit je..
    murah gile..

    ReplyDelete
  22. alamak, char kuew tiow.. hoh, wat terliur jek.. dhla kt pineng ni ssh nk cri char kuew tiow.. huhuhu
    tp murah gilerkan.. air buah rm2 jek.. best best.. t jaja trun kl, jaja nk singgah snela.. if sesat x jmpe kdai tu, eyriqazz tunjuk kn jln yg lurus ye.. hakhak :D

    ReplyDelete
  23. apa nama kedainya eh? nadia selalu gak gi sana. tapi kalau dpt tau nama kedai lagi best. pasai kat umah nadia ni air buah segelas rm4.50 ooo. mahaiiii!

    ReplyDelete
  24. Hey ! Saya pernah makan kat sini.
    Time tu belajar kat Multimedia College, Jln Gurney Kiri.
    Memang Char Kuey Teow dia sedaaaap ! And the lekors ! Dah larh time tu hujan². Memang kena dengan the situation. Haha :D

    ReplyDelete
  25. negerimu,negeriku jua..
    ~merindui keropok lekor sana..:(

    ReplyDelete
  26. Susah nk cari rest jus buah gelas beso neh n yg dlm gmbo tuh mmg sy terliur sgt. Kt s alam yg sy tau kat big mug uptownlah tp now kualiti dier mcm dah kureng. Cair dah..

    ReplyDelete
  27. CKT Mali kat Setapak dah pekena blom??? Yummy Yummy Yummy!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails