Showing posts with label lisa surihani. Show all posts
Showing posts with label lisa surihani. Show all posts

January 2, 2012

Review Filem : Papa I Love You


Semalam, 1 Jan 2012 sempatlah bawa Isteri dan Alisya menonton Filem Papa I Love You lakonan Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha dan Zalif Sidek (Yellow Man, Maskot Digi) sebagai peneraju utama. Di awal tahun ni, apa salahnya bawa family menonton filem komedi romantik kan? Lebih-lebih lagi, Alisya minat sangat dengan Mia Sara Nasuha, eyriqazz pula teruja nak tengok Zalif Sidek berlakon (bukan Lisa Surihani ke??), dan Lisa Surihani, tak perlu sebut laa kan, filem dia berlakon sure ramai yang nak terjah wayang.

Sinopsis Filem Papa I Love YouFilem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Sambung Baca: SINI


Memang tersentuh menonton filem ini, pengorbanan dan cabaran seorang bapa yang menggangur dalam meneruskan perjuangan membesarkan anak tersayang. Dibuang bapa/ibu mertua, kereta ditarik, rumah tak berbayar dan terpaksa keluar, tidur ala-ala khemah di taman permainan, mencari kerja  dan hampir semua kerja tidak menjadi. Sehinggalah Bahar berjumpa dengan :


Elly lakonan Lisa Surihani

Elly yang turut mengalami konflik dalaman dengan bapanya apabila ibunya meninggal dunia, dan mengantoikan bapanya yang mempunyai perempuan simpanan. Merajuk hati, dan membawa diri, Elly membawa diri dan bekerja di tepi jalan. Pertemuannya dengan Mia dan Bahar membuatkan hatinya semakin lembut untuk.....


Sweet je...

Ala, taknak laa spoil kan dengan bercerita habiskan. Korang singgahi la sendiri. Suka dengan lakonan Zalif Sidek ni, membuatkan filem ni lebih berjenaka dengan mimik2 wajahnya dan dialog yang mencuit hati. Juga sikap kasih sayang antara Bapa dan Anak yang sukar ditukar ganti. Memang sweet dan santai menonton filem ini, dan rasanya memang sesuai bawa anak-anak menonton filem ini. 

Yup, bukan mudah menjadi seorang Bapa. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Biasalah, Papa biasanya kurang sikit menunjukkan kasih sayang ke atas anak-anaknya. Miss You Ayah....

Credit pictures to AwanPagi

Feedback Alisya : Akak Mia Nasuha Comel dan Pandai Berlakonn..

Antara ucapan yang menyentuh hati seorang Bapa/Papa, sudah semestinya :


Papa I Love You.
I Love You too Sayangku, Alisya

On the other hand, saya lebih suka menonton di TGV Wangsa Walk ni jika dibandingkan dengan TGV KLCC kerana kerusinya yang lebih selesa dan suasananya lebih santai. Tahniah TGV atas pembaharuan demi kebaikan bersama. Hik3, ni first time singgahi TGV Wangsa Walk ini.

Papa I Love You filem pertama kutonton tahun ini
Menghiburkan hati dan ceria seisi keluarga
Sama-samalah "Spend more time with family''
Kasih Papa Kasih yang sukar diluahkan dengan kata-kata

December 26, 2011

Filem Ombak Rindu Tidak Mengecewakan


Ombak Rindu Oh Ombak Rindu

Hebat sungguh penangan Filem Ombak Rindu ini, sampaikan isteri merengek-rengek minta nak tengok filem ini. Umm, tak elok kecewakan hati seorang ibu yang tengah pregnant kan? So, dipendekkan cerita, semalam pergila kami menonton filem 

Ombak Rindu di TGV KLCC

Dah lama tak tengok wayang. Harga tiket pun dah naik. Kalau tak silap, last time RM11 je dewasa, now dah RM14. Kanak-kanak RM9. Yup, kami bawa sekali Alisya sambil berdoa dia takla merengek or menangis di panggung wayang tu nanti.

Di Dalam Panggung. Kasi Pop Corn je terus senyap

Papa, kenapa gelap ni?

