May 31, 2012

Astro On The Go - Ke Mana-Mana Sahaja Bersama Anda

Saksikan koleksi rancangan terbaik daripada Astro menerusi telefon pintar, tablet atau komputer riba dengan Astro On-The-Go - perkhidmatan inovatif yang menjanjikan hiburan berterusan pada bila-bila masa di mana sahaja anda berada. Dengan Astro On-The-Go, para pelanggan boleh mendapat akses secara serta merta untuk menonton Saluran TV Astro, acara-acara yang bersiaran secara langsung, Video Atas Permintaan (VOD) dan TV Ulangan (Catch Up TV) menerusi pelbagai peranti Internet dan mudah alih, bermula dengan iPad anda. 

Astro On-The-Go akan diperkenalkan secara berperingkat dalam tiga fasa. Pada fasa pertama, semua pelanggan Astro boleh menikmati pra-tonton Astro On-The-Go secara percuma mulai hari ini hingga 31 Ogos 2012. Pra-tonton percuma ini merangkumi 11 saluran TV, Rancangan Ulangan, Rancangan Video Atas Permintaan dan Acara SIARAN LANSUNG. Di samping itu, semua pelanggan Astro boleh menyaksikan kesemua 31 perlawanan Kejohanan UEFA EURO 2012 SECARA LANGSUNG, Video eksklusif Ulangan UEFA, dan rancangan VOD UEFA menerusi  Astro On-The-Go melalui peranti pilihan mereka. 

Pada pelancaran komersil Astro On-The-Go yang akan bermula pada 1 September 2012, perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada pelanggan Astro B.yond IPTV dan pelanggan yang memiliki lebih daripada satu decoder sahaja. Pada masa yang sama, Astro On-The-Go juga akan diperkembangkan pengunaannya meliputi peranti Android. 

Fasa ketiga pula akan menyaksikan Astro On-The-Go ditawarkan kepada semua pelanggan Astro dan seterusnya kepada mereka yang tidak melanggan Astro menjelang akhir tahun. 
Bawa yang terbaik daripada Astro, ke mana-mana sahaja anda pergi

Untuk maklumat lanjut dan melanggan perkhidmatan Astro On-The-Go, sila kunjungi laman web www.astro.com.my/onthego

P.s : Astro B.yond PVR sudah teruja, Astro IPTV blom ada, Astro On The Go bagaimana pula agaknya?

11 comments:

  1. cukuplah apa yg ada ni hah...hehehhe

    ReplyDelete
  2. Astro memang terbaik! Macam-macam adaa..

    ReplyDelete
  3. Wah... Makin maju dan makin canggih astro skang ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. teknologi..semakin lama semakin advance

      Delete
  4. wah..x terkejar dgn teknologi skg nih..

    ReplyDelete
  5. Bersedia battery extender dan unlimited broadband. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Broadband mana yang menepati citarasa ya?

      Delete
  6. SUATU LANGKAH BIJAK dari pihak Astro untuk tambah pendapatan mereka....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi