Showing posts with label betul ke. Show all posts
Showing posts with label betul ke. Show all posts

September 17, 2010

Betulke M Rajoli Meninggal Dunia?


Agak terperanjat bila terbaca entry malam ini iaitu M Rajoli Meninggal Dunia dan banyak entry dari bloggers dan informasi yang sama apabila membaca blog, twitter dan Facebook.

Bila baca-baca lagi, rupanya ianya khabar angin saja seperti di entry M. Rajoli Masih Tenat, Belum Meninggal Dunia Seperti Khabar Angin dan M. Rajoli kini kritikal di Hospital Ampang 

Semoga M. Rajoli sembuh , bakatnya begitu saya kagumi, mampu melakonkan pelbagai watak, sedih,lawak, kelakar,jahat,baik,alim,kahwin ramai dan sebagainya yang saya rasakan sukar dicari ganti. Saya memang sukakan sangat lakonannya yang memang lain dari yang lain. Namun, cam kata orang, "You will never know what You Have Until U Lose IT'' . P. Ramlee, Sudirman, Yasmin Ahmad jasa mereka lebih dikenang bila mereka sudah meninggal dunia.

Dulu Masa Yasmin Ahmad sebelum meninggal, khabar angin yang serupa juga. Doa-doakan semoga semuanya Selamat.

P/s :Kisah artis kencang dan lajuje kan beritanya walhal mungkin jiran sebelah rumah dah lama meninggal dunia pun kita tak perasan. 

UPDATED : 

Baruje nak publishkan, terbaca di Berita Harian, betulla kisahnya : M Rajoli Meninggal Dunia 

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.
Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham M Rajoli dicucuri rahmat.

April 6, 2010

Betulke Fasha Sandha Menjadi Pelacur Kelas Atasan?

Salam dari Eyriqazz,

Terkejut juga bila membaca berita, adakah gosip ataupun benar? Memang penuh kontroversi artis ini, kali ini muncul pula kisah :


Fasha Sandha MenjadI PelacuR Kelas Atasan?

Betulke cerita ini? Itulah, tidak baca sampai habis , rupanya ini adalah watak yang dilakonkan Fasha untuk watak Frieda drama bersiri Spa Qistina musim ketiga yang akan disiarkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953) mulai 5 April ini, Isnin, pukul 9 malam. Alamak, rugi tak ambil siaran ni , kalau tidak boleh tengok cerita ini.

Inilah serba sedikit Sinopsis Drama Spa Qistina Musim Ketiga ini :

Frieda seorang pelajar universiti dan pelacur kelas atasan atau bertaraf elit yang mempunyai agenda tersendiri untuk membalas dendam dan menghancurkan hidup Qistina (lakonan Nanu) serta menggoda suami Qistina, Fahmi (Ijoy Azhari).

Dalam beberapa babak drama tersebut, Fasha juga melakonkan aksi-aksi panas bersama Ijoy.

Dengan watak dan aksi panas yang dipaparkan, Fasha sudahpun bersedia untuk menerima kritikan dan persepsi daripada orang ramai.


Masih Popular/Kontroversi Si Dia Ini
Untuk berita penuh, bolehla baca di sini : Jadi pelacur kelas atasan
P/s : Teringat dulu pernah minatkan si Fasha Sandha gara-gara lakonannya di Drama 'Natasha'
P/s/s : Dussh , aksi panas bersama Ijoy? Nak subsribe atau tak Astro Box Office Movies Tayangan Hebat ni? Syuh,syuh, saya sudah kahwin.

April 1, 2010

Eyriqazz vs Chinese Guy

Eyriqazz Vs Chinese Guy

Awak mahu cari gaduh dengan saya ke? Apa yang awak tak puas hati dengan saya? Hak3, gurau je. Saya tidak ada masalah dengan any chinese guy out there. Just nak berkongsi pengalaman :

Situasi 1 :  Pasaraya Terkenal
Awak ni Chinese or Malay ?Tanya seorang jurujual. Dussh..sentap...agak-agak aku ni chinese ke Malay ye?

Situasi 2 : Kilang Susu , UK
Ditanya pekerja Mat Salleh , Iraq, dan Afghanistan. Are u Chinese? You look like a Chinese guy.Dussh, ada ke?

Situasi 3 : Perbualan telefon dengan bekas Guru Lama ( Sekolah Menengah Teknik Terengganu )
Oh ya, cikgu ada cakap dekat Cikgu Akaun tu, Ingattak Eyriqazz? Alah, yang mata sepet-sepet skit tu. Tak ingat? ala,yang muka cam chinese skit tu. Dushh...Sentap lagi...Ni Cikgu Sharifah Norzila yang cakap....Salah seorang cikgu kegemaranku dulu.

Situasi 4 : Interview Session
Oh ya, awak ni Melayu kan ?Dushh2, dah tertera dalam resume nama dan bin ku. Dahlah interview tu pun melayu. Adushh, Melayu mudah lupa.....

Tak sentap mana pun sebenarnya. Apsal diorang cakap aku ni Chinese Look ar?Nak kata kulit aku putih, kulit aku ala-ala Takashi Sorimachi (Great Teacher Onizuka) adalah. Hahaha,masuk bakul. Ada nampak cam Chinese ke?

P/s : Aku masih Ke Laut. Sudah seronok dibuai ombak. Rasa tidak mahu pulang rasanya. Sotong-sotong pun besar-besar belaka. Rugi korang tak join sekali.

Deruman ombak enak sekali
Santai dan menenteramkan hati
Malam ini Dyesebel menanti
Adakah Cintanya ku bawa pulang nanti?

P/s/s : Saya ni ada Chinese Look ke? Japanase Look cam GTO ada la kan? Hak3...
Related Posts with Thumbnails