Showing posts with label keropok lekor. Show all posts
Showing posts with label keropok lekor. Show all posts

August 26, 2012

Beratur Panjang demi Keropok Lekor Terengganu

On the way pulang dari Terengganu-KL, sempatla singgah di Kedai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang. Salah satu gerai keropok lekor yang famous kerana keropok lekornya yang sangat sedap. Antara paling sedap di Terengganu pada pandangan eyriqazz.

Fuhh,sudah ramai yang beratur. Ada yang sudah ambil kerusi 

Beratur saja almost 1jam. Namun, beraturla juga. Takkan pulang KL tanpa souvenir kan?

Keropok Lekor 008 memang sentiasa menjadi tumpuan. Sentiasa ramai yang beratur

Adik manis. Kawan saya Cimon kim salam.Katanya staff di sini cantik-cantik belaka.
P.s : Gadis Terengganu memangla cantik-cantik...Hik3...
Ramai pekerjanya.Rasanya lebih dari 10 orang

Sabar menunggu. Tibalah turn saya. Puas hati, memang sedap seperti biasa
Around 4pm+, masih ramai yang sabar beratur. Beratur panjang namun berbaloi...

July 15, 2012

Keropok Lekor Kuih Gopal #Eyriqazz Makan

Keropok lekor dan kuih gopal, Sarapan pagi hari ini, dibawakan khas dari Terengganu. Thanks Mak, bukan main suka lagi Alisya makan keropok lekor fresh dan sangat sedap dari terengganu.



Nyam2, Serius Terbaik

Kuih Gopal, kegemaran Eyriqazz sejak kecil lagi
Ehh, apa nama betul kuih ini ya?

P.s : Jemput makan, jangan malu-malu...Hik3

February 12, 2012

Keropok Lekor Tongkat Ali

Agak-agak, kalau betul ada dan diorang dapat hasilkan Keropok Lekor Tongkat Ali, korang rasa sedap dan berselera tak nak makan? . Full story : Are you up for this Snack

Pandangan Eyriqazz : Buat Apa nak ubah Makanan yang semulajadi sudah sedap dan Lazat... Yang Asli tetap menjadi pilihan saya..

P/s : Apa pula kata anda? Adakah Keropok Lekor Tongkat Ali menjadi pilihan?

January 21, 2012

Hujan Batu di Negeri Sendiri

Balik kampung, tak sempat sampai lagi rumah, singgah pekena Keropok Lekor dulu. RM2, murahkan?
Bukan main suka dan berselera Alisya pekena keropok lekor

Isteri pun sama...
Di Gerai Keropok Lekor 008 Kelulut, antara keropok lekor paling sedap di Terengganu

Papa tak boleh, Ini Alisya punya
Home Sweet Home. 

Hujan Emas Di Negeri Orang,
 Hujan Batu di Negeri Sendiri,
Emas di Negeri orang dibawa pulang, 
Negeri Sendiri tetap dihati...

September 4, 2011

Hidup Biar Sedap



Hidup Biar Sedap. Boleh tahan juga Keropok Lekor Losong yang dibeli on the way pulang dari Kelantan-KL. Nyam2, habis sepinggan keropok lekor losong ini time brunch tadi. 

June 7, 2011

Si Dia yang Menggiurkan...

Si Dia yang Menggiurkan

Amboi-amboi Je Jai, sebut je menggiurkan, laju je ko ya? Hik3, one of the best Keropok Lekor di Terengganu, Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang. Nyam2, memang menggiurkan dan sedap. Setiap kali balik kampung, surely akan beli. Beratur panjang pun sanggup...

