Showing posts with label eyriqazz. Show all posts
Showing posts with label eyriqazz. Show all posts

September 21, 2012

1g Emas 999.9 Bernilai RM200+ untuk Dimenangi

Seperti dijanjikan di entri sebelum INI , 1g emas ketulenan 999.9 Bernilai RM200+ untuk Dimenangi buat Peserta Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati . Yup, hadiahnya :


Grand Prize : 1g emas yang sudah dibeli bernilai RM200+. Suatu kelainan sudah semesti
3 Hadiah sampingan : RM10 cash/top up

Syarat-syarat Contest :


1) Cari permalink 14 gambar di atas dari Senarai Penaja Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Senarai penaja bolehla terjah SINI . Make sure permalink entri dan bukannya blog penaja.... Hanya peserta Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati yang layak join contest ini.
2) E-mailkan jawapan anda ke iman1237@hotmail.com
3) Tarikh tutup 24 September 2012. Pemenang akan diumumkan pada 25 September 2012 beserta Senarai Rasmi pemenang Cabaran Eyriqazz vs Denaihati.
4) Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan betul terbanyak or terpantas. (Minimum 10 jawapan betul bagi melayakkan hadiah grand prize). Boleh e-mailkan 2 kali saja kepada saya.


P.s : No pain no gain kan? Win-win situation for me, penaja dan juga peserta.....Good Luckk!!

July 14, 2012

Eyriqazz vs Denaihati di Nuffnang Blogopolis 2012

Yieza, Cabaran Eyriqazz vs Denaihati Semakin Sengit. Anak Murid vs Sifu  di Nuffnang Blogopolis 2012 :

Challenge Accepted. Let's Fight
Alhamdulillah, banyak Ilmu blogging yang dipelajari hari ini...
Juga sempat mengambil a few tips dari Sifu @ Denaihati

Setakat entri ini ditulis, sudah lebih dari 90 Peserta yang menyertai Cabaran ini. The games is On.... Check it out entri Pencabar Eyriqazz :

November 15, 2011

My Birthday Surprise

First of all, terimakasih diucapkan buat semua yang wishkan birthday untuk eyriqazz semalam. Teruja, first time rasanya menerima birthday wishes yang begitu banyak di Facebook, twitter, entry blog, dan sms.Thanks again....


Semalam, eyriqazz dapat birthday surprise. Memang surprise.


12.00-1.00 pagi - Buka facebook. Ramai yang wishkan birthday for me. Ternanti-nanti wish daripada Isteri. Umm, until tertidur, dia blom wishkan lagi.


Pagi 14 November 2011. Attended course.Silentkan mode handset. Manatau kot-kot Isteri mesej wishkan birthday.9.30-530pm, umm,tiada mesej diterima. Takper2, maybe wifey mahu kasi surprise.Buat-buat lupa n tadaa..


Balik kerja. Dpt panggilan dari Isteri. Oh, janji nak bawakan ke C4 belikan barang dapur. Dinner di JomBali, eyriqazz blanje. Nampak isteri mesej-mesej. Ohh, ada surprise for me ke?


Habis beli barang dapur. Balik rumah, layan komputer, layan MasterChefMY. Alisya minum susu, mama tidurkan. Alisya tertidur depan tv...


1100 malam lebih. Umm, Masih belum ada apa-apa. Masih melayan MasterChefMY. Umm, timeni mula teringat birthday Isteri bulan 7 yang lepas. Time 12 malam 17 Julai 2011, eyriqazz ajarkan Alisya nyanyi lagu Happy Birthday to Mama. 12 malam lebih, Alisya nyanyikan..Yeyy, anak papa...Pandaii...


1155 malam. Oklah , Papa nak masuk tidur. Masih ada surprise ke?

12 malam, 15 November 2011.

Yup, my wife really give me a birthday Surprise. She forgot my birthday. No hadiah, no makan malam istimewa, No wishes..No nyanyian happy birthday dari Puteri tersayang..Umm, really caught me by surprise. Tipulah kan kalau kata tidak rasa apa-apa bila insan tersayang tidak wish on ur birthday?

Mb bila usia dah semakin meningkat, mengingati tarikh penting bulan lagi keutamaan bagi wanita?

Takpelah, mb Isteri terlupa coz fikirkan hal yang lebih penting.

P/s : Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hati manusia....

November 14, 2011

Happy Birthday Eyriqazz

14 November 2011, semakin terasa tua diri ini. Kalau Birthday orang lain, saya wishkan, apa salahnya wishkan kepada diri sendiri :


Happy 29th Birthday to Me

Semakin menganjak usia, semakin mematangkan hidup ini. Overall, kehidupan eyriqazz bolehla dikatakan gembira bersama Isteri, Alisya, dan seorang lagi permata hati bakal menyusul tahun depan. 


Terasa Macam baru je minggu lepas memenangi Merentas Desa Peringkat Sekolah Ini
Ohh, cepatnya masa berlalu.Pejam celik, pejam celik sudah 12 tahun berlalu


Terimakasih Mak kerana melahirkan saya di dunia ini. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi
Jasa Seorang Ibu tidakkan mampu dibalas ,terlalu besar pengorbanan mu Ibu

Juga, Buat Arwah Ayah
Al-Fatihah, semoga ayah ditempatkan dengan orang-orang beriman

Syukur juga ke hadrat Illahi, bertemu jodoh dengan :


Isteriku yang Cantik Jelita dan dapat menerima kekurangan diri ini

Thanks Sayang menjadi teman hidupku. Jasamu seorang Isteri, Ibu, terlalu besar. Yup, disebalik kejayaan seorang lelaki, sudah pasti ada wanita dibelakangnya.Itulah dia Isteriku.


Anugerah yang tidak terhingga, Alisya permata hati kami

Thanks Allah atas Anugerah tidak ternilai ini. Sentiasa menceriakan hidup seisi keluarga. Kak Long jangan nakal-nakal ya? Alhamdulillah, seorang lagi bakal menyusul.Hopefully, dapatlah anak lelaki. Sepasang anak Papa nanti.

My Wish List dalam menempuhi hidup ini :

1) Semoga Berjaya Dunia Akhirat. Part Akhirat tu banyak yang perlu diperbaiki lagi. 

2) Mengembirakan Insan tersayang di sekelilingku especially Ibu, dan Keluarga.

3) Menjadi Seorang Suami dan Bapa yang terbaik. Semoga berjaya membesarkan anak-anak menjadi anak yang berjaya dalam menongkah arus kehidupan yang semakin mencabar ini.

4) Financially, semoga terus dimurahkan rezeki. My dream untuk memiliki rumah ketiga hingga ke 5 sebelum usia mencecah 35 tahun. Cut down my credit card, debt, dan menjadi pekerja yang terbaik. Dimurahkan rezeki dari side Income i.e. blogging, dan lain-lain.  Semoga tunjuk ajar Bro Ini akan merealisasikan impianku.

5)  All The Best in Future Endeavours..


Di entry ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua especially readers blog ini. Hobi ini telah banyak memberikan kegembiraan buatku. Kawan-kawan, event mempesona, work life balance, dan pelbagai lagi.

Juga, sepuluh jari dipohon buat sesiapa yang yang pernah eyriqazz sakiti or buat salah, either terngumpat secara sengaja or tidak sengaja, depan-depan or belakang. Especially buat bro Je Jai, salah seorang rakan blogger ku. Maaf bro, hanyalah gurauan ya.

Yup, nobody perfect. Termasuklah saya sendiri. Tidak lari dari melakukan kesilapan. Bagi yang terngumpat or rasa bersalah/pernah buat salah kepada eyriqazz, saya maafkan anda. Yang lepas biarlah lepas, siapalah saya untuk menghukum. Yup,semakin membenci seseorang, semakin hati ini tidak tenang

Happy Birthday untuk diri sendiri
Berganjak usia mematangkan diri
Semoga berjaya dan kejayaan di masa hadapan saya idami
Di mana ada kemahuan, InsyaAllah dibukakan jalan dari Illahi.

