Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

July 17, 2011

Happy Birthday Sayang

17 July 2011, Happy 29th Birthday Sayang
U r the Best Wife I ever wish For..
Love u always...


P/s : Mood bengang GILERR dengan Streamyx

May 16, 2011

Selamat Hari Guru Sayang


Ucapan Khas buat Isteri tersayang yang bergelar seorang guru, 16 Mei 2011, Selamat Hari Guru Sayang. Bukan mudah bergelar seorang guru. Bukan mudah bergelar seorang isteri melayan kerenah suami yang banyak kerenah, dan bukan senang bergelar seorang ibu seorang anak yang semakin membesar.

Abang dedicatedkan poem  ini buatmu Sayang sempena Hari Guru Hari Ini :

Roses Are Red, Violet Are Blue
We Are In Red, I Love U

Sorong Papan tarik Papan 
Buah Keranji dalam perahu
Selamat Hari Guru, Pengorbanan Guru sukar dilupakan
Sehingga ke hujung nyawa, jasa guru akan terus bersamaku

Selamat Hari Guru Sayang
My Love, My Great Teacher Nanako
Be A Great Teacher, teruskan perjuangan
Doa dari abang, semoga terus cemerlang dalam mendidik anak-anak masa hadapan..

Good Luck  dan Selamat Hari Guru Sayang....

March 27, 2011

Luahan Hati Seorang Guru

Akhirnya DAPAT gak jawatan yg paling menakutkanku di SEKOLAH.....geramnya!!!!....oh, BENDAHARI PIBG.....kau jadi milikku gak akhirnya....huhuhuuu......(dah nama pun cikgu opsyen AKAUN....).....wlpn dah lama x ngajar P.AKAUN....ooohhhhh.......- Luahan Isteri/Guru-

P/s : Ingat mudah ke Jadi Guru/Cikgu? Non-related job mengalahkan kerja mengajar....Umm.....

January 27, 2011

Isteriku Peminat Novel Cinta


Isteriku Peminat Novel Cinta

Umm, memang hantu Novel Cinta betul la wife eyriqazz ni. Macam-macam novel cinta yang dibelinya. Koleksi yang ini dibeli tahun 2009 rasanya namun hanya satu yang baru dibaca (tak sempat habiskan separuh pun). Alahai, itulah namanya seorang Isteri, Ibu, dan Guru. Ingat senang ke nak jadi Isteri? Ingat senang ke Jadi Ibu? Ingat senangke jadi Guru? Guru, nampak senang, kat sekolah pun kerja, balik rumah pun masih bekerja (semak markah, siapkan butiran mengajar n etc)

Oh, no wonder I Love my wife so much. Dia pandai main ayat-ayat cinta. Ewah, bodek-bodek sempena Malam jumaat. Hak3...Umm, perasan juga, ramai pompuan suka layan Novel Cinta. Kenapa ya?

P/s : Agak-agak kalau eyriqazz jadikan Noveltu hadiah Contest/Give Away , isteri marahtak? Dah 2 tahun lebih dia tak usik tu. Entah-entah, sempat Alisya baca dulu nanti before mama dia habiskan membacanya.


***No women No Cry, betulke? Nah, straight man, no women u cry in ur heart laa.Oh, I can't imagine my life without my beloved Wife...

November 3, 2010

Bila Wanita BerGosip

Agak-agak apa yang Wife ku seronok sangat nak bercerita ni?  Komen di entry ini, dialog Isteri dan rakan-rakan, komen paling menarik dan menghiburkan hati Isteri akan saya hadiahkan 2 Tiket GSC Movies, expired datenya tiketnya 31 Dec 2010. Hik3, tergelak sakan wife tengok gambar ini. Kredit picture to FB rakan Isteri, Ida Hussin ..Your BBQ really Cool...I pun dah tak brapa ingat siapa Schoolmate/Classmate masa sekolah rendah.Nanti GTO buat entry pasal BBQ ni ya?

Alisya Dan Ida Hussin 

P/s : Jom komen dialog Isteri dan rakan-rakan....Satu pemenang,  2 Tiket GSC Movies untuk dimenangi. 

March 9, 2010

Alisyaku Sayang

Salam dari eyriqazz. Petang tadi (entry ini ditulis pada malam Isnin, 8/3/2010), saya mendapat satu sms dari seorang rakan ketika di Universiti dulu.Begini bunyinya ''Btw, bila nak blogging pasal daily life? Asyik Nuffnang, makan-makan dan holiday je. Cite la pasal Alisya ke."

Tersentak dari lamunan. Terima kasih atas teguran. Bukannya tidak sudi bercerita pasal daily life, cuma entry sebegini kurang digemari. Nanti ada pula orang bercakap, asyik-asyik citer pasal makan apa, pi mana, buat apa, bla-bla.Apapun,lain padang lain belalangkan? Jadi, saya dedicatedkan this entry buat Isteri, Anak ,rakan universiti, dan juga semua wanita di luar sana sempena Hari Wanita Sedunia. Entry ini diberi nama :


Alisyaku Sayang

Inilah permata hati aku dan Isteri. Hidup ini bagaikan sempurna dengan kehadiran puteri tersayang. Aku ingin berkongsi cerita semasa detik Alisya dilahirkan. Besar benar pengorbanan seorang insan bergelar ibu/Isteri.Terima Kasih Sayang kerana melahirkan Alisya @ Anugerah Tuhan yang tiada tolong bandingnya ini.

