April 7, 2010

Slot Akasia AdaMaya TV3 Memang Best

Teruja dengan entry Slot Akasia AdaMaya Tv3 Muncul 6 April 2010 dari Melromeo , jadi saya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan drama ini. Lebih-lebih lagi bila kekasih hati Melromeo dan Bang Nara turut berlakon .Siapa lagi, Lisa Surihani la (Cinta Tiga segi di alam Maya) . 

Inilah komen saya beserta gambar-gambar sekali. Sempat tengok hari ini ( Selasa ,6 April 2010,episod pertama ) . Baru best nak bercerita kan?


CInta Antara Kau, Aku dan Dia? Macam Cinta Tiga Segi Je
Si Adam cuba Skodeng saya la, Itulah Kata Lisa Surihani @Maya
Marahpun still Comel dan Cantik kan?
Betulke Ni?
Jom Jalan-Jalan di Hutan ( Dushh, kulari kehutan kemudian menyanyiku, kulari kepantai kemudian teriakku)
Issh, nak kena Mamat Ni.Sengal Semacam je
Hak3, Buat-buat tak dengar Pula
Maya Kelu
Rombongan Meminang ke?

Seriously, saya ni tak berapa layan mana drama bersiri , Na O Mei pun tengok sekejap ja. Tapi cerita ni nampak best, lain dari yang lain dengan pelakon-pelakonnya bolehla tahan juga.

Inilah lebih kurang Sinopsis Drama Adamaya ( Diambil dari Budiey.com )

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.

Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.

Ibubapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju..

Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

ADAMAYA mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan"

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton ADAMAYA menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang, hanya di TV3.

P/s :Apsal tetiba aku ni cam nak Beautifulnara dan Budiey pula ni? Hak3, Inilah jadinya bila mood ke Laut dan seronok dengan apa yang aku tengok. Pasal Artis dan Hiburan pun aku ikut sekaki.

P/s/s : Teringin nak tengok kembali Drama Pendekar Bersiri ''Keris Hitam Bersepuh Emas" lakonan hebat Eman Manan.

*Hahaha,aku  terpacak depan Tv3 di hari pertama drama ini ditayangkan.


UPDATED


Episod Seterusnya Boleh Tengok Entry INI :



Slot Akasia AdaMaya TV3 | Episod 2

31 comments:

  1. cerita ni mmg best, tambah ada si comel Lisa Surihani :)

    ReplyDelete
  2. erk! I LOVE LISA!!!! haha
    sayangnya aku tak ada masa nak tgk TV
    minggu ni keje malam

    ReplyDelete
  3. dah tengok semalam... setakat semalam, memang best.. :)

    ReplyDelete
  4. adakah ini drama ni kesinambungan bagi filem i'm not single? jalan cerita lebih kurang sama jer kan...tapi harap2 drama ni lagi best daripada filem tu...

    ReplyDelete
  5. best mmg best...sbb kisah cinta muda-remaja...dulu, na-o-mei pun i layan gakk...best..tapi, ending cam hampeh..

    ReplyDelete
  6. aku pun tengok jugak, tapi separuh jer.en hubby nak makan awal, so kena masak cepat!

    ReplyDelete
  7. bila tgk citer nie semalam teringat plak tentang filem i'm not single lakonan lisa & farid kamil...mcm ada persamaan jer...

    ReplyDelete
  8. ya..sy pun suke tgk cite ni...5bintang tuk Adamaya

    ReplyDelete
  9. memang best cite ni!!! sebab lisa surihani comel sngat..kekekekeke :D

    ReplyDelete
  10. layan gak cite ni semalam.. seb baik sempat smpai uma b4 630.. hehe.. dpt tgk 1st episod..

    ReplyDelete
  11. hahahaha Sy pun layan gak cerita ni kemarin.... mcm best jer... tambah2 si hussien tu jadi photographer plak... lagi la sy suka crita2 pasal photographer ni.... tambah plak dgn Lisa Surihani yg cute tu plak.... hahahah layan jer la.... happy hour bersama anak2 & isteri2.... opsss.. isteri sorg jerk....

    ReplyDelete
  12. ME PON SUKE SEBAB me fan lisa haha..and cerite ni rentetan movie I'M NOT SINGLE..memang bes..

    ReplyDelete
  13. Farhana : Cantik.Isteri saya pun cantik.Hik3

    ReplyDelete
  14. maslina mansor :haahkan?memang best

    ReplyDelete
  15. Ieda :yup,memang best.harap2 Lisa Surihani tak mengikut jejak Fasha Sandha la nanti

    ReplyDelete
  16. ellis :memang best.ehh,nama u dekat2 ngan lisa surihani.ada apa2ke?

    ReplyDelete
  17. Kancilbiru :I'm not single pun x tgk lagi.best ke ya?kena cari dvd ni

    ReplyDelete
  18. Titin :best,teringat zaman muda2 dulu..hik3

    ReplyDelete
  19. nak kawen muda kena tgok cita ni lahhhh! :D

    ReplyDelete
  20. lisa comel^^

    na o mei bosan tengok elly mazlin control cun haha

    ReplyDelete
  21. Ohh yeah. Yang menu kat atas tu memang sedia ada dalam layout saya. And then saya hanya menambah benda-benda lain. Hmm.

    ReplyDelete
  22. cite ni best..gaye lisa same mcm i'm not single..sib baek yg ni hero bukan farid kamil..kalau tak mesti cintun gile..

    ReplyDelete
  23. hm.. baca sipnopsis citer ni mmg agak menarik ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails