Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

November 23, 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia


Fear Factor Selebriti Malaysia di Astro Ria
Bulan depan bakal ke udara
Aaron Aziz sebagai pengacara
30 Selebriti bakal berentap di sana


Antara artis yang bakal berentap antaranya Jehan Miskin, Elfira Loy, Akim AF7, Dafie, Didie Elias, dan ramai lagi. Umm, siapakah artis yang menjadi pilihan saya?

Adakah Elfira Loy menjadi pilihan?  ( Kredit picture Here)

Bukan si Cantik Jelita ini yang menjadi pilihan saya. Pilihan saya adalah :

Jehan Miskin & Mejar Dr. Faiz

Fuhh, nampak badan ketak-ketak dan agak mantap pasangan ini. Their Biggest Fear adalah "Fitness Level" . Nak juga tahu macam mana mereka encounter masalah tersebut, kot-kot boleh eyriqazz praktikkan .

Siri Baru, satu kelainan dari Astro. Antara expectation saya untuk Fear Factor Selebriti Malaysia ini antaranya :

#Rahsia Sihat dan Macho macam Aaron Aziz

Harap-harap adalah perkongsian dan rahsia dari Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia ini. Yerlah, sebagai penonton, Aaron Aziz ini bolehla dikatakan "role model" untuk menjadi seorang bapa yang lebih berkeyakinan, sihat, dan nampak lebih bertenaga.

#Fitness Tips dari Celebriti 

Jadi artis bukan mudah kan? Kadang-kadang jadual waktu pengambaran yang sampai pukul 2-3 pagi, tentulah menguji kesabaran, fizikal dan mental kan? So, kongsi-kongsikanla tips sebegini ya?

Selain itu, sebagai bakal penonton sudah pasti saya nanti-nantikan agar adanya kejutan (takdelah boring sangat nak menonton kan?), Cabaran yang menguji both fizikal dan mental, Rahsia Kejayaan pemenang dan waktu Siaran yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Cadangan saya, di hujung minggu (Jumaat-Ahad, antara pukul 9 hingga 11 malam).

Yieza, Come on Fear Factor Selebriti Malaysia. Serlahkan satu kelainan buat penonton. Lebih lanjut :




October 27, 2012

Luahan Hati Pengguna Astro B.yond PVR


Astro oh Astro, masuk kali ini dah 2 kali my Astro PVR setbox/Decoder nak kena ditukarkan kerana rosak. Of course not my fault..Buat penat2 je recordkan dalam PVR Passion Morena, Spongebob SquarePants,Jalan-Jalan Cari Makan, etc, lepas tu tukar set baru, semua hilang...Saya bayar utk semua itu tau...Kalau bayar lewat sikit, dah potong pastu Rm20 charge sambungan semula..2 tiga hari ini tak boleh tengok astro, ade ke kasi rebat or dipercepatkan penghantaran decoder baru?

July 17, 2012

Astro’s On The Go Party - Birthday Alisya vs Birthday Isteri?

The Pool KL event ini
22 June 2012 saya ingati
Birthday Alisya yang Ke-3 kebetulan pula sama hari
Santai-Santai seronoknya hati
Nampak si Rambut Merah dan Kuning tweet sana tweet sini
Naluri kecil berkata sendiri
Best Dress adakah bakal menjadi miliknya nanti?

Je Jai senyum melihat awek Seksi
Eyriqazz menjeling, applikasi Astro On the Go dengan IPAD lebih menarik hati
Awek di sebelah saya buat tak peduli
Asyik membelek, kasi IPAD sini bolehla kalau nak pergi

Nampak menarik Astro’s On The Go bersama IPAD saya teruja hati
Klik sana, klik sini
Sungguh senang dibawa ke sana ke sini
Especially buat kami yang suka bercuti 

Event bermula ramainya Paparazi
Semua teruja dengan Astro On The Go jeling kanan jeling kiri
Wherever You Go, Sudah Semesti
Masa terluang dapat diisi

Sungguh menarik penerangan yang diberi
Astro B.yond PVR patutkah diupdate lagi?
Tepuk dada, tanya hati
Ataukah perlu ditanya Isteri?
Makan-makan pantas sekali
Kenyang perut suka hati
Lebih banyak acara menarik menanti
Rasa macam bakal menang di malam ini
Flash Mob with IPAD Astro On the Go tema diberi
Kreatif sungguh, comel-comel sekali
Jersi disarung sempena Euro 2012 yang baru berlalu pergi
Team Spain membawa pulang trofi lagi

Rakan-rakan bloggers meriah sekali
Harimau Malaya mengaum di sini
Event best senyum-senyum sampai Pipi
Especially Je Jai, perasan muda tak sedar diri

Team Germany team kami
Timang bola makanan eyriqazz dulu dan masih lagi ada potensi
Bendera dicari tak dijumpai
Adakah mungkin Team kami disabotaji?

Aksi di Fusball lincah nya jari
Team lawan menjadi ulam kami
Ayam Tambatan , Je Jai dan Fazrol mantap sekali
4-0 belasah secukup hati

Tiba pula masa beraksi
Kipas-kipas "My Pant On Fire" tema diberi
Jadi blogger serba boleh sudah diberi
Berila apa, dibuat sebaik mungkin sudah semesti

Finalist Best dress berentap lagi
Bergaya Cat Walk di tepi kolam macam-macam aksi
Nasib baik Eyriqazz tak dress up secukup hati
Jika tidak, mungkin hadiah menjadi milikku di malam ini

Cakap banyak tak guna lagi
Team kami menang games Parti Ini
Walaupun bendera gagal dicari
Voucher Tesco RM500 menjadi milik kami
Redmummy senyum sampai ke Pipi
IPAD 3 Hadiah Best Dressed Winner murahnya rezeki
Tuah ayam nampak di Kaki
Tuah saya, mungkin di Astro On the Go ini?

Sudah pukul 1 pagi
Eyriqazz masih berpantun seorang diri
Last minute entri ini
Secara kebetulan Birthday Isteri segar pula mata ini selepas beraksi (Aummmm.....)


 Apa Itu Astro On The Go?


Astro On the Go - Take Astro with You, Wherever You Go

Satu applikasi Astro yang ditawarkan free trial sehingga 31 August 2012. Merdeka..Merdeka... Satu lagi pembaharuan dari Astro selepas memperkenalkan Astro B.yond with HD, Astro B.yond PVR , Astro IPTV, dan terbaru, Astro On the Go especially for those yang selalu travel ataupun mahu menikmati rancangan Astro di mana-mana saja, mengikut masa tersendiri....



Apa Features Utama nya?

Antaranya 11 Channels utama, Live Sports, Catch Up, Pay per view, dan pelbagai lagi. Boleh tahan juga. Umm, tempting.,..Tempting...Apa kata Isteri? Isteri kata, kecil tapak tangan, dia On kan aje kalau Papa membayarnya nanti...


Enjoy Astro On the Go with 3 Simple Step :
Langkah 1 : Registerkan di SINI
Langkah 2 : Linkkan akaun di SINI
Langkah 3 : Done, You Can Enjoy it Now...

Astro On The Go boleh tengok dengan IPAD je ke?

Tidak, selain IPAD, Iphone pun boleh juga. Bolehla download applikasinya di http://itunes.apple.com/my/app/astro-on-the-go/id521993797?ls=1&mt=8 . Boleh juga melayarinya dengan layarinya melalui personal PC/laptop anda di http://onthego.astro.com.my/ . 

Lebih lanjut lagi, boleh la layari laman web ini --> http://www.astro.com.my/onthego/  . Oh ya, applikasi untuk Android,akan datang soon....


Tak faham lagi la? Best sangat ke Astro On the Go ni?


Of Course best bagi yang meminatinya

I.e. Live Sports Liga Perdana English dan Liga Eropah. Haa, mana-mana yang selalu stay back lewat malam dan takde Astro di ofis, bolehla layan ya. Bolehla berehat sebentar bersama "Astro On The Go"


Lagi-Lagi? Takkan tu je?

Pay Per view pun ada. Bolehla tengok movie pilihan ..Pilih dan bayarje la mana yang berkenan...The Kill Point ni cam menarik juga..


Berapa Channel tadi ya? Lupa laa....

Ada l1 channels yang menarik. Dari rancangan untuk kanak-kanak, dewasa, dan pelbagai pilihan seisi keluarga. kalau subscribe to line Internet yang bagus, time travel bolehla jadi peneman anak-anak. Kurangla skit bosan mereka dari asyik main games or layan Youtube di IPAD kan? Hik3...tuju kat Anak Sendiri...

Umm, Kenapa Saya Perlu Pilih Astro On the Go?

Antara sebabnya :

1. Boleh tackle awek Comel ini (hahaha,tipu-tipu,....)
Bolehla melayari Astro di mana-mana anda berada, as long as ada Internet Connection dengan pelbagai IPAD 2, Iphone dan juga komputer peribadi.

2. Boleh tunjuk eksyen kat member-member sebelah kat ofis kalau balik lewat malam-malam. Diorang tengah stress , kita saja buat Cool layan Astro..Haha, jangan amalkan selalu..

