Showing posts with label happy birthday. Show all posts
Showing posts with label happy birthday. Show all posts

October 16, 2012

Majlis 3rd Birthday Alisya

Kata pepatah, better late than never. Begitula juga entri ini. Birthday Alisya yang ke-3 dibuat akhir bulan June 2012 yang lepas, baru sekarang sempat updatekan. 

Special thanks to Isteri, adik2 Eyriqazz, dan adik ipar yang tolong decoratekan
Eyriqazz tukang ambil gambar
Goody bag  buat kanak-kanak yang datang
Kek Birthday Alisya. Alisya meragam skit, malam tidur lewat,tak cukup tidur
Kek Dora
Kek Pavlova Sponsored by Irmadilondon
Serius, sangat sedap. Kejap je habis...
Especially Sumijelly, bukan main lagi dia makan kek mengalahkan tuan rumah..
Hahaha,jemput memang utk makan pun kan?
Makanan. Tempah dari pengasuh dan Sate kajang je
Jemput makan. Buat macam rumah Eyriqazz
Special Aiskrim Kek Baskin Robbins
Jom Potong kek
Mood Alisya tak berapa ok..Menangis time potong kek
Last year bertiga, this year berempat, next year??
Azim : Kakak, janganla nangis
Alisya : Kakak Nangis coz Auntie Sumijelly tu asyik nak habiskan Pavlova
Mama : Xper2, nanti mama belikan lagi Pavlova kek ya?
Antara yang hadir. Jemput pengasuh dan rakan-rakan blogger yang rapat dan rakan2 isteri
Yang tengah ambil gambar tu, anak Sumijelly, kemana tumpahnya Sumi kalau tak ke gigi kan?
Saudara mara eyriqazz pun turut hadir

Special thanks buat rakan bloggers yang turut hadir i.e. Kak Ina KL, Sumijelly, Mat Joe, SharingInfoz dan Hilal Azmi. Yang lain yang eyriqazz jemput tak hadir, next year taknak jemput dah.. Hahha,just kidding.
Bersama Cookies Kak Ina KL, Mat Joe Bakal Jutawan Hartanah dan Peserta Rancangan On Air, Hilal Azmi
Wifey tak sangka, Hilal boleh datang,almaklumla,sekarang dah famous
Suka pula Alisya time buka hadiah
Amboi,bukan main seronok lagi. Tadi nangis?
Papa tolong boleh? X boleh
Special thanks sekali lagi buat yang hadir dan susah2 belikan hadiah untuk Alisya

June 24, 2012

(Teaser) Majlis Birthday Alisya 2012

Last minit preparation, hari ni buat Majlis Birthday Alisya. Buat kecil-kecil je :




Ehh, siapa dalam bilik tu?

February 12, 2012

Happy 63 Birthday Abah

12 Februari 2012, genapla 63 tahun usia Abah, bapa mertuaku. Seorang bapa yang sangat penyayang dan kasihkan anak-anaknya dan seorang atok yang sangat kasihkan cucu-cucunya, termasukla Alisya.

Kasih Sayang Seorang Abah dan Atok sukar ditukar ganti

Kasih sayang yang ditunjukkannya membuatkan hati ini terkedu. Saya sendiri pun mengakui, mungkin saya tidak dapat menjadi sehebatnya dalam mendidik anak-anak. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi yang kadang-kadang saya pun turut mencemburui. 

Dialah yang menjadi teman baik buat Alisya

Sanggup korbankan apa saja demi anak-anak dan cucu tersayang. Kasih sayangmu Abah, semoga Allah terus panjangkan usiamu agar cucu-cucu yang lain dapat merasa kasih sayangmu.


Abah, We All Love You

Semoga Abah terus gembira

Jasamu tidakkan mampu kubalas
Happy 63th Birthday Abah

Ya Allah, Kau panjangkanlah usia Abah semoga dia terus dapat memberi tunjuk ajar dan kasih sayangnya dapat dinikmati cucu-cucunya yang lain. Semoga Abah terus gembira dan bahagia selalu. Semoga Abah sihat-sihat sentiasa. Semoga eyriqazz terus dapat belajar dari Abah dalam menjadi suami yang terbaik dan bapa yang terbaik. Aminn...

January 8, 2012

Happy Birthday Mat Gebu @ TiffinBiru


Happy Birthday buat Mat Gebu @ TiffinBiru
Dapur Tanpa Sempadan menyentuh kalbu
Best Of Luck semoga Allah panjangkan Usiamu
rsz_dsc_3010
Tidur semalam termimpi-mimpi
Terjahi Rumah Mat Gebu masakan enak sekali
Alangkah Indah jika ianya menjadi realiti
Boleh katakan tiap-tiap tahun Bercuti di Johor sudah pasti
rsz_dsc_2269
Masakan Menguja nampak mempesona
Gambar Menarik, Indah Khabar Indah Rupa
Saya jealous Kak Ina KL sudah merasanya
Bila pula giliran saya?
7,000+ trafik sehari ini tahun lepas punya 
Tahun ini sudah pasti lebih bergaya
Blogger Idola tak kira newbie or yang sudah berusia
Saya kagum pencapaiannya memang dicita-cita
10 Juta Pageview terbeliak biji mata
Berapa tahun lagi saya nak cecah angka ini agaknya?
Kurangkan kontroversi, teruskan minat mungkin itukah rahsia?
Sudikah Mat Gebu jadi Sifu saya pula?
rsz_dsc_2740
Tuai padi antara masak
Besok jangan layu-layuan
nampak gambar masakan cukupla enak
Buatkan hati ini tidak keruan
rsz_dsc_2506
Semakin berusia asam garam semakin dirasa
Pengalaman dikongsi untuk semua
Semoga Mat Gebu terus gembira dan bahagia
Berjaya dalam apa jua yang dicita-cita
rsz_dsc_2407
Sebelum mengundur maafkan saya
Cilok gambar tak mintak permission pula
Cukup teruja, cukup menyelera
My Wish List 2012, semoga berpeluang berjumpa Mat Gebu dan merasa masakan mempesona
rsz_dsc_2319
Tahun 2012 menjelma mematangkan usia
Dragon Warrior adakah tahun bertuah tuan empunya
Chef terkenal kalau masuk MasterChef Malaysia mungkin jadi miliknya
Best Of Luck, Semoga Mat Gebu terus berjaya dan mencipta nama

November 14, 2011

Happy Birthday Eyriqazz

14 November 2011, semakin terasa tua diri ini. Kalau Birthday orang lain, saya wishkan, apa salahnya wishkan kepada diri sendiri :


Happy 29th Birthday to Me

Semakin menganjak usia, semakin mematangkan hidup ini. Overall, kehidupan eyriqazz bolehla dikatakan gembira bersama Isteri, Alisya, dan seorang lagi permata hati bakal menyusul tahun depan. 


Terasa Macam baru je minggu lepas memenangi Merentas Desa Peringkat Sekolah Ini
Ohh, cepatnya masa berlalu.Pejam celik, pejam celik sudah 12 tahun berlalu


Terimakasih Mak kerana melahirkan saya di dunia ini. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi
Jasa Seorang Ibu tidakkan mampu dibalas ,terlalu besar pengorbanan mu Ibu

Juga, Buat Arwah Ayah
Al-Fatihah, semoga ayah ditempatkan dengan orang-orang beriman

Syukur juga ke hadrat Illahi, bertemu jodoh dengan :


Isteriku yang Cantik Jelita dan dapat menerima kekurangan diri ini

Thanks Sayang menjadi teman hidupku. Jasamu seorang Isteri, Ibu, terlalu besar. Yup, disebalik kejayaan seorang lelaki, sudah pasti ada wanita dibelakangnya.Itulah dia Isteriku.


Anugerah yang tidak terhingga, Alisya permata hati kami

Thanks Allah atas Anugerah tidak ternilai ini. Sentiasa menceriakan hidup seisi keluarga. Kak Long jangan nakal-nakal ya? Alhamdulillah, seorang lagi bakal menyusul.Hopefully, dapatlah anak lelaki. Sepasang anak Papa nanti.

My Wish List dalam menempuhi hidup ini :

1) Semoga Berjaya Dunia Akhirat. Part Akhirat tu banyak yang perlu diperbaiki lagi. 

2) Mengembirakan Insan tersayang di sekelilingku especially Ibu, dan Keluarga.

3) Menjadi Seorang Suami dan Bapa yang terbaik. Semoga berjaya membesarkan anak-anak menjadi anak yang berjaya dalam menongkah arus kehidupan yang semakin mencabar ini.

4) Financially, semoga terus dimurahkan rezeki. My dream untuk memiliki rumah ketiga hingga ke 5 sebelum usia mencecah 35 tahun. Cut down my credit card, debt, dan menjadi pekerja yang terbaik. Dimurahkan rezeki dari side Income i.e. blogging, dan lain-lain.  Semoga tunjuk ajar Bro Ini akan merealisasikan impianku.

5)  All The Best in Future Endeavours..


Di entry ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua especially readers blog ini. Hobi ini telah banyak memberikan kegembiraan buatku. Kawan-kawan, event mempesona, work life balance, dan pelbagai lagi.

Juga, sepuluh jari dipohon buat sesiapa yang yang pernah eyriqazz sakiti or buat salah, either terngumpat secara sengaja or tidak sengaja, depan-depan or belakang. Especially buat bro Je Jai, salah seorang rakan blogger ku. Maaf bro, hanyalah gurauan ya.

Yup, nobody perfect. Termasuklah saya sendiri. Tidak lari dari melakukan kesilapan. Bagi yang terngumpat or rasa bersalah/pernah buat salah kepada eyriqazz, saya maafkan anda. Yang lepas biarlah lepas, siapalah saya untuk menghukum. Yup,semakin membenci seseorang, semakin hati ini tidak tenang

Happy Birthday untuk diri sendiri
Berganjak usia mematangkan diri
Semoga berjaya dan kejayaan di masa hadapan saya idami
Di mana ada kemahuan, InsyaAllah dibukakan jalan dari Illahi.

June 22, 2011

Wordless Wednesday #7 - Happy 2nd Birthday Alisya










Related Posts with Thumbnails