Mujurla, Alisya tidak menangis or merengek. Cuma minta susu, dan kadang-kadang menyampukla bila dengar dialog yang pelik-pelik. "Papa, Kakak Nangis.." Papa, Kucing...Papa, mana Chipmunk? Hik3, biasalah, tentu diapun excited kot.

Overall, filem Ombak Rindu ni tidak menghampakan. Eyriqazz suka scene-scene pemandangan cantik yang diambil di sawah padi, di pantai, Cameron Highlands, dan pelbagai lagi. Sejuk mata memandang. Pelakon pun pandai memainkan watak yang dilakonkan terutamanya tiga watak utamanya iaitu Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Memang menyengat aura mereka. In term of penceritaaan,boleh tahan juga.Dunia fantasi sudah semestinya lebih indah dari dunia realitikan? 

Nasib baik sempat juga sempat tunaikan hasrat isteri, dengar cerita last week minggu terakhir filem ini ditayangkan di panggung wayang. 

P/s : Kalau nak menang Novel Ombak Rindu pula, bolehla singgahi SINI.

April 3, 2011

Lisa Surihani Bintang Paling Popular ABPBH 2010?

Lisa Surihani Bintang Paling Popular ABPBH 2010?

Ramai yang meramalkan Lisa Surihani bakal merangkul gelaran Bintang Paling Popular ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) 2010 yang bakal berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands malam ini.

Sebagai peminat No. 8 Lisa Surihani, saya turut merasakan yang dia bakal merangkul gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 2010 ini. Kurang kontroversi, ramai peminat, tidak sombong, dan berbakat besar. 

 Good luck Lisa Surihani,Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2010 mungkin menjadi milikmu nanti.

March 5, 2011

Comelnya Lisa Surihani Masa Kecil


Wah, Comelnya Lisa Surihani Masa Kecil. Bercermin Mata besar gitu...
Credit Picture dan more Pictures terjahla SINI

P/s : Teringat zaman merempit balik kerja semata nak tengok Cerita lakonan Lisa Surihani , Adamaya . Eh, betulke Lisa Surihani tengah bercinta dengan Sam Shaheizy? Melepas CheArmster nak tamatkan zaman bujang dengan Lisa Surihani. Hik3...

February 13, 2011

Lisa Surihani Tidak Rela Berkongsi


Lisa Surihani Oh Lisa Surihani

Bang Nara tetap sayang walaupun Lisa Surihani botak


Dushhh


Cucuk Jarum


Oh Demn, Melepas Bang Nara. Apa lagi Melromeo, bolehla anda tackle pula. Hik3..

February 7, 2011

Lisa Surihani : Semalam I Call You.. You Tak Answer‏


Lisa Surihani : Semalam I Call You.. You Tak Answer‏

Fuhh, biar betik terima e-mail dari Lisa Surihani? Dahla tajuknya bukan main hangat lagi. Bila masa Lisa Surihani call saya tak answer ni? Hik3...Punyalah excited, saya bukakla email tu :

Dushh, E-mail Hangit rupanya..terkena eden.. Monday Blues betul laa...

P/s : Layan Lagu Kantoi Whatever versi sendiri lagi best camni. Preview skit :

Semalam I Call You U Tak Answer,
You Kata You tengah bawak kereter,
You kata you nak pi jumpa doktor ambik MC,
Tapi kawan I terjumpa you tengah dating dekat tangga pintu belakang KLCC

Kenapa You buat Hati I berbulu,
Dulu You Kata I Love U,
Sekarang pandai pula you tipu,
Mana janji-janji You dulu!!

December 22, 2010

Gambar Lisa Surihani Cium Mulut

Hik3, tengok je tajuk (Gambar) Aksi Panas Lisa Surihani Cium Mulut, OMG! , sepantas kilat eden mengklik. Memang hangat gambarnya :
Lisa Surihani Cium Mulut Mia Sara Nasuha

Sweet je kan? Memang serasi la mereka berdua berlakon. Suka sangat tengok lakonan mereka especially Drama Bersiri AdaMaya .

Hik3, Cium Pipi Alisya pun best juga

P/s : Bila la agaknya Lisa Surihani akan bergandingan dan berlakon dengan Hanis Zalikha? Tentu meletup kan? Hik3....