May 4, 2011

Ada Orang Benci Blog Eyriqazz


Huk3, tak boleh jadi ni. Ada Orang Benci Blog Eyriqazz. Huk3, nak bersara laa camni. Malas nak cerita banyak, korang terjah la Sendiri : Aku Benci Blog Eyriqazz

Huk3, normalla kan dalam berblogging ni, tak semua orang akan suka kan? Tapi saya pegang kata Dr. Fadzillah Kamsah, Benci Balas Sayang. Orang Baling tahi, kita bagi bunga, orang baling tahi, kita bagi bunga. Last2 bunga itu akan terus kembang dengan mekar dan mungkin bertambah subur dengan baja tahi tadi. Hik3, just perumpaaan. Selamat berfikir and have a nice day....

P/s : Life is Beautiful, Apa guna benci membenci? Sharing Happiness seperti video yang agak Cool ini :


November 4, 2010

Eyriqazz dan Daphne Iking

Thanks To Nuffnang, dapat juga Eyriqazz bergambar dengan Daphne Iking

Daphne Iking ni Model kan? Tengok orang ramai bergambar dengannya, tumpangla sekaki. Hik3, gambar ni diambil semasa event Peugeot 207 Launch. dushh, mahu terkepit lidah menyebutnya.

Tun Dr. Mahathir sedang mencuba Peugeot 207
Tun Dr. Mahathir dan VIP from Naza dan Peugeot

Akan diupdatekan pasal event ni later....

P/s :Semakin gembira dengan Nuffnang. Pelbagai golongan telah kutemui, dari blogger Cap Ikan Ayam Cap cam aku, sampaila ke orang-orang yang popular dan ternama. Thanks Nuffnang.

June 10, 2010

Eyriqazz vs Eyerizzz

Sangat teruja hati bila dapat berjumpa kembali dengan kembar ku ketika di Planet Marikh iaitu :

Eyriqazz vs eyerizzz

Eyerizz sudah cukup popular, eyriqazz masih terkedek-kedek dengan blog cap Ikan Ayam Gorengnya. Takperlah kembarku, I'm happy for you. Teruskan usaha, nanti ada masa kita jumpa lagi ya?

Hik3,internet slow jadi byk entry pun agak terganggu. Siapakah Eyerizzz ini ? Bolehla rujuk Entry INI

Eyerizzz disangkakan Eyriqazz oleh Kenwooi
Jauh panggang dari api, siapalah saya
Apapun Good Luck dan teruskan bertransformers Kembarku Oooii
Ada masa kita berjumpa lagi ya?

P/s : Ada iras-iras tak kami ? Inilah kembarku yang sudah lama tidak kutemui . Hik3...

May 3, 2010

Selamat Tinggal Eyriqazz.Blogspot.Com

Salam dari Eyriqazz,


Monday Blues Muncul lagi. Agak kesedihan, namun perubahan itu perlu demi peningkatan dan kepuasan diri . Aku ingin mengucapkan Selamat tinggal kepada :



Header belum sempat ditukar lagi dan di dalam proses untuk menukarkan nya. Terimakasih kepada Sifuku, Melromeo yang telah berjaya memujuk dan memukau aku serta menolong dalam transformasi ke domain baru iaitu Www.Eyriqazz.Com

8 bulan sejak aku aktif berblog dah tiba masanya untuk transformasi ini. Lagipun Orang Chinese cakap no. 8 bawak Ummpph kan? Apa yang telah aku achieve (not in order) sepanjang 8 bulan aktif berblog bersama http://eyriqazz.blogspot.com

1) RM8K+ Income yang telah berjaya kuperolehi (Income dari Nuffnang + Hadiah Blogging Contest)

2) Average visitors yang sudah stabil lingkungan 500-900 sehari namun seminggu dua ni agak Yo-yo sejak Alisya demam,aku demam jadi mood menulis pun terganggu. Takpelah, biarla lambat,asalkan selamat dan diri sendiri berpuas hati.

3) Thanks followers. 800+ sampai targetku tambahan 100 sebulan. 

4)Google Pagerank 3, Alexa  ranking bawah 300 ribu. Takpelah, boleh kejari kembali nanti.

5) Rakan-rakan blogging yang kukenali. Seronok berkawan dengan anda semua.

6) Contest-Contest menarik yang dimenangi. Kalah menang itu adat pertandingan.

7) Berkongsi dan banyak yang ku pelajari. Salah silap harap maafi.

8) Believe in Yourself dan jangan mudah putus asa ku praktikkan disini.

Oh ya, kepada yang masih linkkan ke http://eyriqazz.blogspot.com/ di harap dapat menukarkannya kepada http://www.eyriqazz.com . Tak lupa juga, byk link di sidebar yang hilang bila bertukar domain, tidak sempat nak savekan . Jadi, jika link anda/exchange link sudah tidak berada di situ, sila bagitau ya? Sudah buat manual tapi rasanya byk yang tertinggal lagi.

Semoga domain baru memberikan tuah dan lebih kejayaan buatku. Terimakasih atas sokongan anda semua. Satu pantun :

Selamat tinggal http://eyriqazz.blogspot.com/ diucapkan
Selamat Datang http://www.eyriqazz.com/ pula
Perubahan untuk kemajuan doa-doakan kejayaan
Teruskan usaha semoga berjaya

P/s : Plan asal nak berubah ke Wordpress Own Hosting dan Domain tapi biarlah dulu, tidak mahu terburu-buru. Oh ya, mana anda suka, eyriqazz.blogspot.com or Eyriqazz.com?

P/s/s : Terimakasih Melz dan Semua. Lebih bersemangat untuk menulis dengan Own domain ini.

March 16, 2010

Eyriqazz di Friso Website?

Minggu lepas dapat e-mail yang mengujakan daripada Nuffnang. Tentang lamaran Friso Gold untuk satu entry eyriqazz beberapa bulan yang lepas. Katanya entry eyriqazz bakal muncul di Friso Gold Website.

Betulke Ni?

Oleh kerana internet slow, eyriqazz copy bulat-bulat e-mail tersebut :

Hi Eyriqazz,


Hope you're doing well!

We're glad to inform you that the good people at Dutch Lady found the blog post you submitted for the Nuffnang Friso Gold Family Day Out at http://mombloggersplanet.com/2339/curious-kids-need-to-be-tough-inside/ to be very interesting and well-written. Hence, they would be publishing your entry on the Friso website, with all due credit given to you as well.

We look forward to reading more blog posts like that in the future, and have a nice day! :)
 
Cheers,

Teoh Xinxian
Blogger Relations Executive
 
Komen : Punyalah teruja, namun bila tengok balik permalink itu, ianya bukan milik eyriqazz. Adushh,tersilap hantar rasanya. Link tersebut link pemenang@Kak Ros yang telah memenangi hadiah percutian ke Disneyland Hong Kong. Huhuhu, namun disebabkan eyriqazz ni blogger yang ingin tahu, dibalas kembali :
 
Dear Xin Xian,



I think you send to the wrong person. That post is not belong to me .I think it belong to Little Mama@Ros from Mombloggersplanet.

Tak sangka, tak sampai sejam dapat jawapan balas daripada Xin Xian @ Staff Nuffnang itu :

Hi Eyriqazz,


Haha sorry for the confusion, I sent the wrong link! Your post http://eyriqazz.blogspot.com/2010/01/nuffnang-friso-gold-family-day-out.html is indeed going to be published on the Friso website :)

Komen :Eh, link itu betul link eyriqazz tu. Betulke ni? Setahu eyriqazz pemenang post event Friso Gold jatuh kepada orang lain dan kenapa link eyriqazz pula yang bakal berada di website tersebut? Umm,apapun, eyriqazz terima je. Seronok juga dapat berkongsi dan tumpang glamour sekejap.

Hari ni dan beberapa hari lepas cuba check website tu : http://www.friso.com.my namun entry eyriqazz belum lagi keluar. Bila nak keluar ye?Teruja juga, yerlah first time dapat pelawaan camni. Ataupun adakah eyriqazz telah terkena e-mail hangit? Hik3,setakat ni e-mail Nuffnang takde lagi yang hangit. Namun, mungkin Nuffnang ingin membuat kejutan?

P/s :Jadi, tunggu dan saksikanlah kesudahannya nanti. Hak3, kalau terkena e-mail hangit pun apa salahnya. Bukan senang nak hangitkan eyriqazz ni. Muahahahaha.

P/s/s : Bestnya bercuti. Terengganu agak panas sekarang ni. Makin panas bila memory card kamera kena virus.Apa pandangan korang ?Adakah eyriqazz telah terkena e-mail hangit?

March 6, 2010

Aku Sayang Kamu

Salam hujung minggu. Sambungan entry I Am Back .Terimakasih sekali lagi kepada semua peserta.Masih lagi mencari pemenang.Susah betul ingin membuat keputusan.Apapun aku sayang kamu semua yang menyertai Contest ku.Andalah pembakar semangat untuk saya terus maju dan berusaha.


I Love All The Feedback


Berbalik kepada Contest Terjah Eyriqazz Inilah feedback seterusnya yang diterima.Sebelum itu satu pantun dariku:


Terimakasih wahai peserta
Sokongan anda buat saya
Orang berbudi kita berbahasa
Tunggu saja habuan dari saya nanti-nanti ya


1) karakter blog : Design blog yang simple.

Reply : Terima Kasih.


2) Bijak ekploitasi isu kritikal secara tricky

Reply : Hik3, pelbagaikan entry dan serlahkan kelebihan.


3)Strategi marketing yang bijak

Reply : Umm,pernah ambil subjek Marketing masa kat uni. Cuba-cuba aplikasikan mana yang terdaya.


4)Isi entry yang ringkas dan santai

Reply : Terima kasih . Ishh, rasa cam nak tulis blog tiap-tiap jam je pula.


Terima kasih kepada Mas Putri

5)Kenapa agaknya beliau mengadakan contest terjah menerjah ni ye?? Hurmm, mungkin beliau juga suka terjah orang laen. BUKTINYA?? Banyak entry2 beliau yang sudah menerjah blog.

Reply : Memang suka terjah. Berkongsi blog-blog di luar sana dan pandangan peribadi.

Terima kasih kepada Amir

6)1. Nick name yang digunakannya..GTO...masa kecik kecik dolu, memang cerita ni ibu follow...so ini antara sebab ibu follow this blog ...mula mula jarang masuk , lama lama best la pulak jengah sekejap...

Reply :Memang minat sangat citer GTO. yang kartun, berkali2 khatam.Yang normal,byk kali juga layan.Namun ,sedih juga,lakonan Takashi yang lain tak sempat nak layan atas kesibukan + tak tau nak cari CD di mana.Any suggestion?Puas dah eyriqazz mencari.

7)Sejak akhir akhir ni ...dia suka menerjah blog blog yang famous amous...membuatkan ibu tertarik...rajin betul en Eyriqaz ini...

Reply :Hik3.Dah lama tak terjah blog famous  amous. Teringin juga nak terjah Kennysia, Aznil Nawawi dan lain-lain lagi. Nanti kan la ye?

8)Aktiviti pantun memantunnya yang sangat ibu suka..spontan aje...Kalau suruh ibu berpantun ...entah apa la yang keluar...kih kih kih

Reply : Pantun itu budaya melayu. Kalau kita tak cuba kekalkan, siapa lagi ya?

9)Blog yang sempoi dan bersahaja...I like ...tulis ikut apa yang kita rasa...mempunyai gaya penulisannya tersendiri ...tulsannya "hidup "

Reply : Lain padang, lain belalang. Setiap orang ada kelebihan tersendiri.

10)5. Rajin betul join aktiviti Nuffnang...sangat bagus...ibu salute

Reply :Sangat rajin kerana Nuffnang sangat best.I Love Nuffnang. Akan terus setia bersama Nuffnang.

Terimakasih kepada Tifa

P/s :Terima Kasih Semua.Aku Sayang Kamu. Apa pula pandangan anda, Sayangtak pengomen/penerjah blog anda?

P/s/s :Lebih byk blog yang aku diterjah.Oh ya,ingin bertanya,adakah segmen terjahku telah membuatkan eyriqazz lari dari landasannya?Komen anda amat diperlukan?If yes,mungkin perlu kurangkan menerjah.

February 21, 2010

Pemenang Contest RM10 Eyriqazz

Contest RM10 Eyriqazz telahpun berakhir semalam. Jadi, kalini eyriqazz ingin mengumumkan :

Pemenang Contest Ini

Oh ya, tiada siapa yang berjaya meneka dengan tepat. Jadi, Eyriqazz akan memilih pemenang yang menjawab hampir tepat/paling pantas. Tanpa membuang masa, eyriqazz ingin mengumumkan pemenangnya jatuh kepada :

1) JAI dan inilah jawapannya :

EYRIQAZZ - Adakah ia spesis makhluk asing yang mendarat dari planet pluto..ahaks..ahaks..ahaks..agak susah nak memberi jawapan kenapa nama EYRIQAZZ menjadi pilihan. Nak kata gabungan suami isteri takdelah kut..uihhhh...susah nak pasti tuuhhh...

2)Cik Lily Putih dan inilah jawapannya :

gabungan nama maybe tapi bukan nama you & yr wife kan.

Jawapan sebenarnya biarlah rahsia dulu namun yang pasti ianya bukan nama saya ,watak cerita Jepun, Takashi Sorimachi dan gabungan saya+ isteri.

Oh ya, pemenang akan saya hubungi tak lama lagi dan pilihan hadiah yang anda inginkan. Tak lupa juga, anda akan diterjah juga. Terjah tetap terjah.

Tahniah kepada pemenang, kepada yang tidak menang cuba lagi di lain kali. Oh ya, contest satu lagi pun bakal berakhir, iaitu Contest Terjah Eyriqazz@GTO . Hadiahnya lebih lumayan dan bakal berakhir 28 February 2010 ini. Jadi, apa tunggu lagi?Cepat-cepatlah join dan ada kejutan yang bakal berlaku.Tunggu...

P/s : Agak-agak Contest apa yang perlu aku buat next time ye?Any suggestion?

February 13, 2010

Contest RM10 Eyriqazz

Hai Senangnya dalam Hati
Hari Ini nak pergi bercuti
Melaka tempat destinasi
Bawa mak/bapa mertua, anak dan  juga Isteri

Kepada Isteriku Azwa
Aku sayang padanya
Kepada Bapa mertua
Inilah hadiah birthday dariku sekeluarga

Jadi,sempena Birthday bapa mertua ku ni , aku nak adakan satu lagi Contest.Contest ni mudah sahaja,Contest ini diberi nama :

Kenapa aku pilih nama Eyriqazz?

Syarat Penyertaan Mudah Sahaja :

1)Jawab soalan kenapa aku pilih nama Eyriqazz untuk blog/profileku.Jawapan boleh diberikan di komen di entry ini.

2)Boleh nak komen berpuluh-puluh kali pun.

3)Pemenang dipilih berdasarkan tekaan yang paling tepat/hampir.Tarikh tutup seminggu selepas entry ini.

Hadiahnya adalah :

RM10 untuk 2 pemenang akan di bank in ke akaun pilihan anda ataupun top up RM10 pilihan anda + Blog anda akan diterjah!!

Untuk hadiah yang lebih lumayan, sertailah contest ini ya : Contest Terjah Eyriqazz .Saya suka buat Surprise jadi mungkin hadiahnya lebih daripada yang dijanjikan.

P/s :More contest dengan hadiah yang lebih menarik di masa depan.Aku akan cuba buat contest sebegini at least sebulan sekali.Rezeki eloklah dikongsi-kongsikan?Jadi,Stay Tune untuk Contest-contest yang akan datang.
Related Posts with Thumbnails