Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

September 6, 2010

Serah Tubuh Demi Album | Demi Glamour Body Tergadai

Terbaca kisah Serah Tubuh Demi Album, Hebat Sungguh Industri Muzik Kita , fuhh, sanggup lakukan apa jua demi mengejar populariti yang memungkinkan pendapatan yang lebih lumayan. Dunia artis memang banyak pancarobanya dan banyak halangan yang perlu ditempuhi.

Serah Tubuh demi Album Artis Realiti
Buat Komposer Terkenal Itulah Yang kudengari
Tergadai body,maruah diri apa mahu peduli
Asalkan nama gah di persada seni

Komposer terkenal pandai menangguk di akhir keruh sudah semesti
Artis Baru menjadi mangsa habuan diri
Siapakah dia komposer ini?
Tunggu dan lihat tentu akan tersebar nanti

Teringat kata-kata Pakcik Angkatku beberapa tahun yang lepas, dia seorang fashion designer bagi golongan mak datin,dan juga artis, katanya artis Malaysia, sukar dicari yang betul-betul OK, setakat tayang body, tukar baju tanpa  seurat benang tanpa rasa malu , dan jual body adalah perkara biasa di persada seni. Umm, no komen, tak berani nak mengiyakan atau menidakkan,tapi sepanjang perkenalan dengannya, dia tidak pernah berbohong.

P/s : Apa nak jadi, apa nak jadi, Sampai Sekarang, Semakin Menjadi-jadi.....

June 27, 2010

Sandra Bullock dan Scarlett Johansson Bercium di MTV Awards


Photobucket
Sandra Bullock dan Scarlett Johansson Bercium di MTV Awards

Saya rasa, it much more better than :


Gadis Melayu Bercium

Gambar first nampak lebih berbaur persahabatan, yang kedua lebih nampak ke arah seks dan gatal.  Maaf, entry agak 18SX sedikit, saya suka gambar 1st, nampak berseni dan kreatif.

P/s : Apa pula pandangan anda?

P/s : Oh ya, wanita bercium sesama wanita, halal ke haram?

April 15, 2010

Lirik Lagu Yang Terindah | Akasia Adamaya



Semenjak kau hadir dalam Hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu Hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama Cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan Bahagia
Hingga aku terasa Indah

Maaf jika ku tidak Sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

 Jom layan lagunya pula

Memang menusuk kalbu lirik lagunya ,teruja aku mendengarnya. Balik ofis terkejar-kejar aku untuk menonton drama Akasia Adamaya ini jika berkesempatan. Sudah lama tidak teruja sebegini sejak Drama Nur Kasih.

Untuk lebih lanjut bolehla tengok entry ini:

April 11, 2010

Penangan Isteri-Isteri Terdesak

Penangan Isteri-IstEri Terdesak / Desperate Housewife (Credit Picture to Kosmo)

Tajuk bikin panas saja kan? Haahla, sebelum ni tak pernah pula terlintas pasal tajuk ni  bila ditranslatekan ke BM. Aku masih ingat lagi, semasa di UK dulu, rakan-rakan satu Universiti ku(termasuklah member-member lelaki) bukan main minat lagi dengan cerita ini. Aku pula tak berapa layan sangat, tapi wife aku suka juga cerita ni. Apa yang bestnya cerita ini ya?  

Ini serba sedikit yang diambil di Berita Online Kosmo : 

DESPERATE HOUSEWIVES apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud isteri-isteri terdesak. Banyak persepsi yang boleh diberikan apabila ia berkaitan dengan isu 'isteri-isteri terdesak'. Jika salah tafsiran, anggapan negatif yang selalu singgah adalah sikap isteri yang terdesak untuk melakukan sesuatu tanpa pengetahuan suami.

Malah, pada kemunculan awal drama bersiri ini, ramai yang tidak sabar mahu menonton inti Desperate Housewives untuk melihat betapa terdesak para isteri yang dimaksudkan. Namun sebaik dihidangkan kepada audiens, drama bersiri ini memberi lebih daripada sekadar cerita terdesak.

