Showing posts with label restaurant. Show all posts
Showing posts with label restaurant. Show all posts

July 9, 2011

Restoran Bora Asmara, Kg. Sungai Penchala

Pucuk dicita, ulam mendatang. Semalam dapat invitation dari Nuffnang dinner dengan one of their client. Sesi dinner dan soal jawap di Restoran Bora Asmara, KG. SG. PENCHALA. Restoran Ala Bali yang santai dan suasana yang ala-ala romantik gitu. 


Restoran Bora Asmara
Bora Asmara
Lot 2933 Kampung Sungai Penchala
Jalan Damansara
60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-77260964

Suasana memang santai, banyak meja. Alisya suka tengok kura-kura yang dibela

Desert

Makanan meriah

Antara yang dihidangkan semalam, lamb chop, lala, ayam masak kicap, ikan dan pelbagai lagi. So far, rasanya oklah but honestly,still need to improve on taste especially citarasa Malaysian cam saya ni. Hik3...


Jom Makan...Aisehh, ni yang buat makin teruja nak angkat DSLR ni..Gambar tak cukup cantik

Mom Bloggers + The Only Papa Blogger + Pakar Nutrisi dari New Zealand

Dihiburkan dengan persembahan nyanyian juga
Nicholas@ Nuffies dengan Nuffnangers yang hadir

Overall, restoran ni in term of suasana ,memang cool. Romantik2 gitu. In term of food, honestly, i'm not 100% impressed. Still need to improve further i think. Apapun, lain padang, lain belalang kan? 

July 1, 2011

Celebrate 2nd Birthday Alisya di Restoran Flaming Steamboat Buffet, Platinum Walk, Danau Kota

Alhamdulillah, penangan cabut gigi bongsu, sakitnya semakin beransur pulih. Bolehla update entry yang sudah tertangguh lama. 22 June 2011, genapla usia Alisya dua tahun. Kami mengambil kesempatan untuk celebrate birthdaynya di Restoran Flaming Steamboat Buffet, Platinum Walk, Danau Kota :


Ini antara restoran yang mendapat rating 9/10 dari saya. In term of steamboat, memang pelbagai pilihan makanan set buffet di sini. Jom terjah :



Mama, Alisya nak itu

Pilihan Seafood. Pelbagai

Pilih jangan tak pilih

Pelbagai seafood yang segar dan menggiurkan. Our choice sudah semestinya Udang besar dan Ketam....Pilihla yang mahal dan susah dicari time biasa,barula berbaloi kan?

Sayur-Sayuran pun ada

Nasi Goreng yang berat-berat skit pun ada.Tapi rugila kan pekena Steamboat makan nasi goreng?

Segar-segar udang yang dipilih, sepahat ,Sotong etc

X Cukup tambah lagi. Makan sampai kenyang

Telur Puyuh pun ada. Favourite eyriqazz ni..

Tambah lagi,jangan tak tambah..Hik3..

Papa ni, asyik tambah je, bila nak makan ni? Birthday Alisya ke Birthday Papa ni? Dia pulak yang lelebih....

Nyam,nyam,jom makan...

Memang puas hati steamboatnya. Sup biasa dan juga tomyam memang menyelerakan. Dekat pula dengan rumah memang time special occasion bolehla terjahi sini. Pilihan banyak, sedap, yang penting puas hatii. Tak gitu?


Deserttt..bolehla pekena coklat bersama

Marsmellow yang lembut2 Alisya suka

Or Aiskrim..Sedap..

Harga set Buffet/Makanan (ala carte takde rasanya), RM23.80+ untuk dewasa.Campur tax around RM25. Harga memang kena dengan kualiti, so ,saya puas hati..Money well spent...

Yang tersayang pun gembira Sakan...
Restoran Flaming Steamboat Buffet, Platinum Walk, Danau Kota
Lokasi dan No. Telefon untuk Dihubungi :
No. 66-0 & 68-0,
Platinum Walk,
No2, Jalan Langkawi,Danau Kota,
53300 Setapak,Kuala Lumpur
No. Telefon : 017-7077300

P/s : Birthday Mamanya coming soon next month.Last year dah terjahi dan Romantic Dinner di Haven Restaurant, this year ,masih belum ada idea lagi..... Any suggestion on Romantic Restaurant/Dinner? 

