Showing posts with label panggilan hangit. Show all posts
Showing posts with label panggilan hangit. Show all posts

June 2, 2011

Mama Blogger Terkena Panggilan Hangit

Eric : Hello, boleh bercakap dengan Mama ........ MZ : Bercakap...Siapa ni?

Eric : Saya Faizal Ismail dari Hot FM. Tahniah, puan baruje memenangi 2 tiket wayang Nur Kasih The Movie.
MZ : Umm,betoike ni?Bila masa pulak saya join any Contest dari HotFM?

Eric : U tak join, kawan u yang join. Dia letak nama u skali.So,boleh datang ambil tiket nanti?
MZ : Umm, Kat mana ya?Bila tayangan tu?

Eric : Kat HotFM Ofis. Tayangan tu Sabtu ni, pukul 9 malam...
MZ : Ohh, Maaf,Sabtu ni saya balik kampung...Anyway, thanks..

Eric : Hik (gelak...gelak....)
MZ : Hah? Siapa ni?

Eric : Ini eyriq...Actually nak tanya pasal ............
MZ : Arhhh...dah agak dah tadi (cover2)...Ni memang hangittt..Dahla tak datang Majlis Birthday Anak, call2 hangitkan orang..Uwaaaa, jangan publish di blog tau.....

Psst, Mana boleh tak publish, ini antara hobi terbaru eyriqazz, meh kita tengok siapa yang kena?

Mama Zharfan ,  Mama Blogger Yang Bakal Menggemparkan Dunia Blogging Suatu hari Nanti

Hik3, jangan marah naa..Nanti kena Jual (bak kata P.Ramlee)... Anyway, thanks MZ for the name list..Sudah diforwardkan..Hopefully terpilih la untuk EXora VIP Session this Saturday.

P/s : Who's Next? Umm,tengah mencari-cari mangsa seterusnya...

May 3, 2011

Thanks Nuffnang|Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit

Inilah sambungan Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit. Oh, patut kah kuluahkan? Alang-alang sudah terkeluar, saya informkan aja...Anyway, saya terkena panggilan hangit dari :


Masa mula-mula terima panggilan itu bulan lepas, macam tidak percaya saja . Rupa-rupanya untuk di Featured kan di Nuffnang untuk Bulan May 2011 . Gosok-gosok mata dan telinga, seakan tidak percaya. Adakah ini panggilan hangit?

Namun, bila penjelasan diberikan ternyata ianya panggilan hangat. Saya almost tolak coz saya rasa saya masih belum layak untuk di featured kan di sana. Blog Cap Ikan Ayam Goreng,hitspun suam-suam kuku. Namun, saya berfikir positif dan tentu ada sebabnya mereka memilih saya. Kata pepatah, "rezeki jangan ditolak kan? ". Saya ambil it on positif notes dan dateline yang agak mencabar diberikan, akhirnya saya sempat menyiapkan entry itu dalam pukul 4 pagi [ Lega...Settle Juga Akhirnya...] selepas a few hours edit2 gambar dan entry. 


Check it out that entry here : http://bit.ly/jTVM6h

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama Si Kucing Belang
Dua tiga boleh ku cari dan kucurangi
Namun, mungkin tidak kepada Nuffnang tersayang

P/s : Terimakasih buat semua pembaca, inipun berkat sokongan anda semua.

April 27, 2011

Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit


Huk3, finally terkena juga kat diri sendiri. Uwaaa, Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit. Tuhla, sibuk dok buat Panggilan Hangit dan kenakan orang, kan dah kena kat diri sendiri?.Ambil sebiji. Huk3..nih yang buat nak tutup blog ni.Sampai hati tau....Malas la nak cerita panjang, tunggulah bulan 5 nanti..

**Jom Berlumba dan berpeluang untuk memenangi IPAD 2, Blackberry BB Bold 3, iPod Touch and a pair of movie passes!

P/s : Huk3, mana nak sorok muka ni? Agak-agak kalau berhenti blogging sebulan pastu aktif balik orang ingat lagi tak kes terkena Panggilan Hangit ni?

April 22, 2011

Eyriqazz Almost Dihangitkan Blogger Popular


Mrs R : Hello, Ini tauke Tiger Show ke?
Eyriqazz ; Yes, speaking... (macam cam je suara,so layanje lahh..)