November 12, 2010

Lisa Surihani Terkemut-Kemut

Lisa Surihani Terkemut-kemut?

Apa yang Lisa SuriHani kemutkan? Dussh, memang dasar lelaki betul la, 1 Nafsu, 9 Akal, mesti dah pikir lain ni? Yeyer, saya sendiri pun dah pikir lain. Biasalah bila dah kahwin ni dan tengah merancang untuk tambahkan adik untuk Alisya. Hik3, sebenarnya yang ni, memang tergelak sakan bila baca Twitter Lisa Surihani pagi tadi :

Lisa Surihani : LOL! I Boleh Bayangkan bibir kemut kemut bila cakap camtu. Agak-agak apa la yang dibincangkan dengan Awal Ashaari tu ya? Adakah pasal rancangan Mari Menari?

Psst, minat warna blue, otak agak blue juga, minta maaf banyak-banyak ya. Kalau minat warna merah, mesti mahu marah-marah agaknya ya? Hik3, gurauje...

P/s : Selingan sebelum hujung minggu, apa plan weekend ni? Besok dapat tumpang jadi cikgu sekejap, majlis jamuan akhir tahun pelajar 2A yang diajar oleh isteri.

*** Yang Cantik dan Jelita tidak semestinya terbaik bagi kita. Tak percaya, tanyalah kepada yang dah kahwin. Hik3, pernah dikecewakan dengan Si Cantik Jelita. But now, my wife is the most beautiful person for me..

May 13, 2010

Live Blogging | Akasia Adamaya Episod Terakhir

Salam dari Eyriqazz,

Punyalah teruja dan bila dapat tahu dari entry Episode Akhir Adamaya – Adam Mati dari Kak Yanmie , balik je kerja walaupun hujan lebat, aku merempuh hujan,merempit dan basah kuyup semata-mata tidak mahu melepaskan kesudahan episod ini. Walaupun sudah ditegur Isteri aku gagahkan jua dan aku teruja untuk menyaksikan Akasia Adamaya Episod Terakhir hari ini, 13 Mei 2010.

Keterujaanku ini akan kuteruskan dengan  Live Blogging pasal drama ini. Mungkin ada yang masih di ofis boleh membaca entry ini dan mendapat update dan berkongsi keterujaan ini. Akan saya updatekan dari masa ke semasa.Fuhh, dah lama tak buat Live Blogging , terasa teruja la pula.
Ini Episod Semalam | Sedihnya Maya bila Adam kata mereka mungkin berpisah
640 petang
Dani terkejut Mika (kawan karibnya) bakal berkahwin dengan bekas Isterinya.

Dani menyerang rumah Maya dan menamparnya . Maya marah-marah dan mengamuk dengan Dani kerana Dani pernah berbuat kasar dengan anaknya Amani (Adik Mia Sara Nasuha)

Maya terkejut apabila diminta 'sign' dokumen dari Adam (adakah dokumen untuk Adam kahwin satu lagi? Hak3....)

7 malam


Maya 'sign' surat Commision pameran sulung Adam. Sayang betul ADAM dekat MAYA. I Love my wife too.Hik3...

Maya cakap kat Dani dia tidak mahu jumpa dia lagi namun Dani menggugut akan mencarinya sehingga ke lubang cacing  dan andainya dia tidak dapat hidup bersama Maya, Adam pun tidak layak untuknya.

Amani sangatlah comel ketika berbual-bual dengan Adam di dalam kereta.

Adam menghadiahkan satu kotak hadiah buat Maya. Satu surat dari Adam meluahkan perasaan hati. Maya menitikkan air mata membaca surat dari suami. Adam meluahkan perasaan akan cita-cita Maya.

Adam memohon maaf atas impian Maya yang tidak dapat dipenuhi. Sungguh romantik membaca surat dari Adam. Dush2,teruja dan tersentuh jiwa kelakianku. Satu novel turut dihadiahkan kepada Maya yang bertajuk ''Kembara Mencari Cinta"

Memori silam mengungkai kembali diri Maya dan dia semakin merindui Adam dan air matanya semakin jatuh bercucuran.

