Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

January 8, 2011

150 Juta Kali Tol

Kan Best, Kalau Balik kampung Tak kena Tol?

Buat kali ke seratus lima puluh juta
Saya cuba tanyakan soalan yang sama
Bilakah tol akan dihentikan dan rakyat merasa sama
Rakyat didahulukan pencapaian diutama

Penjaga tol nampak baik-baik sahaja
Tapi kalau tak bayar tol pintunya takkan berdiri ia
Beratur panjang bayar tol seperti biasa
Siapa yang untung , Si dia dan Si Dia

Biarlah Pakai kereta Myvi Sahaja
Asalkan balik kampung dapat bayar duit tol nak buat macam mana
Aku bukan kaya tapi jangan risau ya
Time perayaan mesti ada diskaun punya
Syarikat tol sayang kita
Perayaan or tak perayaan tol mesti bayar juga

Oh, kini aku makin sakit kepala
Pergi mana-mana asyik ada tol sahaja
Harga minyak pun asyik naik tak turun-turun pula
Boleh bikin kepala ini botak pula
Syarikat tol sayang kita
Save duit untuk gunting rambut sudah semestinya
Syarikat Tol sayang kita

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan asyik bayar tol sahaja
Biar poket kosong asal nampak bergaya?
Oh itu bukan prinsip saya
Syarikat tol sayang kita
Keuntungan meningkat tiap-tiap tahun saja
Boleh buka tol lagi untuk keselesaan kita
Hak3, aku mahu gelak saja
Kalau cerita sampai besok pun tak habis bercerita

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Jangan sampai rakyat jadi macam Vendetta pula nanti
Nasi jadi bubur jangan menyesal pula kemudian hari

Saya Sayang Negara Saya
Tol oh Tol nak buat macam mana
Malaysia Boleh sudah semestinya
 Oh Bestnya kalau tol tak ada
Siapa setuju dengan saya?
Luahkan pendapat anda pula

August 4, 2010

Luahan Hati Seorang Guru | Great Teacher Nanako

Great Teacher Nanako . Cinta Pertama Great Teacher Onizuka

Tersentuh hatiku dengan entry Murid Bergaduh dengan Guru di Buletin Utama TV3 , memang agak kurang ajar murid itu tapi rasanya cara cikgu yang menegur itupun salah juga. Beremosi dan tidak bijak. Tak pastilah pula, saya bukannya guru, cuma isteri seorang guru. Inilah Video yang dimaksudkan itu :


Macam-Macam Zaman Skangni Kan? Anak Murid pun tak lagi Seperti Dulu. Lebih Sudu Dari Kuah

Sebelum saya komen lebih lanjut, dengarkanlah pula luahan hati seorang guru/ Isteri Saya :

Geramnya dgn anak2 muridku hari ni....cikgu kata putih, kamu kata hitam....cikgu suruh tulis HURUF BESAR....kamu tulis huruf kecil....cikgu suruh isi nama jer....kamu pi salin semua kertas borang tuh dr cth lama.....mcm ne x hangin???!!!....rasanya yg x bergelar guru pun GERAM dgn kamu!!!....lpstu siap megata lak cikgu ni GARANG!!!....kalo lah hari2 mcm ni, suatu hari....cikgu siat2 n makan daging kamu baru tau!!

Haa, Isteri saya yang agak penyabartu pun boleh mahu siat-siat daging dan makan daging mereka? Hik3, Isteri saya bergurau je tu cuma itu luahan hati bila geram dengan keletah anak murid zaman kini. Ini ok lagi, mengajar sekolah yang boleh dikatakan disiplinnya agak baik jika dibandingkan dengan banyak lagi sekolah di luar sana.

Apa pula kata pengomen di Video itu , Ada sesetengahnya betul-betul menarik hati saya :

1) budak zaman sekarang ne memang macam sial.. ramai lagi budak se celake macam ne kat negara kite sekarang ne. ini lah bangse yang di tatang oleh kerajaan kite. guru akan salah segala-galanya.. biarkan la ramai generasi mcm ne. pasne lagi ramai la budak jadi setan macam ne pasal berite dah bagi green light. nutp pon tak mau bela cekgu. syabas malaysia.. malaysia boleh. guru-guru bersedia..

2) rm..bg pendapat mia dua2 pihak pon ade salah masing2...cuma yg paling ''kurang beradab'' kat sini,pelajar tu lah...first time mia tgk student yg kurang ajar mcm ni...mse mia dulu,nak pndg mate cikgu mase die tgh marah pon takut..ni kan menunding2 jari malah menengking...IBU BAPA kini dah tahu lah, sbnrnya sikap anak2 sndiri..xkan itu pun,guru yg kene selesaikan..utk cikgu berbaju kuning ni : dia perlu tahu care nak handle kes budak2 kurang di ajar ni....tp bukan dgn cre lawan api yg tgh marak..

Cukupla dulu, selebihnya bolehla terjah video itu.

Siapakah yang harus dipersalahkan? Rasanya bukan murid saja yang patut dipersalahkan, banyak faktor lain juga seperti didikan ibu bapa, faktor rakan , pihak kerajaan dan pelbagai lagi.

P/s : Oh, semakin risau aku dengan kerjaya yang penuh mencabar Isteriku. Great Teacher Onizuka, bila mahu turun Malaysia perbetulkan mutu anak-anak murid di sini pula?

P/s/s :Apa pula pandangan anda ?Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

June 11, 2010

10 Maksud Tersembunyi luahan hati PEREMPUAN..!

10 Maksud Tersembunyi luahan hati PEREMPUAN..!

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

P/s : Thanks buat Akim coz forwardkan e-mail ni untuk eden.

P/s/s :Wanita-wanita di luar sana,betulker luahan hati ini?

May 25, 2010

Luahan Hati Kekasih Benjy

Luahan Hati Kekasih Benjy (kredit picture to JAI )

Saya berkesempatan bertemunya face to face beberapa hari yang lepas. Orangnya cantik, kecil molek, bersuara lembut, dan lemah lembut tutur katanya.  Bolehla baca entry ini juga : Luahan Buat Benjy

Secara tidak sengaja juga, saya berpeluang mengetahui blognya yang rasanya khas dibuka untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati semenjak Benjy ditangkap polis dan macam-macam khabar kurang enak yang keluar di dada akhbar, laman web, forum, blog dan pelbagai lagi .

Nama blognya? Kenalah tunggu bro JAI umumkan nanti, saya tiada green light untuk mengumumkannya. Entry ini pun dibuat tanpa kebenaran pemiliknya, maafkan saya ya.

Entry pertamanya yang bertajuk "He was so much the humblest of them, indeed he was the only humble one (dialah insan yang paling merendah diri, dan dialah satu-satunya yang cukup merendah diri)" begitu menyentuh hati dan perasaanku.

Kata pepatah, don't judge book by it cover. Mungkin ada yang mengatakan dia perampas isteri orang dan juga cuba menghancurkan rumah tangga orang. Saya tidak mahu membuat penilaian, saya cuma menilai berdasarkan entrynya dan perbualan yang sekejap dengannya.Inilah lebih kurang apa yang diluahkan dalam entry pertamanya itu :

1) Mereka sudah bercinta dan menjadi pasangan kekasih selama 3 tahun. Dia pernah tinggal bersama Benjy dan Isteri satu rumah dan Benjy mempunyai seorang anak lelaki yang comel.

2) Akhirnya mereka menyewa di sebuah rumah yang tidak jauh dari rumah Benjy dan Isteri. Benjy pandai memasak dan pandai mengambil hati Kekasih Hati.

3) Setakat hari ini sudah 3 entry yang ditulisnya. Luahan hati seorang kekasih buat insan yang kini dalam tirai besi menunggu hari pembicaraan . Saya tidak mahu buat judgement or menilai, anda sendirilah yang menilai nanti.

Entry yang ketiganya, I really like what she wrote :

Actually it is not hard at all to do anything, to sacrifice everything to someone that we love. that is one more thing i learned and experienced from him. When u love someone, u tend to make the best for them, make everything perfect for them, and doesnt expect anything in return at all. its hard to describe that pure sacrificed u did..it is just worth everything...=)

Benjy berjuang di Mahkamah, Si Ibu  pula berjuang dengan nyawa, kekasih hati pula berjuang dengan penuh harapan. Begitu tersentuh hati bila Kekasih Hati Benjy sanggup berkongsi dan menunjukkan "Diary of Hope" tentang luahan dan coretan hidupnya di samping gambar-gambar anak Benjy yang comel.

P/s : Hukum undang-undang, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dihukum/disahkan bersalah. Tapi kita lebih dulu menuding jari dan menghukumnya. Tepuk dada, tanya selera, biarlah mahkamah dan undang-undang yang menentukan. Banyak perkara, lain di Suratkhabar, tapi lain pula kisah sebenarnya. Penyedap dan Ajinomoto penambah perisa perkataan bagi melariskan jualan akhbar dan pembaca.

P/s/s :Renung-renungkan. Pertemuan sebentar dengannya betul-betul mengubah persepsi saya tentang seorang artis. Mereka pun Insan biasa dan berpijak di bumi ini.
Related Posts with Thumbnails