Isteriku dimasukkan ke hospital 2 minggu sebelum tarikh due datenya kerana tekanan darahnya terlalu tinggi.175/100+ kalau tidak silap.Jadi, isteriku akan diberi ubat untuk bersalin awal bagi mengelakkan komplikasi ke atas bayi di dalam kandungan sekiranya ditunggu ke due datenya.

Setelah dua- tiga biji ubat dimasukkan , bukaan untuk membolehkan bersalin belum cukup. Di hari kedua, doktor memeriksa denyutan jantung bayiku di dalam kandungan dan hasilnya memeranjatkan.Denyutan nadi bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah dan Isteriku terus dibawa ke bilik bersalin.Aku pun turut sama.Masatu perasaanku begitu sedih, risaukan bayi di dalam kandungan.
Like Father, Like Daughter

Di bilik bersalin, aku meminta doktor memberikan epidural kepada isteri kerana keadaan Isteriku yang semakin lemah. Walaupun aku ni mabuk darah ,aku gagahkan semangat untuk menemani Isteri ketika bersalin. Fuhh, memang susah nak bersalin dan walaupun ada epidural, kesakitan di riak wajah isteriku jelas kelihatan. Patutla, syurga itu ditapak kaki ibu. Bukannya mudah. Berjuang antara hidup dan mati.

Aku hampir pengsan bila saat isteriku selamat bersalin kerana melihatkan darah yang banyak. Namun , hatiku tersangat gembira melihat anakku yang ketika dilahirkan hanya 2.6 kg. Aku iqamatkan anakku dan hatiku berdengut kencang ketika itu.Begitu gembira yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Nampak riak gembira isteriku walaupun sudah kepenatan berjuang untuk kehidupan anak tersayang.

Namun ,dugaan lain pula yang tiba. Alisya terpaksa dibawa ke Inkubator  kerana ada masalah pernafasan.Patutla teriak tangisnya ketika dia dilahirkan tidak begitu kuat. Luluh dan berlinangan air mataku apabila Alisya dibawa ke Inkubator. Malam itu, aku pergi ke inkubator Alisya. Jantungku hampir gugur apabila mesin mengesan pernafasan Alisya tiba-tiba berbunyi kuat dan nurse di hospital terpaksa memberikan oksigen terus ke mulutnya di depan mataku.Berlinangan air mataku mengenangkan anakku ketika itu.

Namun,berkat doa dan semangat, akhirnya selepas beberapa hari Alisya di hospital (ditambah dengan kena penyakit kuning),akhirnya Alisya dibenarkan pulang. Sekarang sudah hampir 9 bulan usia anakku. Aku begitu gembira mempunyai puteri yang begitu comel dan menceriakan suasana keluargaku.

Tak lupa juga, Alisya ada bakat terpendam :

Saat-saat Indah dinikmati bersama

Bakat menulis Alisya terserlah di entry INI yang telah membolehkanku membawa pulang Digi Broadband Modem + 3 bulan subscription percuma. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? (hahaha,masuk bakul angkat sendiri).

Alisya di Hotel Seri Malaysia

Bukan main gembira lagi Alisya kalau pergi bercuti, senyum memanjang dan suka tidur di dalam kereta (macam papanya,asalkan benda bergerak, mudah untuk tidur). Dah nak masuk 9 bulan, makin keletah perangainya. First word dia ''Mama". Papa jarang sangat yang keluar dari mulutnya, dlm 10 mama adalah satu papa. Itulah aura ibu/wanita.

Alisya dan Mama

Banyak lagi yang nak diceritakan pasal Alisya ni, namun mungkin di lain entry.Inipun antara entry terpanjang pernah ditulis.Namun, kalau nak tengok entry pasal Alisya sebelum ini, bolehla rujuk di sini :


Satu pantun buat puteriku :

Nurul Alisya Ilyani nama diberi
Puteri tersayang pengerat hubungan suami dan Isteri
Tanpamu hidup terasa sunyi
Kehadiranmu hidup berseri-seri

P/s :Siapa-siapa yang belum ada anak cepat-cepatlah kahwin. Anak ini anugerah Illahi yang tidak ternilai harganya. Melz dan Aus bila nak kahwin ye? Bean Moreno bila pula nak menimang cahaya mata? Dengar cerita, katil asyik patah aje, betul ke?

P/s/s :Alisya sama umur dengan anak bongsu Salleh Yaakob. Beranak di tempat yang sama, cuma anak Salleh Yaakob dilahirkan waktu malam. Walaupun Isteri tiga, cukup mesra isteri-isteri dia, jealous aku dibuatnya,Isteri seorang pun aku tak pandai nak jaga hatinya. Hik3....

P/s/s/s : Apa pandangan anda?Seronok tak ada anak?
Related Posts with Thumbnails