Selebihnya, boleh la tengok ENTRY INI

P/s : Memang best ke cerita ni? Pelik juga aku bila ramai lelaki di Universiti dulu minat sangat cerita ini. Pernah tengok 2 tiga episod, boleh tahan juga, ada makna,pengajaran, dan jalan cerita yang menarik. Apa pandangan anda?

April 9, 2010

ADAMAYA TV3 Episod 3| Part 1

ADAMAYA TV3 EPisod 3 menyusul pula
Aku menanti dengan setia
Hari ini dapat tengok setengah jam juga
Kerana Isteri mahu ke Carrefour membeli belah bersama keluarga

Inilah Sinopsis Episod ini berdasarkan apa yang saya tengok selama 30 minit :

Maya akhirnya bersetuju untuk mengahwini Adam dan mereka akhirnya bertunang (di Episod 2 rasanya). Namun, Dani kekasih hati Maya masih belum berputus asa dan cuba untuk mengajak Maya kahwin dengannya walau apapun cara@kahwin lari. Namun, Maya menolak. Apakah yang akan terjadi?


Jom kita saksikan apa pula yang berlaku di Episod 3 beserta gambarnya kali ini  :
Ini Pengalaman Malam Pertama Ke?
Adam @ Syed Hussein Syed Mustafa Hero Drama Ini (hik3, baru tahu nama betul dia)
Dani @ Faizal Yusof bekas Kekasih Maya yang gila bayang
Cantik Juga Pelakon Sampingan
Saya pun dalam Dilema. Ditelan Mati Mak, Diluah Mati Ayah
Pakai Jaket Dulu, Sejuk Nak Tengok Wayang Ni?
Aduyai, Dia Keluar Dengan Awek Aku La!!Nak Kena Lekuk Ni..
Dushh, Adegan Buka Jaket 


Episod Ke 3 Part 2 bakal menyusul.Banyak-banyak gambar boring juga kan?. Untuk Episod Sebelum Ini boleh la baca di sini :


Slot Akasia AdaMaya TV3 | Episod 2

Slot Akasia AdaMaya TV3 Memang Best


P/s : Aduh, kenapa aku pun sangkut dengan Drama Ini? Ada sesiapa yang terkena jangkitan sama? Memang teruja nak tengok cerita ini hari-hari. Nak tengok online , internet slow. Tiada ulangan ke ya episodnya ya?

April 8, 2010

Slot Akasia AdaMaya TV3 | Episod 2

Teruja dengan drama ini dan sambungan daripada entry Slot Akasia AdaMaya Tv3 Memang Best , episod kedua (2) sempat ditonton  lebih kurang setengah jam sebelum bertolak ke Project Alpha Launching Season 2 .Inilah lebih kurang cerita/gambarnya :

Maya @ Lisa Surihani serba salah dengan keputusan Ibu Bapanya untuk menjodohkannya sebelum mereka berangkat ke Luar Negara
Adushh,belajar belum habis, dah kena suruh kahwin?
Awak pinangla saya sebelum saya dikahwinkan dengan orang lain
Awak Sayangkan Saya tak?
Macam nak bertekak je? Aduhai lelaki..
Menangis la pula? Tak Macho la lelaki nangis.
Bolehla Promosikan di Majalah kami. Kalau nak lagi bagus, promosikannya di Nuffnang (berbaloi-baloi..Hik3,selingan sekejap,tapi betul apa?)

Jelingan Menggoda
Wah, orang berbudi kita berjasa ke ni?
Dussh, pandang mana tu??
Issh, Mamat Sengal ni lagi. Takde orang lain ke?

P/s : Bersambung ke Episod Ke 3.

P/s/s : Adussh, aku pun dah melekat dengan drama ini. Teringat kisah muda-muda bercintan-cintun dulu. Hik3. Anda dah tengok belum cerita ni? Rugi tak tengok.Memang best dan mengujakan.

