Showing posts with label sinopsis. Show all posts
Showing posts with label sinopsis. Show all posts

August 4, 2010

Episod 2 Epilog Syurga Cinta Tidak Mengecewakan

Episod 1 Epilog Syurga Cinta membuatkan saya merempit lagi hari ini untuk menonton episod kedua/2 pula. Firstly, saya teruja dengan lakonan adik Mia Sara Nasuha yang comel. Secondly, dapat balik awal harini, jadi sempatlah layan. Inilah review saya untuk episod kedua ini.

Kenapa Cikgu Siti Syuhadah Bersedih?
Orang Yang Jahat pun boleh Jadi Baik. Contohnya tak semua Monster Jahat. Ramai yang baik especially Monster Jambu @ JE JAI
Cikgu Syuhadah bercerita kisah silamnya
Semasa kecil dia seorang budak yang nakal. Dipendekkan cerita, kedua ibubapanya meninggal dunia kerana kenakalannya dan ketika mengejarnya di jalanraya
Pandai nya Mia bodek nak minta Cikgu Syuhadah hantarnya pulang
Di rumah Mia. Seganlah nak masuk rumah. Hik3
Bila Mata Bertentang Mata . Apakah yang akan terjadi

Bolehla juga menonton Online di sini : EPILOG SYURGA CINTA | EPISOD 2

Episod 2 much more better than episod satu. Lepasni kalau tak sempat layan, bolehlah tengok online siaran ulangan. Thanks TV3. Sayang TV3.

P/s : Teringat kenangan My First Love. Kenapa Cinta Pertama Sukar dilupakan, ya?

August 3, 2010

EPILOG SYURGA CINTA | Slot Akasia TV3

Ini semua gara-gara entry Kak Yanmie yang bertajuk Epilog Syurga Cinta TV3 – Sinopsis Epilog Syurga Cinta . Bestker Cerita Epilog Syurga Cinta ini? Tepuk dada, tanya selera. Kena layan sendiri barulah tahu cerita itu best atau tidak kan? Jadi, saya mengambil keputusan untuk pulang awal dan merempit seperti Zaman ADAMAYA dulu untuk menonton drama bersiri ini. Inilah pandangan dan komen saya untuk episod pertama/1 kali ini :

Mia ( Adik Mia Sara Nasuha) comel dan cute seperti selalu. Suka sangat tengok dia berlakon
Comelnya Adik Mia Sara Nasuha dengan begnya

Beriya-iya benar dia mahukan Cikgunya, Syuhadah ( Fida Pantene) untuk menjadi teman lelaki Abangnya , Irham (Zizan Nin)

Inilah Salah Seorang Teman Wanita Irham

Wanita oh wanita, kalau dah sayang apa pun sanggup. Sanggup nak bunuh tu? Hak3, Kerana Cinta Apapun Jadi walaupun tergadai body. Ada kata mengatakan " Women Give Sex To Get Love and Men Give Love To Get Sex" . Betulke? Lu Fikirlah Sendiri.

Cikgu Syuhadah bersama Datuknya

Kedua ibubapanya telah meninggal dunia dan dia dijaga datuknya yang sangatlah penyayang. Dalam episod ini, dia telahpun bertunang.

Inilah Tunang Cikgu Syuhadah, takdelah Hensem Manapun. Hensem lagi Bro SharingInfoz
Sweetja Cikgu Syuhadah kan? Ada Iras-Iras Datuk Siti Nurhaliza pun Ada kan? Tapi tetap tidak boleh menandingi Kecantikan Isteri Imam Muda, tak gitu?

Serba Pink? Diorang Kahwin ke Bertunang? Hik3, kenalah tonton sendiri. Tak feel la kan bercerita habis.

Keseluruhannya, episod pertama ini tidak mengecewakan dan saya boleh katakan ceritanya best walaupun mungkin tak sebest Drama ADAMAYA. Salah satu faktornya adalah hero dan heroin yang bagi saya kurang daya penarik jika dibandingkan dengan Drama ADAMAYA. Apapun, don't judge book by it cover kan? Baruje episod pertama kan?

Oh ya, Untuk Sinopsis Drama 28 Episod Ini, bolehlah terjah Entry INI :

Firstly, Kredit Picture to YanmieOnline

Kisah Cinta 28 Episod baru bermula
OK juga layan sebelum berbuka puasa
Timingnya bagus sahaja
Ceritanya pun nampak menarik dan buat aku teruja

Kalau Nak Menonton Online Episod 1 Ini, Bolehla tonton di sini :


P/s : Korang sempat layan tak citer ni tadi? Apa komen anda pula? Bestke Cerita Epilog Syurga Cinta ni?

April 9, 2010

ADAMAYA TV3 Episod 3| Part 1

ADAMAYA TV3 EPisod 3 menyusul pula
Aku menanti dengan setia
Hari ini dapat tengok setengah jam juga
Kerana Isteri mahu ke Carrefour membeli belah bersama keluarga

Inilah Sinopsis Episod ini berdasarkan apa yang saya tengok selama 30 minit :

Maya akhirnya bersetuju untuk mengahwini Adam dan mereka akhirnya bertunang (di Episod 2 rasanya). Namun, Dani kekasih hati Maya masih belum berputus asa dan cuba untuk mengajak Maya kahwin dengannya walau apapun cara@kahwin lari. Namun, Maya menolak. Apakah yang akan terjadi?


Jom kita saksikan apa pula yang berlaku di Episod 3 beserta gambarnya kali ini  :
Ini Pengalaman Malam Pertama Ke?
Adam @ Syed Hussein Syed Mustafa Hero Drama Ini (hik3, baru tahu nama betul dia)
Dani @ Faizal Yusof bekas Kekasih Maya yang gila bayang
Cantik Juga Pelakon Sampingan
Saya pun dalam Dilema. Ditelan Mati Mak, Diluah Mati Ayah
Pakai Jaket Dulu, Sejuk Nak Tengok Wayang Ni?
Aduyai, Dia Keluar Dengan Awek Aku La!!Nak Kena Lekuk Ni..
Dushh, Adegan Buka Jaket 


Episod Ke 3 Part 2 bakal menyusul.Banyak-banyak gambar boring juga kan?. Untuk Episod Sebelum Ini boleh la baca di sini :


Slot Akasia AdaMaya TV3 | Episod 2

Slot Akasia AdaMaya TV3 Memang Best


P/s : Aduh, kenapa aku pun sangkut dengan Drama Ini? Ada sesiapa yang terkena jangkitan sama? Memang teruja nak tengok cerita ini hari-hari. Nak tengok online , internet slow. Tiada ulangan ke ya episodnya ya?

April 8, 2010

Slot Akasia AdaMaya TV3 | Episod 2

Teruja dengan drama ini dan sambungan daripada entry Slot Akasia AdaMaya Tv3 Memang Best , episod kedua (2) sempat ditonton  lebih kurang setengah jam sebelum bertolak ke Project Alpha Launching Season 2 .Inilah lebih kurang cerita/gambarnya :

Maya @ Lisa Surihani serba salah dengan keputusan Ibu Bapanya untuk menjodohkannya sebelum mereka berangkat ke Luar Negara
Adushh,belajar belum habis, dah kena suruh kahwin?
Awak pinangla saya sebelum saya dikahwinkan dengan orang lain
Awak Sayangkan Saya tak?
Macam nak bertekak je? Aduhai lelaki..
Menangis la pula? Tak Macho la lelaki nangis.
Bolehla Promosikan di Majalah kami. Kalau nak lagi bagus, promosikannya di Nuffnang (berbaloi-baloi..Hik3,selingan sekejap,tapi betul apa?)

Jelingan Menggoda
Wah, orang berbudi kita berjasa ke ni?
Dussh, pandang mana tu??
Issh, Mamat Sengal ni lagi. Takde orang lain ke?

P/s : Bersambung ke Episod Ke 3.

P/s/s : Adussh, aku pun dah melekat dengan drama ini. Teringat kisah muda-muda bercintan-cintun dulu. Hik3. Anda dah tengok belum cerita ni? Rugi tak tengok.Memang best dan mengujakan.

UPDATED

Episod Seterusnya

April 7, 2010

Slot Akasia AdaMaya TV3 Memang Best

Teruja dengan entry Slot Akasia AdaMaya Tv3 Muncul 6 April 2010 dari Melromeo , jadi saya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan drama ini. Lebih-lebih lagi bila kekasih hati Melromeo dan Bang Nara turut berlakon .Siapa lagi, Lisa Surihani la (Cinta Tiga segi di alam Maya) . 

Inilah komen saya beserta gambar-gambar sekali. Sempat tengok hari ini ( Selasa ,6 April 2010,episod pertama ) . Baru best nak bercerita kan?


CInta Antara Kau, Aku dan Dia? Macam Cinta Tiga Segi Je
Si Adam cuba Skodeng saya la, Itulah Kata Lisa Surihani @Maya
Marahpun still Comel dan Cantik kan?
Betulke Ni?
Jom Jalan-Jalan di Hutan ( Dushh, kulari kehutan kemudian menyanyiku, kulari kepantai kemudian teriakku)
Issh, nak kena Mamat Ni.Sengal Semacam je
Hak3, Buat-buat tak dengar Pula
Maya Kelu
Rombongan Meminang ke?

Seriously, saya ni tak berapa layan mana drama bersiri , Na O Mei pun tengok sekejap ja. Tapi cerita ni nampak best, lain dari yang lain dengan pelakon-pelakonnya bolehla tahan juga.

Inilah lebih kurang Sinopsis Drama Adamaya ( Diambil dari Budiey.com )

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.

Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.

Ibubapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju..

Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

ADAMAYA mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan"

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton ADAMAYA menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang, hanya di TV3.

P/s :Apsal tetiba aku ni cam nak Beautifulnara dan Budiey pula ni? Hak3, Inilah jadinya bila mood ke Laut dan seronok dengan apa yang aku tengok. Pasal Artis dan Hiburan pun aku ikut sekaki.

P/s/s : Teringin nak tengok kembali Drama Pendekar Bersiri ''Keris Hitam Bersepuh Emas" lakonan hebat Eman Manan.

*Hahaha,aku  terpacak depan Tv3 di hari pertama drama ini ditayangkan.


UPDATED


Episod Seterusnya Boleh Tengok Entry INI :



Slot Akasia AdaMaya TV3 | Episod 2

April 6, 2010

Betulke Fasha Sandha Menjadi Pelacur Kelas Atasan?

Salam dari Eyriqazz,

Terkejut juga bila membaca berita, adakah gosip ataupun benar? Memang penuh kontroversi artis ini, kali ini muncul pula kisah :


Fasha Sandha MenjadI PelacuR Kelas Atasan?

Betulke cerita ini? Itulah, tidak baca sampai habis , rupanya ini adalah watak yang dilakonkan Fasha untuk watak Frieda drama bersiri Spa Qistina musim ketiga yang akan disiarkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953) mulai 5 April ini, Isnin, pukul 9 malam. Alamak, rugi tak ambil siaran ni , kalau tidak boleh tengok cerita ini.

Inilah serba sedikit Sinopsis Drama Spa Qistina Musim Ketiga ini :

Frieda seorang pelajar universiti dan pelacur kelas atasan atau bertaraf elit yang mempunyai agenda tersendiri untuk membalas dendam dan menghancurkan hidup Qistina (lakonan Nanu) serta menggoda suami Qistina, Fahmi (Ijoy Azhari).

Dalam beberapa babak drama tersebut, Fasha juga melakonkan aksi-aksi panas bersama Ijoy.

Dengan watak dan aksi panas yang dipaparkan, Fasha sudahpun bersedia untuk menerima kritikan dan persepsi daripada orang ramai.


Masih Popular/Kontroversi Si Dia Ini
Untuk berita penuh, bolehla baca di sini : Jadi pelacur kelas atasan
P/s : Teringat dulu pernah minatkan si Fasha Sandha gara-gara lakonannya di Drama 'Natasha'
P/s/s : Dussh , aksi panas bersama Ijoy? Nak subsribe atau tak Astro Box Office Movies Tayangan Hebat ni? Syuh,syuh, saya sudah kahwin.
Related Posts with Thumbnails