3. Pelbagai pilihan seisi keluarga
- Senang skit anak-anak layan Astro ketika Jalan-jalan. Papa, nak tengok Kartun Disney...

4.  Tepuk dada, tanya selera...Kalau ianya menepati citarasa, apa salahnya mencuba? Belum cuba, belum tahu kan?
Birthday Isteri ketika menaip entri ini
17 July cepatnya masa berlalu pergi
Papa oh Papa, apakah hadiah untuk Isteri?
Astro On the Go, amcam, ok tak saya hadiahi?
Birthday Alisya, Birthday Isteri
Astro On The Go persamaan di kedua tarikh ini
Kalau ada rezeki nanti
Adakah Astro's On the Go dipilih nanti?

Tepuk dada, tanyalah Hati, Tanyalah Isteri
Isteri Kata, Come Here, Come Sini
Senang Mama layan Astro Bella bercuti nanti
Astro Bella dalam Channel permintaan "Birthday Girl" wish harap ditambahi

June 24, 2012

Germany Juara Euro 2012

Team Germany bergelar Juara di event Astro On The Go Malam tadi dan membawa pulang voucher Tesco RM500
Dari Kiri : Broframestone, Eyriqazz, Mr. Jocko, Fazrol dan Je Jai
Mantap membelasah team Sayur @ Denmark yang diketuai oleh Redmummy
Ukraine dah kalah ,so Sokong team Germany pula..
Yieza, adakah Germany bakal bergelar Juara Euro 2012?

May 31, 2012

Astro On The Go - Ke Mana-Mana Sahaja Bersama Anda

Saksikan koleksi rancangan terbaik daripada Astro menerusi telefon pintar, tablet atau komputer riba dengan Astro On-The-Go - perkhidmatan inovatif yang menjanjikan hiburan berterusan pada bila-bila masa di mana sahaja anda berada. Dengan Astro On-The-Go, para pelanggan boleh mendapat akses secara serta merta untuk menonton Saluran TV Astro, acara-acara yang bersiaran secara langsung, Video Atas Permintaan (VOD) dan TV Ulangan (Catch Up TV) menerusi pelbagai peranti Internet dan mudah alih, bermula dengan iPad anda. 

Astro On-The-Go akan diperkenalkan secara berperingkat dalam tiga fasa. Pada fasa pertama, semua pelanggan Astro boleh menikmati pra-tonton Astro On-The-Go secara percuma mulai hari ini hingga 31 Ogos 2012. Pra-tonton percuma ini merangkumi 11 saluran TV, Rancangan Ulangan, Rancangan Video Atas Permintaan dan Acara SIARAN LANSUNG. Di samping itu, semua pelanggan Astro boleh menyaksikan kesemua 31 perlawanan Kejohanan UEFA EURO 2012 SECARA LANGSUNG, Video eksklusif Ulangan UEFA, dan rancangan VOD UEFA menerusi  Astro On-The-Go melalui peranti pilihan mereka. 

Pada pelancaran komersil Astro On-The-Go yang akan bermula pada 1 September 2012, perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada pelanggan Astro B.yond IPTV dan pelanggan yang memiliki lebih daripada satu decoder sahaja. Pada masa yang sama, Astro On-The-Go juga akan diperkembangkan pengunaannya meliputi peranti Android. 

Fasa ketiga pula akan menyaksikan Astro On-The-Go ditawarkan kepada semua pelanggan Astro dan seterusnya kepada mereka yang tidak melanggan Astro menjelang akhir tahun. 
Bawa yang terbaik daripada Astro, ke mana-mana sahaja anda pergi

Untuk maklumat lanjut dan melanggan perkhidmatan Astro On-The-Go, sila kunjungi laman web www.astro.com.my/onthego

P.s : Astro B.yond PVR sudah teruja, Astro IPTV blom ada, Astro On The Go bagaimana pula agaknya?

May 26, 2012

Launch of Oh My English! on Astro TVIQ‏

From top left to right:  Putri Yasmin Megat Zaharuddin (Naib Presiden, Bahagian Remaja dan Kanak-kanak, Astro), Lina Tan (Pengarah Urusan, Red Communications), Lisa Surihani, Zain Saidin, Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud (Ketua Pengarah Kementrian Pelajaran Malaysia), Mr Henry Tan (Ketua Pegawai Operasi, Astro) dan pelakon-pelakon Oh My English!
Pelakon- pelakon Oh My English dan Altimet & Liyana Jasmay (lagu tema Oh My English!)

"Astro is pleased to announce the launch Oh My English! - a brand new educational comedy that aims to help Malaysians improve their spoken English.  Oh My English! takes a unique 360 degree approach to language-learning and is available on TV, online, on mobile devices, on-ground, on radio, in print and in schools nationwide.  

