Showing posts with label cerita isteri. Show all posts
Showing posts with label cerita isteri. Show all posts

April 21, 2012

Rajuk Si Isteri


Isteri merajuk apabila dia call :

Isteri : Kenapa abang tak call hari ini? Cakap rindu?
Me : Ukuran rindu bukan boleh diukur dengan panggilan telefon (saja nak berjenaka)
Isteri : Okk...Byeee...

Call2 balik,sampai skang tak berangkat...

Hik3, kuat juga rajuk seorang Isteri yang berjauhan kan?

April 16, 2012

Luahan Hati Seorang Isteri


Hampir menitik air mataku apabila membaca sms dari Isteri yang kini berada di wad Perdana Specialist Hospital Kelantan menemani Azim yang kena jaundice :

" Ngantuk, X Larat, Sakit belakang, lenguh-lenguh badan. Berurut dan bertungku pun x mula lagi"

Sudahla berjaga malam selalu. Naik keretapi tak sampai seminggu bersalin, now menemani Azim di hospital.Betulla, Syurga di bawah tapak kaki Ibu. Besar sungguh jasa dan pengorbanan seorang Ibu/Isteri.

Ya Allah, Sembuhkanlah Anakku . Terrimasih atas nasihat dan juga kata-kata semangat dari semua. Bertuah eyriqazz mempunyai rakan yang begitu memahami dan menyayangi di alam maya ini. Semoga Allah murahkan rezeki anda semua dan berbahagia/gembira selalu hendaknya...Amin..

January 3, 2012

Isteri Gembira Sesi Solekan di Akademi Red Glow

Maaf, baru sempat updatekan entri ini. Awal bulan lepas, Isteri mendapat jemputan dari Akademi Red Glow untuk menghadiri sesi solekan di sana. Special thanks to Redmummy, eyriqazz dptkan invitation untuk Isterini dari FB Redmummy.

Sampai disana, semua gambar dibawah diambil oleh Isteri. Tunaikan hasrat Isteri, timeni eyriqazz pi layan wifi/Internet di Mcd. Takpelah, bukan selalu kan? Takkan asyik-asyik Isteri nak kena berkorban demi Suami?.

Entri ini berdasarkan pengalaman yang diceritakan oleh Isteri Eyriqazz :


Isteri dan Alisya di Akademi Red Glow Shah Alam

Amboi-amboi anak Papa

Inilah Model Terbaru Akademi Red Glow. hik3,just kidding

Sesi Penerangan dan Introduction

Model Hari Itu. Cantik kan?

Yang ni After Make-Up Rasanya

Antara kelas Make-up yang dianjurkan
Akademi Red Glow
No 17-B, 2nd Floor,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9 / 9,
Seksyen 9 ,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Overall, wifey cakap best juga kelas make up ni. For me, asalkan dia suka, saya follow je. Cuma just nak kasi feedback la sikit. Rasanya official website Red Glow ni kena revamp skit, so nampak lebih profesional untuk menarik lebih ramai potential customer especially new customer. First Impression tu penting kan?

Next time kalau nak jemput isteri lagi, jemputla ya. Huk3, kadang-kadang berdesing juga telinga ni bila wifey cakap kenapa Papa tak dapat Invite make up or produk make up cam Kak Ina KL selalu dapat tu? Huk3, sayang, Papa ni Blogger lelaki, bukan blogger pompuan, of course la tak dijemput...

P/s : Si Suami memang mengidamkan Isteri yang sentiasa nampak cantik di hadapan/mata mereka. Tak gitu? 

July 31, 2011

‎3 org saiz XL..sorg saiz L


‎"3 org saiz XL..sorg saiz L" itulah usikan dari Suami Angah/Rosman (sebelah eyriqazz). Hak3, mengata eyriqazz, isteri dan Isteri dia la tu... 

Semoga kehadiran bulan puasa bermula besok bolehla mengurangkan berat badan ini. Hik3, asyik hangat-hangat tahi ayam saja untuk menguruskan badan ini. Dari seorang pelari jarak jauh, now kejar Alisya pun dah boleh kalahkan Papanya. Hik3...


P/s : Life is Beautiful... Don't take it as granted... 

July 19, 2011

Tutti Frutti, Terjahi Lagi

Papa, besok birthday Mama, kita pi Tutti Frutti ya? Teringin nak makan frozen yogurt yang sedap tu. Umm, to cut the story short, tengah hari tu on wifey birthday (17 July 2011), kami terjahi la Tutti Frutti, again :



Tutti Frutti, Sedap tapi Mahal.. This one, RM12+

Jemput Makan

Amboi-amboi, bukan main lagi anak papa dah ready

Nyam,nyam, Nak Lagi Papa? Kasi Mangkuk kecil taknak, nak mangkuk besar. Hik3..



Aksi Anak Beranak Makan Tutti Frutti. Like Mother Like Daughter. Hik3

Nampak sedap laa Papa Punya ni..Nak Papa?

Alhamdulillah, gembira dapat tunaikan hasrat isteri sempena Birthdaynya. She deserve it, lagipun, tak salah gembirakan hati Isteri on special occasion macam ni. Duit boleh dicari, bini seorang susah dicari...

May 11, 2011

Lebih Romantik Sejak Ada Blog


Tersenyum seketika bila membaca komen dari Isteri di salah satu blog yang selalu dikunjunginya [ Romantik X?? ] . Inilah komennya :

"romntiknya!!!....azwa jrg@ x pernah terima brg2 mcm ni...kalo trima pun, barang@adiah.....
tp, sjak suamiku trcinta tu ada BLOG....barulah ku tahu betapa romantiknya suamiku....hihihiii...(pd pndangn azwa lah ;-)...)"

Umm,Scorpio memang camni, kurang pandai meluahkan perasaan dan jadi kreatif. Di blogku inilah ianya lebih mudah untuk diluahkan curahan hati. Ewahh, No worries sayang :

Impian Sayang ,InsyaAllah akan abang tunaikan tahun ini (Alhamdulillah, rezeki berblogging semakin murah)

P/s :Romantik tak pasangan anda? Apa perkara yang paling romantik pernah dia lakukan? Maybe saya boleh tiru on my wife birthday bulan July nanti.

March 27, 2011

Luahan Hati Seorang Guru

Akhirnya DAPAT gak jawatan yg paling menakutkanku di SEKOLAH.....geramnya!!!!....oh, BENDAHARI PIBG.....kau jadi milikku gak akhirnya....huhuhuuu......(dah nama pun cikgu opsyen AKAUN....).....wlpn dah lama x ngajar P.AKAUN....ooohhhhh.......- Luahan Isteri/Guru-

P/s : Ingat mudah ke Jadi Guru/Cikgu? Non-related job mengalahkan kerja mengajar....Umm.....

February 22, 2011

Isteri dan Fridge Magnet

Isteri dan Fridge Magnet, tidak dapat dipisahkan. Kalau pergi bercuti, inilah antara benda pertama yang dicarinya. Katanya sebagai kenangan pernah singgah di situ. Umm, di peti sejuk tu, mostly tempat yang kami pernah pergi, some hadiah/ole-ole dari rakan-rakan.

Umm, wondering, nanti kalau dah penuh ditampal dengan fridge magnet tu, nak letak mana lagi ya? Beli satu peti sejuk lagi ke? Hik3, satu cukupla, bebanyak buat apa kan?

P/s : Korang pula suka kumpul apa? Setem,T-Shirt, Keychain, or...?

August 4, 2010

Luahan Hati Seorang Guru | Great Teacher Nanako

Great Teacher Nanako . Cinta Pertama Great Teacher Onizuka

Tersentuh hatiku dengan entry Murid Bergaduh dengan Guru di Buletin Utama TV3 , memang agak kurang ajar murid itu tapi rasanya cara cikgu yang menegur itupun salah juga. Beremosi dan tidak bijak. Tak pastilah pula, saya bukannya guru, cuma isteri seorang guru. Inilah Video yang dimaksudkan itu :


Macam-Macam Zaman Skangni Kan? Anak Murid pun tak lagi Seperti Dulu. Lebih Sudu Dari Kuah

Sebelum saya komen lebih lanjut, dengarkanlah pula luahan hati seorang guru/ Isteri Saya :

Geramnya dgn anak2 muridku hari ni....cikgu kata putih, kamu kata hitam....cikgu suruh tulis HURUF BESAR....kamu tulis huruf kecil....cikgu suruh isi nama jer....kamu pi salin semua kertas borang tuh dr cth lama.....mcm ne x hangin???!!!....rasanya yg x bergelar guru pun GERAM dgn kamu!!!....lpstu siap megata lak cikgu ni GARANG!!!....kalo lah hari2 mcm ni, suatu hari....cikgu siat2 n makan daging kamu baru tau!!

Haa, Isteri saya yang agak penyabartu pun boleh mahu siat-siat daging dan makan daging mereka? Hik3, Isteri saya bergurau je tu cuma itu luahan hati bila geram dengan keletah anak murid zaman kini. Ini ok lagi, mengajar sekolah yang boleh dikatakan disiplinnya agak baik jika dibandingkan dengan banyak lagi sekolah di luar sana.

Apa pula kata pengomen di Video itu , Ada sesetengahnya betul-betul menarik hati saya :

1) budak zaman sekarang ne memang macam sial.. ramai lagi budak se celake macam ne kat negara kite sekarang ne. ini lah bangse yang di tatang oleh kerajaan kite. guru akan salah segala-galanya.. biarkan la ramai generasi mcm ne. pasne lagi ramai la budak jadi setan macam ne pasal berite dah bagi green light. nutp pon tak mau bela cekgu. syabas malaysia.. malaysia boleh. guru-guru bersedia..

2) rm..bg pendapat mia dua2 pihak pon ade salah masing2...cuma yg paling ''kurang beradab'' kat sini,pelajar tu lah...first time mia tgk student yg kurang ajar mcm ni...mse mia dulu,nak pndg mate cikgu mase die tgh marah pon takut..ni kan menunding2 jari malah menengking...IBU BAPA kini dah tahu lah, sbnrnya sikap anak2 sndiri..xkan itu pun,guru yg kene selesaikan..utk cikgu berbaju kuning ni : dia perlu tahu care nak handle kes budak2 kurang di ajar ni....tp bukan dgn cre lawan api yg tgh marak..

Cukupla dulu, selebihnya bolehla terjah video itu.

Siapakah yang harus dipersalahkan? Rasanya bukan murid saja yang patut dipersalahkan, banyak faktor lain juga seperti didikan ibu bapa, faktor rakan , pihak kerajaan dan pelbagai lagi.

P/s : Oh, semakin risau aku dengan kerjaya yang penuh mencabar Isteriku. Great Teacher Onizuka, bila mahu turun Malaysia perbetulkan mutu anak-anak murid di sini pula?

P/s/s :Apa pula pandangan anda ?Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

June 2, 2010

Air Tangan Isteri

Air Tangan Isteri


Diforwardkan oleh seorang rakan beberapa tahun yang lepas. Rasanya bagus untuk dikongsi bersama.

Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik2 kerana insyaAllah one day bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan sebaliknya.... bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membena rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya Allah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan...

Membasuh pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. ada rahsia tu),

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!... itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya.

Pecayalah...Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.

Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita...

Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit...tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain menguruskannya'???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

Pesan Harlene-selalu selalulah suap anak dengan tangan sendiri. Makanan yang ibu masak & disusuli dengan suapan tangan sendiri ke mulut anak akan menambahkan ingatan anak kepada ibu sentiasa. Hubungan akan lebih erat & anak akan makan lebih banyak berbanding dengan suapan sudu. Cubalah saya telah sedikit melihat hasilnya. Alhamdullilah

P/s : Apa pandangan anda? Betulke apa yang dicoretkan ini ? Teringat kata-kata Isteri, ramai rakan-rakannya  suami yang suka menolong isteri adalah dengan air tangan Isteri/Isteri pandai memasak.

April 11, 2010

Penangan Isteri-Isteri Terdesak

Penangan Isteri-IstEri Terdesak / Desperate Housewife (Credit Picture to Kosmo)

Tajuk bikin panas saja kan? Haahla, sebelum ni tak pernah pula terlintas pasal tajuk ni  bila ditranslatekan ke BM. Aku masih ingat lagi, semasa di UK dulu, rakan-rakan satu Universiti ku(termasuklah member-member lelaki) bukan main minat lagi dengan cerita ini. Aku pula tak berapa layan sangat, tapi wife aku suka juga cerita ni. Apa yang bestnya cerita ini ya?  

Ini serba sedikit yang diambil di Berita Online Kosmo : 

DESPERATE HOUSEWIVES apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud isteri-isteri terdesak. Banyak persepsi yang boleh diberikan apabila ia berkaitan dengan isu 'isteri-isteri terdesak'. Jika salah tafsiran, anggapan negatif yang selalu singgah adalah sikap isteri yang terdesak untuk melakukan sesuatu tanpa pengetahuan suami.

Malah, pada kemunculan awal drama bersiri ini, ramai yang tidak sabar mahu menonton inti Desperate Housewives untuk melihat betapa terdesak para isteri yang dimaksudkan. Namun sebaik dihidangkan kepada audiens, drama bersiri ini memberi lebih daripada sekadar cerita terdesak.

Selebihnya, boleh la tengok ENTRY INI

P/s : Memang best ke cerita ni? Pelik juga aku bila ramai lelaki di Universiti dulu minat sangat cerita ini. Pernah tengok 2 tiga episod, boleh tahan juga, ada makna,pengajaran, dan jalan cerita yang menarik. Apa pandangan anda?
Related Posts with Thumbnails