March 9, 2010

Alisyaku Sayang

Salam dari eyriqazz. Petang tadi (entry ini ditulis pada malam Isnin, 8/3/2010), saya mendapat satu sms dari seorang rakan ketika di Universiti dulu.Begini bunyinya ''Btw, bila nak blogging pasal daily life? Asyik Nuffnang, makan-makan dan holiday je. Cite la pasal Alisya ke."

Tersentak dari lamunan. Terima kasih atas teguran. Bukannya tidak sudi bercerita pasal daily life, cuma entry sebegini kurang digemari. Nanti ada pula orang bercakap, asyik-asyik citer pasal makan apa, pi mana, buat apa, bla-bla.Apapun,lain padang lain belalangkan? Jadi, saya dedicatedkan this entry buat Isteri, Anak ,rakan universiti, dan juga semua wanita di luar sana sempena Hari Wanita Sedunia. Entry ini diberi nama :


Alisyaku Sayang

Inilah permata hati aku dan Isteri. Hidup ini bagaikan sempurna dengan kehadiran puteri tersayang. Aku ingin berkongsi cerita semasa detik Alisya dilahirkan. Besar benar pengorbanan seorang insan bergelar ibu/Isteri.Terima Kasih Sayang kerana melahirkan Alisya @ Anugerah Tuhan yang tiada tolong bandingnya ini.

Isteriku dimasukkan ke hospital 2 minggu sebelum tarikh due datenya kerana tekanan darahnya terlalu tinggi.175/100+ kalau tidak silap.Jadi, isteriku akan diberi ubat untuk bersalin awal bagi mengelakkan komplikasi ke atas bayi di dalam kandungan sekiranya ditunggu ke due datenya.

Setelah dua- tiga biji ubat dimasukkan , bukaan untuk membolehkan bersalin belum cukup. Di hari kedua, doktor memeriksa denyutan jantung bayiku di dalam kandungan dan hasilnya memeranjatkan.Denyutan nadi bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah dan Isteriku terus dibawa ke bilik bersalin.Aku pun turut sama.Masatu perasaanku begitu sedih, risaukan bayi di dalam kandungan.
Like Father, Like Daughter

Di bilik bersalin, aku meminta doktor memberikan epidural kepada isteri kerana keadaan Isteriku yang semakin lemah. Walaupun aku ni mabuk darah ,aku gagahkan semangat untuk menemani Isteri ketika bersalin. Fuhh, memang susah nak bersalin dan walaupun ada epidural, kesakitan di riak wajah isteriku jelas kelihatan. Patutla, syurga itu ditapak kaki ibu. Bukannya mudah. Berjuang antara hidup dan mati.

Aku hampir pengsan bila saat isteriku selamat bersalin kerana melihatkan darah yang banyak. Namun , hatiku tersangat gembira melihat anakku yang ketika dilahirkan hanya 2.6 kg. Aku iqamatkan anakku dan hatiku berdengut kencang ketika itu.Begitu gembira yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Nampak riak gembira isteriku walaupun sudah kepenatan berjuang untuk kehidupan anak tersayang.

Namun ,dugaan lain pula yang tiba. Alisya terpaksa dibawa ke Inkubator  kerana ada masalah pernafasan.Patutla teriak tangisnya ketika dia dilahirkan tidak begitu kuat. Luluh dan berlinangan air mataku apabila Alisya dibawa ke Inkubator. Malam itu, aku pergi ke inkubator Alisya. Jantungku hampir gugur apabila mesin mengesan pernafasan Alisya tiba-tiba berbunyi kuat dan nurse di hospital terpaksa memberikan oksigen terus ke mulutnya di depan mataku.Berlinangan air mataku mengenangkan anakku ketika itu.

Namun,berkat doa dan semangat, akhirnya selepas beberapa hari Alisya di hospital (ditambah dengan kena penyakit kuning),akhirnya Alisya dibenarkan pulang. Sekarang sudah hampir 9 bulan usia anakku. Aku begitu gembira mempunyai puteri yang begitu comel dan menceriakan suasana keluargaku.

Tak lupa juga, Alisya ada bakat terpendam :

Saat-saat Indah dinikmati bersama

Bakat menulis Alisya terserlah di entry INI yang telah membolehkanku membawa pulang Digi Broadband Modem + 3 bulan subscription percuma. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? (hahaha,masuk bakul angkat sendiri).

Alisya di Hotel Seri Malaysia

Bukan main gembira lagi Alisya kalau pergi bercuti, senyum memanjang dan suka tidur di dalam kereta (macam papanya,asalkan benda bergerak, mudah untuk tidur). Dah nak masuk 9 bulan, makin keletah perangainya. First word dia ''Mama". Papa jarang sangat yang keluar dari mulutnya, dlm 10 mama adalah satu papa. Itulah aura ibu/wanita.

Alisya dan Mama

Banyak lagi yang nak diceritakan pasal Alisya ni, namun mungkin di lain entry.Inipun antara entry terpanjang pernah ditulis.Namun, kalau nak tengok entry pasal Alisya sebelum ini, bolehla rujuk di sini :


Satu pantun buat puteriku :

Nurul Alisya Ilyani nama diberi
Puteri tersayang pengerat hubungan suami dan Isteri
Tanpamu hidup terasa sunyi
Kehadiranmu hidup berseri-seri

P/s :Siapa-siapa yang belum ada anak cepat-cepatlah kahwin. Anak ini anugerah Illahi yang tidak ternilai harganya. Melz dan Aus bila nak kahwin ye? Bean Moreno bila pula nak menimang cahaya mata? Dengar cerita, katil asyik patah aje, betul ke?