The show airs every Sunday at 10am on Astro TVIQ (Ch 610)."

P/s : Dengar Cerita, Kekasih tak jadi Je Jai @ Rozita Che Wan pun turut berlakon rancangan ini.... Wah, sure tak kuar rumah Je Jai weekend nanti...

February 28, 2012

KIX HD & Celestial Movies HD On Astro HD Channels


ASTRO is pleased to announce the launch of two (2) new High Definition (HD) channels on 1st March 2012 .



 KIX HD (channel 729 , ASTRO), an action-packed channel showcasing the best of action, including mixed martial arts (MMA) tournaments, action series, movies, reality shows with a late-night block of thrilling movies, and : 


Celestial Movies HD (channel 309, ASTRO), a world-class Chinese movie channel offering the latest Chinese blockbusters and other hit Asian movies first and exclusively in Malaysia.  With the newly added KIX HD and Celestial Movies HD channels, ASTRO B.yond HD customers will now have access to a total of 18 HD channels.

Credit : Astro Press Release..

P/s : Ohh, i wish i have more time watching tv and enjoy my favourite show...

February 25, 2012

Cuci The Musical Last Kopek Sangat Menghiburkan

 Semalam, Sempatla saya menyaksikan Cuci The Musical Last Kopek (Preview ) atas jemputan dari Astro. Thanks a lot Astro yang menggembirakan hati saya dan Isteri. Actually, ini first time saya menyaksikan Cuci The Musical ini yang dipersembahkan di Istana Budaya.

Cuci The Musical Last Kopek di Istana Budaya
dari 2 - 18 March 2012
Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz

Best...Dapat seat kat bawah. Nampak jelas pelakon-pelakon

Happy Moments. Isteri gembira sakan. Yerlah, diakan cikgu tarian sekolah. Memang di minat sangat teater sebegini

Inilah review dari saya , random things dan apa yang menarik tentang Cuci The Musical ini . Credit most of the pictures di bawah ini buat www.daydeck86.com, salah seorang staff Astro yang sangat berdedikasi.

Romantic Moments
Saat-saat romantis di atas gondola Hans Isaac dan Vanida Imran
Serius romantik giler scene ini..

Persembahan bertenaga dan mantap dari Dina Nadzir. Nyanyian ,lakonan, dan tariannya nya memang seiring.
Vanida Imran toksah cakaplah, terbaik...Namapun pernah mengondol Artis Wanita Terbaik dan memenangi Juara Sehati Berdansa
Nasib baik takde AC Mizal. Saya lebih sukakan lakonan Nabil Raja Lawak ni. Memang tak kering gusi dibuatnya dengan lawak-lawak spontannya.

Awiepun memang best, nyanyian, lawak Pisang. Hans Isaac, dedikasi habis dan memang feel laa tengok lakonan nya yang mantap.Afdlin Shauki, as always,tidak mengecewakan dan persembahan mantap.

Dancing Moments. Gempak

Scene-scene menari dan menyanyi memang saya suka, cam layan citer Hindustan live pun ada. Dengan krew-krew yang lebih 200 orang, memang respekla.

Nabil- Sentiasa membuatkan penonton ketawa . Terbaikla Nabil
Douglas Lim yang memegang watak Wira yang menggantikan Haris Iskandar memang tidak mengecewakan. Watak dibawa dengan baik dan menghiburkan
Nasihat Moments - Harun Salim Bachik pun cool dan bestt...Lawak-lawak yang mudah difahami
Go,Action...
Family Come First

Overall, Cuci Musical Last Kopek ni memang sangat-sangat best. Selain dari jenaka yang bersahaja dan menghiburkan, jalan cerita yang mudah difahami, lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon, nyanyian dan tarian yang menarik, turut disajikan dengan nilai-nilai murni antaranya Persahabatan, Percintaan, Kasih Sayang antara Anak dan Bapa, Rasuah, dan nilai-nilai kemasyarakatan.

Memang rasa tak puas menonton sekali, InsyaAllah kalau tiada aral melintang dan dimurahkan rezeki, akan saya tontoni sekali lagi last edition Cuci the Musical ni. 100 kali better kot dari Filem Cuci dan rating saya berikan 8.5/10. Teater kedua terbaik pernah saya tontoni selepas Puteri Gunung Ledang The Musical.

Cuci The Musical Last Kopek sangat menghiburkan hati
Saya gembira, persembahan mantap sekali
Tahniah dari saya sekali lagi
Persembahan terbaik kalahkan filem Melayu box office di luar sana sudah semesti
Related Posts with Thumbnails