Showing posts with label balas komen. Show all posts
Showing posts with label balas komen. Show all posts

November 10, 2010

Tips Blogging | Komen Oh Komen

Salam dari Eyriqazz,

Dah lama tak berkongsi tips blogging. Maaf, saya masih merasakan sayani blogger 'Cap Ikan Ayam Goreng' dan masih belum layak untuk berkongsi tips on blogging tapi saya akan cuba juga. Berkongsi tips ini dari pengalaman, pembacaan dan feedback dari rakan-rakan dan pembaca.

Tips yang saya ingin sentuh hari ini adalah :

Komen Oh Komen

Suka tak bila ada orang komen blog/entry kita? Tentu suka kan? Quote dari "KakInakL " Seronok bila ada orang komen blog, lebih2 lagi bila dah ada lebih dari 10 komen". Angkat tangan sesiapa yang tak suka orang komen di blog nya. Bila orang komen,maksudnya orang tu suka baca entry kita dan mengomen. Bukan mudah nak minta orang komen.

Namun, sedarkah anda dan saya juga sendiri, part satu lagi iaitu Part membalas komen. Penting ke membalas komen ni? Ohh, saya tujukan kat diri saya sendiri juga kerana banyak tak membalas komen pembaca atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Issh, boleh terima ke alasan ni?

Tipsnya Mudah saja, Balasla komen Pembaca. Mungkin bagi platform cam blogspot ni ada kekurangan sedikit kerana komen yang dibalas tidak di e-mailkan kembali kepada pengomen/ komen tu tidak berada di bawah komen itu tak seperti di Wordpress Platform. Namun, jangan jadikan ianya sebagai alasan, balasla komen pembaca sebagai tanda penghargaan mereka mengomen. Ramai pengomen akan singgah kembali untuk membaca balasan komennya. Dari situla berkembangnya loyal readers dan pengomen rasa lebih dihargai dan lebih teruja untuk komen di masa hadapan.

Ini feedback dari rakan-rakan saya/pembaca yang pernah saya jumpa pasal balas komen ni:

Cimon - Aku suka singgah blog minah yang popular dan Cun melecun tu. Tapi skang dah kurang skit, komen-komen aku langsung dia tak balas. Buang karen je, baik aku pi singgah blog lain. (ehh, merajuk Cimon?). Apapun ,tak ke dah rugi sorang loyal readers tu?

Rakan Isteri - Saya baca blog Eyriqazz@GTO. Suka,suka, pernah komen tapi dia tak balaspun. Huk3, kenapa ya?

Mr. X/Eyriqazz - Aku suka baca blog xyz, dia rajin balas komen dan komen2 yang dia balas aku suka. Baca komen-komen dia pun dah teruja buatnya.

Itulah, lain padang, lain belalang. Lain pembaca, lain ragamnya. Ada yang suka komen mereka dibalas, ada yang tak kisah. Lainla anda blogger popular cam Hanis Zalikha , tak balas komenpun orang masih suka menyinggah.

Cuba perhatikan bloggers popular ini yang rajin membalas komen, komen-komen di blog mereka pun banyak , antaranya MelromeoYanmieOnline, CikMin, CikguDahlia, Mat Gebu, dan Darkbatman . Returning visitors will increase your unique visitors kan? Ianya seperti Kill 2 birds with one stone, u happy terima lebih banyak komen dan pengunjung bertambah. Tak percaya, terjahla blog mereka, hits blog mereka pun bukan calang-calang, average 2K+ sehari.

So, rajin-rajinlah membalas komen pembaca. Bukan senang nak suruh orang mengomen dan hargailah mereka sebaiknya. InsyaAllah, sayapun akan cuba rajin-rajinkan diri untuk membalas komen, jika tidak, anda tegurla saya juga ya? Syok sendiri dalam menulis pun tak best juga kan?

Itula give and take namanya. Orang memberi, kita membalas. Mereka happy andapun gembira. Cuba-cuba praktikkan dan tengok kesannya in long term. Trust me, ur visitors will increase ..

