Showing posts with label blogger terkena panggilan hangit. Show all posts
Showing posts with label blogger terkena panggilan hangit. Show all posts

June 2, 2011

Mama Blogger Terkena Panggilan Hangit

Eric : Hello, boleh bercakap dengan Mama ........ MZ : Bercakap...Siapa ni?

Eric : Saya Faizal Ismail dari Hot FM. Tahniah, puan baruje memenangi 2 tiket wayang Nur Kasih The Movie.
MZ : Umm,betoike ni?Bila masa pulak saya join any Contest dari HotFM?

Eric : U tak join, kawan u yang join. Dia letak nama u skali.So,boleh datang ambil tiket nanti?
MZ : Umm, Kat mana ya?Bila tayangan tu?

Eric : Kat HotFM Ofis. Tayangan tu Sabtu ni, pukul 9 malam...
MZ : Ohh, Maaf,Sabtu ni saya balik kampung...Anyway, thanks..

Eric : Hik (gelak...gelak....)
MZ : Hah? Siapa ni?

Eric : Ini eyriq...Actually nak tanya pasal ............
MZ : Arhhh...dah agak dah tadi (cover2)...Ni memang hangittt..Dahla tak datang Majlis Birthday Anak, call2 hangitkan orang..Uwaaaa, jangan publish di blog tau.....

Psst, Mana boleh tak publish, ini antara hobi terbaru eyriqazz, meh kita tengok siapa yang kena?

Mama Zharfan ,  Mama Blogger Yang Bakal Menggemparkan Dunia Blogging Suatu hari Nanti

Hik3, jangan marah naa..Nanti kena Jual (bak kata P.Ramlee)... Anyway, thanks MZ for the name list..Sudah diforwardkan..Hopefully terpilih la untuk EXora VIP Session this Saturday.

P/s : Who's Next? Umm,tengah mencari-cari mangsa seterusnya...

January 14, 2011

Ketua Tali Barut@Kak Ina KL Terkena Panggilan Hangit Lagi


Eyriqazz : Salam Kak...
Kak Ina KL : Salam....

Eyriqazz : Kak, besok saya tak dapat join laa Maxis Om Nom Nom Race
Kak Ina KL : Kenapa Pula?

Eyriqazz : Saya half day arini. Sampai ofis, boss cakap besok ada testing di Shah Alam. Aduhh...
Kak Ina KL : MasyaAllah. So camne ni? Dah e-mail Robb?

Eyriqazz : Blom..Camne ya kak ? Siapa nak ganti?
Kak Ina KL : Aduuh, Kacau betoi la... Camne ni (dengan nada sedih dan lebih serius)

Eyriqazz : Umm, entah la kak ...camne ya?
Kak Ina KL : Umm....Tuhla...Kamu ni..ada-adaje last minute ni...

Eyriqazz : (sudah tidak dapat menahan)...Hak3......Hak3......
Kak Ina KL : Aphal?kenapa?

Eyriqazz : Hik3..gurau je kak....Hangittt..Saya join la..saje nak nyakat akak....
Kak Ina KL : Nak kena luku kamu Ni!!!! Ada Lori Ada Bas...

Panggilan hangit b4 this : Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit

Hik3, jangan marah nak Kak Ina...Nanti kan team kita nak dapat hadiah pi HK.Ahakz, Dream Big, manatau menjadi realiti kan? Thanks akak kasi tumpang besok...Tak sabar menanti hari besok

P/s : Jangan lupa Support Our Team nanti..The Talibaruts Team Are Ready to the Maxis Om Nom Nom Race

Umm, lepas ni nak hangitkan siapa pula ya?

November 22, 2010

Lagi Blogger Terkena Panggilan Hangit

Eyriqazz : Boleh Cakap dengan Abang Ben?


Abang Ben : Abang Ben bercakap?Siapa ni?


Eyriqazz : Ni farid, adik Sofia. Abang Ben, bila mahu bayar baju Linkin Park yang Abang Ben order ngan kakak saya?


Abang Ben : (Senyap sebentar). Order baju? Biar betul. Bila masa saya order baju.


Eyriqazz : Ewah2, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu buat-buat tanya pula...


Abang Ben : Seriusla .bila masa saya order. Jangan main-main , saya banyak kije ni. (sudah mahu bertukar jadi Incredible Hulk)


Eyriqazz : Seriusla, u order kat website kakak saya. Rm70+ je pun, dah poskan buat2 taknak bayar pula.


Abang Ben : Apa nama website kakak u?


Eyriqazz : Eyriqazz.Com


Abang Ben : (masih blur2)..cuba eja camne?


Eyriqazz : e,y,r,i,q....Hak3,abang ben..anda sudah terkena panggilan hangit..


Abang Ben : Dushh,hampeh tol la ko...Patutla aku rasa cam pernah dengan eyriqazz.com ..Ko rupanyaa...mangkukkkk......WTwatermelon.....


Mari kita tengok siapa yang kena :


**Some ayat telah diubah bagi menyedapkan rasa. Blog saya, ikut suka saya la kan?

P/s : Hik3, ada bakat jadi Ah Long ni. Yup, saya pernah kerja with Ah Long. Cam Boss saya cakap , "Yes, we are Ah long but with a license one" (Commercial Bank) .

P/s/s : Who's next?

***Life is Beautiful. Penuhi kehidupan dengan pelbagai pengalaman dan asam garam kehidupan. Kalau asyik normal je hari-hari, boring juga kan?

November 2, 2010

Lagi Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit

Masih Ingatkah lagi Kisah Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit ? Teruja juga dapat hangitkan Kak Ina KL last time , dan sekali lagi weekend lepas eyriqazz berjaya menghangitkan seorang lagi blogger popular. Mahu tangis dibuatnya di dia. Inilah kisahnya :
Mula-Mula Pasang Perangkap

Eyriqazz : Hutang Adik Saya bila Mau Bayar (Cam gaya Ah Long pula)
Sudah Mula terperangkap . Siapa Ni? Nak Cari Siapa Ya?
Eyriqazz : Ni Stacykan dari ....  ?...teruskan baca sendiri..

Mungkin Si Dia sudah terasa risau yang amat, dia membuat panggilan .
Panggilan Diterima. Sengaja tidak diangkat...Kasi jerat lebih mengena

Dia mula bertambah risau, hantar satu lagi mesej :
Marah Nampak? Betoi ke tak order tudung dari Adik Saya?

Dia telefon lagi, saya angkat dan layan :

DIA : Hello, ni siapa?
Eyriqazz : Awak order tudung ngan adik saya. Bila Mahu bayar?

Dia : Bila saya beli?
Eyriqazz :Buat tak ingat pula, Awak order online dengannya. Adalah dalam 100 pasang.Ewah2,pandai beli taknak bayar. Dah poskan buat-buat taktau.

Dia : Ehh, mana ada saya order, siapa nama adik?
Eyriqazz :Azlin...kenal?

Dia : Apa nama web dia?
Eyriqazz : Eyriqazz.Com

Dia : Arghhh...Hak3 (gelak sakan). Sampai ati Eyriq buat Kak Yan Camni, menggigil2 Kak Yan tau pasal hutang-hutang ni. Dahla baru sampai rumah....Ha...Ha..Hangit betulla eyriq ni...Jgn buat lagi tau..
Eyriq : Akan buat lagi...Hik3, Inilah orangnya terkena panggilan hangit...

Kak Yan di YanmieOnline.Com .

Jom terjah, hits dia kalahkan Eyriqazz tau. Memang mantap dan mengancam dengan tips-tips dan entry yang best dan menarik hati.

P/s :Amcam, menjadi tak panggilan hangit eyriqazz?

P/s/s : Who's Next? 

May 18, 2010

Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit

Salam dari Eyriqazz,

Monday Blues sudah berakhir, Tuesday Coolz muncul lagi. Kali ni saya ingin bercerita kisah :


Blogger PopulaR Terkena Panggilan Hangit



Beginilah lebih kurang perbualan telefon Panggilan Hangit tersebut :

Penghangit : Hello, boleh bercakap dengan Puan X?

Anak Puan X : Siapa Ni?

Penghangit : Saya dari Maybank Kredit Kad

Anak Puan X : Mama, Maybank Kredit Kad telefon

Puan X : Hello, awak nak offer saya subscribe kredit kad ke?

Penghangit : Bukan, saya nak inform Puan X yang kredit kad Puan sudah tiga bulan tidak berbayar?

Puan X : Kredit kad tak berbayar? Saya mana ada kredit kad?

Penghangit : Umm, dalam sistem kami sudah tiga bulan tak bayar.

Puan X :Awak silap orang ni, awak cakap ngan Puan X binti apa?

Penghangit : Puan X binti.....  Alamat di Sentul....No. telefon seperti ini..Last transaction di Sogo...

Puan X :Awak jangan main-main (dengan nada dah nak mengamuk dan marah)....

Penghangit  : Betul puan...So bila puan boleh bayar ni?

Puan X : Saya takde kredit kad Maybank...Camnila...Saya akan buat laporan polis..tunggulah...(marah-marah lagi )

Penghangit : (Sudah tidak dapat menahan untuk gelak......Terus gelak....)hak,hak,hakkk........sudah terkena!!!

Puan X : Adoii...hampeh betoi kamu Mr Y..... ( kenal juga dia ya?)

Nak tahu siapa yang terkena panggilan hangit dan penhangitnya? Jom terjah :


Kak Ina KL dihangitkan Eyriqazz

P/s : Hik3..best juga dapat kenakan Kak Ina KL ni. No hard feeling ya akak? Saje menyakat-nyakat. Janganlah report polis, naya saya nanti...Hik3...

P/s/s : Lepasni boleh la jemput saya makan di rumah akak...

P/s/s/s : Lepas ni nak hangitkan siapa pula ye? Any suggestion?
Related Posts with Thumbnails