May 13, 2010

Live Blogging | Akasia Adamaya Episod Terakhir

Salam dari Eyriqazz,

Punyalah teruja dan bila dapat tahu dari entry Episode Akhir Adamaya – Adam Mati dari Kak Yanmie , balik je kerja walaupun hujan lebat, aku merempuh hujan,merempit dan basah kuyup semata-mata tidak mahu melepaskan kesudahan episod ini. Walaupun sudah ditegur Isteri aku gagahkan jua dan aku teruja untuk menyaksikan Akasia Adamaya Episod Terakhir hari ini, 13 Mei 2010.

Keterujaanku ini akan kuteruskan dengan  Live Blogging pasal drama ini. Mungkin ada yang masih di ofis boleh membaca entry ini dan mendapat update dan berkongsi keterujaan ini. Akan saya updatekan dari masa ke semasa.Fuhh, dah lama tak buat Live Blogging , terasa teruja la pula.
Ini Episod Semalam | Sedihnya Maya bila Adam kata mereka mungkin berpisah
640 petang
Dani terkejut Mika (kawan karibnya) bakal berkahwin dengan bekas Isterinya.

Dani menyerang rumah Maya dan menamparnya . Maya marah-marah dan mengamuk dengan Dani kerana Dani pernah berbuat kasar dengan anaknya Amani (Adik Mia Sara Nasuha)

Maya terkejut apabila diminta 'sign' dokumen dari Adam (adakah dokumen untuk Adam kahwin satu lagi? Hak3....)

7 malam


Maya 'sign' surat Commision pameran sulung Adam. Sayang betul ADAM dekat MAYA. I Love my wife too.Hik3...

Maya cakap kat Dani dia tidak mahu jumpa dia lagi namun Dani menggugut akan mencarinya sehingga ke lubang cacing  dan andainya dia tidak dapat hidup bersama Maya, Adam pun tidak layak untuknya.

Amani sangatlah comel ketika berbual-bual dengan Adam di dalam kereta.

Adam menghadiahkan satu kotak hadiah buat Maya. Satu surat dari Adam meluahkan perasaan hati. Maya menitikkan air mata membaca surat dari suami. Adam meluahkan perasaan akan cita-cita Maya.

Adam memohon maaf atas impian Maya yang tidak dapat dipenuhi. Sungguh romantik membaca surat dari Adam. Dush2,teruja dan tersentuh jiwa kelakianku. Satu novel turut dihadiahkan kepada Maya yang bertajuk ''Kembara Mencari Cinta"

Memori silam mengungkai kembali diri Maya dan dia semakin merindui Adam dan air matanya semakin jatuh bercucuran.

715 malam

Dani melutut di kaki Maya dan memohon maaf. Terhenti seketika perbualan mereka.
Pameran sulung Adam mendapat sambutan hangat. Dani memujuk Maya kembali dan inginkan peluang diberikan kepadanya lagi. Maya memaafkan Dani namun mengatakan yang dia tidak akan bersama dengan Dani. Bukan soal berubah, hatinya masih setia dengan Adam dan menyesal kerana menjadi Isteri yang derhaka, ego kepada suami sendiri walhal dia sayangkan suaminya.
Maya mengatakan Dani tidak layak menjadi bapa buat Amani. Dani mengatakan yang dia mampu buat yang lebih baik daripada Adam. Omongan kosong namun Amani sudah tidak mempercayainya lagi. Kini, Adam yang bertakhta di hatinya. Syurga di kaki Suami.
Dani merayu-rayu dan menangis (buruknya perangai!!!) dan masih terkial-kial mahu memujuk Maya namun sudah tidak diendahkan Maya lagi. Maya pergi meninggalkan Dani yang kecewa dengan muka yang sangatlah kesedihan. Kuat sungguh penangan Cinta Maya buatnya sampaikan Isteri sendiri diceraikan dan anak-anak diabaikan.
Maya muncul di pameran Adam dan berjumpa Adam . Maya meluahkan perasaan hati buat suami tersayang. Maaf dipohon dan mengaku salah silapnya. Adam tidak mahu mendengar hujah-hujah Maya. Maya menyesal dan terus memohon kemaafan dari Adam. Bodoh dan buta diperkatakan.
Let's Go Maya. Fuhh,keras juga hati Si Adam. Yerlah, sudah lama disimpan inilah jadinya. Maya menangis dan air mata Maya pula yang jatuh bercucuran. Fuhh, sayu aku dibuatnya.

730 malam

Adam hampir menangis. Maya melutut dan memohon kemaafan dari Adam. Adam mengatakan dia sudah lama mengampunkan Maya. Mereka berpeluk kegembiraan tiga keluarga, Adam + Maya + Amani = Nurul Alisya Ilyani. Hak3, or my family....Ok tak?

Cerita Melayu mestilah happy ending kan? Kalau tak mesti orang marahnya.

Dani mengelamun keseorangan , nak bunuh diri ke? Itulah balasan orang yang desperate dan mengejar isteri orang, kenangan diingat pun sudah tidak berguna lagi.

Angau Dani dibuatnya, semua wanita disangkakan Maya.

THE END, HAPPY ENDING, One of the best Drama I ever watched.

Drama Adamaya turut menjadi the only drama yang saya menulis entry berkenaannya melebihi 5 entry.  Entry-entry yang lain bolehlah singgah di sini :







P/s :Mahu jadi suami yang hebat dan bagus seperti Adam juga. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Wish me Luck!!

15 comments:

  1. saya geram btol dengan Dani ni,desperate!

    ReplyDelete
  2. penangan adam maya begitu kuat sekali ya...
    segala rintangan sanggup ku tempuh

    ReplyDelete
  3. meleleh airmata tengok sorang2 huhuuuu

    ReplyDelete
  4. baru start tengok hari ni..ehhe

    http://naman0807.blogspot.com/2010/05/nak-jugak-sibuk-tengok-adamaya.html

    ReplyDelete
  5. .fuyoooooooooo
    .siap buat live blogging

    ReplyDelete
  6. hahhaaa merempit dlm hujan. citer adamaya nie mmg best. 2 kali jugak mata lebam menangis..nk lagi tgk episode akhir nie?? meh ke blog..ekekee

    ReplyDelete
  7. Betul. Saya suka drama ini (wpun tema sama jer) tapi jalan penceritaannya yang pantas, tidak meleret dan mesej sangat berguna.

    ReplyDelete
  8. Haha,sempat lagi tulis dekat sini. :)

    ReplyDelete
  9. hoh! memang Adam suami yg mithali..baik.. T__T terharu

    ReplyDelete
  10. hai onichiiii
    teruja gila tgk nama blog ni!

    btw sy x pnh tgk adamaya. sedihkan..
    nti tgk kt tv3 online la.. :p

    ReplyDelete
  11. para suami jeles ngan adam
    adam dah jadi suami idola la pulak
    nasib baik drama tu dah habis kalau tak lagi ramai suami makan hati

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails