Teruja dengan entry Slot Akasia AdaMaya Tv3 Muncul 6 April 2010 dari Melromeo , jadi saya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan drama ini. Lebih-lebih lagi bila kekasih hati Melromeo dan Bang Nara turut berlakon .Siapa lagi, Lisa Surihani la (Cinta Tiga segi di alam Maya) .
Inilah komen saya beserta gambar-gambar sekali. Sempat tengok hari ini ( Selasa ,6 April 2010,episod pertama ) . Baru best nak bercerita kan?
CInta Antara Kau, Aku dan Dia? Macam Cinta Tiga Segi Je
Si Adam cuba Skodeng saya la, Itulah Kata Lisa Surihani @Maya
Marahpun still Comel dan Cantik kan?
Betulke Ni?
Jom Jalan-Jalan di Hutan ( Dushh, kulari kehutan kemudian menyanyiku, kulari kepantai kemudian teriakku)
Issh, nak kena Mamat Ni.Sengal Semacam je
Hak3, Buat-buat tak dengar Pula
Maya Kelu
Rombongan Meminang ke?
Seriously, saya ni tak berapa layan mana drama bersiri , Na O Mei pun tengok sekejap ja. Tapi cerita ni nampak best, lain dari yang lain dengan pelakon-pelakonnya bolehla tahan juga.
Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.
Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.
Ibubapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.
Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju..
Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.
Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?
“ADAMAYA mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan"
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton ADAMAYA menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang, hanya di TV3.
P/s :Apsal tetiba aku ni cam nak Beautifulnara dan Budiey pula ni? Hak3, Inilah jadinya bila mood ke Laut dan seronok dengan apa yang aku tengok. Pasal Artis dan Hiburan pun aku ikut sekaki.
P/s/s : Teringin nak tengok kembali Drama Pendekar Bersiri ''Keris Hitam Bersepuh Emas" lakonan hebat Eman Manan.
*Hahaha,aku terpacak depan Tv3 di hari pertama drama ini ditayangkan.
UPDATED
Episod Seterusnya Boleh Tengok Entry INI :
UPDATED
Episod Seterusnya Boleh Tengok Entry INI :
Lisa Surihani cantik =)
ReplyDeletecerita ni mmg best, tambah ada si comel Lisa Surihani :)
ReplyDeleteerk! I LOVE LISA!!!! haha
ReplyDeletesayangnya aku tak ada masa nak tgk TV
minggu ni keje malam
dah tengok semalam... setakat semalam, memang best.. :)
ReplyDeleteadamaya besh...
ReplyDeleteadakah ini drama ni kesinambungan bagi filem i'm not single? jalan cerita lebih kurang sama jer kan...tapi harap2 drama ni lagi best daripada filem tu...
ReplyDeletebest mmg best...sbb kisah cinta muda-remaja...dulu, na-o-mei pun i layan gakk...best..tapi, ending cam hampeh..
ReplyDeleteaku pun tengok jugak, tapi separuh jer.en hubby nak makan awal, so kena masak cepat!
ReplyDeletetengok jugak!! bestkan!! hehehehe
ReplyDeletebila tgk citer nie semalam teringat plak tentang filem i'm not single lakonan lisa & farid kamil...mcm ada persamaan jer...
ReplyDeleteya..sy pun suke tgk cite ni...5bintang tuk Adamaya
ReplyDeletememang best cite ni!!! sebab lisa surihani comel sngat..kekekekeke :D
ReplyDeletelayan gak cite ni semalam.. seb baik sempat smpai uma b4 630.. hehe.. dpt tgk 1st episod..
ReplyDeletehahahaha Sy pun layan gak cerita ni kemarin.... mcm best jer... tambah2 si hussien tu jadi photographer plak... lagi la sy suka crita2 pasal photographer ni.... tambah plak dgn Lisa Surihani yg cute tu plak.... hahahah layan jer la.... happy hour bersama anak2 & isteri2.... opsss.. isteri sorg jerk....
ReplyDeleteME PON SUKE SEBAB me fan lisa haha..and cerite ni rentetan movie I'M NOT SINGLE..memang bes..
ReplyDeletetak pernah lagi tengok......
ReplyDeleteAku nak jadi adam!!!
ReplyDeleteFarhana : Cantik.Isteri saya pun cantik.Hik3
ReplyDeletemaslina mansor :haahkan?memang best
ReplyDeleteLuffy :Aiseh,ruginya
ReplyDeleteIeda :yup,memang best.harap2 Lisa Surihani tak mengikut jejak Fasha Sandha la nanti
ReplyDeleteellis :memang best.ehh,nama u dekat2 ngan lisa surihani.ada apa2ke?
ReplyDeleteKancilbiru :I'm not single pun x tgk lagi.best ke ya?kena cari dvd ni
ReplyDeleteTitin :best,teringat zaman muda2 dulu..hik3
ReplyDeletenak kawen muda kena tgok cita ni lahhhh! :D
ReplyDeletelisa comel^^
ReplyDeletena o mei bosan tengok elly mazlin control cun haha
Ohh yeah. Yang menu kat atas tu memang sedia ada dalam layout saya. And then saya hanya menambah benda-benda lain. Hmm.
ReplyDeletecite ni best..gaye lisa same mcm i'm not single..sib baek yg ni hero bukan farid kamil..kalau tak mesti cintun gile..
ReplyDeletehm.. baca sipnopsis citer ni mmg agak menarik ni..
ReplyDeletemacam best je
ReplyDeletenice post. thanks.
ReplyDelete