715 malam

Dani melutut di kaki Maya dan memohon maaf. Terhenti seketika perbualan mereka.
Pameran sulung Adam mendapat sambutan hangat. Dani memujuk Maya kembali dan inginkan peluang diberikan kepadanya lagi. Maya memaafkan Dani namun mengatakan yang dia tidak akan bersama dengan Dani. Bukan soal berubah, hatinya masih setia dengan Adam dan menyesal kerana menjadi Isteri yang derhaka, ego kepada suami sendiri walhal dia sayangkan suaminya.
Maya mengatakan Dani tidak layak menjadi bapa buat Amani. Dani mengatakan yang dia mampu buat yang lebih baik daripada Adam. Omongan kosong namun Amani sudah tidak mempercayainya lagi. Kini, Adam yang bertakhta di hatinya. Syurga di kaki Suami.
Dani merayu-rayu dan menangis (buruknya perangai!!!) dan masih terkial-kial mahu memujuk Maya namun sudah tidak diendahkan Maya lagi. Maya pergi meninggalkan Dani yang kecewa dengan muka yang sangatlah kesedihan. Kuat sungguh penangan Cinta Maya buatnya sampaikan Isteri sendiri diceraikan dan anak-anak diabaikan.
Maya muncul di pameran Adam dan berjumpa Adam . Maya meluahkan perasaan hati buat suami tersayang. Maaf dipohon dan mengaku salah silapnya. Adam tidak mahu mendengar hujah-hujah Maya. Maya menyesal dan terus memohon kemaafan dari Adam. Bodoh dan buta diperkatakan.
Let's Go Maya. Fuhh,keras juga hati Si Adam. Yerlah, sudah lama disimpan inilah jadinya. Maya menangis dan air mata Maya pula yang jatuh bercucuran. Fuhh, sayu aku dibuatnya.

730 malam

Adam hampir menangis. Maya melutut dan memohon kemaafan dari Adam. Adam mengatakan dia sudah lama mengampunkan Maya. Mereka berpeluk kegembiraan tiga keluarga, Adam + Maya + Amani = Nurul Alisya Ilyani. Hak3, or my family....Ok tak?

Cerita Melayu mestilah happy ending kan? Kalau tak mesti orang marahnya.

Dani mengelamun keseorangan , nak bunuh diri ke? Itulah balasan orang yang desperate dan mengejar isteri orang, kenangan diingat pun sudah tidak berguna lagi.

Angau Dani dibuatnya, semua wanita disangkakan Maya.

THE END, HAPPY ENDING, One of the best Drama I ever watched.

Drama Adamaya turut menjadi the only drama yang saya menulis entry berkenaannya melebihi 5 entry.  Entry-entry yang lain bolehlah singgah di sini :







P/s :Mahu jadi suami yang hebat dan bagus seperti Adam juga. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Wish me Luck!!

May 7, 2010

Lisa Surihani Oh Lisa Surihani

Kusangkakan panas sehingga ke petang, rupanya Lisa Surihani menyelit di tengah jalan dan menjadi orang ketiga antara kami. Adussh, berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Serba salah aku dibuatnya, ditelan mati mak, diluah mati ayah. Ohh, masih belum faham lagi ? Inilah maksudku :

Lisa Surihani Oh Lisa Surihani

Inilah yang ditulis di Facebook Wall Isteriku :

"Geramnya!!!....semlm baru tahu...rupa2nya setiap petang, suamiku merempit setiap hari balik kerja semata-mata nak tgk ADAM MAYA!!!!....sakitttnya atiiii!!!!....dan yg aku confius, sbnrnya dia merempit tu krn cerita tu bessttt sgt2 tau sebab nak tengok wajah LISA SURIHANI!!!!!....huk6x "

Adush, inilah penangan  OST ADAMAYA sampaikan isteriku mencemburui. Dussh, apa yang mahu ku jawab ya? Jangan risau sayang, cerita itu menarik, dan pelakon-pelakonnya kacak-kacak, cantik-cantik dan comel-comel belaka . Alah, macam Sayang suka tengok Cerita Hindustan laa. Apa nak dicemburui Lisa Surihani, jauh cantik sayang di hati Abang (hik3, gaya memujuk).