June 12, 2011

FullHouse @ Sunway Giza Mall

Cantik juga Fullhouse @ Sunway Giza Mall ni. Suka tengok decorationnya yang cantik dan lain dari yang lain. Makanannyapun boleh la tahan juga. Inilah sedikit gambar yang sempat diambil semasa Exora VIP Session last week :
FullHouse di Sunway Giza Mall
Boleh tahan ramai juga yang berkunjung
Kereta Pinky2 lagi..Isteri memang suka
Patungnya pun comel je
Ehem,ehem, Princessku
Aksi beg baru
Ada 3 tingkat..Besar juga rupanya

In term of food, boleh la tahan juga. Harganya kurang pastila pula coz last week fully sponsored for bfast/lunch. Umm,ada sesiapa pernah makan di Fullhouse ni?How was it?

April 26, 2011

Terjahi Restoran Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju Lagi

Weekend lepas, terjahi Restoran Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju lagi. Macam dah addicted dengan ayam penyet skang ni.Hik3 :

Ayam Penyet,sedap
Lele Penyet, pun sedap
Ayam Bakar, yummy2
Soda Gembira dan Kopi Lagenda

Baru lepas nangis, nak sudu yang paling besar
Nyam,nyam,Sedap..

January 13, 2011

Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Taman Melati Sudah ditutup ke?


Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Taman Melati Sudah ditutup ke?




Kesian wifey nak makan Pisang Goreng Ala Bali. Pergi-pergi tutup. Pergi lagi tutup. Dulu di cawangan Danau Kota yang tutup. Skang yangni pun dah tutup ke? Aduhh, dengar cerita masa pembukaaan cawangannya bukan main gah lagi dulu. Apa dah jadi ni, takkan nak tutup2 semua? Kempunan la wifey nak makan Pisang Goreng Ala Bali.

Official website Nasi Lemak Antarabangsa search pun dah takde. DUlu ada, pastu domain dah expired, now dah takde dah? Umm, Restoran ni ada masalahke?

P/s : Umm, kat mana boleh Cari Pisang Goreng Ala Bali ya?

December 2, 2010

Romantic Dinner di Haven Restaurant, Ampang Look Out Point

isMinggu lepas, 23 November 2010, saya surprisekan Isteri for Romantic Dinner Package di Haven Restaurant, Ampang Look Out Point. Ini kali kedua saya singgah sini dan pertama buat Isteri :


Isteri tersenyum gembira
Haven Restaurant, Destinasi ditujui

Pemandangan Cantik , Nampak KLCC dan Bandar KL cukup menguja

Alisya pun tersenyum Sampai Ke Pipi

 The Dinner Is Serve , Starter Mushroom Soup
The Drink : Orange Juice

Udang Celup Tepung dengan Coleslaw, Yummy,yummy

Boleh Consider Candle Light ke Ni?

Main Course, both Of Us Choose Chicken Chop
Desert : Banana Split ( No Wonder Isteri Minta Pisang Masa di Lumut aritu)
Dan Juga  Cheese Cake 
Harga Pakej RM99 tapi as saya salah seorang Peserta MySelangorStory, dapat diskaun 20%. Thanks MySelangorStory
 Alisya Nak Candle Light ke?
Eyriqazz Satu Keluarga. Bila Mahu Tambah Koleksi? Tungggu...

Feedback kali kedua singgah di sini :
1) The food taste better, saya kasi rating 7.5/10
2) Pengalaman yang menguja.
3) View memang cantik dan menarik dan Isteri sukakan dengan surprise ini. Look what she said in her Facebook :

"baru balik dari having a wonderful DINNER sempena our 3rd ANNIVERSARY....mmg bahagia n BEST sgt2....makanan yg LAZAT, view yg INDAH, cuaca yg ELOK dgn udara yg SEJUK n NYAMAN....ThANKs a lot SAYANG for this LOVELY SURPRISE...Suka sangat2....LOVE u ETERNAL.....Mmmuuaaahhsss...."

Thanks Juga buat Haven Restaurant, untuk lebih lanjut pasal Restoran ini, bolehla terjah entry ini : 


P/s : Sayangkan Isteri, Once in A while tak salah kasi surprise kan? Tangan yang menghayun buaian mampu mengegarkan Pokok Pisang. Hik3, gurau aje....

*** Tanpa Isteri siapalah Sang Suami. Kasih sayang dan surprise diberikan mengeratkan hubungan suami Isteri, tak gitu?
Related Posts with Thumbnails