Showing posts with label food best. Show all posts
Showing posts with label food best. Show all posts

July 1, 2010

HR Steak House Kampung Baru | Terbaik Punya

Beberapa hari lepas, kami dinner di HR Steak House Kampung Baru. Memang terbaik dan sedap. Harga pun berpatutan. Memang berbaloi dan memuaskan hati.

Chicken Grill, RM7.50
Chicken Cordon Blue, RM7.50
Air Buah Tembikai dan Durian Belanda (Best-best)
Pemandangan KLCC di waktu Malam cantik juga
HR Steak House Kampung Baru pilihan hati
Harga berpatutan, suasana santai kami singgahi lagi
Sudah cuba tergoda diri
Ingin datang berkali-kali

P/s : Ada sesiapa yang pernah singgah di sini? Apa pandangan anda pula?

February 25, 2010

Terjah | Hasrat Di Hatiku Belum Tertunai

Salam semua. Semakin berkobar-kobar pula semangat aku hari ini. Jadi, hari ini aku ingin terjah seorang akak yang telah lama aku perhatikan dan usha.Akak ni garang, teringat aku kat cikgu English ku semasa kecil dulu.Inilah dia, tak lain dan tak bukan :



Sebelum aku menerjah, serba sedikit yang korang perlu tahu pasal Kak Ina ni :

1) Kak Ina ni garang orangnya.First time jumpa masa Mister Potato Fiesta 2009.X berani tegur. 2nd, Friso Gold Family Day Out, ussh,kan dia gigit aku nanti camne? 3rd time, Astro B.yond, GTO, meh sini, Akak nak luku skit.Lu ada masalah ngan akak ke ? (Gaya Samseng Sentul). Hahaha,guraujer,terus aku kamceng ngan Kak Ina dan aku suka borak ngan dia.Cool dan memang Pemarah orangnya.Opps,Peramah...Moral of the story,don't judge book by it cover. Hik3,Maafkan saya Akak.

2)Pernah dijemput oleh Chef Wan untuk menjadi pengacara bersama acara masakan, namun ditolak oleh Kak Ina dengan alasan, Chef Wan tak cukup hensem .Kalau Fahrin Ahmad ataupun Rosyam Nor yang ajak, dia akan join. Hik3...

3)Pernah memenangi Pertandingan Masakan Peringkat Wilayah Persekutuan dengan nama masakan "Nasi Berharap".

4)Pernah memenangi Blackberry dari Nuffnang namun jiwa seorang ibu.Blackberry tersebut ditukarkan dengan anak tersayang.

5)Kalau ingatkan pasal makanan, singgah blog Kak Ina KL.Kalau sesat jalan masa pi event Nuffnang, jangan risau, follow je Kak Ina.Dia mesti ada.Ataupun kalau nampak Kak Ina masa tercari-cari tempat event Nuffnang,betulla tempat tu.

6)Pernah merajuk dengan Nuffnang. Namun, rajuknya sekejap aje selepas mendapat gula-gula  daripada BangNara.

7)Pernah ditawarkan berlakon filem ''Adnan Sempit'' namun tawaran ditolak kerana mendapat offer yang lebih menarik. Filem apa?Haa,yang tu korang kenalah tanya Kak Ina sendiri.

Hik3, jangan marah ye Kak Ina, gurau-gurau aje.

So, kawan-kawan ,mehla sama-sama terjah Kak Ina KL .Oh ya, Part 2 bakal menyusul.Tak sempat nak tulis habis entry ni atas sebab tak dapat dielakkan.

P/s :Apa pendapat anda pasal Kak Ina KL?Terlampau banyak yang nak ditulis pasal akak ni, jadi pandangan dari korang membantu untukku menerjah nya di Part 2.

P/s/s : Yey,lusa cuti (entry ni ditulis Malam Rabu). Nak pi mana Weekend ni ye?Selain berpaintball, mana tempat menarik untuk diterjah area KL dan Selangor Weekend ni?Any suggestion?

P/s/s/s :Hasrat dihatiku belum tertunai.Apakah hasrat itu?Tunggu di terjahan seterusnya untuk mengetahuinya.

February 20, 2010

Percutian di Melaka | Pengalaman Yang Mengujakan

Baru sempat nak update percutianku di Melaka.Pergi Melaka memang best.This time, hanya nak letak random gambar dan serba sedikit descriptionnya , gambar  lebih detail next time ye as ada pembaca yang bertanya apa yang best di Melaka dan dia bercadang nak pi Melaka next week  :


Beca Berhias Melaka

Tak lengkap rasanya kalau pergi Melaka tak naik Beca Berhias Melaka. Memang best terutamanya kalau naik time petang, dengan angin yang sepoi-sepoi sambil melihat pemandangan bandar Melaka.Harganya minimum RM10 rasanya . Kalau nak pusing-pusing jauh, RM30 kalau tidak silap.

