Showing posts with label air buah. Show all posts
Showing posts with label air buah. Show all posts

September 22, 2010

Petaling Street Air Mata Kucing MidValley Megamall

Sebelum ni masa singgah di Midvalley, berkali-kali saya nampak gerai Air Mata Kucing di Midvalley Megamall ni. Ramai giler yang singgah, nak beli tak berani coz musykil halal haramnya. Until saya ternampak ramai Melayu yang singgah membeli dan mak mertua pun singgah membeli sama di suatu hari.


Suatu hari, saya pun mencubalah :
Air Mata Kucing di Lower Ground Midvalley Megamall ni, RM2 je segelas
Fuhh, lambang naga lagi. Kreatif

Bila first time mencuba, memang sedap. Betul-betul Ho Liao (betulke ni) . Honestly, tak pernah lagi rasa Air Mata Kucing sesedap ni sebelum ni, patutla ramai yang menyinggah. Wife cakap mak mertua dah lama dah suka air mata kucing di gerai ni. Rasanya memang Marvellous, dan terbaik. Lepas ni bila terjah Midvalley bolehla cuba lagi.
Action speak for itself...Adaje orang menyinggah

Apa secret ingredient dia pakai ya? Mak mertua saya ckp, even Air Soya yang dibuat oleh chinese rasanya lebih sedap.katanya coz penapis yang dipakai salah satu faktornya. Mak mertua saya ramai kawan berbangsa Cina dan jangan main-main, walaupun hanya bekerja sebagai seorang kerani, dia boleh bercakap bahasa Cina. Fasih lagi. . terkezut bila tgk dia speaking, kalau pi kedai memang mudahla nak tawar menawar kalau bawa mak mertua. ehh, tersasul pula.

Korang cubalah nanti. Memang gerenti puas hati.

P/s : Ada sesiapa yang pernah cuba Air Mata Kucing di Midvalley ni? Apa pandangan anda?

July 1, 2010

HR Steak House Kampung Baru | Terbaik Punya

Beberapa hari lepas, kami dinner di HR Steak House Kampung Baru. Memang terbaik dan sedap. Harga pun berpatutan. Memang berbaloi dan memuaskan hati.

Chicken Grill, RM7.50
Chicken Cordon Blue, RM7.50
Air Buah Tembikai dan Durian Belanda (Best-best)
Pemandangan KLCC di waktu Malam cantik juga
HR Steak House Kampung Baru pilihan hati
Harga berpatutan, suasana santai kami singgahi lagi
Sudah cuba tergoda diri
Ingin datang berkali-kali

P/s : Ada sesiapa yang pernah singgah di sini? Apa pandangan anda pula?

March 9, 2010

Restoran Air Buah Gelas Besar @ Datuk Keramat,KL

Jalan-Jalan Cari Makan. Sebut pasal makanan mesti ramai yang teruja kan? Kalini saya ingin berkongsi satu tempat makan yang agak seronok dan best juga untuk disinggahi. Harganya murah, tempatnya santai, dan selesa. Rasa cam berada di kampung pula. Tempat yang dimaksudkan adalah :

Restoran Air Buah Gelas Besar, Datuk Keramat, KL

Itulah Air Buah Gelas besar di sana.  Yang saya dan isteri order ni, Air Buah Naga dan Air Tembikai. Memang menyegarkan .Murah pula tu, RM2 sahaja. Kali pertama kenal restoran ni masa buat A Level, ada seorang rakan ni selalu sebut pasal gerai air buah ni.

Bila dah start kerja, ada member bawakan ke kedai ni. Fuhh, sekali cuba terus aku jatuh cinta. Memang memuaskan ,sedap dan ada Ummpph. Terbaik punya. Isteri pun dah kemaruk asyik weekend je ajak pi Restoran ni, dia suka sangat dengan :

Char Kuey Teow

Char Kuey Teow ni kali ke berapa puluh aku datang baru aku first time cuba. Sekali mencuba, aku pun turut jatuh cinta. Cewah, makanan sedap mestilah jatuh cinta kan? Lagipun, kat KL ni tak banyak tempat makan yang murah, sedap, dan memuaskan. Satu lagi tempat yang aku suka lepak di KL ni adalah Kampung Baru, tapi mungkinkah Kampung Baru akan terus kekal?Ewahh,melencung pula.

Selain tu, aku rekomenkan :

Keropok Lekor

Keropok Lekor Restoran Air Buah Gelas Besar ni memang sedap. Sebagai anak jati Terengganu, rasa keropok sebegini memang susah dicari di KL. Di Terengganu berlambak-lambak la. Segar, rasanya tak sampai seminggu keropok yang diorang sediakan ni sampai. Takpun, diorang buat sendiri. Hik3. Dengan ladanya yang menyengat, tak pedas sangat, tapi menyelerakan.Yang lagi mengujakan, keropok ini akan digoreng sebaik kita order. Jadi, memang makan panas-panas lagi.

Jadi, apa tunggu lagi . Jom terjah Restoran Ini. Ianya berdekatan dengan LRT Datuk Keramat dan Masjid Datuk Keramat, kalau singgah sana ,tanya orang mesti semua kenalnya. Famous Amous gitu.Satu pantun buat Restoran Air Buah Gelas Besar Datuk Keramat :

Restoran Air Buah Gelas Besar nama diberi
Harga berpatutan ,makanan dan airnya sedap sekali
Sekali singgah terus jatuh hati
Rasa nak singgah hari-hari

P/s : Kat mana lagi ye tempat best pekena Air Buah ?Ingin juga aku terjah.

P/s/s : Ada restoran menarik untuk disinggahi?Kongsi-kongsila.
Related Posts with Thumbnails