Showing posts with label hangit. Show all posts
Showing posts with label hangit. Show all posts

February 7, 2011

Lisa Surihani : Semalam I Call You.. You Tak Answer‏


Lisa Surihani : Semalam I Call You.. You Tak Answer‏

Fuhh, biar betik terima e-mail dari Lisa Surihani? Dahla tajuknya bukan main hangat lagi. Bila masa Lisa Surihani call saya tak answer ni? Hik3...Punyalah excited, saya bukakla email tu :

Dushh, E-mail Hangit rupanya..terkena eden.. Monday Blues betul laa...

P/s : Layan Lagu Kantoi Whatever versi sendiri lagi best camni. Preview skit :

Semalam I Call You U Tak Answer,
You Kata You tengah bawak kereter,
You kata you nak pi jumpa doktor ambik MC,
Tapi kawan I terjumpa you tengah dating dekat tangga pintu belakang KLCC

Kenapa You buat Hati I berbulu,
Dulu You Kata I Love U,
Sekarang pandai pula you tipu,
Mana janji-janji You dulu!!

January 20, 2011

Gambar David Beckham Peluk Lady Gaga

Dussh, laju je korang ya?

P/s : Hik3, hangit...Sorryla, eden pun baru je terkena dengan Cimon, so this is my turn to kenakan U all pulak..Jangan Marah ya...Hik3...

October 29, 2010

Kereta Baruku | Toyota Altis

Pucuk Dicita, ulam mendatang. Lain yang dicita, lain pula yang diorder. Ini gara-gara pameran di satu shopping complex dan tertarik dengan pelawaan Sales Girl yang jelita la ni. Mula-mula wife idamkan Toyota Vios, then Honda Accord, tup-tup, dek kerna pameran itu dan teruja kami pi booking :

Toyota Altis
Cantik juga kan?
Silver memang pilihan hatiku

Hampir bergaduh sakan kami suami Isteri. Isteri berkenan sangat, saya mula-mula tak berkenan mana.Agak mahal dan belum berkemampuan.  Tapi dek Sales Girl yang cantik jelita dan kata-kata menggoda, akhirnya saya tergoda sama. Melayan duit simpanan berbloggingku setahun lebih dan simpanan isteri nak bayar downpayment. Melayan RM15 ribu. Aduh, mungkin inilah kata pepatah " Biar Papa Asal Bergaya".

Tak sabar menanti kereta baruku ini. Katanya bakal sampai sebelum birthdayku bulan 11 nanti. Ewahh, ni yang teruja hati, dekat birthday dapat kereta baru. Gembiranya hati, Toyota Altis pun jadilah ,better than takde kan?

Oh, tidur malam termimpi-mimpi memandu kereta ini. Bilalah agaknya dapat kupandu kereta ini? Cepatlah proses loan semua, tak sabar membawa kereta ini untuk honeymoon kali kedua dan Alisya pun dah tak sabar-sabar menanti adik menemaninya bermain.

Sabar,sabar..akan tiba masanya...Oh, aku teruja...Tak sangka, hasil berblogging boleh tahan juga...

Pangggg....Ambil sebiji...Apa ni???? Tersentak dari igauan dan layanan perasaan, rupanya aku hanya pasang angan-angan....

Masih belum faham??Dushh....ini hanyalah permainan entryku yang sudah lama tidak kubuat..Entryyy apa? Ingin ku tahu juga? Apa lagii...Ini ADALAH ENTRYYY HANGITT....Hik3, masih belum awal untuk tukar kereta...

Psst...maaf ya..selingan Hari Jumaat..Besokkan dan cuti..Sekali sekali dihangitkan, syok juga kan? Hik3....

September 6, 2010

Fasha Sandha dan JE JAI

Fasha Sandha dan JE JAI

Selingan 1 : Ewah2 Je Jai, dating ngan Fasha Sandha tak kasitau pun.

Selingan 2 : Fuhh, gaya senyuman lebih kurang je.Dah pakat-pakat ke?

Selingan 3 : Abang Je Jai, bila nak beli kereta Ferrari pula?

Selingan 4 : Hak3, sorryla bro,aku super Impose gambar ko. Mood tengah ke London...Saje nak cari orang yang boleh disakat...

P/s : Je jai, dah beli belum domain jejai.com ? Baik ko beli cepat sebelum saya rembat.

P/s/s :Hik3, selingan di tengah malam. Masih penat balik dari Shopping baju raya.

May 19, 2010

Selamat Tinggal Dunia Blog

Salam Dari Eyriqazz,

Entri yang agak sedih bagi saya hari ini. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun berat dan sukar untuk diluahkan namun kata-kata perlu dilontarkan. Ditelan mati mak, diluah mati ayah.

Di kesempatan ini, eyriqazz ingin menyusun 10 jari buat semua rakan-rakan bloggers, pembaca dan semua yang telah menyokong saya sepanjang hampir setahun saya berblog secara aktif. Ucapan maaf terutamanya buat Kak Ina KL yang baru saja terkena panggilan hangit dari saya dan juga semua pembaca blog saya. Mungkin ada salah silap saya yang tidak saya sedari, maafkan saya juga. Biasalah, jadi manusia ini tidak lari dari membuat silap.

Sayonara Dari Saya

Tibalah masanya eyriqazz melabuhkan tirai dan mengucapkan Selamat Tinggal Dunia Blog. Perjalanan saya terhenti di sini. Usah di tanya sebabnya, yang pasti saya mahu luangkan lebih masa buat keluarga dan orang tersayang. 

Isteripun dah bising-bising saya habiskan banyak masa depan laptop . Itulah, kadang-kadang tak sedar kesilapan sendiri bila alpa  di alam maya dan Isteri sendiri diabaikan. Di samping itu, begitu tersentuh jiwa lelaki saya apabila membaca luahan seorang Isteri yang bertajuk " Kalaulah Saya Sebuah Blog " . Mungkin itu juga yang bermain-main di fikiran Isteri tersayangku.

Oh, itu bukan sebab utama, ada banyak lagi sebab lain saya terpaksa mengucapkan Selamat Tinggal.

Takpelah , tiada siapa yang akan perasan kehilangan blog Cap Ikan Ayam Goreng ini. Patah tumbuh, hilang berganti.  Apapun, saya akan tetap menyokong dan membaca blog anda secara senyap dan drop komen once in a while.

Selamat tinggal dunia blog . Aku akan merindui belaian manjamu , namun keputusan ini sudah muktamad bagiku. Walaupun baru berjinak-jinak dengan dunia blog ini, kenangan manis, mengujakan dan memori terindah seindah Lirik Lagu Yang Terindah Drama Akasia Adamaya akan tetap mekar diingatan.

Sebelum saya mengundurkan diri, satu pantun buat semua :
Selamat Tinggal Dunia Blog dari saya
Alam maya ini akan saya rindui dan ingati jua
Last but not least, dengarlah luahan hati saya
Inilah entry hangit terbaru saya adakah anda teruja dan terkena?

P/s : Mana boleh saya meninggalkan dunia blog semudah itu. Hik3…

P/s/s : Tapi, kalau betul pun, apa salahnya kan? Satu pergi beratus blog yang bagus muncul (Oh, blog saya hanya merapu meraban seorang diri).  Terimakasih buat semua.

P/s/s/s : Maaf dari saya.Saja nak menghangat/hangitkan Hari Rabu yang belum tentu hangat/hangit ni.

March 22, 2010

Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit

Minggu lepas, tengah seronok bercuti di Terengganu, eyriqazz dikejutkan dengan panggilan telefon. Adush, mengujakan namun ianya adalah :

Panggilan Hangit dari Hot Fm

Adushh, sebelum ianya diudarakan di Hot fm, baiklah aku yang bagitahu dulu. Kurang sikit rasa malu itu. Muahahaha, sibuk dok hangitkan orang, camne pula aku yang boleh terkena panggilan hangit ni? Oklah, tanpa membuang masa inilah lebih kurang perbualan tersebut :

Fafau@ Farah Fauzana : Hello, boleh bercakap dengan eyriqazz?

Saya : Eyriqazz bercakap. Siapa ni?

Fafau : Ini XY dari Nuffnang. Tahniah, anda baru sahaja memenangi BlackBerry® Storm™ 9520 sempena Contest yang dianjurkan oleh Nuffnang bersama Celcom bulan lepas. 

Saya : Ehh,betulke ni saya menang? Cam tak percaya je.

Fafau : Ehh, betulla. Setakat ni Nuffnang mana pernah tipu kan?

Fuh, pada masatu memang teruja sangat. Bercampur baur perasaan ku ketika itu. Cam tak percaya. Entry yang dibuat last minute dengan tajuk BlackBerry® Storm™ 9520 | Bagaikan Petir Memanah Jiwa  berjaya melayakkan aku memenangi hadiah utama.

Bak kata pepatah, Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu. Mungkin rezekiku memang bersama Nuffnang dan membuatkan aku bertambah sayang dengan Nuffnang. Thanks Nuffnang, I Love Nuffnang.

Psst,psst,sudahla mengelamun tu. Berbalik kepada perbualan telefon kembali :

Saya : Terimakasih, terimakasih (hampir menitikkan air mata)

Fafau : Oh ya, untuk tujuan verification ,boleh kasitau nama blog, nama penuh, IC dan alamat terkini 

Saya : Ini detailnya ( teruja punya pasal, kasi je,walhal sebelum ni tak pernah pula Nuffnang tanya soalan tu)

Fafau : Terimakasih. Oh ya, jangan lupa datang sendiri ambil hadiah ye.

Saya :Ambil di pejabat Nuffnang ke?

Fafau : Bukan-bukan. Ambil di pejabat Hot Fm.Hahahaha,  Anda telah terkena panggilan Hangit.

Saya :Warhhh,wtf kura-kura labi-labi, siput kambing betul.... (sambil kluarkan ayat yang tidak dapat direvealkan)

Adush, siapala yang menghangitkan aku ni. Aku rasa aku boleh teka. Ada rakan-rakan bloggers yang ingin menghangitkan aku. Ini mesti kerja Bean Moreno, Aus, ataupun JAI ni.

Ehh, takkan Melz kot? Siasat punya siasat, akhirnya aku temui siapa yang hangitkan aku. Aku dah geram ni, jadi aku akan revealkan beserta gambar di sini, baru dia tahu . Inilah Mamat yang aku maksudkan :

Siapa Ni ?

Hak3, itulah Mamat yang dimaksudkan. Eyriqazz @ Inspektor GTO bak kata JAI. Untuk makluman anda semua, anda telah terkena entry hangit. Muahahaha,jangan marah, nanti kena jual.

P/s :Amcam, mengujakan tak?

P/s/s : Terjahan bakal diteruskan tak lama lagi. Sekarang ni sudah ada lebih kurang 5 bloggers dalam queue untuk dipublishkan dan seperti dijanjikan.

P/s/s/s : Inginkan entry hangit lagi?Hik3....
Related Posts with Thumbnails