February 25, 2012

Cuci The Musical Last Kopek Sangat Menghiburkan

 Semalam, Sempatla saya menyaksikan Cuci The Musical Last Kopek (Preview ) atas jemputan dari Astro. Thanks a lot Astro yang menggembirakan hati saya dan Isteri. Actually, ini first time saya menyaksikan Cuci The Musical ini yang dipersembahkan di Istana Budaya.

Cuci The Musical Last Kopek di Istana Budaya
dari 2 - 18 March 2012
Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz

Best...Dapat seat kat bawah. Nampak jelas pelakon-pelakon

Happy Moments. Isteri gembira sakan. Yerlah, diakan cikgu tarian sekolah. Memang di minat sangat teater sebegini

Inilah review dari saya , random things dan apa yang menarik tentang Cuci The Musical ini . Credit most of the pictures di bawah ini buat www.daydeck86.com, salah seorang staff Astro yang sangat berdedikasi.

Romantic Moments
Saat-saat romantis di atas gondola Hans Isaac dan Vanida Imran
Serius romantik giler scene ini..

Persembahan bertenaga dan mantap dari Dina Nadzir. Nyanyian ,lakonan, dan tariannya nya memang seiring.
Vanida Imran toksah cakaplah, terbaik...Namapun pernah mengondol Artis Wanita Terbaik dan memenangi Juara Sehati Berdansa
Nasib baik takde AC Mizal. Saya lebih sukakan lakonan Nabil Raja Lawak ni. Memang tak kering gusi dibuatnya dengan lawak-lawak spontannya.

Awiepun memang best, nyanyian, lawak Pisang. Hans Isaac, dedikasi habis dan memang feel laa tengok lakonan nya yang mantap.Afdlin Shauki, as always,tidak mengecewakan dan persembahan mantap.

Dancing Moments. Gempak

Scene-scene menari dan menyanyi memang saya suka, cam layan citer Hindustan live pun ada. Dengan krew-krew yang lebih 200 orang, memang respekla.

Nabil- Sentiasa membuatkan penonton ketawa . Terbaikla Nabil
Douglas Lim yang memegang watak Wira yang menggantikan Haris Iskandar memang tidak mengecewakan. Watak dibawa dengan baik dan menghiburkan
Nasihat Moments - Harun Salim Bachik pun cool dan bestt...Lawak-lawak yang mudah difahami
Go,Action...
Family Come First

Overall, Cuci Musical Last Kopek ni memang sangat-sangat best. Selain dari jenaka yang bersahaja dan menghiburkan, jalan cerita yang mudah difahami, lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon, nyanyian dan tarian yang menarik, turut disajikan dengan nilai-nilai murni antaranya Persahabatan, Percintaan, Kasih Sayang antara Anak dan Bapa, Rasuah, dan nilai-nilai kemasyarakatan.

Memang rasa tak puas menonton sekali, InsyaAllah kalau tiada aral melintang dan dimurahkan rezeki, akan saya tontoni sekali lagi last edition Cuci the Musical ni. 100 kali better kot dari Filem Cuci dan rating saya berikan 8.5/10. Teater kedua terbaik pernah saya tontoni selepas Puteri Gunung Ledang The Musical.

Cuci The Musical Last Kopek sangat menghiburkan hati
Saya gembira, persembahan mantap sekali
Tahniah dari saya sekali lagi
Persembahan terbaik kalahkan filem Melayu box office di luar sana sudah semesti

20 comments:

  1. nak pergi juga. hahahaha. macam seronok :)

    ReplyDelete
  2. fulamak..cayalah
    best betul teater ni..
    bila la sy nak dpat jemputan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best...jadi blogger ni memang byk kelebihan...

      Delete
  3. tengok teater mmg best..first errah tgok teater 2 thn lepas..lepas tu mmg terpikat..sbb ianya life n mmg tak mengahampakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita..first time layan puteri gunung ledang,now makin suka nonton teater..kalaula tiketnya lebih murah,tentu byk lagi yang eden pi tonton...

      Delete
  4. Memang terbaek cuci the musical last kopek ni sampaikan hans issac pun stim... hahahhaa dah balik baru perasan...wakakkakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hans isaac stim bro?mana gambarnya?tak perasan pula eden..buat entri ni sure menarik bro..hak3...

      Delete
  5. wah,seronoknya dpt tgk live. huhu. taw tak range tiket die harga berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. range harga sekitar... paling murah rm53, paling mahal dalam RM303..boleh singgah sini tgk harganya :

      Delete
  6. bestnya dapat invitation daripada astro kan..lama tak jenguk sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best..terimakasih menjenguk lagi..

      Delete
  7. memang best! *two-thumbs up!* gelak smp kuar airmata ngan C koma diatas Tan!! hahaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?nasib baik nabil bukan AC mizal..hik3..terbaiklaaa....

      Delete
  8. baru nak membeli tiket. tapi tengok harga tiket fuuh tak jadi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuhla..kalau la harganya lebih murah...sure lebih ramai yang menonton....for me,teater ni lebih cater utk golongan high income...

      Delete
  9. Replies
    1. Lebih kurang 3 jam lebih...ada break 15 minit ...sayapi aritu,show start dlm 8.45 abis dlm kol 12 lebih...

      Delete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi