Showing posts with label artis popular. Show all posts
Showing posts with label artis popular. Show all posts

April 6, 2010

Betulke Fasha Sandha Menjadi Pelacur Kelas Atasan?

Salam dari Eyriqazz,

Terkejut juga bila membaca berita, adakah gosip ataupun benar? Memang penuh kontroversi artis ini, kali ini muncul pula kisah :


Fasha Sandha MenjadI PelacuR Kelas Atasan?

Betulke cerita ini? Itulah, tidak baca sampai habis , rupanya ini adalah watak yang dilakonkan Fasha untuk watak Frieda drama bersiri Spa Qistina musim ketiga yang akan disiarkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953) mulai 5 April ini, Isnin, pukul 9 malam. Alamak, rugi tak ambil siaran ni , kalau tidak boleh tengok cerita ini.

Inilah serba sedikit Sinopsis Drama Spa Qistina Musim Ketiga ini :

Frieda seorang pelajar universiti dan pelacur kelas atasan atau bertaraf elit yang mempunyai agenda tersendiri untuk membalas dendam dan menghancurkan hidup Qistina (lakonan Nanu) serta menggoda suami Qistina, Fahmi (Ijoy Azhari).

Dalam beberapa babak drama tersebut, Fasha juga melakonkan aksi-aksi panas bersama Ijoy.

Dengan watak dan aksi panas yang dipaparkan, Fasha sudahpun bersedia untuk menerima kritikan dan persepsi daripada orang ramai.


Masih Popular/Kontroversi Si Dia Ini
Untuk berita penuh, bolehla baca di sini : Jadi pelacur kelas atasan
P/s : Teringat dulu pernah minatkan si Fasha Sandha gara-gara lakonannya di Drama 'Natasha'
P/s/s : Dussh , aksi panas bersama Ijoy? Nak subsribe atau tak Astro Box Office Movies Tayangan Hebat ni? Syuh,syuh, saya sudah kahwin.

November 13, 2009

Artis Popular minta tandatangan dariku

Cerita ni dah lama sebenarnya.Tahun 2000 kalau tak silap,  selepas aku baru sahaja menamatkan zaman belajarku dan menanti keputusan SPM.Sambil-sambil tu buatla kerja sambilan sebagai pump attendant dekat rumah nenek ku.Yerlah,dulu kehidupanku susah,jadi sambil  menunggu result SPM buat la apa kerja yang patut.

Suatu hari aku di datangi oleh seorang artis.Cukup popular artis tu.Ramai orang datang mengerumuninya dan minta tandatangan darinya.Aku masatu buat dek jer,yerlaa,boleh buat apapun dengan tandatangan tu,bukannya ble jual dan aku bukannya pengumpul tandatangan artis.

Artis tu bila tengok aku buat dek je dan taknak ambil tandatangan dia (perasan sendiri), mula la jeling-jeling aku.Tiba-tiba artis tu datang dekat aku.Dik,minta tandatangan ble?Waduhhh,terkezutt aku.Artis popular ni minta tandatangan dari aku.Dunia dah terbalik ke?Atau artis ni saje sindir aku?Hahaha,apapun,aku pun tandatangan la.Dia dah minta,tak kasi kesian pula.Kan nangis dia kat situ ,sape yang susah?Aku jugak....

Nak tau siapa artis tu?Mehla saya perkenalkan.Kalau siapa tak kenal,boleh tanya Fasha Sandha,BeautifulNara ataupun Budiey .Cerita ni blom keluar mana-mana blog lagi ni.Inilah dia :

Awie

Fuhh,walaupun sudah hampir sepuluh tahun berlalu,pengalaman yang mengujakan ini tak dapat kulupakan.Tak sangka,ada juga artis popular yang dahagakan tandatangan ku .Kalau aku sempat ambil gambar masatu,kan bestkan?

Scroll Down

Down Lagi

Lagi-lagi

..................................

.....................................



P/s : Sebenarnya,dia minta tandatangan ku kerana resit petrol yang dia isi untuk motosikalnya(diisi olehku) di tempat aku bekerja,aku lupa nak sign (purposely ke?).Jadi,dia minta la tandatangan untuk resit itu.Mungkin untuk claim ngan company ataupun memang Awie ni keep track on his spending.Cayalah....Masatu,dia bawa motosikal Virago,baru balik bercuti dengan bekas isterinya,Arni Nazira.
Related Posts with Thumbnails