P/s : Pentingke bagi anda penulis itu membalas komen dari anda? Kenapa ianya penting?

March 6, 2010

Aku Sayang Kamu

Salam hujung minggu. Sambungan entry I Am Back .Terimakasih sekali lagi kepada semua peserta.Masih lagi mencari pemenang.Susah betul ingin membuat keputusan.Apapun aku sayang kamu semua yang menyertai Contest ku.Andalah pembakar semangat untuk saya terus maju dan berusaha.


I Love All The Feedback


Berbalik kepada Contest Terjah Eyriqazz Inilah feedback seterusnya yang diterima.Sebelum itu satu pantun dariku:


Terimakasih wahai peserta
Sokongan anda buat saya
Orang berbudi kita berbahasa
Tunggu saja habuan dari saya nanti-nanti ya


1) karakter blog : Design blog yang simple.

Reply : Terima Kasih.


2) Bijak ekploitasi isu kritikal secara tricky

Reply : Hik3, pelbagaikan entry dan serlahkan kelebihan.


3)Strategi marketing yang bijak

Reply : Umm,pernah ambil subjek Marketing masa kat uni. Cuba-cuba aplikasikan mana yang terdaya.


4)Isi entry yang ringkas dan santai

Reply : Terima kasih . Ishh, rasa cam nak tulis blog tiap-tiap jam je pula.


Terima kasih kepada Mas Putri

5)Kenapa agaknya beliau mengadakan contest terjah menerjah ni ye?? Hurmm, mungkin beliau juga suka terjah orang laen. BUKTINYA?? Banyak entry2 beliau yang sudah menerjah blog.

Reply : Memang suka terjah. Berkongsi blog-blog di luar sana dan pandangan peribadi.

Terima kasih kepada Amir

6)1. Nick name yang digunakannya..GTO...masa kecik kecik dolu, memang cerita ni ibu follow...so ini antara sebab ibu follow this blog ...mula mula jarang masuk , lama lama best la pulak jengah sekejap...

Reply :Memang minat sangat citer GTO. yang kartun, berkali2 khatam.Yang normal,byk kali juga layan.Namun ,sedih juga,lakonan Takashi yang lain tak sempat nak layan atas kesibukan + tak tau nak cari CD di mana.Any suggestion?Puas dah eyriqazz mencari.

7)Sejak akhir akhir ni ...dia suka menerjah blog blog yang famous amous...membuatkan ibu tertarik...rajin betul en Eyriqaz ini...

Reply :Hik3.Dah lama tak terjah blog famous  amous. Teringin juga nak terjah Kennysia, Aznil Nawawi dan lain-lain lagi. Nanti kan la ye?

8)Aktiviti pantun memantunnya yang sangat ibu suka..spontan aje...Kalau suruh ibu berpantun ...entah apa la yang keluar...kih kih kih

Reply : Pantun itu budaya melayu. Kalau kita tak cuba kekalkan, siapa lagi ya?

9)Blog yang sempoi dan bersahaja...I like ...tulis ikut apa yang kita rasa...mempunyai gaya penulisannya tersendiri ...tulsannya "hidup "

Reply : Lain padang, lain belalang. Setiap orang ada kelebihan tersendiri.

10)5. Rajin betul join aktiviti Nuffnang...sangat bagus...ibu salute

Reply :Sangat rajin kerana Nuffnang sangat best.I Love Nuffnang. Akan terus setia bersama Nuffnang.

Terimakasih kepada Tifa

P/s :Terima Kasih Semua.Aku Sayang Kamu. Apa pula pandangan anda, Sayangtak pengomen/penerjah blog anda?

P/s/s :Lebih byk blog yang aku diterjah.Oh ya,ingin bertanya,adakah segmen terjahku telah membuatkan eyriqazz lari dari landasannya?Komen anda amat diperlukan?If yes,mungkin perlu kurangkan menerjah.
Related Posts with Thumbnails