Lagipun, Lisa Surihani sudah berpunya, tak percaya tengok gambar ni :

Abang tak berani kacau, Nanti BangNara marah

Kuat sungguh penangan ADAMAYA, sampaikan isteri pun cemburu. Dushh, ini yang kena tonton lagi ni. Kata orang cemburu itu tanda sayang. Hik3.

Lisa Surihani Oh Lisa Surihani
Auramu menerjah Isteri
Namun sayang, kasihku hanya pada Isteri
Isteri Tersayang, kasih dicurahkan sudah semesti

Teringat kat kekasih lama, siapa lagi, tidak lain tidak bukan :

Great Teacher Fuyutsuki

P/s :Aura Lisa Surihani @ ADAMAYA ada menerjah anda, suami, isteri atau sahabat handai anda tak?

May 5, 2010

Slot Akasia Adamaya TV3 | Saya Mahu Cerai

Salam dari Eyriqazz,

Setelah agak begitu lama tidak sempat menonton Slot Akasia Adamaya di Tv3 atas kesibukan kerja, semalam berkesempatan menontonnya setelah merempit dengan lajunya . Sampai rumah elok-elok pukul 625 dan terus meneruskan menonton  :


Adussh, Episod 2 dan Episod 3 yang sempat kutonton sebelum ini memang menusuk kalbu. Harini dah tak tahu episod ke berapa, lepas ni kena buka website TV3 untuk lebih lanjut, nak tengok online internet slow macam siput.

Episod hari ini cukup sedih dan menyentuh jiwaku. Sedikit rumusan cerita hari ini :

1) Maya minta Cerai dengan Adam. Terkedu hatiku bila Maya luahkan ''Saya Mahu Cerai". Adush,terlepas episod sebelum ini dan jadi tidak keruan kenapa perhubungan yang bahagia tiba-tiba jadi begini.Why,why this things happened?

2) Maya ditangkap basah dengan bekas kekasih lamanya iaitu Dani . Dani telah berpisah dengan isterinya namun dia asyik melarikan diri untuk tuntutan nafkah anak bekas isterinya di mahkamah. Apa punya bapa laa, Pandai buat jer, tanggung tak pandai.

3) Maya mengatakan hubungan mereka sudah tidak gembira. Dani memujuk Maya supaya terus memaksa Adam menceraikannya. Aku respek ngan Adam, cool dan rileks saja menghadapi situasi genting sebegitu.

4) Wajah Maya sudah tidak seceria dulu. Huk3, nampak lain dan nampak macam jahat skit.

5) Cerita dah semakin sedih. Huk3, memang cerita melayu betul la. Sedih tapi mesti happy ending aku rasa nanti.


Umm, layan gambar Amani @ Adik Mia Sara Nasuha dan Lisa Surihani lagi best


Layan Lagu Yang Terindah pun best juga

P/s : Korang layan ADAMAYA lagi tak ? Apa komen ya?

P/s/s : Tak suka cerai-cerai ini. Minta-minta dijauhkan. I Love My Wife and Alisya Sooo Mucchhhh....Muahhhs Sayang n Alisya

May 1, 2010

ADAMAYA | Aku Rindu

Sedih minggu lepas langsung tak dapat layan cerita AdamMaya atas kesibukan kerja dan sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi, nak kasi layang jiwang sorang diri tengok gambar-gambar drama ini . Cuba teka episod berapa ini ? :

Jom Panjat Pokok Cari Madu. Madu Lebah dibenarkan
Wah, So Sweet.
Bilik sendiri pun nak kena pagar? Hik3...
Senyuman Lisa Surihani menggoda
Fuhh,takut!!!

Ehh, ini pelakon baru Adamaya ke?

Slot Akasia AdamMaya menarik dan terpesona
Aku terkejar aku menantinya
Sedih hati minggu lepas langsung tidak sempat menonton buat aku kecewa
Nak menonton di Internet , line macam siput pula

April 15, 2010

Lirik Lagu Yang Terindah | Akasia Adamaya



Semenjak kau hadir dalam Hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu Hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama Cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan Bahagia
Hingga aku terasa Indah

Maaf jika ku tidak Sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

 Jom layan lagunya pula

Memang menusuk kalbu lirik lagunya ,teruja aku mendengarnya. Balik ofis terkejar-kejar aku untuk menonton drama Akasia Adamaya ini jika berkesempatan. Sudah lama tidak teruja sebegini sejak Drama Nur Kasih.

Untuk lebih lanjut bolehla tengok entry ini:

April 9, 2010

ADAMAYA TV3 Episod 3| Part 1

ADAMAYA TV3 EPisod 3 menyusul pula
Aku menanti dengan setia
Hari ini dapat tengok setengah jam juga
Kerana Isteri mahu ke Carrefour membeli belah bersama keluarga

Inilah Sinopsis Episod ini berdasarkan apa yang saya tengok selama 30 minit :

Maya akhirnya bersetuju untuk mengahwini Adam dan mereka akhirnya bertunang (di Episod 2 rasanya). Namun, Dani kekasih hati Maya masih belum berputus asa dan cuba untuk mengajak Maya kahwin dengannya walau apapun cara@kahwin lari. Namun, Maya menolak. Apakah yang akan terjadi?


Jom kita saksikan apa pula yang berlaku di Episod 3 beserta gambarnya kali ini  :
Ini Pengalaman Malam Pertama Ke?
Adam @ Syed Hussein Syed Mustafa Hero Drama Ini (hik3, baru tahu nama betul dia)
Dani @ Faizal Yusof bekas Kekasih Maya yang gila bayang
Cantik Juga Pelakon Sampingan
Saya pun dalam Dilema. Ditelan Mati Mak, Diluah Mati Ayah
Pakai Jaket Dulu, Sejuk Nak Tengok Wayang Ni?
Aduyai, Dia Keluar Dengan Awek Aku La!!Nak Kena Lekuk Ni..
Dushh, Adegan Buka Jaket 


Episod Ke 3 Part 2 bakal menyusul.Banyak-banyak gambar boring juga kan?. Untuk Episod Sebelum Ini boleh la baca di sini :


Slot Akasia AdaMaya TV3 | Episod 2

Slot Akasia AdaMaya TV3 Memang Best


P/s : Aduh, kenapa aku pun sangkut dengan Drama Ini? Ada sesiapa yang terkena jangkitan sama? Memang teruja nak tengok cerita ini hari-hari. Nak tengok online , internet slow. Tiada ulangan ke ya episodnya ya?

April 8, 2010

Slot Akasia AdaMaya TV3 | Episod 2

Teruja dengan drama ini dan sambungan daripada entry Slot Akasia AdaMaya Tv3 Memang Best , episod kedua (2) sempat ditonton  lebih kurang setengah jam sebelum bertolak ke Project Alpha Launching Season 2 .Inilah lebih kurang cerita/gambarnya :

Maya @ Lisa Surihani serba salah dengan keputusan Ibu Bapanya untuk menjodohkannya sebelum mereka berangkat ke Luar Negara
Adushh,belajar belum habis, dah kena suruh kahwin?
Awak pinangla saya sebelum saya dikahwinkan dengan orang lain
Awak Sayangkan Saya tak?
Macam nak bertekak je? Aduhai lelaki..
Menangis la pula? Tak Macho la lelaki nangis.
Bolehla Promosikan di Majalah kami. Kalau nak lagi bagus, promosikannya di Nuffnang (berbaloi-baloi..Hik3,selingan sekejap,tapi betul apa?)

Jelingan Menggoda
Wah, orang berbudi kita berjasa ke ni?
Dussh, pandang mana tu??
Issh, Mamat Sengal ni lagi. Takde orang lain ke?

P/s : Bersambung ke Episod Ke 3.

P/s/s : Adussh, aku pun dah melekat dengan drama ini. Teringat kisah muda-muda bercintan-cintun dulu. Hik3. Anda dah tengok belum cerita ni? Rugi tak tengok.Memang best dan mengujakan.

UPDATED

Episod Seterusnya

Related Posts with Thumbnails