P/s/s :Alisya sama umur dengan anak bongsu Salleh Yaakob. Beranak di tempat yang sama, cuma anak Salleh Yaakob dilahirkan waktu malam. Walaupun Isteri tiga, cukup mesra isteri-isteri dia, jealous aku dibuatnya,Isteri seorang pun aku tak pandai nak jaga hatinya. Hik3....

P/s/s/s : Apa pandangan anda?Seronok tak ada anak?

29 comments:

  1. sgt seronok...mmg anugerah yg xternilai..hati hnya teringt padanya seorg...umur ank kita hmpir sebaya..husna nk masuk 9 bln..

    ReplyDelete
  2. alolo tomeynye
    dah besar dah anak papa

    ReplyDelete
  3. seronok sgt ada anak ni..hati terhibur aja dgn kerenah dorang....mcm x cukup aja 2 anak..hehhee ;)

    ReplyDelete
  4. Eeee..cutenyer gambor ke-3 baby lelaki tuhhh..anak sapalah tu..hehehehe..AUS dengan MELZ kalau nak suruh aku pukul kompang pun aku tak kisah..hehehe

    ReplyDelete
  5. besarkan pengorbanan seorang wanita.baguslah sebagai lelaki ko paham. sebab tu akak jadik marah bila seorang ibu tak tahu nak jaga anak.nak melahirkan susah, dapat anak, sia-siakan pulak.

    ReplyDelete
  6. cumelnyer alisya..bestnya idop cam bro nih..semoga terus bahgia ya;-)

    ReplyDelete
  7. nak jugak..tp penyumbang g kursus sampai hjg bln ni br balik..huhu..moga bulan 4 atau bulan 5 ada berita baik dari ku utk dikongsi..

    ReplyDelete
  8. baby mas umur 9 bulan... :)
    Leh la bagi kawan2...

    ReplyDelete
  9. salam =)

    kan saya dah kata. saya geram tengok pipi Alisya. comel sangat. nak cubit nak geget. selamat anak orang lain. huhu

    saya suka baca entri ni. sweet moment in ur life. harap murah rezeki lagi lepas ni. insyaallah. =)


    "P/s :Siapa-siapa yang belum ada anak cepat-cepatlah kahwin"

    Doakan saya cepat bertemu jodoh ya =)

    ReplyDelete
  10. semoga happy2 bersama keluarga, alisya dapat merapatkan hubungan dan menyejutkan hati bila stress kan

    ReplyDelete
  11. ur daughter mcm ambik cop muka u. hehe. Alisya comel. semoga jd anak yg solehah. seronok ada anak lg2 kalau dah pandai mcm2. My daughters, dua2 dah banyak akal betul skrg. penat jug anak layan.

    ReplyDelete
  12. alisya sangat shomell la

    terase nak baby la plak

    huhu...

    alisya nnt besar jgn lupa balas jasa mama papa taw

    may HE bless u owez dear...(^_^)

    ReplyDelete
  13. anak ko sgt smart bro..
    bijak, cute n comel...
    x sangke ko mabok darah..ape daaa...kekekke
    kekek bile lah aku nk jadi suami org nih...
    kekek
    nak anak gak

    ReplyDelete
  14. hahahah ,
    bace alisya tulis..
    ye2..
    je..
    ingat abg ajar die taip entri tadi..
    haahaha..
    susah gak jadi bapak ni ek..
    hahaha..

    xpe2..
    tulis je..nnt saye bace saye blaja la sket2 bang..
    haha..

    ReplyDelete
  15. sape tak suke dapat anak?
    sukeee ! :D

    p/s: Alisya comel~bila Alisya nak dapat adik?^^

    ReplyDelete
  16. aku lebih suka baca cerita peribadi dari informasi.. sebab mmg dari dulu aku tak suka sejarah, geografi dan benda2 fakta ni...

    aku suka realiti, ringkas dan ringan tuk tatapan minda aku...
    sweetdarling79.com

    ReplyDelete
  17. SUbhanallah!

    Perfect! Adorable semua cukup! Alisya, jadi anak solehah ye.. dengar ckp papa and mama.

    ReplyDelete
  18. mestilah seronok ada anak, lagi2 anak tu lahir dari hubungan dua hati..cewah,saya pun nak masuk 2 org ni,insyaAllah..moga Alisya membesar dengan sihat..be a brainy girl k, nanti kawan ngan mikael

    ReplyDelete
  19. mana ada budak tak comel...kan

    bapak budak tu pun namapak comel je masa tdo sebelah alisya..
    comel ni boleh berjangkit kut ya??

    ReplyDelete
  20. ahaks..memang cop muka papa dia la..

    ReplyDelete
  21. muke alisya sebijik muke daddy die.hehehe

    ReplyDelete
  22. salam.

    im back stelah lama mnyepi dpd blogging,.

    comel alisya...secantik namanya,.

    nnti bsar2,,bolehla berblogging mcm ayhnya jgk

    ReplyDelete
  23. pada Maria, anak ni kupu2 yg dtg dari syurga... penghias n penceria suasana...

    ReplyDelete
  24. ala comel nyamenantu sumi...
    meh..cini meh..
    mak mertua nak cium..hahahahaha

    lama x tgk gmbr alisya nie..
    comel nya...

    http://sumijelly.com

    ReplyDelete
  25. sweet:)

    happy family..semoge happiness always with u n ur family:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails