Showing posts with label Akasia Adamaya. Show all posts
Showing posts with label Akasia Adamaya. Show all posts

May 7, 2010

Lisa Surihani Oh Lisa Surihani

Kusangkakan panas sehingga ke petang, rupanya Lisa Surihani menyelit di tengah jalan dan menjadi orang ketiga antara kami. Adussh, berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Serba salah aku dibuatnya, ditelan mati mak, diluah mati ayah. Ohh, masih belum faham lagi ? Inilah maksudku :

Lisa Surihani Oh Lisa Surihani

Inilah yang ditulis di Facebook Wall Isteriku :

"Geramnya!!!....semlm baru tahu...rupa2nya setiap petang, suamiku merempit setiap hari balik kerja semata-mata nak tgk ADAM MAYA!!!!....sakitttnya atiiii!!!!....dan yg aku confius, sbnrnya dia merempit tu krn cerita tu bessttt sgt2 tau sebab nak tengok wajah LISA SURIHANI!!!!!....huk6x "

Adush, inilah penangan  OST ADAMAYA sampaikan isteriku mencemburui. Dussh, apa yang mahu ku jawab ya? Jangan risau sayang, cerita itu menarik, dan pelakon-pelakonnya kacak-kacak, cantik-cantik dan comel-comel belaka . Alah, macam Sayang suka tengok Cerita Hindustan laa. Apa nak dicemburui Lisa Surihani, jauh cantik sayang di hati Abang (hik3, gaya memujuk).

Lagipun, Lisa Surihani sudah berpunya, tak percaya tengok gambar ni :

Abang tak berani kacau, Nanti BangNara marah

Kuat sungguh penangan ADAMAYA, sampaikan isteri pun cemburu. Dushh, ini yang kena tonton lagi ni. Kata orang cemburu itu tanda sayang. Hik3.

Lisa Surihani Oh Lisa Surihani
Auramu menerjah Isteri
Namun sayang, kasihku hanya pada Isteri
Isteri Tersayang, kasih dicurahkan sudah semesti

Teringat kat kekasih lama, siapa lagi, tidak lain tidak bukan :

Great Teacher Fuyutsuki

P/s :Aura Lisa Surihani @ ADAMAYA ada menerjah anda, suami, isteri atau sahabat handai anda tak?

May 5, 2010

Slot Akasia Adamaya TV3 | Saya Mahu Cerai

Salam dari Eyriqazz,

Setelah agak begitu lama tidak sempat menonton Slot Akasia Adamaya di Tv3 atas kesibukan kerja, semalam berkesempatan menontonnya setelah merempit dengan lajunya . Sampai rumah elok-elok pukul 625 dan terus meneruskan menonton  :


Adussh, Episod 2 dan Episod 3 yang sempat kutonton sebelum ini memang menusuk kalbu. Harini dah tak tahu episod ke berapa, lepas ni kena buka website TV3 untuk lebih lanjut, nak tengok online internet slow macam siput.

Episod hari ini cukup sedih dan menyentuh jiwaku. Sedikit rumusan cerita hari ini :

1) Maya minta Cerai dengan Adam. Terkedu hatiku bila Maya luahkan ''Saya Mahu Cerai". Adush,terlepas episod sebelum ini dan jadi tidak keruan kenapa perhubungan yang bahagia tiba-tiba jadi begini.Why,why this things happened?

2) Maya ditangkap basah dengan bekas kekasih lamanya iaitu Dani . Dani telah berpisah dengan isterinya namun dia asyik melarikan diri untuk tuntutan nafkah anak bekas isterinya di mahkamah. Apa punya bapa laa, Pandai buat jer, tanggung tak pandai.

3) Maya mengatakan hubungan mereka sudah tidak gembira. Dani memujuk Maya supaya terus memaksa Adam menceraikannya. Aku respek ngan Adam, cool dan rileks saja menghadapi situasi genting sebegitu.

4) Wajah Maya sudah tidak seceria dulu. Huk3, nampak lain dan nampak macam jahat skit.

5) Cerita dah semakin sedih. Huk3, memang cerita melayu betul la. Sedih tapi mesti happy ending aku rasa nanti.


Umm, layan gambar Amani @ Adik Mia Sara Nasuha dan Lisa Surihani lagi best


Layan Lagu Yang Terindah pun best juga

P/s : Korang layan ADAMAYA lagi tak ? Apa komen ya?

P/s/s : Tak suka cerai-cerai ini. Minta-minta dijauhkan. I Love My Wife and Alisya Sooo Mucchhhh....Muahhhs Sayang n Alisya

May 1, 2010

ADAMAYA | Aku Rindu

Sedih minggu lepas langsung tak dapat layan cerita AdamMaya atas kesibukan kerja dan sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi, nak kasi layang jiwang sorang diri tengok gambar-gambar drama ini . Cuba teka episod berapa ini ? :

Jom Panjat Pokok Cari Madu. Madu Lebah dibenarkan
Wah, So Sweet.
Bilik sendiri pun nak kena pagar? Hik3...
Senyuman Lisa Surihani menggoda
Fuhh,takut!!!

Ehh, ini pelakon baru Adamaya ke?

Slot Akasia AdamMaya menarik dan terpesona
Aku terkejar aku menantinya
Sedih hati minggu lepas langsung tidak sempat menonton buat aku kecewa
Nak menonton di Internet , line macam siput pula
Related Posts with Thumbnails