UPDATED

Episod Seterusnya

April 7, 2010

Slot Akasia AdaMaya TV3 Memang Best

Teruja dengan entry Slot Akasia AdaMaya Tv3 Muncul 6 April 2010 dari Melromeo , jadi saya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan drama ini. Lebih-lebih lagi bila kekasih hati Melromeo dan Bang Nara turut berlakon .Siapa lagi, Lisa Surihani la (Cinta Tiga segi di alam Maya) . 

Inilah komen saya beserta gambar-gambar sekali. Sempat tengok hari ini ( Selasa ,6 April 2010,episod pertama ) . Baru best nak bercerita kan?


CInta Antara Kau, Aku dan Dia? Macam Cinta Tiga Segi Je
Si Adam cuba Skodeng saya la, Itulah Kata Lisa Surihani @Maya
Marahpun still Comel dan Cantik kan?
Betulke Ni?
Jom Jalan-Jalan di Hutan ( Dushh, kulari kehutan kemudian menyanyiku, kulari kepantai kemudian teriakku)
Issh, nak kena Mamat Ni.Sengal Semacam je
Hak3, Buat-buat tak dengar Pula
Maya Kelu
Rombongan Meminang ke?

Seriously, saya ni tak berapa layan mana drama bersiri , Na O Mei pun tengok sekejap ja. Tapi cerita ni nampak best, lain dari yang lain dengan pelakon-pelakonnya bolehla tahan juga.

Inilah lebih kurang Sinopsis Drama Adamaya ( Diambil dari Budiey.com )

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.

Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.

Ibubapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju..

Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

ADAMAYA mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan"

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton ADAMAYA menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang, hanya di TV3.

P/s :Apsal tetiba aku ni cam nak Beautifulnara dan Budiey pula ni? Hak3, Inilah jadinya bila mood ke Laut dan seronok dengan apa yang aku tengok. Pasal Artis dan Hiburan pun aku ikut sekaki.

P/s/s : Teringin nak tengok kembali Drama Pendekar Bersiri ''Keris Hitam Bersepuh Emas" lakonan hebat Eman Manan.

*Hahaha,aku  terpacak depan Tv3 di hari pertama drama ini ditayangkan.


UPDATED


Episod Seterusnya Boleh Tengok Entry INI :



Slot Akasia AdaMaya TV3 | Episod 2

April 6, 2010

Happy 1st Birthday Engku Aleesya, Penyeri Hidup Erra Fazzira dan Engku Emran

Pejam celik, pejam celik , tanggal 4 April 2010 haritu genaplah 1 tahun umur Engku Aleesya, puteri tersayang Erra Fazzira dan Engku Emran. Disebabkan nama anak Erra Fazzira tidak jauh beza dengan puteriku iaitu Nurul Alisya Ilyani, ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan :

HaPpy 1st BirthDay Engku Aleesya


Ini adalah gambar yang berjaya diambil dan di Internet (kredit kepada Kepakayam). Dengar cerita majlis ini disertai dengan doa selamat dan mereka bakal menunaikan umrah dalam masa terdekat.

Potong,potong (psst,apsal nampak pelikje kek nya ya? )
Wah,wah Meriahnya
Comel dan Glamour Gitu
Besarnya Banner


Engku Aleesya Engku Emran nama diberi
Orangnya comel cantik sekali
Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi
Adakah bakal mengikut jejak langkah ibunya nanti?

Teruja juga, yerlah, anakku Alisya lagi 2 bulan akan masuk 1 tahun. Teringin juga buat Majlis dan Sambutan Hari Lahir buat puteri tersayang nanti. Mana boleh Aleesya sorang je kan, Alisya pun nak celebrate juga kan?

Apapun, aku tetap bertuah dan gembira , kalau Engku Emran ada :

Erra dan Aleesya

Aku pula ada :

Azwa dan Alisya

P/s : Teruja dan tak sangka pula menang Contest lagi. Kali ini Sweet Aina Wedding Contest dimenangi ku pula. Rezeki anak atau mungkin rezeki Alisya nak dapat adik? Hik3,tepuk dada, tanya selera.

P/s/s :Terasa ingin buat Contest Hadiah Birthday untuk Alisya la. Amcam, oktak? Masih tiada idea hadiah apa yang sesuai untuk Alisya sempena tarikh lahirnya bulan 6 nanti. 

Betulke Fasha Sandha Menjadi Pelacur Kelas Atasan?

Salam dari Eyriqazz,

Terkejut juga bila membaca berita, adakah gosip ataupun benar? Memang penuh kontroversi artis ini, kali ini muncul pula kisah :


Fasha Sandha MenjadI PelacuR Kelas Atasan?

Betulke cerita ini? Itulah, tidak baca sampai habis , rupanya ini adalah watak yang dilakonkan Fasha untuk watak Frieda drama bersiri Spa Qistina musim ketiga yang akan disiarkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953) mulai 5 April ini, Isnin, pukul 9 malam. Alamak, rugi tak ambil siaran ni , kalau tidak boleh tengok cerita ini.

Inilah serba sedikit Sinopsis Drama Spa Qistina Musim Ketiga ini :

Frieda seorang pelajar universiti dan pelacur kelas atasan atau bertaraf elit yang mempunyai agenda tersendiri untuk membalas dendam dan menghancurkan hidup Qistina (lakonan Nanu) serta menggoda suami Qistina, Fahmi (Ijoy Azhari).

Dalam beberapa babak drama tersebut, Fasha juga melakonkan aksi-aksi panas bersama Ijoy.

Dengan watak dan aksi panas yang dipaparkan, Fasha sudahpun bersedia untuk menerima kritikan dan persepsi daripada orang ramai.


Masih Popular/Kontroversi Si Dia Ini
Untuk berita penuh, bolehla baca di sini : Jadi pelacur kelas atasan
P/s : Teringat dulu pernah minatkan si Fasha Sandha gara-gara lakonannya di Drama 'Natasha'
P/s/s : Dussh , aksi panas bersama Ijoy? Nak subsribe atau tak Astro Box Office Movies Tayangan Hebat ni? Syuh,syuh, saya sudah kahwin.

March 2, 2010

Hotel Mania


Hotel Mania

Sinopsis Hotel Mania (Drama Terbaru Slot Lestary di TV3 bermula 2 March 2010)

Cerita bermula dengan Adiwira (lakonan Anding), seorang graduan dari Sarawak yang ke Hotel Mania untuk mencari bapa kandung yang tidak pernah ditemui.

Di Hotel Mania, Adiwira berkenalan dengan Girang (Dafi) yang menjalani latihan praktikal di situ. Kebetulan, hotel tersebut sedang mengadakan temuduga terbuka untuk pelatih-pelatih baru. Girang mencadangkan kepada Adiwira untuk menghadiri temuduga itu supaya dia mempunyai tempoh yang lama untuk menyelesaikan misi mencari bapa kandungnya.

Ketika bekerja di sana, Adiwira bertemu Emilia (Adeline Anthony) yang bertugas di bahagian spa & sauna. Emilia selalu dibuli Mar (Marsha), pekerja 'front desk' yang menaruh hati pada Adiwira.

Sumber : Jurnal Penguin

Adakah drama ini mampu menandingi cerita Tari Tirana (tak layan manapun).Kalau cerita dia best cam Nur Kasih ataupun Drama Korea , Hotelier ,pasti aku menontonnya sama. Satu percubaan yang agak berani rasanya, menyiarkan drama muzikal 26 Episod arahan Nizam Zakaria dan dibintangi ramai bakat-bakat hebat industri hiburan tempatan  seperti Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Adam, Bob, Zain Ruffedge dan Ryzal. Dan yang lebih menarik, lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti adalah lagu-lagu popular ciptaan KRU.

Selebihnya, kenalah tengok kan?Belum tengok, jadi tak tahu macam mana ceritanya.Ehh, kenapa Eyriqazz cam jadi BeautifulNara arini?Hik3, saje berubah angin sekejap/take a break for a while. (entry ditulis pada malam 28/2/10)

P/s :Apa pula pandangan anda?Cerita ni agak-agak menarik tak untuk ditonton?
Related Posts with Thumbnails