 
Menara Taming Sari (The Only Rotating Tower In Malaysia)

Huhuhu,3 kali datang Melaka still tak sempat naik Menara Taming Sari. Ramai giler orang beratur, jadi kami batalkan niat.Takpe ,Melaka pasti kusinggahi lagi suatu hari nanti. Boleh aku minta Ween blanje makan.Amcam Ween , boleh ?

Nak naik Menara Taming Sarini hanyalah RM10 untuk dewasa dengan syarat ada bawa IC.Huhuhu,rasa tak lengkap pi Melaka ni tak sempat naik menara Taming Sari.

Heritage House di dalam Dataran Pahlawan Melaka Megamall

Di sinilah tempat menarik untuk membeli souvenir dibawa pulang.Baju-Baju, dodol, kerepek-kerepek dan banyak lagi pilihan yang semuanya menarik. Kalau singgah, Heritage House memang menjadi kemestian.Harganyanya berpatutan.

Melaka River Cruise

Fuhh,memang best naik Melaka River Cruise nih.Melihat pemandangan dan santai je rasanya.Seronok sampaikan :

Alisya pun marah kenapa dah nak habis pusing

Selain tu, jangan lupa singgah di sini juga :


Taman Mini Malaysia & Mini Asean

Memang best tempat ni.Di sini ditempatkan tradisi dan rumah-rumah dahulu mengikut negeri seperti Selangor,Terengganu dan lain-lain serta pameran pakaian tradisi di setiap rumah tersebut.Kami tak sempat nak tengok Mini Asean kerana ada renovation. Kalau datang time cuti sekolah ataupun cuti awam, memang bernasib baik kerana selalu diadakan :

Persembahan Tarian Tradisional

Memang meriah dan best. Banyak tarian yang dinyanyikan.Ada tu yang tak pernah kusaksikan seperti tarian Awang Gendut kot.Hik3,nanti ada masa aku updatekan detail ye.

Satu lagi, kalau pi Melaka tak sah kalau tak singgah di Umbai kan? Tempat makanan laut yang cukup famous dan sedap. Kalau singgah Melaka tak singgah Umbai memang kerugian besar.Kami pun plan la pi Umbai namun tersesat jalan dan dah lewat malam ,jadi kami pergi di Muara Sungai Duyung :

Siakap Bercili
Udang Masak Pedas

Inilah antara lauk yang kami order.Walaupun tak pergi Umbai, Muara Sungai Duyung ni menjanjikan hidangan yang lazat juga.Punyalah ramai orang sampai ikanpun hanya tinggal siakap dan ikan merah masa kami sampai. Sedap,kawan kami yang pernah pergi both Umbai dan Muara Sungai Duyung mengatakan dua-dua tempat ini best, cuma di Umbai lebih banyak gerai makan.Di Muara Sungai Duyung ada dua gerai saja.Tapi, memang menyelerakan.Aku kasi rating 9.5/10. Sedap sehingga habis licin dan akan kusinggahi lagi Muara Sungai Duyung dan akan kukunjungi Umbai juga.

Memang percutian yang santai dan menyeronokkan.Tengok sajalah :

Alisya pun suka dan gembira

Memang tak puas berjalan di Melaka.Walaupun bandar kecil, perjalanan 4 hari 3 malam rasa cam tak cukup je.Banyak lagi tempat yang belum kami jelajahi.Huhu,takper,lepas ini akan ku terjahi bandar Melaka lagi. Terjah tetap Terjah !!

P/s :Anda pula bagaimana? Tahun ni bercadang nak bercuti ke mana? Kami plan nak pergi ke Langkawi, Cameroon Highlands, dan Sabah pula lepas ini. Cuti-Cuti Malaysia pun menjanjikan keseronokan.Jimat wang ,hati tenang, gembira sakan. Betultak?

P/s/s : Seronokkan kalau dapat bercuti selalu?Lapang je fikiran dan menenangkan minda.Namun, semakin hari semakin mahal nak bercuti, gaji tak naik mana namun kos sara hidup, alahai, takut dibuatnya.Aku bersyukur kepada Tuhan atas rezeki yang dikurniakan.
Related Posts with Thumbnails