Showing posts with label sengal. Show all posts
Showing posts with label sengal. Show all posts

February 14, 2011

Aksi Sengal Blogger

Aksi Sengal Blogger

Eyriqazz - Saya Bukan Blogger Popular|Saya Blogger Cap Ikan Ayam Goreng yang suka join Event especially Nuffnang Event. Blogging telah banyak mengubah hidup dan menggembirakan hatinya.

Hamzah Ian - Anak ikan Sumijelly, pelajar UIA yang digilai ramai gadis-gadis Seksi. Setiap entry mendapat komen yang begitu banyak. Semakin menempa nama di dunia blogging dengan gaya penulisannya yang tersendiri. Sila terjahi untuk melihat sendiri Aura Ultraman Terengganu ini.

CikLilyPutih - Happy Go Lucky dengan taglinenya "Aku Pedulik Apa" . Suka bergosip tapi tak suka mengutuk orang. Kalau korang nak pi event takde kenderaan, bolehla tumpang dia. Hik3...

Daydeck - Photographer. tiada dalam gambar merangkap Bodyguard Kak Ina KL. Gambar yang diambil telah banyak dicilok dan membantu blogger2 yang lain especially entry kemenangan TerbangTinggiTinggi.

Persamaan : All of them suka join event especially Event Nuffnang. Nuffnang menemukan kami, dan persahabatan yang dibina sukar ditukar ganti.

P/s : Oh , Je Jai tiada dalam gambar. Time ni dia tengah dating ngan Fasha Sandha. Kerana Fasha, rakan dilupakan...Memang sengal kan?

March 22, 2010

Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit

Minggu lepas, tengah seronok bercuti di Terengganu, eyriqazz dikejutkan dengan panggilan telefon. Adush, mengujakan namun ianya adalah :

Panggilan Hangit dari Hot Fm

Adushh, sebelum ianya diudarakan di Hot fm, baiklah aku yang bagitahu dulu. Kurang sikit rasa malu itu. Muahahaha, sibuk dok hangitkan orang, camne pula aku yang boleh terkena panggilan hangit ni? Oklah, tanpa membuang masa inilah lebih kurang perbualan tersebut :

Fafau@ Farah Fauzana : Hello, boleh bercakap dengan eyriqazz?

Saya : Eyriqazz bercakap. Siapa ni?

Fafau : Ini XY dari Nuffnang. Tahniah, anda baru sahaja memenangi BlackBerry® Storm™ 9520 sempena Contest yang dianjurkan oleh Nuffnang bersama Celcom bulan lepas. 

Saya : Ehh,betulke ni saya menang? Cam tak percaya je.

Fafau : Ehh, betulla. Setakat ni Nuffnang mana pernah tipu kan?

Fuh, pada masatu memang teruja sangat. Bercampur baur perasaan ku ketika itu. Cam tak percaya. Entry yang dibuat last minute dengan tajuk BlackBerry® Storm™ 9520 | Bagaikan Petir Memanah Jiwa  berjaya melayakkan aku memenangi hadiah utama.

Bak kata pepatah, Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu. Mungkin rezekiku memang bersama Nuffnang dan membuatkan aku bertambah sayang dengan Nuffnang. Thanks Nuffnang, I Love Nuffnang.

Psst,psst,sudahla mengelamun tu. Berbalik kepada perbualan telefon kembali :

Saya : Terimakasih, terimakasih (hampir menitikkan air mata)

Fafau : Oh ya, untuk tujuan verification ,boleh kasitau nama blog, nama penuh, IC dan alamat terkini 

Saya : Ini detailnya ( teruja punya pasal, kasi je,walhal sebelum ni tak pernah pula Nuffnang tanya soalan tu)

Fafau : Terimakasih. Oh ya, jangan lupa datang sendiri ambil hadiah ye.

Saya :Ambil di pejabat Nuffnang ke?

Fafau : Bukan-bukan. Ambil di pejabat Hot Fm.Hahahaha,  Anda telah terkena panggilan Hangit.

Saya :Warhhh,wtf kura-kura labi-labi, siput kambing betul.... (sambil kluarkan ayat yang tidak dapat direvealkan)

Adush, siapala yang menghangitkan aku ni. Aku rasa aku boleh teka. Ada rakan-rakan bloggers yang ingin menghangitkan aku. Ini mesti kerja Bean Moreno, Aus, ataupun JAI ni.

Ehh, takkan Melz kot? Siasat punya siasat, akhirnya aku temui siapa yang hangitkan aku. Aku dah geram ni, jadi aku akan revealkan beserta gambar di sini, baru dia tahu . Inilah Mamat yang aku maksudkan :

Siapa Ni ?

Hak3, itulah Mamat yang dimaksudkan. Eyriqazz @ Inspektor GTO bak kata JAI. Untuk makluman anda semua, anda telah terkena entry hangit. Muahahaha,jangan marah, nanti kena jual.

P/s :Amcam, mengujakan tak?

P/s/s : Terjahan bakal diteruskan tak lama lagi. Sekarang ni sudah ada lebih kurang 5 bloggers dalam queue untuk dipublishkan dan seperti dijanjikan.

P/s/s/s : Inginkan entry hangit lagi?Hik3....
Related Posts with Thumbnails