Mrs R : Saya berminat nak u buat satu tiger show. Sabtu ni.Lelaki satu, perempuan satu...
Eyriqazz : Ummm.....Siapa ni?

Mrs R : U ada buat tak?
Eyriqazz :  Umm...tak buat...Siapa ni ya?

Mrs R : Betulke u tak buat ni? I got ur number from someone that u boleh arrange buat tiger show...
Eyriqazz : Umm, wrong person..Maybe u can contact this PERSON

Mrs R : So, x buatla ni?
Eyriqazz : X..Ni Hot Fm ke ni?

Mrs R : Nooopeee...Ini.....

Redmummy Laaa...
*Some ayat diubah bagi menyedapkan rasa..

Dusshh, almost terkena eden..Takpe ko #JeJaiLy (Je Jai + Sumijelly )...Ada lori ada basss...

P/s : Actually Kak red ajak saya join satu event weekend ni tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, tak dpt join. Apapun, thanks again Kak red for the invite..Now i know more how it feel dihangitkan....Hik3...

January 14, 2011

Ketua Tali Barut@Kak Ina KL Terkena Panggilan Hangit Lagi


Eyriqazz : Salam Kak...
Kak Ina KL : Salam....

Eyriqazz : Kak, besok saya tak dapat join laa Maxis Om Nom Nom Race
Kak Ina KL : Kenapa Pula?

Eyriqazz : Saya half day arini. Sampai ofis, boss cakap besok ada testing di Shah Alam. Aduhh...
Kak Ina KL : MasyaAllah. So camne ni? Dah e-mail Robb?

Eyriqazz : Blom..Camne ya kak ? Siapa nak ganti?
Kak Ina KL : Aduuh, Kacau betoi la... Camne ni (dengan nada sedih dan lebih serius)

Eyriqazz : Umm, entah la kak ...camne ya?
Kak Ina KL : Umm....Tuhla...Kamu ni..ada-adaje last minute ni...

Eyriqazz : (sudah tidak dapat menahan)...Hak3......Hak3......
Kak Ina KL : Aphal?kenapa?

Eyriqazz : Hik3..gurau je kak....Hangittt..Saya join la..saje nak nyakat akak....
Kak Ina KL : Nak kena luku kamu Ni!!!! Ada Lori Ada Bas...

Panggilan hangit b4 this : Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit

Hik3, jangan marah nak Kak Ina...Nanti kan team kita nak dapat hadiah pi HK.Ahakz, Dream Big, manatau menjadi realiti kan? Thanks akak kasi tumpang besok...Tak sabar menanti hari besok

P/s : Jangan lupa Support Our Team nanti..The Talibaruts Team Are Ready to the Maxis Om Nom Nom Race

Umm, lepas ni nak hangitkan siapa pula ya?

November 22, 2010

Lagi Blogger Terkena Panggilan Hangit

Eyriqazz : Boleh Cakap dengan Abang Ben?


Abang Ben : Abang Ben bercakap?Siapa ni?


Eyriqazz : Ni farid, adik Sofia. Abang Ben, bila mahu bayar baju Linkin Park yang Abang Ben order ngan kakak saya?


Abang Ben : (Senyap sebentar). Order baju? Biar betul. Bila masa saya order baju.


Eyriqazz : Ewah2, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu buat-buat tanya pula...


Abang Ben : Seriusla .bila masa saya order. Jangan main-main , saya banyak kije ni. (sudah mahu bertukar jadi Incredible Hulk)


Eyriqazz : Seriusla, u order kat website kakak saya. Rm70+ je pun, dah poskan buat2 taknak bayar pula.


Abang Ben : Apa nama website kakak u?


Eyriqazz : Eyriqazz.Com


Abang Ben : (masih blur2)..cuba eja camne?


Eyriqazz : e,y,r,i,q....Hak3,abang ben..anda sudah terkena panggilan hangit..


Abang Ben : Dushh,hampeh tol la ko...Patutla aku rasa cam pernah dengan eyriqazz.com ..Ko rupanyaa...mangkukkkk......WTwatermelon.....


Mari kita tengok siapa yang kena :


**Some ayat telah diubah bagi menyedapkan rasa. Blog saya, ikut suka saya la kan?

P/s : Hik3, ada bakat jadi Ah Long ni. Yup, saya pernah kerja with Ah Long. Cam Boss saya cakap , "Yes, we are Ah long but with a license one" (Commercial Bank) .

P/s/s : Who's next?

***Life is Beautiful. Penuhi kehidupan dengan pelbagai pengalaman dan asam garam kehidupan. Kalau asyik normal je hari-hari, boring juga kan?

November 2, 2010

Lagi Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit

Masih Ingatkah lagi Kisah Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit ? Teruja juga dapat hangitkan Kak Ina KL last time , dan sekali lagi weekend lepas eyriqazz berjaya menghangitkan seorang lagi blogger popular. Mahu tangis dibuatnya di dia. Inilah kisahnya :
Mula-Mula Pasang Perangkap

Eyriqazz : Hutang Adik Saya bila Mau Bayar (Cam gaya Ah Long pula)
Sudah Mula terperangkap . Siapa Ni? Nak Cari Siapa Ya?
Eyriqazz : Ni Stacykan dari ....  ?...teruskan baca sendiri..

Mungkin Si Dia sudah terasa risau yang amat, dia membuat panggilan .
Panggilan Diterima. Sengaja tidak diangkat...Kasi jerat lebih mengena

Dia mula bertambah risau, hantar satu lagi mesej :
Marah Nampak? Betoi ke tak order tudung dari Adik Saya?

Dia telefon lagi, saya angkat dan layan :

DIA : Hello, ni siapa?
Eyriqazz : Awak order tudung ngan adik saya. Bila Mahu bayar?

Dia : Bila saya beli?
Eyriqazz :Buat tak ingat pula, Awak order online dengannya. Adalah dalam 100 pasang.Ewah2,pandai beli taknak bayar. Dah poskan buat-buat taktau.

Dia : Ehh, mana ada saya order, siapa nama adik?
Eyriqazz :Azlin...kenal?

Dia : Apa nama web dia?
Eyriqazz : Eyriqazz.Com

Dia : Arghhh...Hak3 (gelak sakan). Sampai ati Eyriq buat Kak Yan Camni, menggigil2 Kak Yan tau pasal hutang-hutang ni. Dahla baru sampai rumah....Ha...Ha..Hangit betulla eyriq ni...Jgn buat lagi tau..
Eyriq : Akan buat lagi...Hik3, Inilah orangnya terkena panggilan hangit...

Kak Yan di YanmieOnline.Com .

Jom terjah, hits dia kalahkan Eyriqazz tau. Memang mantap dan mengancam dengan tips-tips dan entry yang best dan menarik hati.

P/s :Amcam, menjadi tak panggilan hangit eyriqazz?

P/s/s : Who's Next? 

May 18, 2010

Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit

Salam dari Eyriqazz,

Monday Blues sudah berakhir, Tuesday Coolz muncul lagi. Kali ni saya ingin bercerita kisah :


Blogger PopulaR Terkena Panggilan Hangit



Beginilah lebih kurang perbualan telefon Panggilan Hangit tersebut :

Penghangit : Hello, boleh bercakap dengan Puan X?

Anak Puan X : Siapa Ni?

Penghangit : Saya dari Maybank Kredit Kad

Anak Puan X : Mama, Maybank Kredit Kad telefon

Puan X : Hello, awak nak offer saya subscribe kredit kad ke?

Penghangit : Bukan, saya nak inform Puan X yang kredit kad Puan sudah tiga bulan tidak berbayar?

Puan X : Kredit kad tak berbayar? Saya mana ada kredit kad?

Penghangit : Umm, dalam sistem kami sudah tiga bulan tak bayar.

Puan X :Awak silap orang ni, awak cakap ngan Puan X binti apa?

Penghangit : Puan X binti.....  Alamat di Sentul....No. telefon seperti ini..Last transaction di Sogo...

Puan X :Awak jangan main-main (dengan nada dah nak mengamuk dan marah)....

Penghangit  : Betul puan...So bila puan boleh bayar ni?

Puan X : Saya takde kredit kad Maybank...Camnila...Saya akan buat laporan polis..tunggulah...(marah-marah lagi )

Penghangit : (Sudah tidak dapat menahan untuk gelak......Terus gelak....)hak,hak,hakkk........sudah terkena!!!

Puan X : Adoii...hampeh betoi kamu Mr Y..... ( kenal juga dia ya?)

Nak tahu siapa yang terkena panggilan hangit dan penhangitnya? Jom terjah :


Kak Ina KL dihangitkan Eyriqazz

P/s : Hik3..best juga dapat kenakan Kak Ina KL ni. No hard feeling ya akak? Saje menyakat-nyakat. Janganlah report polis, naya saya nanti...Hik3...

P/s/s : Lepasni boleh la jemput saya makan di rumah akak...

P/s/s/s : Lepas ni nak hangitkan siapa pula ye? Any suggestion?

March 22, 2010

Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit

Minggu lepas, tengah seronok bercuti di Terengganu, eyriqazz dikejutkan dengan panggilan telefon. Adush, mengujakan namun ianya adalah :

Panggilan Hangit dari Hot Fm

Adushh, sebelum ianya diudarakan di Hot fm, baiklah aku yang bagitahu dulu. Kurang sikit rasa malu itu. Muahahaha, sibuk dok hangitkan orang, camne pula aku yang boleh terkena panggilan hangit ni? Oklah, tanpa membuang masa inilah lebih kurang perbualan tersebut :

Fafau@ Farah Fauzana : Hello, boleh bercakap dengan eyriqazz?

Saya : Eyriqazz bercakap. Siapa ni?

Fafau : Ini XY dari Nuffnang. Tahniah, anda baru sahaja memenangi BlackBerry® Storm™ 9520 sempena Contest yang dianjurkan oleh Nuffnang bersama Celcom bulan lepas. 

Saya : Ehh,betulke ni saya menang? Cam tak percaya je.

Fafau : Ehh, betulla. Setakat ni Nuffnang mana pernah tipu kan?

Fuh, pada masatu memang teruja sangat. Bercampur baur perasaan ku ketika itu. Cam tak percaya. Entry yang dibuat last minute dengan tajuk BlackBerry® Storm™ 9520 | Bagaikan Petir Memanah Jiwa  berjaya melayakkan aku memenangi hadiah utama.

Bak kata pepatah, Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu. Mungkin rezekiku memang bersama Nuffnang dan membuatkan aku bertambah sayang dengan Nuffnang. Thanks Nuffnang, I Love Nuffnang.

Psst,psst,sudahla mengelamun tu. Berbalik kepada perbualan telefon kembali :

Saya : Terimakasih, terimakasih (hampir menitikkan air mata)

Fafau : Oh ya, untuk tujuan verification ,boleh kasitau nama blog, nama penuh, IC dan alamat terkini 

Saya : Ini detailnya ( teruja punya pasal, kasi je,walhal sebelum ni tak pernah pula Nuffnang tanya soalan tu)

Fafau : Terimakasih. Oh ya, jangan lupa datang sendiri ambil hadiah ye.

Saya :Ambil di pejabat Nuffnang ke?

Fafau : Bukan-bukan. Ambil di pejabat Hot Fm.Hahahaha,  Anda telah terkena panggilan Hangit.

Saya :Warhhh,wtf kura-kura labi-labi, siput kambing betul.... (sambil kluarkan ayat yang tidak dapat direvealkan)

Adush, siapala yang menghangitkan aku ni. Aku rasa aku boleh teka. Ada rakan-rakan bloggers yang ingin menghangitkan aku. Ini mesti kerja Bean Moreno, Aus, ataupun JAI ni.

Ehh, takkan Melz kot? Siasat punya siasat, akhirnya aku temui siapa yang hangitkan aku. Aku dah geram ni, jadi aku akan revealkan beserta gambar di sini, baru dia tahu . Inilah Mamat yang aku maksudkan :

Siapa Ni ?

Hak3, itulah Mamat yang dimaksudkan. Eyriqazz @ Inspektor GTO bak kata JAI. Untuk makluman anda semua, anda telah terkena entry hangit. Muahahaha,jangan marah, nanti kena jual.

P/s :Amcam, mengujakan tak?

P/s/s : Terjahan bakal diteruskan tak lama lagi. Sekarang ni sudah ada lebih kurang 5 bloggers dalam queue untuk dipublishkan dan seperti dijanjikan.

P/s/s/s : Inginkan entry hangit lagi?Hik3....
Related Posts with Thumbnails