January 7, 2011

Ikan dan Sotong Celup Tepung Pantai Batu Buruk

Kalau pulang ke kampung, Terengganu,tidak sah kalau tidak singgah ke Pantai Batu Buruk pekena :

Sotong Celup Tepung , Small Size = RM8. Lazat dan menggiurkan
Ikan Celup Tepung, RM4 each. Tak usah cakap, Nyam2..
Tak cukup seekor sorang, saya tambah satu lagi untuk saya.
Sambil pekena Pisang Goreng dan Keropok Lekor, Memang Syiook...
Bersama Air Kelapa...Yummy..
Pilih aja yang mana suka
Mama dan Alisya Santai
Sambil menikmati udara Sepoi-sepoi Pantai,memang menenangkan

Oh, bestnya kalau dapat pulang ke kampung Selalu. Psst, anda sukatak makan Ikan or Sotong Celup tepung?

January 5, 2011

Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Terengganu Menjadi Tumpuan #Eyriqazz JJCM

Kalau pulang ke Terengganu,Gerai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang, Terengganu pasti menjadi terjahanku. Membeli keropok lekor untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Honestly, keropok lekor disini antara yang paling sedap/lazat di Terengganu. Rakan-rakan yang saya rekomenkan yang menyinggahpun berpuas hati.

Keropok Lekor 008, Pantai Kelulut kuterjahi
Ramainya orang beratur mahu beli keropok lekor
Dushh,lambat lagi turn aku? Sabar-sabar...
Penjual sibuk membungkus keropok lekor
Keropok Lekor rebus sebelah kanan, goreng sebelah kiri (rebus lebih tahan lama)

Memang terbaik, kadang-kadang tak menang tangan dibuatnya coz ramai yang kirim keropok lekorni masa pulang ke Terengganu. Kalau ke Terengganu, terjahila, saya gerenti puas hati.

P/s :Suka makan keropok lekor tak?

November 2, 2010

Kisah Karipap, Roti Canai dan Keropok Lekor


Karipap Segera Nenekku Kirim memang Sedap. Inti Ikan, Nyam2
Roti Canai, memang sebati dengan Rakyat Malaysia kan?
Aduhai, Semua dia Nak makan.Alisya oh Alisya
Yummy,yummy. Tengokla,Teruja nak basikal Pink. Papa belikan, bukan reti nak main selalu..Adushhh
Keropok Lekor Terengganu Gerai 008 memang terbaik. Nyam2...

Hik3, itulah Kisah Karipap, Roti Canai dan Keropok lekor i.e. Bfast kami weekend lepas. Sedap dan isteri yang gorengkan, surela lebih lazatkan?

P/s : Karipap, Roti Canai dan Keropok Lekor, mana satu pilihan anda?

March 19, 2010

Keropok Lekor Paling Sedap di Terengganu

Salam dari eyriqazz. Maaf kiranya bila di kampung ni asyik bercerita pasal personal story. Kesibukan masa dan masa online yang kurang ditambah suasana yang membuatkan lebih selesa bercerita personal story ketika ini. InsyaAllah, bila balik KL nanti eyriqazz akan kembali ke rentak asal bercerita tajuk yang lebih pelbagai, terjahan, keputusan pemenang terjah eyriqazz, dan juga personal tips.


Tanpa membuang masa, kali ni saya ingin memperkenalkan tempat keropok lekor yang saya rasakan paling best/sedap di Terengganu pada pandangan peribadi. Bagi saya anak jati terengganu, antara keropok lekor yang popular dan menjadi sebutan di terengganu adalah keropok lekor losong  dan juga seberang takir. Tapi , kalini tempat yang saya ingin perkenalkan cukup best dan boleh terus melekat bila mencubanya.





Keropok Lekor yang Menggiurkan ( RM4 sahaja, berbaloi-baloi)

Fuhh, memang syok, pekena tengah panas-panas dan baru siap digoreng di gerai tersebut. Rasanya memang menyelerakan, rasa ikan yang menusuk kalbu. Makin best bila pekena dengan :

Air Kelapa

Fuhh, sejuk tekak dibuatnya . Memang sedap , siap 2 gelas saya minum. Oh ya, sebelum saya memberitahu nama gerai tersebut inilah sebab saya kenapa saya katakan keropok lekor di gerai ini adalah yang terbaik di Terengganu :

1) Rasa ikannya yang menusuk kalbu. Rasanya yang segar ditambah dengan lada yang memang sedap dan lain dari yang lain.

2)Pernah beli yang mentah , goreng dan bawa ke ofis. RM10 keropok yang digoreng, tak sampai setengah jam, habis dibedal. Siap budak-budak ofis cakap kalau balik kampung, wajib belikan keropok di gerai ini.

3)Harga yang berpatutan. Nama gerai yang menawan dan sekali cuba mesti terus teruja.

Inilah gerai yang dimaksudkan :

Kedai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang ( Adik James Bond)

P/s : Amcam, korang suka keropok lekor tak? Kalau singgah Terengganu, singgahlah gerai ini, kalau time cuti sekolah dan weekend, memang berduyun-duyun. Pernah saya menunggu lebih sejam untuk dapatkan keropok di gerai ini.

P/s/s :

Keropok lekor Terengganu menjadi sebutan
Rasanya sedap hati tertawan
Keropok Lekor 008 Kelulut semakin kedengaran
Cuba SEKALI, terus tergoda sakan

March 9, 2010

Restoran Air Buah Gelas Besar @ Datuk Keramat,KL

Jalan-Jalan Cari Makan. Sebut pasal makanan mesti ramai yang teruja kan? Kalini saya ingin berkongsi satu tempat makan yang agak seronok dan best juga untuk disinggahi. Harganya murah, tempatnya santai, dan selesa. Rasa cam berada di kampung pula. Tempat yang dimaksudkan adalah :

Restoran Air Buah Gelas Besar, Datuk Keramat, KL

Itulah Air Buah Gelas besar di sana.  Yang saya dan isteri order ni, Air Buah Naga dan Air Tembikai. Memang menyegarkan .Murah pula tu, RM2 sahaja. Kali pertama kenal restoran ni masa buat A Level, ada seorang rakan ni selalu sebut pasal gerai air buah ni.

Bila dah start kerja, ada member bawakan ke kedai ni. Fuhh, sekali cuba terus aku jatuh cinta. Memang memuaskan ,sedap dan ada Ummpph. Terbaik punya. Isteri pun dah kemaruk asyik weekend je ajak pi Restoran ni, dia suka sangat dengan :

Char Kuey Teow

Char Kuey Teow ni kali ke berapa puluh aku datang baru aku first time cuba. Sekali mencuba, aku pun turut jatuh cinta. Cewah, makanan sedap mestilah jatuh cinta kan? Lagipun, kat KL ni tak banyak tempat makan yang murah, sedap, dan memuaskan. Satu lagi tempat yang aku suka lepak di KL ni adalah Kampung Baru, tapi mungkinkah Kampung Baru akan terus kekal?Ewahh,melencung pula.

Selain tu, aku rekomenkan :

Keropok Lekor

Keropok Lekor Restoran Air Buah Gelas Besar ni memang sedap. Sebagai anak jati Terengganu, rasa keropok sebegini memang susah dicari di KL. Di Terengganu berlambak-lambak la. Segar, rasanya tak sampai seminggu keropok yang diorang sediakan ni sampai. Takpun, diorang buat sendiri. Hik3. Dengan ladanya yang menyengat, tak pedas sangat, tapi menyelerakan.Yang lagi mengujakan, keropok ini akan digoreng sebaik kita order. Jadi, memang makan panas-panas lagi.

Jadi, apa tunggu lagi . Jom terjah Restoran Ini. Ianya berdekatan dengan LRT Datuk Keramat dan Masjid Datuk Keramat, kalau singgah sana ,tanya orang mesti semua kenalnya. Famous Amous gitu.Satu pantun buat Restoran Air Buah Gelas Besar Datuk Keramat :

Restoran Air Buah Gelas Besar nama diberi
Harga berpatutan ,makanan dan airnya sedap sekali
Sekali singgah terus jatuh hati
Rasa nak singgah hari-hari

P/s : Kat mana lagi ye tempat best pekena Air Buah ?Ingin juga aku terjah.

P/s/s : Ada restoran menarik untuk disinggahi?Kongsi-kongsila.
Related Posts with Thumbnails