Showing posts with label tiffinbiru. Show all posts
Showing posts with label tiffinbiru. Show all posts

January 8, 2012

Happy Birthday Mat Gebu @ TiffinBiru


Happy Birthday buat Mat Gebu @ TiffinBiru
Dapur Tanpa Sempadan menyentuh kalbu
Best Of Luck semoga Allah panjangkan Usiamu
rsz_dsc_3010
Tidur semalam termimpi-mimpi
Terjahi Rumah Mat Gebu masakan enak sekali
Alangkah Indah jika ianya menjadi realiti
Boleh katakan tiap-tiap tahun Bercuti di Johor sudah pasti
rsz_dsc_2269
Masakan Menguja nampak mempesona
Gambar Menarik, Indah Khabar Indah Rupa
Saya jealous Kak Ina KL sudah merasanya
Bila pula giliran saya?
7,000+ trafik sehari ini tahun lepas punya 
Tahun ini sudah pasti lebih bergaya
Blogger Idola tak kira newbie or yang sudah berusia
Saya kagum pencapaiannya memang dicita-cita
10 Juta Pageview terbeliak biji mata
Berapa tahun lagi saya nak cecah angka ini agaknya?
Kurangkan kontroversi, teruskan minat mungkin itukah rahsia?
Sudikah Mat Gebu jadi Sifu saya pula?
rsz_dsc_2740
Tuai padi antara masak
Besok jangan layu-layuan
nampak gambar masakan cukupla enak
Buatkan hati ini tidak keruan
rsz_dsc_2506
Semakin berusia asam garam semakin dirasa
Pengalaman dikongsi untuk semua
Semoga Mat Gebu terus gembira dan bahagia
Berjaya dalam apa jua yang dicita-cita
rsz_dsc_2407
Sebelum mengundur maafkan saya
Cilok gambar tak mintak permission pula
Cukup teruja, cukup menyelera
My Wish List 2012, semoga berpeluang berjumpa Mat Gebu dan merasa masakan mempesona
rsz_dsc_2319
Tahun 2012 menjelma mematangkan usia
Dragon Warrior adakah tahun bertuah tuan empunya
Chef terkenal kalau masuk MasterChef Malaysia mungkin jadi miliknya
Best Of Luck, Semoga Mat Gebu terus berjaya dan mencipta nama

August 10, 2011

Blog Pilihan August 2011

Fuhh, sejak update Blog Pilihan Eyriqazz untuk March 2011, tersangkut di tengah jalan. Mood agak kerajinan skit, so Inilah blog Pilihan Eyriqazz untuk August 2011 :



1) Denaihati  - Hidupkan untuk Memberi. Salah seorang blogger kegemaran eyriqazz yang banyak buat Contest dengan hadiah-hadiah yang menarik. Antaranya Insentif tunai untuk setiap trafik ke blog denaihati . Selain itu, banyak berkongsi isu-isu semasa, keagamaan, sukan, dan sebagainya. Yup, memang benar, saya ada praktikkan, Hidupkan Untuk Memberi, dan it's true, The More you give, the more you will get.

P/s : X sabar menanti next contest dari bro denaihati.



2) Cik Epal - Blogger unik yang mempunyai identiti tersendiri.Cik Epal gonjeng yang terkenal dengan Segmen Menternak lemak, Shaheizy Sam, anonymous,keluar magazines, dan pelbagai lagi.  Gaya penulisannya yang outspoken dan tulus memberikan kekuatan tersendiri di blognya. Blog peribadi yang mencecah 10K+ UV sehari memang sukar dicari dan cikepal telah membuktikannya.RM5K+ sebulan dengan berblogging,memang menjadi idaman setiap bloggers di luar sana. In person dan di blog, itulah orangnya. Tiada sorokan identiti dan apa yang boleh saya katakan, Cik Epal, salah seorang top blogger di Malaysia. Well,well, it's not easy being her, tak gitu Cik Epal?

P/s : Cik Epal, bila mahu payungkan kami berbuka puasa?


3) Mat Gebu - Blogger masakan yang selalu membuatkan air liur saya meleleh dek keterujaan melihat masakan yang dimasak oleh Mat Gebu. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. Oh, alangkah indahnya kalau dapat berbuka puasa bersama Mat Gebu. Salah seorang blogger masakan yang cukup top, online users beratus-ratus setiap kali. Umm, siapa cakap blogger Blogspot tak mampu pergi jauh? Mat Gebu sudah membuktikannya.

P/s : Mat Gebu, bila nak ajak saya  makan-makan di rumah mat gebu?

4) Kak Ina KL  - Ketua Talibarutz. Seorang ibu, blogger yang mempunyai ciri istimewa. Mana nak cari blogger yang bukan setakat terror memasak namun selalu join dan menceriakan event-event bloggers? Satu keluarga pula menyokong sama. Blogger yang unik yang berkongsi suka duka kehidupan, kekeluargaan, masakan yang mampu mengalahkan 5 star hotel, dan tak lokek dengan senyuman dan nasihat. A few entries sebelum ini yang saya dedicatedkan untuk Kak Ina, bolehla terjahi ----> SINI

P/s : Bilakah agaknya akan tertunai hasrat di hati untuk makan di rumah Kak Ina KL ?
Abang Ensem @ http://abangensem.com


5) Abang Ensem  - Sesuai dengan nama blognya, memang hensem orangnya. Peramah pulak tu. Inilah blogger Jutawan yang saya kagumi. Mempunyai lebih kurang 14 buah rumah yang mostly disewakannya. Inilah Sang Penyu yang eyriqazz kagumi, di dalam diam banyak membuat side Income dengan hartanah, jualan ebook, seminar dan etc. Banyak perkongsian menarik berkenaan tips hartanah yang memang best untuk diterjahi especially cam eyriqazz yang baru nak berjinak-jinak dengan sewa rumah.

P/s : Bro, taknak kasi ''Ebook sebagai free gift ke untuk saya ker sebagai hadiah raya?" . Boleh saya tolong reviewkan dan jadi affiliate bro... Tak lupa juga, berminat nak join seminar bro tu...Hik4...rezeki ada di mana-mana saja kan?

P/s : Apa pula blog pilihan anda bulan ini? Kongsi-kongsikan di sini, jika ada yang berkenan di hati, boleh saya masukkan  untuk Bulan September pula nanti...

November 24, 2010

7,000+ Unique Visitors Sehari

Sudah lama aku memerhatikan si dia. Blogger mantap dan cukup popular especially di kalangan blogger masakan/blogger melayu. Oh, teruja hati bila tengok UV dia, 7,000 average Unique visitors sehari, oh, masih jauh untuk kucapai ke sana. Siapakah yang aku maksudkan, inilah si Dia :

Mat Gebu @ TiffinBiru dengan tagline Dapur Tanpa Sempadan (Credit Picture Here )

Maafkan saya Mat Gebu, ambil gambar tanpa kebenaran .Mintak ampun....Lebih lanjut bolehla refer entry ini : Kalau Ben 3 Ribu...Mat Gebu 7 Ribu!!!

Saya mengenali Mat Gebu ini dari ketua talibarut, siapa lagi kalau bukan Kak Ina KL yang mempunyai minat yang sama dengan Mat Gebu @ Tiffinbiru iaitu memasak dan mengumpul barangan antik. Sejak hari itu, blognya memang menjadi terjahan ku selalu walaupun biasanya hanya singgah membaca entry tanpa meninggalkan jejak. Maafkan saya ya Mat Gebu.Saya cuba tinggalkan jejak di masa hadapan.

Tak sangka pula, bukan setakat memasak, Mat Gebu terror juga berpantun, terimakasih Mat gebu atas pantun yang di dedicatekan kepada saya di entry Pantun Happy Anniversary Buat Isteri .

BULAN MENGAMBANG PENUH BERSERI,
SEMBUNYI MALU DI POHON SEMAMBU,
UNTUK EYRIQAZZ DAN JUGA ISTERI,
UCAPAN SELAMAT DARI MAT GEBU...

Terimakasih Mat gebu atas pantun yang begitu indah dan menarik sekali. Oh, untuk mendapatkan 7,000+ sehari bukannya sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dia hanya berplatformkan blogspot namun dia buktikan yang itu bukannya halangan.Hits sudah hampir setanding dengan Hanis Zalikha dan Redmummy

Oh, ini pandangan saya dari pemerhatian saya , kenapa blog Mat gebu begitu digemari dan boleh mencapai hits setinggi ini :

1) Minat. dia menulis mengikut minat dan apa yang dia gemari. Yes, when u put ur passion in what ur love, people will love more what u r writing coz entry itu lebih bernyawa dan bermaya. Bukan sekadar menulis melepaskan batuk di tangga.

2) Gambar yang menarik, resepi yang menarik , dan entry yang santai.

3) Apa yang penting...Kerjasama.....Blogger perlu kreatif, kerjasama bersama yang dilakukan dengan exchange feeder blog dengan Ben Ashaari semakin membuahkan hasil. Tahniah.

4) Selebihnya, andalah jurinya, silala terjah sendiri blognya sendiri di SINI . Kagum, everytime beratus-ratus atau berpuluh-puluh orang online di blognya. Bukan mudah kan?

P/s : Being unique is one the best ingredients to become a successful blogger. Dan Mat Gebu telah membuktikannya. Well,well, apa pula pandangan anda tentang blog Mat Gebu? Teruja tak dengan hits /kejayaan yang dicapainya?

*** Special Thanks for these entries - Jom Teka Umur Eyriqazz ,  Happy Anniversary Eyriqazz aka GTO dan Mari Berkenalan dengan Blogger Friendly (Part 2)

July 19, 2010

Pengalaman Mengujakan di Restoran Berputar Seri Angkasa Menara KL

Hari Sabtu yang lepas, 17 July 2010 saya mengambil keputusan untuk celebrate Birthday Isteri dengan belanja dia Buffet Brunch Di Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara KL. Pengalaman yang begitu mengujakan buat kami sekeluarga . First time pula tu singgah di sini walaupun dah duduk KL lebih 5 tahun dah :

Menara KL, Destinasi Yang Dituju
Baruje Sampai Buat Pertama Kali  ( Isteri 2nd Time)
Tiket yang telah ditempah terlebih dahulu

Set Buffet Brunch time weekend termasuk tiket naik adalah RM81 seorang untuk dewasa. Pasal harganya boleh rujuk di sini [ Official Website Seri Melayu Group ]

Menaiki Lif ke tempat dituju
Sampai juga akhirnya | Nasib baik, sebelum diputar berlatar belakangkan KLCC (dengan ketinggian 282 Meter - Restoran ke 4 tertinggi di dunia )

Bersama Alisya tersayang
Menarik juga susunan meja nya
Suasana di dalamnya
Desertnya nampak menggiurkan
Antara menu masakan Melayu
Desert lagi
Inilah yang saya ambil dulu
Paul Si Sotong Kurita turut menjadi santapan saya
Berselera Alisya makan
Memang tak takut gayat betul la anak eden NI!!
Persembahan Lagu dan Piano

Saya sempat dedicatekan lagu Happy Birthday Buat Isteri namun oleh kerana tulisan saya terlalu cantik, dia tersilap membacanya, Azwa Hanin menjadi Azura Haron. Dush, jauh sekali kan? Sorry sayang....

Inilah tambahan pengalaman mengujakan saya :

1) Suasananya memang best dan santai, patutla mahal, RM81 seorang. Buffet, makannya sampai kembung.hik3.

2) Kelazatan masakannya bagi saya biasa-biasa aja. Takdelah tersangat sedap dan takdelah tak sedap . Menepati citarasa saya. Rating saya kasi 6.5/10. Rasanya masakan Kak Ina KL dan Mat Gebu @ TiffinBiru lebih menyelerakan.

3) Servis nya memang best. Ala, standard makan kat Hotel. Cuma agak sedih, air yang disediakan hanyalah air masak, kopi dan teh.Kalau pekena fresh oren ataupun Sirap Bandung tentu lebih mengasyikkan.

4) Walaupun weekend, takdelah full house. Kebanyakannya foreigner yang datang. Mungkin coz harganya yang mahal ataupun once in a while occasion. Lagipun, dengan Harga Minyak yang baru naik ni, ramailah yang cut on on dining out camni kan?

5) Apapun, saya dan Isteri puas hati. Bukan masakan yang menjadi faktor utama, namun suasana dan kelainan yang dicari. Apapun, kalau dapat diperbaiki mutu makanan, tentu lebih best dan mengujakan.

6) Restoran itu akan diputar secara perlahan-lahan.Memang tak perasan pun, sekejap ehh, kenapa dah kat tempat lain ni?

7) View dari Restoran memang best dan menarik. Kalau pemandangan malam tentu lagi best tapi harga double lah. Hik3, tak mampu eden.

8) Alamat Restoran Ini :

Restoran Berputar Seri Angkasa Di Menara KL
TH02, Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Lebih lanjut, bolehlah terjah website INI [ Seri Melayu Group ]

Restoran Berputar Seri Angkasa Menara KL hadiah buat Isteri
Isteri tersayang sempena Birthday sudah semesti
Hopefully Isteri berpuas hati
Sayangkan Isteri turut-turuti

Pengalaman mengujakan weekend ini
Santai dan seronok rasa hati
Alisya dan Isteri pun senyum sampai pipi
Siap bertanya, bila boleh datang lagi?

Sharing Is Caring | Jangan Lupa Singgah di [ Entry Pilihan Eyriqazz Hari Ini ]
Related Posts with Thumbnails