Showing posts with label episod 1. Show all posts
Showing posts with label episod 1. Show all posts

October 23, 2011

MasterChef Malaysia Episod 1

Punyalah excited untuk menonton MasterChef Malaysia semalam. Sampaikan Live Terengganu vs Selangor Separuh Akhir pun saya abaikan. Umm, bestke MasterChef ini? Inilah pandangan peribadi saya tentang MasterChef Malaysia Episod 1 semalam :
Dari kanan, Ketua Chef : Chef Johari , Chef  Yahaya, Chef Priya

Ketiga-tiga Chef ini dari segi masakan memang mengkagumkan. Namun dari segi pengacaraan, pandangan peribadi agak mengecewakan. Chef Yahaya nampak gaya macam Ustaz Zul@pengacara Imam Muda. Ayat yang digunakan agat skema, bahasa baku dan macam follow the skrip. Tak nampak "Wow" factor dari segi pengacaraan. Apapun, ini baru episod 1 kan? Lagipun , lain padang lain belalang.

Cabaran Pertama Episod 1 :

Cabaran Memotong Bawang
Pisau Yang tajam penting bagi mengopek bawang
Ary Malik, antara peserta yang turut serta MasterChef Malaysia

Inikah mentaliti rakyat Malaysia? Berebut-rebut nak ambil bawang?
Takkan tak cukup satu forklift untuk semua peserta? Umm, bad Impression, Bad Impression


For me, rasanya Chef Yahaya agak kasar kepada peserta. Maybe dia nak tiru cara Chef Gordon Ramsay di MasterChef USA tapi nampak macam tak kena jer..Satu part yang saya tak suka :



Patutke bawang yang dipotong kurang elok dibuang di dalam tong sampah?
Rezeki tu dan still boleh guna...Kenapa dibuang dalam tong sampah?
Respectla Pakcik ni @ Wahidan Si Penoreh Getah dari Sabah
Peserta pertama yang lepas cabaran memotong bawang ini

10 Peserta yang tidak melepasi cabaran ini berentap untuk cabaran Memasak. Ingredient utama yang perlu digunakan adalah Udang. Hik3, teringat pula SemiFinal Blogger MasterChef Malaysia. Skill masakan peserta memang saya kagum, terror2 semua memasak . Chef Jemputan @ Chef Kenny @ Pelakon Baba dan Nyonya dijemput sebagai Juri Jemputan. 


Udang, Udang, Alisya Suka

Antara menu yang mendapat pujian tertinggi Chef adalah :


Udang Bersos Kari Nyonya Mangga

Udang Sinar Mentari

Nak tengok resepi mereka, bolehla tengok di sini : http://www.astro.com.my/masterchef/

Beberapa orang peserta disingkirkan di Episod 1 ini.

Overall, kalau diberikan rating untuk first episod ini, saya berikan 5/10. Waiting for soooo long tapi agak mengecewakan. Tak banyak "Wow faktor" yang saya nampak. Pengacara agak skema dan macam baca skrip, jantung tidak terasa berdegup kencang melihat peserta memasak,dan  suara latar agak mengantukkan .

2nd episod malam ini saya tetap akan tonton or rekodkan ajer dengan PVR sekiranya ianya masih seperti episod pertama. 

Apapun, itu hanyalah pandangan peribadi saya, anda yang menonton semalam macam mana pula? 

August 3, 2010

EPILOG SYURGA CINTA | Slot Akasia TV3

Ini semua gara-gara entry Kak Yanmie yang bertajuk Epilog Syurga Cinta TV3 – Sinopsis Epilog Syurga Cinta . Bestker Cerita Epilog Syurga Cinta ini? Tepuk dada, tanya selera. Kena layan sendiri barulah tahu cerita itu best atau tidak kan? Jadi, saya mengambil keputusan untuk pulang awal dan merempit seperti Zaman ADAMAYA dulu untuk menonton drama bersiri ini. Inilah pandangan dan komen saya untuk episod pertama/1 kali ini :

Mia ( Adik Mia Sara Nasuha) comel dan cute seperti selalu. Suka sangat tengok dia berlakon
Comelnya Adik Mia Sara Nasuha dengan begnya

Beriya-iya benar dia mahukan Cikgunya, Syuhadah ( Fida Pantene) untuk menjadi teman lelaki Abangnya , Irham (Zizan Nin)

Inilah Salah Seorang Teman Wanita Irham

Wanita oh wanita, kalau dah sayang apa pun sanggup. Sanggup nak bunuh tu? Hak3, Kerana Cinta Apapun Jadi walaupun tergadai body. Ada kata mengatakan " Women Give Sex To Get Love and Men Give Love To Get Sex" . Betulke? Lu Fikirlah Sendiri.

Cikgu Syuhadah bersama Datuknya

Kedua ibubapanya telah meninggal dunia dan dia dijaga datuknya yang sangatlah penyayang. Dalam episod ini, dia telahpun bertunang.

Inilah Tunang Cikgu Syuhadah, takdelah Hensem Manapun. Hensem lagi Bro SharingInfoz
Sweetja Cikgu Syuhadah kan? Ada Iras-Iras Datuk Siti Nurhaliza pun Ada kan? Tapi tetap tidak boleh menandingi Kecantikan Isteri Imam Muda, tak gitu?

Serba Pink? Diorang Kahwin ke Bertunang? Hik3, kenalah tonton sendiri. Tak feel la kan bercerita habis.

Keseluruhannya, episod pertama ini tidak mengecewakan dan saya boleh katakan ceritanya best walaupun mungkin tak sebest Drama ADAMAYA. Salah satu faktornya adalah hero dan heroin yang bagi saya kurang daya penarik jika dibandingkan dengan Drama ADAMAYA. Apapun, don't judge book by it cover kan? Baruje episod pertama kan?

Oh ya, Untuk Sinopsis Drama 28 Episod Ini, bolehlah terjah Entry INI :

Firstly, Kredit Picture to YanmieOnline

Kisah Cinta 28 Episod baru bermula
OK juga layan sebelum berbuka puasa
Timingnya bagus sahaja
Ceritanya pun nampak menarik dan buat aku teruja

Kalau Nak Menonton Online Episod 1 Ini, Bolehla tonton di sini :


P/s : Korang sempat layan tak citer ni tadi? Apa komen anda pula? Bestke Cerita Epilog Syurga Cinta ni?
Related Posts with Thumbnails