July 19, 2010

Pengalaman Mengujakan di Restoran Berputar Seri Angkasa Menara KL

Hari Sabtu yang lepas, 17 July 2010 saya mengambil keputusan untuk celebrate Birthday Isteri dengan belanja dia Buffet Brunch Di Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara KL. Pengalaman yang begitu mengujakan buat kami sekeluarga . First time pula tu singgah di sini walaupun dah duduk KL lebih 5 tahun dah :

Menara KL, Destinasi Yang Dituju
Baruje Sampai Buat Pertama Kali  ( Isteri 2nd Time)
Tiket yang telah ditempah terlebih dahulu

Set Buffet Brunch time weekend termasuk tiket naik adalah RM81 seorang untuk dewasa. Pasal harganya boleh rujuk di sini [ Official Website Seri Melayu Group ]

Menaiki Lif ke tempat dituju
Sampai juga akhirnya | Nasib baik, sebelum diputar berlatar belakangkan KLCC (dengan ketinggian 282 Meter - Restoran ke 4 tertinggi di dunia )

Bersama Alisya tersayang
Menarik juga susunan meja nya
Suasana di dalamnya
Desertnya nampak menggiurkan
Antara menu masakan Melayu
Desert lagi
Inilah yang saya ambil dulu
Paul Si Sotong Kurita turut menjadi santapan saya
Berselera Alisya makan
Memang tak takut gayat betul la anak eden NI!!
Persembahan Lagu dan Piano

Saya sempat dedicatekan lagu Happy Birthday Buat Isteri namun oleh kerana tulisan saya terlalu cantik, dia tersilap membacanya, Azwa Hanin menjadi Azura Haron. Dush, jauh sekali kan? Sorry sayang....

Inilah tambahan pengalaman mengujakan saya :

1) Suasananya memang best dan santai, patutla mahal, RM81 seorang. Buffet, makannya sampai kembung.hik3.

2) Kelazatan masakannya bagi saya biasa-biasa aja. Takdelah tersangat sedap dan takdelah tak sedap . Menepati citarasa saya. Rating saya kasi 6.5/10. Rasanya masakan Kak Ina KL dan Mat Gebu @ TiffinBiru lebih menyelerakan.

3) Servis nya memang best. Ala, standard makan kat Hotel. Cuma agak sedih, air yang disediakan hanyalah air masak, kopi dan teh.Kalau pekena fresh oren ataupun Sirap Bandung tentu lebih mengasyikkan.

4) Walaupun weekend, takdelah full house. Kebanyakannya foreigner yang datang. Mungkin coz harganya yang mahal ataupun once in a while occasion. Lagipun, dengan Harga Minyak yang baru naik ni, ramailah yang cut on on dining out camni kan?

5) Apapun, saya dan Isteri puas hati. Bukan masakan yang menjadi faktor utama, namun suasana dan kelainan yang dicari. Apapun, kalau dapat diperbaiki mutu makanan, tentu lebih best dan mengujakan.

6) Restoran itu akan diputar secara perlahan-lahan.Memang tak perasan pun, sekejap ehh, kenapa dah kat tempat lain ni?

7) View dari Restoran memang best dan menarik. Kalau pemandangan malam tentu lagi best tapi harga double lah. Hik3, tak mampu eden.

8) Alamat Restoran Ini :

Restoran Berputar Seri Angkasa Di Menara KL
TH02, Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Lebih lanjut, bolehlah terjah website INI [ Seri Melayu Group ]

Restoran Berputar Seri Angkasa Menara KL hadiah buat Isteri
Isteri tersayang sempena Birthday sudah semesti
Hopefully Isteri berpuas hati
Sayangkan Isteri turut-turuti

Pengalaman mengujakan weekend ini
Santai dan seronok rasa hati
Alisya dan Isteri pun senyum sampai pipi
Siap bertanya, bila boleh datang lagi?

Sharing Is Caring | Jangan Lupa Singgah di [ Entry Pilihan Eyriqazz Hari Ini ]

21 comments:

  1. opis biasa wat hi-tea kt sini. ms mkn ok..tp bila dah turun cam pening-pening lalat gitu jd nye ;)

    ReplyDelete
  2. bestnya!!! me pernah hi tea kat sini last few years :) and plan nak celebrate bday next year kat sini Insya Allah :)

    ReplyDelete
  3. waahaaa...bestnye....ada orang belanja makan besday sampai ke langit kot....beruntung cik isteri dapat suami romantik...ahakss...nak g gak lah...:)

    ReplyDelete
  4. wow..
    very interesting place..
    gonna go try someday...

    send my regard to ur wife, wishing her happy belated day...

    all the best...
    may u happy always with ur family.. ;D

    ReplyDelete
  5. wow..
    very interesting place..
    gonna go try someday...

    send my regard to ur wife, wishing her happy belated day...

    all the best...
    may u happy always with ur family.. ;D

    ReplyDelete
  6. eh bro, tak pening ke dok berputar sambil makan. hehe

    best nye. hana tak pernah lagi naik menara tu tau. :)

    ReplyDelete
  7. uu..boleh tahan juga harga sekepala eh?
    tapi berbaloi la.

    ReplyDelete
  8. wah! akhirnya saya dpt juga baca entri pasal review restoran berputar ni. mmg dah lama plan nak pergi sini dari tahun ke tahun,tapi biler tiba masanya,tak pergi-pergi jugak.huhu

    nice sharing bro!

    ReplyDelete
  9. RM81? Boleh tahan gak yer harganya...

    ReplyDelete
  10. aiyoo lama teringin makan sini..huhu

    tp hehe tak mampu lagi kalau dpt pakwe kaya takpa jugak..eh??hahaha

    ReplyDelete
  11. btol2..setuju2..suasana & tempat berlainan yg dicari..jauh perjalanan, luas pengalaman..

    ReplyDelete
  12. wah, nom2... bestnye.. me x penah pegi pun..

    ReplyDelete
  13. hmm..tertarik tgk desserts....
    tmpat ni mmg sesuai utk special function n any celebration...saya lom penah samapi kat sini lg..

    ReplyDelete
  14. @honeylanz:pening2 lalat?hik3,saya tak pening cuma rasa berdesing telinga

    @mama zharfan:oh ye ke?memang worth it celebrate birthday di sana..kenanagan yang sukar utk dilupakan

    @khalidahmacambaguss~O_o :hik3,sekali sekala berhabis untuk isteri apa salahnya kan?dibandingkan dengan jasa isteri selama ini,apalah sangat.bagaikan setitik air di dalam kolam renang.hik3

    @CikLilyPutih:thanks.u pun apa kurangnya.mr big selalu blanje kan?

    ReplyDelete
  15. @Fared Isa :thanks farid.singgahla nanti ya?berbaloi juga.

    @Anne Boleyn :dia berputar perlahan2 je.tak perasan sgt.bila hana nak naik?blela blanje eyriqazz sekali.hik3

    @Sharinginfoz ;betul2.Isteri wanita kedua paling disayangi.first,for sure la ibukan?

    @noor afzan :bleh tahan kemahalannya.tapi berbaloila.pengalaman yang mengujakan

    @Mr PenyuBiru:sama-sama.pergila nanti bro..

    ReplyDelete
  16. @maslinamansor:itula.dinner lagi mahal.

    @cik helena:eh,bukan pakwe cik helena kaya rayake?hik3

    @JMR :hik3,pandai bro

    @farra8979 :best.sayapun first time pergi

    @n.a.j ;yup,special celebration memang sesuai.nak pi selalu takblela..mahal dan kopakla jawabnya

    ReplyDelete
  17. Wahh..romeo dan juliet berdating diangkasa..ahaks..ahaks..memang kelass bro jambuku sorang nie..wakaka..gua taklehlah gayat..tapi dah pegi 3 4 kali makan free..wakakaka

    ReplyDelete
  18. @JAI : Jambu2 pun jambula demi Isteri tersayang...Gayat ke takut kena ayat bro?hik3

    ReplyDelete
  19. pernah naik tapi tak pernah mkn situ..mahallah..baik masak sendiri..

    nanti duit dah byk nak gi dgn hb ajer...anak-anak tak leh ikut..nanti terlebih budget

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails