Showing posts with label Afdlin Shauki. Show all posts
Showing posts with label Afdlin Shauki. Show all posts

February 25, 2012

Cuci The Musical Last Kopek Sangat Menghiburkan

 Semalam, Sempatla saya menyaksikan Cuci The Musical Last Kopek (Preview ) atas jemputan dari Astro. Thanks a lot Astro yang menggembirakan hati saya dan Isteri. Actually, ini first time saya menyaksikan Cuci The Musical ini yang dipersembahkan di Istana Budaya.

Cuci The Musical Last Kopek di Istana Budaya
dari 2 - 18 March 2012
Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz

Best...Dapat seat kat bawah. Nampak jelas pelakon-pelakon

Happy Moments. Isteri gembira sakan. Yerlah, diakan cikgu tarian sekolah. Memang di minat sangat teater sebegini

Inilah review dari saya , random things dan apa yang menarik tentang Cuci The Musical ini . Credit most of the pictures di bawah ini buat www.daydeck86.com, salah seorang staff Astro yang sangat berdedikasi.

Romantic Moments
Saat-saat romantis di atas gondola Hans Isaac dan Vanida Imran
Serius romantik giler scene ini..

Persembahan bertenaga dan mantap dari Dina Nadzir. Nyanyian ,lakonan, dan tariannya nya memang seiring.
Vanida Imran toksah cakaplah, terbaik...Namapun pernah mengondol Artis Wanita Terbaik dan memenangi Juara Sehati Berdansa
Nasib baik takde AC Mizal. Saya lebih sukakan lakonan Nabil Raja Lawak ni. Memang tak kering gusi dibuatnya dengan lawak-lawak spontannya.

Awiepun memang best, nyanyian, lawak Pisang. Hans Isaac, dedikasi habis dan memang feel laa tengok lakonan nya yang mantap.Afdlin Shauki, as always,tidak mengecewakan dan persembahan mantap.

Dancing Moments. Gempak

Scene-scene menari dan menyanyi memang saya suka, cam layan citer Hindustan live pun ada. Dengan krew-krew yang lebih 200 orang, memang respekla.

Nabil- Sentiasa membuatkan penonton ketawa . Terbaikla Nabil
Douglas Lim yang memegang watak Wira yang menggantikan Haris Iskandar memang tidak mengecewakan. Watak dibawa dengan baik dan menghiburkan
Nasihat Moments - Harun Salim Bachik pun cool dan bestt...Lawak-lawak yang mudah difahami
Go,Action...
Family Come First

Overall, Cuci Musical Last Kopek ni memang sangat-sangat best. Selain dari jenaka yang bersahaja dan menghiburkan, jalan cerita yang mudah difahami, lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon, nyanyian dan tarian yang menarik, turut disajikan dengan nilai-nilai murni antaranya Persahabatan, Percintaan, Kasih Sayang antara Anak dan Bapa, Rasuah, dan nilai-nilai kemasyarakatan.

Memang rasa tak puas menonton sekali, InsyaAllah kalau tiada aral melintang dan dimurahkan rezeki, akan saya tontoni sekali lagi last edition Cuci the Musical ni. 100 kali better kot dari Filem Cuci dan rating saya berikan 8.5/10. Teater kedua terbaik pernah saya tontoni selepas Puteri Gunung Ledang The Musical.

Cuci The Musical Last Kopek sangat menghiburkan hati
Saya gembira, persembahan mantap sekali
Tahniah dari saya sekali lagi
Persembahan terbaik kalahkan filem Melayu box office di luar sana sudah semesti

May 6, 2010

Lagu Kantoi Whatever Versi Afdlin Shauki vs Versi Eyriqazz

Ini Lagu Kantoi Whatever Versi :

Afdlin Shauki
Semalam You Call I, I tak answer,
Tak paham ke memang i dah tak suka,
Dari dulu I cuba nak break dengan you,
Tapi you ugut nak tunjuk video itu

Sudahlah pyscho, jangan ganggu,
You pakai bomoh u ingat i tak tau,
You memang slalu buat i berbulu,
No wonderlah mak I pun tak suka you!

Mencuba juga , marilah mendengar Versi :

Eyriqazz

Semalam I Call You U Tak Answer,
You Kata You tengah bawak kereter,
You kata you nak pi jumpa doktor ambik MC,
Tapi  kawan I terjumpa you tengah dating dekat tangga pintu belakang KLCC

Kenapa You buat Hati I berbulu,
Dulu You Kata I Love U,
Sekarang pandai pula you tipu,
Mana janji-janji You dulu!!

Hati I Sakit Siapa Yang tahu,
U Curang ngan I dari belakang you taknak mengaku,
Kata U itu Abang Angkat You,
I selidik balik pecah rahsia kawan karib u kasi tahu

Sudahla sayang I don't believe you,
Tipu I sejak dari dulu,
Apa silap I , I pun tak tahu,
Percayakan You mungkin kerna sudah dihasut hantu

So, I guess that's end of our Story
You menangis sekalipun I dah tak peduli
Hati I sudah taknak kat You lagi
Tengok Muka You Pun I dah rasa Benci

(Hik3,Amcam, Oktak ? Ianya tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati, hanyalah imaginasiku)

Inilah pula versi sebenar Lagu Kantoi Whatever versi :
Zee Avi

Tajuk Lirik/Lagu: Kantoi
Artis/Penyanyi: Zee Avi (Kokokaina)

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn’t true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai… you, you tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don’t believe you
I’ve always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu

No wonder la my friends pun tak suka you
So I guess that’s the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend’s best friend, Tommy…..

P/s : Amcam, Ok tak Versi Eyriqazz?

April 9, 2010

Tahniah Afdlin Shauki | Isteri Afdlin Shauki Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Ileana Matin Shauki Nama Diberi

Tahniah diucapkan kepada Afdlin Shauki. Isterinya telah Selamat Melahirkan Bayi Perempuan. Comel Kan?Saya memang minat dengan Afdlin Shauki, lawaknya memang lain daripada yang lain dan dia berbakat besar. Ada orang cakap dia bakal menggantikan Yasmin Ahmad.

Untuk Lebih Lanjut bolehla tengok di sini :
Blog Afdlin Shauki ( Belum Update Lagi pasal Anak Terbarunya)


P/s : Tahniah buat Afdlin Shauki sekeluarga. Dussh, bila pula giliran saya? Teringin nak ada anak lelaki. Alisya nak adik tak? Hik3..

Related Posts with Thumbnails