September 9, 2009

Salleh Yaakob

Sebutje nama Salleh Yaakob,siapa yang tak kenalkan?Pelawak,pelakon,dan penyanyi yang cukup popular.Di sini aku nak berkongsi pengalaman berjumpa dengan Salleh Yaakob walaupun tak sempat untuk menegur ataupun berborak-borak dengannya atas sebab yang tidak dapat dielakkan :



Sumber :www.budiey.com

Petangtu ,aku keluar dari labour room untuk menyampaikan berita gembira kepada mak dan bapa mertuaku bahawa isteriku telah selamat melahirkan anak perempuan.Tiba-tiba , di sebelah mak mertua aku,aku terpandang seseorang yang aku cukup kenal.Salleh Yaakob rupanya.Aku duduk sekejap di sebelah bapa mertuaku untuk berehat sebentar.Masatu,Salleh Yaakob pun tengah menunggu kelahiran anaknya,namun dia menunggu di luar sahaja.Mak Mertuaku sempat menegur Salleh Yaakob :

Mak Mertua : Anak keberapa?
Salleh Yaakob : Anak sulung
Mak Mertua : Anak ''keberapa"?(rephrase ayat)
Salleh Yaakob : Anak kesepuluh.Anak pertama dari isteri ketiga.(sambil tersenyum-senyum)
Mak Mertua : Bila nak masuk yang keempat?
Salleh Yaakob : Nombor belum naik lagi... (sambil tersenyum lagi)

Tak sempat mendengar lebih panjang,aku terus ke labour room kembali.Mak mertuaku tak habis-habis memuji Salleh Yaakob.Perwatakannya yang simple, lemah-lembut,selalu tersenyum,dan mudah melayan kerenah orang lain walaupun tidak dikenalinya.Patutlah dia dapat beristeri tiga.Mungkin ada rahsia disebaliknya .

Kebesokan harinya,di wad bersalin,aku sempat terserempak dengan anak-anaknya dan isterinya (tak sure isteri pertama or kedua).Anak-anaknya mmg muka saling tak tumpah dengan ayahnya.Cukup bagus isteri Salleh Yaakob,madu beranak pun dia siap datang bawa anak-anak lagi.Susah nak caritu.


P/s : Kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga.Kalau ilmu dan pengalaman belum cukup di dada,jangan mimpi nak cuba berkahwin dua tiga.Hehehehe....

1 comment:

  1. my sis in law pon ada citer pasal salleh yaakob berbini 3..mmg patut pegi berguru dgn dia ni..mcm mana la dia jaga hati bini2 dia semua sampai jadi baik, sayang sesama madu..tu mmg hebat tu..bukan beli cinta dgn duit ringgit atau rupa..hehe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails