Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

October 18, 2010

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2011 | Cuti Umum 2011



Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2011 | Cuti Umum 2011
Tahun depan plan mahu bercuti di Sabah/Sarawak dan mungkin Bandung/Hadyai jadi perancangan cuti untuk tiket kapal terbang amatlah penting. Search di Google akhirnya jumpalah Jadual Hari KeLepasan Am 2011 atau dengan sebutan mudah Cuti Umum 2011 .

Bolehla download juga jadual penuhnya  di SINI

Antara tarikh-tarikh cuti umum tahun depan antaranya :

Tahun Baru Cina - 3 dan 4 February 2011 ( Khamis dan Jumaat)
Maulidur Rasul - 15 Februari 2011 (Selasa)
Hari Pekerja - 1 Mei 2011 (Ahad)
Hari Raya Puasa - 30 dan 31 August 2011 ( Selasa dan Rabu)
Hari Kebangsaan -  31 August 2011 (Rabu)
Hari Raya Qurban - 6 November 2011 ( Ahad)

Wah, hari raya kedua jatuh pada hari yang sama dengan hari Kebangsaan? Umm, nampak gaya mungkin sambutan Hari Kebangsaan kurang meriah la tahun depan.

Almaklumla, bila isteri seorang guru, cuti umum antara tarikh yang kuterjah untuk booking/merancang percutian tahun depan. Harap-harap jadilah, teringin bercuti ke Sabah/Sarawak/Bandung dan Phuket tahun depan.

P/s :Anda pula bagaimana? Sudah merancang percutian untuk tahun 2011?

February 21, 2010

Pemenang Contest RM10 Eyriqazz

Contest RM10 Eyriqazz telahpun berakhir semalam. Jadi, kalini eyriqazz ingin mengumumkan :

Pemenang Contest Ini

Oh ya, tiada siapa yang berjaya meneka dengan tepat. Jadi, Eyriqazz akan memilih pemenang yang menjawab hampir tepat/paling pantas. Tanpa membuang masa, eyriqazz ingin mengumumkan pemenangnya jatuh kepada :

1) JAI dan inilah jawapannya :

EYRIQAZZ - Adakah ia spesis makhluk asing yang mendarat dari planet pluto..ahaks..ahaks..ahaks..agak susah nak memberi jawapan kenapa nama EYRIQAZZ menjadi pilihan. Nak kata gabungan suami isteri takdelah kut..uihhhh...susah nak pasti tuuhhh...

2)Cik Lily Putih dan inilah jawapannya :

gabungan nama maybe tapi bukan nama you & yr wife kan.

Jawapan sebenarnya biarlah rahsia dulu namun yang pasti ianya bukan nama saya ,watak cerita Jepun, Takashi Sorimachi dan gabungan saya+ isteri.

Oh ya, pemenang akan saya hubungi tak lama lagi dan pilihan hadiah yang anda inginkan. Tak lupa juga, anda akan diterjah juga. Terjah tetap terjah.

Tahniah kepada pemenang, kepada yang tidak menang cuba lagi di lain kali. Oh ya, contest satu lagi pun bakal berakhir, iaitu Contest Terjah Eyriqazz@GTO . Hadiahnya lebih lumayan dan bakal berakhir 28 February 2010 ini. Jadi, apa tunggu lagi?Cepat-cepatlah join dan ada kejutan yang bakal berlaku.Tunggu...

P/s : Agak-agak Contest apa yang perlu aku buat next time ye?Any suggestion?

February 13, 2010

Contest RM10 Eyriqazz

Hai Senangnya dalam Hati
Hari Ini nak pergi bercuti
Melaka tempat destinasi
Bawa mak/bapa mertua, anak dan  juga Isteri

Kepada Isteriku Azwa
Aku sayang padanya
Kepada Bapa mertua
Inilah hadiah birthday dariku sekeluarga

Jadi,sempena Birthday bapa mertua ku ni , aku nak adakan satu lagi Contest.Contest ni mudah sahaja,Contest ini diberi nama :

Kenapa aku pilih nama Eyriqazz?

Syarat Penyertaan Mudah Sahaja :

1)Jawab soalan kenapa aku pilih nama Eyriqazz untuk blog/profileku.Jawapan boleh diberikan di komen di entry ini.

2)Boleh nak komen berpuluh-puluh kali pun.

3)Pemenang dipilih berdasarkan tekaan yang paling tepat/hampir.Tarikh tutup seminggu selepas entry ini.

Hadiahnya adalah :

RM10 untuk 2 pemenang akan di bank in ke akaun pilihan anda ataupun top up RM10 pilihan anda + Blog anda akan diterjah!!

Untuk hadiah yang lebih lumayan, sertailah contest ini ya : Contest Terjah Eyriqazz .Saya suka buat Surprise jadi mungkin hadiahnya lebih daripada yang dijanjikan.

P/s :More contest dengan hadiah yang lebih menarik di masa depan.Aku akan cuba buat contest sebegini at least sebulan sekali.Rezeki eloklah dikongsi-kongsikan?Jadi,Stay Tune untuk Contest-contest yang akan datang.
Related Posts with Thumbnails